Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.7K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 14

1.2K 68 0
By nurflnh

" Ibu, Is teringin nak makan udang masak lemak la." Zulfan muncul di dapur ketika aku dan ibunya sedang menyiapkan makanan tengahari kami.

" awak tu alergik udang, jangan nak mengada."

" kamu tu alergik udang. Lupa ke?" 

Aku dan ibunya berkata serentak. Aku  terus memandang ibunya lama. Tak sangka kami akan cakap benda yang sama.

Zulfan ketawa lepas. Oh Tuhan, aku betul-betul mencintai dua orang wanita ini.

" boleh pulak kita cakap serentak." Ibunya turut ketawa seronok.

" dia pass jadi bakal menantu ibu sebab dia tahu apa yang kamu tak makan dengan makan." bisik Puan Rafidah pada anak lelakinya.

Zulfan hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Come on lah, ibu. Is ni pandai pilih tau.

" mana adik-adik , bu?" dari tadi dia tak nampak batang hidung adik-adiknya.

" dorang ada tuisyen hari ni." beritahu ibunya.

" kamu pergi sembang dengan ayah kat ruang tamu tu. Jangan kacau kitorang nak masak nanti sampai ke malam tak makan kot." Puan Rafidah menghalau Zulfan.

" Is tu memilih betul makan. Sebijik ikut perangai ayah dia. Ibu banyak kali bebel dengan dia. Jangan nak memilih makan, nanti pergi mana-mana susah nak mencari makan. Tapi mana nak dengar cakap ibunya dia tu. Pening jaga anak-anak lelaki ni, Nur. Tu belum tengok perangai adik-adik dia lagi." bebel ibu sebaik saja Zulfan kembali ke ruang tamu.

Aku hanya ketawa, tak tahu nak membalas apa. Sungguh menjadi seorang yang introvert ni sangat menyusahkan bila kita nak berkomunikasi dengan orang di sekeliling.

" maaf lah, ibu. Nur tak pandai sangat nak berbual macam orang lain. Tapi sejak kenal Zulfan, kehidupan sosial Nur sikit sebanyak meningkat tapi still kena imrpove lagi." aku tak mahu ibunya salah faham dengan aku yang tak banyak mulut ni.

" takpe ibu tahu dan faham. Setiap kali dia call ibu ke balik rumah ke nama kamu mesti dia sebut. Safiyyah itu lah, Safiyyah ini lah. Penat ibu dengan ayah nak dengar delulu dia." Puan Rafizah membocorkan rahsia anaknya.

Aku ketawa. you're too obsessed with me, huh.

Aku dan ibunya kembali rancak bersembang sambil menyiapkan masakan kami.

" Nur, sayur tadi mana?" 

" Ibu, dah menggelegak ni."

Aku lega bila ibunya mampu layan aku dengan baik walaupun anaknya tiada di sisi. Kadang perbualan kami diselit dengan lawak, kadang dengan bebelan ibu kepada Zulfan dan kadang-kadang ibunya menceritakan apa yang anak lelakinya tu suka dan tak suka. Tanpa sedar masa berlalu dengan cepat, kami berjaya masak beberapa masakan untuk tengahari ni.



" assalamualaikum, ibu ayah." aku pasti tu suara adik-adik Zulfan dari ruang tamu. 

" waalaikumussalam. Kat dapur ni, sini makan sekali." balas ibu dengan nada yang dikuatkan sikit.

" wah, sedapnya bau. Ibu masak apa?" muncul dua orang adik kembar Zulfan di muka pintu dapur.

" ops, kita ada tetamu lah bang." si adik menyiku bahagian tepi abang kembarnya.

" along dah bagitahu dah semalam. Kau nyanyuk ke?" malas nak melayan adiknya, si abang cepat-cepat duduk di sebelah kanan Zulfan. Kepalanya menunduk kepadaku, tanda hormat.

" hai, kakak ipar." ceria si adik menyapa. Tangannya naik separas dada melambaiku.

comel. Aku tergelak kecil melihat kelakuannya.

" hai, adik ipar." aku melayannya. Seisi keluarga ketawa mendengar balasanku yang ingin mengusiknya.

" akak nama apa? saya, Nuzhan Uzair. abang pulak Naufal Uzaid." si adik memperkenalkan dirinya.

" apa tanya waktu makan ni, dik? Makan la dulu kot iya pun." marah si abang.

" panggil je kak long." selamba Zulfan tolong jawabkan untuk aku.

" uhuk." aku tersedak mendengarnya. 

" Is ni kan. Kan dan tersedak anak orang. dah diam semua. Lepas makan baru bersembang." sambil menepuk belakangku, ibu mengeluarkan arahan veto.

Semua menunduk melihat pinggan masing-masing bila Puan Rafidah mula bersuara. Encik Zulhairi, ayah Zulfan hanya senyum segaris terhibur.

" macam mana tuisyen kamu?" ayah Zulfan bersuara memecahkan kesunyian kami.

" everything is okay, ayah." jawab Nuzhan semangat. Naufal di sebelahnya tayang muka menyampah.

" ingat.." kata-kata ayah terhenti bila Nuzhan laju memotong.

" ingat, tahun ni kamu SPM, jangan banyak main." dia tahu skrip ayat ayahnya. Tahun ni dah tak terkira berapa kali ayat tu disebut kepada dia dan Naufal.

Zulfan di sisi ketawa lagi. Terhibur dengan perangai adik bongsunya.

" macam ni lah Nur kalau kena jaga anak lelaki." ayah mengeluh padaku. 

" tu yang ibu cakap kat dia, penat nak menjaga tiga hero ni." sampuk ibu di sebelahku.

" kenapa ibu kantoikan perangai angah. adik dengan along behave je, kan long?" Nuzhan mengusik abang kembarnya.

Naufal memandang tajam adiknya. Penatnya dapat adik perangai macam budak-budak ni.

" kak long nak tahu tak? Nuzhan kan, pagi-pagi mintak ibu buatkan dia susu lagi. Dah besar panjang pun minum susu nak kena orang bancuh." Naufal berbisik kuat kepadaku.

" eh, mana ada. Kak long jangan dengar auta angah ni. Kak long tahu tak, Naufal kan, malam-malam mesti suruh adik tidur dengan dia sebab dia penakut." masing-masing bukak aib sendiri.

" eh kau, elok sikit. Kau yang penakut nak tidur dengan aku, aku pulak yang kena." laju Naufal membela diri.

" sudah, sudah. Hormat sikit makanan kat depan ni. Dah, diam." ayah meleraikan bunga-bunga pergaduhan yang nak menjadi.

Aku hanya ketawa kecil melihat mereka berdua. Begini rasanya ada adik, maklumlah dia anak bongsu.

" kak long ada adik?" Nuzhan masih berminat nak bercakap dengan aku. Panggilan kak long terus melekat denganku.

Aku menggeleng dulu menjawab soalannya.

" aaa..akak takde adik. akak anak bongsu, sama macam Nuzhan." lembut suaraku menjawab. Zulfan di depannya sembunyi senyum. boleh tak kalau dia nak kahwin sekarang jugak.

" wahh..patutlah Nuzhan rasa macam tengah jumpa kembar." makin lebar senyuman dia bila tahu aku pun anak bongsu.





Usai makan, aku dan Zulfan minta diri untuk balik. Dia ingin menghantarku pulang ke asrama.

" ibu, ayah. Is nak hantar Nur balik dah." Zulfan minta izin kedua orang tuanya.

" alaa kak long nak balik dah ke?" Nuzhan menyampuk. Dia tak puas lagi bersembang dengan buah hati abang sulungnya ni. 

" kena balik awal la, Nuzhan. Nanti jem lambat pulak akak nak sampai kolej." jawabku.

" tah kau. Kau ingat kak long tu takde kerja lain ke macam kau?" sampuk Naufal. Aku perasan sesuatu dengan perangai Naufal. Dia tampak dingin, tapi dia baik hati. Dia tak berperasaan tapi cepat memahami. Aku nampak Zulfan versi dingin dalam dirinya. Kalau Zulfan orang yang beku, pasti perangainya saling tak tumpah macam Naufal.

" dah, dah. Haa, Is drive tu jangan nak laju-laju. Nur, report dekat ibu kalau dia bawak laju tau." aku dan ibunya dah jadi satu team sekarang. Aku tersengih jahat dalam hati. Lepas ni kalau dia buli aku, aku report dekat mak dia.

Aku bersalaman dengan ibunya. Sekali lagi tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

" lepas ni datang lagi tau. Ibu seronok ada kawan perempuan ni." bisik ibu di telingaku.

" InshaAllah, ibu. kalau tak ada aral melintang InshaAllah Nur datang lagi." balasku turut berbisik.

" kami pergi dulu, ibu ayah. angah dengan adik belajar elok-elok." sempat Zulfan nasihat adik-adik kembarnya.

" bye, kak long." Nuzhan melambai ke arah kami semangat.

" ceria betul adik awak yang bongsu tu. Ikut perangai awak la tu." kataku sebaik saja kami keluar dari kawasan rumahnya.

" dia memang ceria. Naufal je yang tak ceria sikit." balas Zulfan laju.

" nanti bulan depan, bawak saya pulak pergi jumpa family awak. Saya tak sabar nak jumpa bakal mentua saya." 

Aku ketawa kecil.

" mana boleh paksa-paksa." aku mengusiknya.

Zulfan ketawa lagi. Merdu. Aku mahu simpan bunyi merdu ni selamanya di dalam hatiku.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 59 6
Elvina Sofea, seorang gadis rupawan yang telah dibesarkan oleh bapa kandungnya. Dia menjalani kehidupannya dengan penuh gembira sama seperti rakan-ra...
36.8K 2.6K 19
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
568K 19.5K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
207K 14.1K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...