Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.7K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 9

1.5K 157 8
By Hashily90

Hayfa dan Syaqil keluar daripada pasaraya mereka baru selesai membeli barang dapur. Syaqil menyusun barangan yang dibeli oleh mereka ke dalam bonet kereta Audi miliknya.

"Kau lapar tak? Sebelum balik rumah nak makan dulu tak?" Soal syaqil.

"Boleh jugak. Tak payahlah Faa terkejar-kejar nak masak tengah hari ni." Kata Hayfaa sambil tersenyum. Syaqil pantas buka pintu kereta dia menolak badan Hayfa perlahan masuk ke dalam kereta. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memandu laju ke sebuah cafe.

"Jom turun. Makanan kat cafe ni boleh tahan sedap. Aku dengan Rafee selalu lepak sini." Kata Syaqil. Dia berjalan laju keluar dari kereta. Hayfa membontoti langkah Syaqil dari belakang.

"Abang tunggu la. Jalan laju-laju nak ke mana?" Laung Hayfa. Namun Syaqil tidak menghiraukan Hayfa dia terus melangkah masuk ke dalam cafe. Hayfa sudah menarik muka masam. Sakit hatinya dengan sikap Syaqil yang tidak mengendahkannya.

Masuk saja ke dalam cafe Hayfa dan Syaqil terus order makanan. Tidak lama selepas itu makanan yang mereka order pun sampai. Hayfa menjamah spagetti yang bolognese yang berada di pinggannya.

"Ermm... Betullah makanan kat sini sedap." Ucap Hayfa. Syaqil tidak menjawab dia hanya menayangkan riak muka tidak berperasaan. Tiba-tiba Hayfa dan Syaqil terkejut apabila Syaqil disapa oleh seseorang.

"Asran. You buat apa kat sini? Lamanya kita tak jumpa kan." Kata Linda dengan riak wajah yang teruja.

"Oh. Linda. I tengah jogging ni. You tak nampak ke?" Kata Syaqil sambil tersenyum sinis. Kau ni dah nampak aku tengah makan kau boleh tanya lagi aku buat apa kan. Buta ke apa? Getus hatinya. Hayfa sudah merenung tajam ke arah Linda. Dah la pakai pun sexy gedik pula tu. Bisik hatinya.

"You ni memang pandai buat lawak kan Asran. Lama kita tak jumpa kan. Lepas majlis syarikat you dulu jarang I jumpa dengan you. Pergi office pun wakil you je yang ada. Ermm...siapa perempuan ni Asran?" Kali ini Linda menjeling ke arah Hayfa dengan riak muka tak puas hati. Hayfa terdiam mendengar soalan Linda. Dia renung lama muka Syaqil. Jujurnya dia nak Syaqil mengaku yang dia ini isteri Syaqil di depan Linda.

"Oh, Ini Hayfa adik sedara I." Jawab Syaqil selamba. Hayfa mengetap bibirnya apabila mendengar jawapan Syaqil. Entah kenapa hatinya rasa sangat sedih ketika ini.

"Oh adik sedara. Hai Hayfa I linda." Kata Linda sambil dia hulurkan tangan pada Hayfa.Hayfa menyambut huluran tangan Linda.

"Kalau korang tak keberatan. Boleh tak I join korang berdua. Kebetulan I pun nak makan kat sini." Sambung Linda lagi. Hayfa hanya diam tidak menjawab. Jujurnya dia tak nak Linda berada di situ.

"I tak kisah. Join jelah." Balas Syaqil sambil dia renung lama wajah isterinya yang mencuka. Linda menepuk tangannya suka apabila Syaqil bagi green light. Pantas dia tarik kerusi dan duduk rapat di tepi Syaqil. Makin sakit hati Hayfa melihat Linda duduk rapat dengan Syaqil.

Linda berbual-bual dengan Syaqil. Nampak mesra betul. Syaqil siap tersenyum apabila berbual dengan Linda. Mereka berdua berbual seolah-olah dia tidak berada di situ. Sakit betul hati Hayfa. Kalau dengan aku, kau dingin je memanjang. Dengan perempuan lain boleh pulak kau tersenyum macam tu, Hayfa menahan air matanya daripada gugur.

"Abang dan Linda makanlah dulu. Faa ada hal la. Faa kena pergi dulu." Kata Hayfa tiba-tiba. Berkerut dahi Syaqil mendengar kata-kata Hayfa.

"Kau nak pergi mana? Datang dengan aku balik pun dengan akulah. Makanan kau pun tak habis lagi. " Balas Syaqil.

"Faa, baru teringat Faa kena balik rumah mama kejap. Mama nak jumpa Faa. Tak pe abang temanlah Linda dulu, kan korang lama tak jumpa." Kata Hayfa yang cuba memberi alasan. Pantas dia bangun dan melangkah keluar dari cafe itu. Syaqil hanya memerhati langkah Hayfa.

"Linda I kena balik dulu. I pun ada hal bye." Kata Syaqil. Pantas dia pergi ke kuanter dan membuat pembayaran. Terkebil-kebil mata Linda melihat Syaqil meninggalkannya sendirian.

Syaqil meluru keluar dan mengejar langkah Hayfa. Dia berlari dan dia tarik lengan Hayfa hingga badan Hayfa terdorong ke dalam dakapannya. Dilihatnya Hayfa sudah menangis.

"Kenapa kau menangis?" Soal Syaqil.

"Penting ke abang nak tahu kenapa Faa menangis. Abang pergilah layan scandal abang tu." Kata Hayfa.

"Kau jealous ya?" Balas Syaqil sambil tersenyum sinis.

"Tak penting pun abang nak tahu Faa jealous ke tak. Perasaan Faa bukan penting pun bagi abang kan! Sudahlah lepaslah!" Tempik Hayfa lalu dia rentap kuat lengannya dari genggaman tangan Syaqil. Dia berlari laju untuk melintas jalan. Syaqil mengejar langkah Hayfa.

Baru Hayfa berlari nak melintas jalan, tiba-tiba kakinya terpelecok. Dia jatuh terduduk di atas jalan raya. Tiba-tiba ada kereta mercedes hitam meluru laju ke arahnya. Hayfa terkaku melihat ke arah kereta tersebut.

"Hayfa!!!" Jerit Syaqil. Rasa nak gugur jantungnya melihat kereta itu meluncur laju ke arah isterinya. Pantas dia melajukan lankahnya lalu dia menarik kuat tangan Hayfa yang tengah terduduk itu untuk ketepi. Sampai saja di tepi jalan Syaqil merenung tajam ke arah kereta hitam yang laju berlalu pergi dari situ. Hatinya sudah rasa panas membara dia marah pada pemandu kereta tersebut. Kau dah nampak dia terjatuh dari jauh tapi kau lajukan kereta. Kau memang nak langgar isteri aku ke apa. Bisik hatinya.

"A..aduh sakit." Ucap Hayfa perlahan. Dia pegang tangan dan kakinya yang terasa sakit. Tangannya sakit kerana Syaqil menarik kuat lengannya sebentar tadi. Kakinya sakit akibat terseliuh.

"Sakit kau kata! Kalau aku tak cepat tadi bukan setakat kau sakit silap-silap kau mampos terus, kau tahu tak! Yang kau lintas jalan tak tengok kiri kanan tu dah kenapa? Nak mati sangat ke! Tak habis-habis menyusahkan aku." Tempik Syaqil. Geram betul dia saat ini. Nyaris tadi Hayfa tidak dilanggar. Rasa nak gugur jantungnya sebentar tadi. Terhinjut bahu Hayfa kerana Syaqil menengkingnya dengan kuat. Laju air matanya turun ke pipi. Dia seka air matanya berkali-kali

Syaqil yang sedar dia sudah keterlaluan meninggikan suaranya pada Hayfa terkedu seketika apabila melihat Hayfa menangis teresak-esak.

"A..aku minta maaf sebab marah kau." Kata Syaqil perlahan. Dia belek kaki Hayfa yang sudah bengkak lalu pantas dia cempung badan Hayfa. Terkedu Hayfa apabila Syaqil mendukungnya begitu. Pantas dia lilitkan kedua tangannya di leher Syaqil.

Syaqil membawa Hayfa ke klinik. Selepas membuat pemeriksaan pada kaki Hayfa barulah mereka bergerak ingin pulang ke rumah. Di dalam kereta sesekali Syaqil menjeling ke arah isterinya yang duduk termenung sambil memandang ke luar tingkap.

"Kenapa tadi kau nangis? Kenapa kau lari laju macam tu? Tahu tak bahaya lintas jalan macam tu." Kata Syaqil yang cuba memulakan perbualan di antara mereka.

"Abang tanya kenapa Faa nangis. Patut abang tanya diri abang tu. Apa yang abang dah buat?" Hayfa menoleh dan merenung tajam ke arah Syaqil.

"Aku..aku buat apa?" Soal Syaqil.

"Abang buat apa abang tanya? Seriously abang tak sedar ke yang abang bermesra dengan perempuan lain depan isteri abang. Apa abang ingat Faa ni tunggul ke, tak ada perasaan bila tengok suami sendiri bermesra dengan perempuan lain. Dah la abang tak mengaku Faa ni isteri abang kan." Tinggi suara Hayfa memarahi Syaqil.

"Kau jealous kan bila perempuan lain ramai nakkan aku. Kau dengar sini Hayfa. Bukan ke kau yang suruh supaya kita rahsiakan perkahwinan kita masa awal perkahwinan kita dulu. Sekarang kau nak meroyan marah-marah kenapa. Aku cuma ikut rentak kau. Kalau kau nak tahu walau siapapun tanya aku sama ada aku ni dah kahwin ataupun belum. Aku akan cakap aku dah kahwin. Aku tak menipu. Tapi kalau kau nak tahu lagi, walaupun aku kata aku dah kahwin tetap ramai jugak perempuan tergilakan aku. Jadi aku nak buat macam mana kan kalau diaorang yang cari aku. Dan jawapan aku pada Linda yang kau tu adik saudara aku. Memang betul pun kan. Kau saudara aku merangkap isteri aku. Jadi jawapan aku tak salah." Jawab Syaqil sambil tersenyum sinis.

"Kalau diaorang cari abang pun. Abang boleh pilih kan utnuk melayan diaorang ataupun tidak. Ni Faa tengok bukan main mesra abang sembang dengan perempuan lain. Kalau dengan Faa abang asyik nak marah je." Marah Hayfa lagi.

"Nak buat macam mana Faa aku ni handsome dan hot sangat kot sampai aku jadi buronan cinta." Syaqil tersengih nakal pada Hayfa. Kini Hayfa menjeling Syaqil, dia memeluk tubuhnya menggunakan kedua belah tangannya sambil menarik muka masam. Sakit hatinya bercakap dengan Syaqil. Ada je alasan si Syaqil ni. Syaqil sudah tersenyum melihat muka cemburu Hayfa. Pantas mulutnya menyanyi kecil lagu 'buronan cinta'.

"Banyak sudah yang menegur nanti aku kan terseungkur. Dengan gaya ku menggoda setiap perempuan dimata. Tapi dunia cukup besar untuk simpan rahasia. Sudah terjerat baru rasa bagai, oh. Oh, buronan cinta tersepit di antara dua pacar berbeza pada waktu yang sama. Yang kiri menuntutkan kanan juga begitu. Lebih baik ku lari cari pacar yang baru." Syaqil menyanyi sambil tersenyum nakal. Sambil menyanyi dia jarinya mengetuk perlahan stereng kereta seperti membuat muzik. Dia angguk-angguk perlahan kepalanya.

Hayfa menjeling tajam ke arah Syaqil. Rasa nak ditarik-tariknya rambut si Syaqil. Sakit betul hatinya mendengar bait-bait lirik lagu tersebut. Kau ni kan bajet hot sangat la tu sampai jadi buronan cinta bagai. Kau jangan sampai aku cekik kau sampai mampos Syaqil Asran. Sabar Hayfa, sabar bawa bertenang. Apapun dia tetap suami kau. Kau kena banyak sabar. Bisik hatinya

Syaqil tetap meneruskan nyanyiannya Hayfa pula berpura-pura tidur. Malas dia nak melayan si Syaqil. Bukan dia tak sedar Syaqil sengaja terngih nakal padanya untuk menyakitkan hatinya.

Sampai saja di rumah. Pantas Hayfa buka pintu kereta untuk keluar dari kereta, dia memejamkan matanya menahan sakit apabika kakinya memijak tanah. Baru dia nak melangkah tiba-tiba dia terjerit kecil apabila Syaqil mendukung tubuh rampingnya.

"A..abang apa ni?" Soal Hayfa.

"Kan kaki kau sakit. Biarlah aku tolong. Aku ni tak kejam lagi tau. Aku suami kau. Jadi aku kenalah jaga kau masa kau sakit." Kata Syaqil sambil dia hayunkan langkahnya masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik Hayfa. Berdebar dada Hayfa apabila Syaqil dukung dia begitu. Terasa bagai berbunga-bunga hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan kenangan mereka satu ketika dahulu. Ketika dia berusia lapan tahun dan Syaqil berusia tiga belas tahun.

"Faa,janganlah lari bahaya ni. Banyak batu kat sini. Kalau jatuh nanti macam mana. Dah la kita dah jauh dari yang lain ni. Jom balik semula ke sana. Nanti kita sesat susah pulak." Kata Syaqil yang memanggil Hayfa. Namun Hayfa yang teruja melihat ke arah anak sungai itu terus berjalan laju dan tidak menghiraukan kata-kata Syaqil.

Hari ini keluarga mereka telah buat aktiviti bercamping dalam hutan. Keluarga Noah juga turut serta dalam aktiviti mereka.

"Abang datang sini cepat. Sungai kat sini cantik betul." Kata Hayfa yang masih berjalan laju. Tiba-tiba dia menjerit kerana kakinya tersadung batu. Terus dia terjerit kecil dan jatuh tergolek di situ.

"Hayfa!!!" Jerit Syaqil. Dia cemas apabila melihat Hayfa jatuh. Pantas dia berlari ke arah Hayfa. Berkerut dahi Syaqil melihat tangan dan kaki Hayfa yang sudah berdarah.

"A...aduh sakitnya.." Kata Hayfa sambil memejamkan matnaya menahan sakit. Air mata telah bergenang di tubir matanya.

"Itulah dari tadi abang pesan hati-hati. Tapi Faa nak jugak jalan laju. Siap berlari lagi. Faa tengok kawasan sungai ni kan banyak batu. Faa ni memang keras kepala betul kan. Ni dah jatuh siapa susah, abang jugak yang susah." Bebel Syaqil.

"Abang ni janganlah marah-marah Faa. Dah la Faa tengah sakit ni. Abang lagi nak marah-marah. Bencilah." Kata hayfa lalu dia menangis. Syaqil yang melihat Hayfa menangis sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah merajuk pulak dah. Dia punya salah dia pulak merajuk. Bisik hatinya.

"Sudah..sudah jangan nangis. Buruk muka tu." Kata Syaqil sambil dia seka air mata Hayfa. Kemudian dia bersihkan pasir yang ada pada luka di lutut Hayfa. Bahagian seluar di lutut Hayfa dah terkoyak kerana terjatuh. Syaqil tiup luka di kaki dan tangan Hayfa. Hayfa hanya merenung lama wajah Syaqil. Kini Syaqil duduk bertinggung membelakangkan Hayfa.

"Faa naik belakang abang. Biar abang dukung Faa bawa balik ke khemah. Nanti kat sana minta mama dan papa Faa sapukan ubat luka." Kata Syaqil. Hayfa hanya anggukkan kepalanya. Perlahan dia naik belakang badan Syaqil. Buku lalinya sudah mula bengkak dan mula terasa sakit. Jadi memang susah dia nak berjalan.

Syaqil mendukung Hayfa dengan berhati-hati.

"Abang tak berat ke dukung Faa? Faa minta maaf selalu susahkan abang." Kata Hayfa.

"Ishh gila tak berat. Berat tau macam dukung anak gajah." Seloroh Syaqil.

"Abang ni kan! Berani kata Faa berat macam anak gajah kan. Jahat la mulut tu." Hayfa yang geram menampar bahu Syaqil berkali-kali. Syaqil sudah ketawa berdekah

"Eii stop Faa. Sakit bahu abang Faa tampar tau. Kejap lagi abang terlepas Faa. Kita jatuh tergolek sama-sama nak ke." Kata Syaqil.

"Taknak!" Jawab Hayfa sambil dia muncungkan bibirnya. Lalu dia lentokkan kepalanya di bahu Syaqil sambil dia merenung wajah Syaqil yang tengah memikul badannya.

"Faa janganlah merajuk. Abang tak susah pun dukung Faa. Abang sanggup buat apa je untuk Faa. Kan Faa kesayangan abang. Bakal isteri abang bila besar nanti kan." Kata Syaqil. Hayfa sudah tersenyum malu mendengar kata-kata Syaqil.

Syaqil terus mendukung Hayfa sampai ke tapak perkhemahan mereka. Di situ Hayl, Hayfa dan semua terkejut melihat keadaan Hayfa. Pantas Hayl mencuci luka dan meletakkan ubat luka pada Hayfa. Syaza hanya memandang ke arah Hayfa dengan riak muka tidak puas hati. Sakit hatinya melihat Syaqil mendukung Hayfa.

Hayfa sempat terkenang memori lama semasa Syaqil mendukungnya. Tidak dinafikan dulu Syaqil memang sangat mengambil berat padanya. Apapun yang berlaku Syaqil selalu mengutamakan dirinya. Cuma dia yang bodoh pergi meruntuhkan kasih sayang dan kepercayaan Syaqil padanya.

Sampai saja di bilik Hayfa Syaqil dudukkan Hayfa di atas katil. Kemudian dia duduk bertinggung dan dia buka kasut Hayfa dan dia belek balutan di kaki Hayfa. Hayfa hanya merenung lama wajah Syaqil. Syaqil yang perasan Hayfa merenungnya lama mendongakkan wajahnya memandang Hayfa. Buat seketika mereka merenung ke arah satu sama lain.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal syaqil.

"Tak ada apa-apa. Saja je." Balas Hayfa.

"Kau rehat dulu. Beberapa hari ni tak payah masak dan buat kerja rumah. Biar aku settlekan semuanya sampai kaki kau sembuh. Kau tidur dulu ya, nanti aku masak sesuatu untuk kau. Tadi pun kau makan sikit je kan." Kata Syaqil sambil dia tolak perlahan badan Hayfa supaya baring dan dia tarik kain duvet lalu dia selimutkan badan Hayfa. Hayfa hanya mengangguk tanda faham.

Syaqil keluar dari bilik Hayfa. Dia ambil barang dapur di dalam bonet kereta lalu pantas dia ke dapur. Dia masakkan nasi goreng udang untuk Hayfa. Kemudian dia letakkan air segelas, nasi goreng udang dan ubat Hayfa di dalam dulang. Pantas dia naik ke bilik Hayfa. Dilihatnya Hayfa sudah tertidur. Perlahan dia goyang bahu Hayfa dan memanggil nama Hayfa dengan lembut.

"Hayfa..Hayfa bangun." Ucap Syaqil. Perlahan Hayfa membuka matanya. Dia tersenyum apabila melihat Syaqil di depannya. Pantas dia bangun dan duduk.

"Aku dah masakkan nasi goreng. Kau makan dulu. Lepas tu makan ubat. Kemudian baru kau sambung rehat. Okey" Kata Syaqil sambil dia capai nasi goreng tersebut dan dia sudukan lalu dia dekatkan ke mulut Hayfa.

Untuk seketika Hayfa merenung wajah suaminya, perlahan dia buka mulut dan makan makanan yang Syaqil suapkan. Hatinya berasa terharu. Walaupun Syaqil dingin dengannya tapi Syaqil masih selalu ambil berat tentangnya. Mungkin betul kata papanya, Syaqil masih sayangkan dia. Tetapi disebabkan kesalahannya yang lepas menyebabkan amarah Syaqil menutupi rasa sayangnya pada Hayfa. Hayfa berdoa dalam hati semoga hati Syaqil terbuka untuk kembali berubah seperti dahulu.

*cerita ni bermain emosi jugak ya. Siapa tak ada tahap kesabaran tinggi dan kuat nangis boleh skip. Pi baca cerita lain. Jangan kata sis tak ingatkan yer.🤣🤣

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 682 84
#SiapaElauraHikayla #misteri #voteandkomen Tengku Anna Aralyn, gadis yang cantik, baik, jelita, mata berwarna biru pekat, rambut light brown, kasar...
2.8K 308 22
Satu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas...
1.5M 47.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
272K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...