Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.6K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 7

1.5K 150 22
By Hashily90

Hayfa menjeling ke arah Syaqil yang sedang sibuk meneliti dokumen di dalam bilik kerjanya. Dia letakkan secawan kopi di atas meja kerja Syaqil. Matanya tertancap pada buku 'Men are from mars women are from venus' di atas meja Syaqil. Pantas dia ambil dan belek buku tersebut.

"Hai untunglah orang tu kan. Ada rakan sekerja yang bagi nasi lemaklah, bagi bukulah." Kata Hayfa dengan nada sinis.  Bibir Syaqil sudah terjongket menahan senyum apabila mendengar kata-kata Hayfa, pantas dia dongakkan kepalanya memandang Hayfa.

"Memang untung pun. Hai nasiblah aku ni handsome dan hot sebab tu ramai yang tergila-gilakan aku. Kenapa kau jealous ke?" Soal Syaqil.

"Ehh nak jealous kenapa pulak. Tak heranlah siapapun nak tergilakan abang, sebab Faa pun cantik dan hot jugak. Sekali Faa petik jari sepuluh yang datang tau." Kata Hayfa sambil dia angkat sepuluh jarinya pada Syaqil. Syaqil sudah tersenyum sinis melihat Hayfa.

"Wow yakinnya kamu. Confident level tu beli kat pasar malam eh?" Soal Syaqil sambil tersengih dengan wajah seolah-olah mengejek Hayfa. Hayfa menahan geram apabila melihat ke arah Syaqil. Tapi dia berusaha untuk sabar.

"Abang tahniahlah. Tadi dalam mesyuarat pengetua puji abang kan sebab boleh bertahan dengan kelas Sapphire tu dan ada perubahan pada sikap para pelajar tu." Ucap Hayfa.

"Well, kau tengoklah siapa cikgu diaorang, ini Syaqil Asran tau.  Mak singa macam kau pun aku boleh jinakkan inikan pulak setakat budak-budak tu." Kata Syaqil selamba.

"Heii abang!! Suka hati abang je panggil Faa mak singa kan." Marah Hayfa.

"Yelah. dulu kau bukan macam mak singa ke? Sikit-sikit merajuk nak marah. Jenuh jugak aku nak melayan kerenah kau. Tapi tu dulu la. Sekarang memang taklah aku nak melayan rajuk kau lagi." Ucap Syaqil.

Hayfa mengepal penumbuknya menahan geram. Mulut Syaqil sekarang memang pedas. Ada je ayat nak sakitkan hatinya. Kini otaknya ligat cuba memikirkan cara untuk mengenakan Syaqil kembali.

"Abang.. Tadi abang dengar kan. Sekolah kita nak adakan pertandingan kelas untuk persembahan hari guru. Hari guru tahun ni temanya bollywood. Jom kita bertaruh untuk persembahan hari guru nanti. Kelas siapa kalah. Dia kena ikut perintah orang yang menang selama seminggu. Kalau Faa menang abang kena ikut kata Faa seminggu." Kata Hayfa sambil tersenyum sinis.

"Woww menarik. Kau jangan menyesal kalau kelas aku yang menang." Kata Syaqil sambil tersenyum nakal. Kini dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah isterinya. Hayfa melangkah hingga ke belakang apabila Syaqil mendekatinya, dia melangkah sehingga  belakang badannya  bertemu dengan dinding. Kini Syaqil memaku kedua tangannya tepi dinding betul-betul di tepi kepala Hayfa. Terkedu Hayfa apabila Syaqil begitu dekat dengannya. Rasa berdebar dadanya saat ini melihat wajah tampan suaminya.

"Faa meneysal? Tak mungkin. Ingat sikit kelas Faa tu kelas tingkatan lima terbaik di sekolah tu. Kelas abang pulak kelas yang paling susah nak handle. Abang takkan dapat handle pelajar tu semua." Kata Hayfa sambil dia memberanikan dirinya untuk melawan pandangan nakal Syaqil padanya. Dia yakin Syaqil takkan dapat pujuk kelas Sapphire untuk turut serta dalam persembahan. Kerana dia dengar daripada mulut guru lain, semua pelajar kelas tersebut menolak untuk ikuti apapun pertandingan yang pihak sekolah jalankan melainkan acara sukan. Kelas itu  merupakan kelas yang pelajarnya paling nakal dan susah nak dikawal. Mustahil Syaqil nak ajak semua pelajarnya itu melakukan latihan untuk persembahan.

"Jangan yakin sangat Raja Hayfa Hanina. Aku takut kau tergigit lidah termakan kata-kata sendiri nanti. Just be ready untuk ikut segala arahan aku seminggu." Bisik Syaqil dengan nada psiko di tepi telinga Hayfa. Lalu dia tenung ke dalam anak mata Hayfa sambil tersenyum sinis.

"Faa akan pastikan kelas Faa takkan kalah. Sudahlah tepi sikit apa ni dekat-dekat." Kata Hayfa sambil dia cuba tolak dada Syaqil yang merapat dengannya. Namun Syaqil sedikit pun tidak berganjak.

"Kau nak pergi mana? Awal lagi ni Hayfa. Apakata kita kumpul pahala lebih sikit malam ni." Usik Syaqil sambil tersenyum nakal pada Hayfa. Terkebil-kebil mata Hayfa melihat  wajah Syaqil yang begitu dekat dengan wajahnya. Merah mukanya menahan malu.

"Ku..kumpul pa..pahala lebih. A..apa maksud abang." Terketar suara Hayfa menyoal Syaqil.

"Yelah kumpul pahala lebih. Kau rasa macam mana kita nak kumpul pahala lebih?" Soal Syaqil dengan nada menggoda dan berbisik. Hayfa sudah kaku tidak bergerak. Tegak bulu romanya mendengar kata-kata Syaqil.

"A..abang jangan nak macam-macam yer." Kata Hayfa.

"Macam-macam yang macam mana tu maksud kau. Kau nak macam-macam yang macam mana?" Bisik Syaqil. Makin galak Syaqil mengusik Hayfa. Kini dia dekatkan  lagi wajahnya seperti hendak mencium Hayfa. Pantas Hayfa tutup rapat matanya. Dada sudah rasa berdebar teruk waktu ini.

Tiba-tiba Hayfa membuka matanya luas apabila terasa dahinya sakit kerana dijentik kuat oleh Syaqil. Bukan setakat iktu saja Syaqil sudah ketawa berdekah melihatnya.

"Kau ni kan. Mesti kau fikir aku nak buat macam-macam pada kau kan Hayfa. Tak payah nak buat macam-macam pun. Kau tengok aku, aku tengok kau pun dah boleh dapat pahala Hayfa oii. Sebab kita ni kan suami isteri. Otak kau tu memang kelabu kan." Kata Syaqil yang sedang ketawa berdekah sambil memegang perutnya akibat terlalu banyak ketawa. Hayfa sudah mengepal penumbuknya menahan geram. Syaqil memang suka usik dia begitu. Sakit betul hatinya kerana selalu dibuli oleh Syaqil.

"Abang ni memang tak guna! I hate you Syaqil Asran!" Jerit Hayfa lalu dia tolak kuat badan Syaqil dan dia berlari keluar dari bilik itu. Syaqil hanya memerhati langkah Hayfa yang berlalu pergi.

"Kau benci aku. Tapi aku terlalu cintakan kau. Sampai aku rasa sakit sangat dengan apa yang dah buat pada aku Hayfa." Syaqil mengumam perlahan. Kini riak wajahnya sudah bertukar dingin.

****

Syaqil berdiri di hadapan para pelajarnya. Semua para pelajarnya merenung wajahnya.

"Cikgu kata ada perkara nak bincang dengan kitaorang. Perkara apa tu?" Soal Jayden.

"Cikgu nak kelas tingkatan lima Saphire masuk pertandingan masa persembahan hati guru nanti." Kata Syaqil selamba.

"Hah! Masuk pertandingan!" Jerit semua pelajarnya serentak.

"Cikgu biar betul. Muka kitaorang semua ni. Mana ada masuk pertandingan macam ni.  Kitaorang masuk pertandingan sukan je. Ishh, taknak la kitaorang masuk pertandingan hari guru macam ni. Buang masa kitaorang je." Kata Raaziq.

"Nak ataupun tidak korang kena masuk pertandingan ni. Takkanlah kelas lain semua boleh buat persembahan kelas korang tak boleh. Takkan kelas kita nak kalah sebelum bertanding. Kalini kita kena pastikan kelas kita menang." Balas Syaqil. Apapun dia tak boleh kalah dengan Hayfa. Dia tak nak jadi kuli Hayfa seminggu.

"Cikgu jangan nak paksa-paksa kitaorang boleh tak. Cikgu jangan nak ugut kitaorang dengan gunakan alasan nak pecahkan rahsia kitaorang untuk buat kitaorang masuk pertandingan ni ya. Itu main kotor namanya." Sampuk Kamal. Syaqil tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Kamal.

"Siapa kata cikgu nak ugut korang. Cikgu nak bagi tawaran istimewa kat korang kalau korang masuk pertandingan ni." Balas Syaqil dengan riak muka selamba.

"Hah..tawaran..tawaran apa?" Soal ravi. Kini semua pelajar kelas itu sudah riuh. Masing-masing tertanya tawaran apa yang Syaqil nak beri. Syaqil cuma tersenyum pantas dia melangkah ke meja guru. Dia buka kotak besar yang dia bawa masuk ke dalam kelas sebentar tadi. Pantas dia keluarkan  beberapa DVD dari dalam kotak itu. Kini dia melangkah ke arah murid-muridnya.

"Untuk murid lelaki ini adalah DVD video game limited edition.  Cuma ada beberapa ribu je dikeluarkan dalam dunia ni. Cikgu tahu budak sekolah menengah kebanyakannya memang suka video game kan. Cikgu bayar beberapa staff cikgu mahal tau, untuk diaorang beratur beli benda ni. Untuk budak perempuan ini ada DVD kpop dan boy band. Ini pun limited edition. Baru released kat  overseas je. Belum masuk ke Malaysia." Kata Syaqil. Kini mata semua pelajarnya sudah membulat melihat DVD di tangan Syaqil. Semua dah teruja nak memiliki DVD tersebut.

Sebelum masuk ke sekolah ini. Memang Syaqil dah arahkan staffnya untuk membeli dan kumpulkan semua DVD ini. Kerana dia dah buat kajian apa yang remaja zaman kini suka. Dia yakin DVD ni semua berguna untuknya di masa akan datang. Kini tiba masanya dia gunakan DVD yang dia telah kumpul sebagai senjata untuk dia menarik minat para pelajarnya.

"Woww betullah. Itu video game limited edition. Saya nak!" Kata Raaziq.

"Korang nak eh?" Soal Syaqil. Kini Syaqil menayang-nayang DVD itu depan muka Raaziq. Baru Raziq nak capai DVD tersebut Syaqil terlebih dahulu pantas menarik balik DVD tersebut. Membulat mata Raaziq melihat kelakuan cikgunya.

"Nak la!" Jerit semua pelajarnya.

"Opss sorry. Tak semudah tu cikgu nak bagi pada korang. Benda ni limited edition kot. Kalau korang nak. Korang kena pastikan kelas kita menang pertandingan ni. Kalau kelas kita kalah jangan harap korang semua nak dapatkan DVD ni sorang satu. Amacam setuju nak masuk pertandingan?"

"Setuju!!! Setuju!!! Hah cepat-cepat nak buat persembahan apa? Tarian, nyanyian ke lakonan? Jom kita praktis sekarang!!!" Jerit Alex teruja.

"Betul jom praktis!!!" Jerit kesemua peajar itu serentak.

"Woii! Yang korang menjerit  dah kenapa? Kau ingat sekolah ni pasar malam ke hah! Sekali cikgu tampar korang sekor-sekor nanti kot berpusing.  Tadi bukan main taknak masuk pertandingan. Ni bila tengok DVD limited edition terus semangat. Dasar meterialistik korang ni. Nak latihan bukan sekarang, sekarang waktu kelas. Lepas balik nanti baru mula latihan." Jawab Syaqil.

Syaqil simpan semula DVD itu di dalam kotak. Kini dia tersengih. Nampaknya umpan dia memang berhasil. Kelas Sapphire makin mudah mendengar kata. Tak sia-sia dia baca buku pengurusan tingkah laku dan buat kajian tentang apa yang disukai oleh golongan remaja. Dia nekad dia tak akan kalah dengan Hayfa. Kau tunggu kau Hayfa. Aku akan pastiksn kau jadi kuli aku seminggu. Bisik hatinya.

Selepas habis waktu kelas. Syaqil dan para pelajarnya membuat latihan untuk persembahan untuk hari guru nanti.

****

Syaqil menjeling ke arah Hayfa yang sedang sibuk memasak. Sakit betul hatinya. Petang tadi bukan main dia nampak Kamal tolong hantarkan barang Hayfa ke kereta. Dasar isteri derhaka. Dengan murid aku pun kau nak menggatal. Hayfa yang perasan Syaqil menjelingnya sejak dari tadi meneruskan aktiviti memasaknya. Walaupun dalam hatinya risau melihat raut wajah bengis Syaqil.

"Abang dah kenapa nak jeling-jeling Faa macam tu? Faa buat salah apa pulak kalini yang abang pandang Faa macam tu?" Soal Hayfa. Syaqil ketawa sinis mendengarkan ayat Hayfa,

"Hei Hayfa. Kau boleh tak kalau jangan nak menggatal dengan murid aku. Kau tak malu ke. Kau tu cikgu tahu. Dengan Kamal tu pun kau nak melayan yer." Marah Syaqil.

"Apa abang ni tuduh-tuduh Faa macam tu. Kamal tolong angkatkan barang Faa je. Bukan Kamal sorang je selalu tolong Faa banyak lagi murid lain tolong Faa. Biasalah tu pelajar tolong cikgu. Itu perkara biasalah." Balas Hayfa.

"Apa maksud kau ramai lagi pelajar yang tolong kau. Maksud kau pelajar lelaki ke?" Soal Syaqil lagi. Makin panas hatinya mendengar kata-kata Hayfa.

"Kalau barang berat selalu memang pelajar lelaki tolong angkatkan. Kalau buku yang ringan ada jugak pelajar perempuan offer diri nak tolong. Selalu pelajar yang beradab diaorang sendiri akan offer diri nak tolong cikgu kan." Terang.

"Eleh, diaorang nak tolong kau ke. Atau diaorang nak menggatal dengan kau. Yang kau pun melayan je kan." Tempelak Syaqil. Memang dia dah tak dapat nak sorok rasa cemburunya.

"Astagfirrullahalazim Syaqil Asran. Otak awak tu boleh tak fikir baik sikit. Ni main tuduh-tuduh je tak baik tau. Abang jealous yer. Banyak pelajar lelaki nak tolong Faa. Haihh nak buat macam mana kan. Dah cikgu Hayfa ni sejak lahir-lahir memang dah comel dan cantik sebab tu ramai orang suka." Kata Hayfa dengan nada mengejek. Sengaja dia nak sakitkan lagi hati Syaqil kerana hatinya juga sakit apabila Syaqil menuduhnya macam-macam. Tangannya masih ligat mengacau lauk di dalam kuali.

"Hei di sana. Apa di sana ingat, di sana tu cantik sangat ke. Sampai di sini nak jealous bagai. Muka nenek di sini lagi cantiklah dari muka yang di sana tau." Balas Syaqil. Dia sudah menggunakan dialog ayat ala-ala cerita P.Ramlee.

"Ehh, di sana. Di sini memang cantik pun. Apa di sana dah lupa ke. Dulu di sana yang tergila-gilakan di sini. Dari kita kecik di sana dah mengayat yang di sini kan. Kalau ente lupa mari sini ana ketuk kepala ente dengan sudip ni. Biar pulih sikit ingatan ente tu." Balas Hayfa sambil dia tunjukkan sudip seolah-olah nak ketuk kepala si Syaqil.

Syaqil mengepal penumbuknya menahan geram. Dia tolak dinding pipinya dengan lidah dari dalam. Kurang ajar punya isteri, kau nak ketuk kepala suami kau dengan sudip. Aku tak ketuk kau guna senduk pun dah cukup bagus tau. Hati Syaqil merengus marah.

"Hei di sana. Dulu di sini ada masalah penghilatan kot. Tu yang di sini mengayat yang di sana. Tapi jangan risau sekarang ni di sini dah tak pandang la yang di sana. Sebab di sini ada banyak lagi peminat kat luar sana." Balas Syaqil yang taknak mengaku kalah.

"Eleh banyak peminat konon. Yer..yer je. Mulut celupar macam abang ni siapa je yang nak." Balas Hayfa dengan riak  muka menyampah sambil dia kaut lauk yang di masaknya dan dia letakkan di dalam pinggan.

"Hoii, aku kata betullah aku ramai peminat. Kalau aku roger je. Diaorang menggelupur nak jumpa aku tau." Kata Syaqil. Makin sakit hatinya apabila melihat Hayfa buat muka begitu.

"Ohh..yeke!" Balas Hayfa sambil dia buat muka  seperti mengejek Syaqil.

Syaqil yang panas hati pantas dia tekan Iphonenya dan menghubungi Emylia, sengaja dia tekan icon loud speaker. Emylia adalah gadis yang dia jumpa semasa event di Syarikatnya. Dia adalah anak kepada seorang Tan Sri. Emylia memang menunjukkan minatnya pada Syaqil. Beriya Emylia beri nombor telefonnya pada Syaqil tempoh hari dan Emylia juga sering cuba untuk menghubunginya. Cuma dia saja yang tidak menjawab panggilan Emylia.

"Hello Asran. Akhirnya you call I kan. Lama I tunggu you call I tau." Kata Emylia yang menjawab panggilan Syaqil di hujung talian. Hayfa sudah terkedu mendengar bunyi suara perempuan yang keluar dari iphone milik Syaqil.

"Hai Emylia, sorrylah I ambil masa yang lama nak call you balik. Sibuk sangatlah." Jawab Syaqil. Sambil matanya merenung wajah Hayfa sambil tersenyum sinis. Tadi kau macam tak percaya kan bila  aku kata yang aku pun ramai peminat. Sekarang kau tengok Hayfa. Syaqil sudah ketawakan Hayfa dalam hatinya.

"Ermm. Ada apa you call I ni. Nak ajak I dating ke? Ke nak ajak I dinner malam ni?" Soal Emylia. Memang dia pun kalau boleh nak ajak Syaqil keluar.

"Hah boleh jugak kita keluar dinner I pun belum makan ni. You siap dulu. I pun nak bersiap ni. Nanti I sent location pada you ya. Bye." Balas Syaqil.

"Ok Asran I tunggu you bagi I location tau. Bye handsome." Kata Emylia. Syaqil pantas menamatkan panggilannya. Hayfa sudah merenung tajam ke arah Syaqil, sakit betul hatinya saat itu.

"Abang nak keluar makan dengan perempuan tu. Habis tu, yang Faa masak ni semua siapa nak makan?" Marah Hayfa.

"Opss sorrylah sayang. Abang rasa abang nak tukar angin la. Dinner dengan perempuan lain pulak. Bosan jugak mengadap  muka sayang je bukan cantik sangat pun.  Manalah tahu kot-kot dia tu sesuai dijadikan bakal madu sayang kan. Lauk ni semua sayang habiskanlah sebab malam ni abang makan kat luar dengan scandal baru." Kata Syaqil.

"Syaqil Asran awak ni memang jahat kan." Kata Hayfa. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.

"My attitude depends on how you treat me Hayfa. Sejahat-jahat aku. Aku terus terang kalau aku nak keluar dengan perempuan lain. Kau dulu masa curang di belakang aku. Kau tak beritahu aku, yang kau nak keluar dengan jantan lain. Jadi siapa lagi jahat Hayfa? Kau atau aku?" Kata Syaqil sambil tersenyum sinis. Kini Hayfa sudah mengalirkan air mata. Dadanya rasa bagai dihiris-hiris. Syaqil melangkah ke arah Hayfa. Lalu dia seka air mata isterinya.

"Oklah abang dah nak pergi dah ni sayang. Enjoy your dinner because I will enjoy mine." Kata Syaqil sambil tersenyum sinis. Kemudian dia melangkah perlahan pergi meninggalkan Hayfa.

Hayfa hanya memerhati langkah Syaqil dengan wajah yang sayu. Sakit betul hatinya apabila Syaqil melayannya begini. Memang dulu dia bersalah. Tapi selepas bernikah dengan Syaqil, dia cuba untuk ambil hati Syaqil. Dia cuba untuk pupuk semula rasa sayang dan cintanya pada Syaqil tapi segala usahanya lansung tak bernilai di mata Syaqil.

Selepas bersiap Syaqil keluar dari banglo mewah miliknya. Dia melangkah ke motorbike Ducati miliknya. Dia keluarkan Iphonenya dan dia buat panggilan.

"Hello Asran. I dah siap ni. You sent location kita nak jumpa di mana." Kata Emylia di hujung talian. Dia sudah teruja. nak keluar dating dengan Syaqil.

"Hello Emylia. Sorry I terpaksa batalkan dinner kita malam ni. I ada hal penting kena settlekan." Balas Syaqil.

"Heii, seriuslah nak batalkan. Tapi I dah bersiap tau." Kata Emylia kecewa. Kalau dia di depan Syaqil pasti Syaqil dah boleh nampak riak kecewanya.

"Betul ni. I ada hal penting nak kena settlekan. Sorry ya bye." Kata Syaqil lalu dia menamatkan panggilan.

"Kau letak call macam tu je kan Asran." Emylia yang berada di hujung talian sudah merengus marah apabila Syaqil mematikan panggilan mereka.

Syaqil termenung seketika. Memang tadi dia sengaja tipu Hayfa kata nak keluar dengan Emylia. Tapi dia tak bercadang pun nak keluar dengan mana-mana perempuan. Dia bukanlah sejenis kaki perempuan. Cuma perempuan yang selalu terkejarkan dirinya. Dalam hatinya cuma ada Hayfa dari dulu hingga kini. Dia cuma gunakan Emylia sebagai alasan untuk sakitkan hati Hayfa. Dia nak Hayfa rasa apa yang dia rasa sebelum ini.

Kini dia hidupan enjin motorbikenya. Dia menunggang motornya dengan laju ke rumah Rafe kerana dia memang berjanji nak lepak dengan Rafee.

*macam mana bab ni.

Continue Reading

You'll Also Like

86.8K 2.9K 63
Pengubat Hati Indah Adriana Status:Complete Iskandar Adrian | Indah Adriana Tengku Iskandar Adrian-Seorang Ceo berkacukan spain,hemsem,kaya,sado,per...
1.9K 156 16
HARIKU MENJADI INDAH BILA BERSAMAMU Kisah cinta yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga ke usia dewasa. Cinta monyet sering kali dikaitkan deng...
2.6K 130 17
Siapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.
92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...