Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.3K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 9

1.2K 62 0
By nurflnh

" mungkin kerana jodoh kita dipertemukan."
- Nur


" okay, group nombor 6 present dulu." ustazah Fazilah memanggil setelah undian  siapa bentang first selesai dibuat.

Jantung aku berdegup laju ditambah dengan tangan yang menggigil kuat. Aku masih tak bersedia nak ke depan.

" Wa." Aku memanggil Najwa di sebelah dengan nada takut.

" Rileks, Pya. Tarik nafas kau dulu." Najwa menenangkan aku. Tangannya laju menggenggam tangan aku yang dah bertukar sejuk.

Aku mengikut katanya. Nafas ditarik perlahan beberapa kali. Mataku mencari Zulfan di sebelah kiri dan memang tepat waktunya, dia turut memandangku.

" Trust yourself." Mulut lelaki tu bergerak tanpa suara.

Aku, Najwa, haziq dan Zulfan maju ke depan. Terlihat tenang diluar tapi Allah saja yang tahu aku tersangat takut ketika ini tambahan lagi kelas ni bergabung dengan senior fakulti lain.

" assalamualaikum, semua. Saya Muhammad Zulfan Iskandar bersama teammates saya akan membentang surah yang menjadi pilihan kami. Di sebelah kiri saya, Muhammad Haziq Amrullah. Di sebelah kanan saya, Nur Safiyyah dan di hujung sana, Najwa Maisarah."

Dengan penuh karisma, Zulfan memperkenalkan kami satu persatu tanpa tersekat.

" Bismillahirrahmanirrahim." Zulfan memulakan bacaan surah Al-ikhlas. Walaupun pendek, dia berjaya menarik tumpuan semua yang ada di dalam kelas kerana suaranya yang merdu.

" surah ni menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah Subhanahuwata'ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya." Haziq menyambung tafsir ayat bila Zulfan selesai bercakap.

Aku bertambah berdebar. Lepas Haziq, turn aku pulak. Mata sekali lagi menoleh ke arah Zulfan.


" Kita dah practise banyak hari dah. yakin tak boleh buat ni?" beberapa hari lalu sewaktu aku dan dia berlatih untuk present, soalan itu ditanya.

" tak yakin." Aku tahu diri aku yang tak percaya diri.

" mana boleh macam tu. Awak kena yakin yang awak boleh buat. Kenapa tak yakin dengan diri sendiri ni?" lembut suaranya beriku nasihat.

" saya.." aku berhenti bercakap. Mata naik memandang dia yang setia menunggu jawapanku.

" saya?" ulangnya semula.

" saya insecure dengan orang lain yang boleh buat apa yang saya tak boleh buat." perlahan saja suaraku memberitahunya.

Zulfan diam seketika. Mungkin mencari ayat yang sesuai untuk memujukku.

" let them. I will teach you how to be like them but..saya lagi suka awak jadi diri sendiri. no need to be insecure. awak ada kelebihan awak, diorang ada kelebihan diorang sendiri. No need to compare with you. Manakan mungkin sama antara bulan dengan matahari kan?"

Aku mencari anak matanya. Hatinya mula rasakan sesuatu bila iris mata berwarna coklat terang itu memandangnya tunak.

" pya, turn kau." bisikan Najwa menyedarkan aku kembali. Kepalaku berpaling ke arahnya sekilas sebelum kembali melihat depan. Kini semua mata tertumpu ke arahku termasuklah ustazah Fazilah.

" aaa...okey isu semasa yang berkait dengan surah al-ikhlas ni banyak. Antaranya ialah.." mulutku berhenti berkata-kata. Otak aku tiba-tiba kosong tak mampu nak mengingat semula point-point yang aku hafal.

Mata mula berkaca nak menangis. Muka ustazah Fazilah dipandang menghilangkan resah tapi lagi membuatkan dirinya bertambah takut. Kepala ditoleh memandang Zulfan di sebelah kanan.

" ingat tak hulk?" bisik Zulfan perlahan. Cukup hanya aku dan dia saja yang mendengar. 

" aaa..yang pertama isu yang kita boleh tengok sekarang adalah ajaran si hulk. Pernah dengar tak sebelum ni nama ajaran ni?" berkat klu dari Zulfan, aku mendapatkan kembali ingatanku.

Ada yang menggeleng dan ada yang mengangguk menjawab soalanku.

" ajaran si hulk ni adalah ajaran yang menyebarkan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Allah dan Allah itu adalah Nabi Muhammad. Nauzubillahi min zalik. Ajaran ni tersebar luas di kalangan orang muda dan orang yang berkeluarga sebab penganut dia bukan seorang demi seorang tetapi satu keluarga demi keluarga." aku menerangkan fahaman sesat yang viral baru-baru ni di media sosial.

" Astaghfirullah al azim." hampir satu kelas berkata serentak kalimat agung itu.

" dan yang terakhir..." mulutku kembali terhenti bila selesai menerangkan point yang ketiga. Otak dipaksa mengingat semula tapi kali ni betul-betul tak datang. Najwa di sebelah menggosok belakang badanku, menyuruh aku tenang.

" dan yang terakhir, isu yang dah tak asing dalam pengetahuan semua iaitu pengikut ayah pin. Keempat-empat ajaran ini adalah contoh di mana mereka menyekutukan Allah dan sesat dari ajaran agama kita, Islam." Zulfan menyambung bahagianku. Suaranya yang sangat tenang membuatkan aku lagi bertambah rasa insecure




" Wa, kau balik la dulu. Aku nak ambik angin kejap sambil jalan-jalan pusing kampus ni." aku menyuruh Najwa balik ke bilik kami sendirian. Saat ini aku hanya ingin bersendirian menenangkan dalaman aku yang sangat berantakan sekarang.

" kau sure tak nak aku teman?" Najwa dah biasa tabiat aku yang satu ini. Dia tahu aku tak nak diganggu waktu begini sebab setiap kali ada presentation aku memang akan bersendirian selepas itu.

" ye." aku menjawab pendek. Kami sama-sama keluar dari kelas. Najwa straight kembali ke bilik, aku belok ke kiri menuju tasik.




Angin sepoi-sepoi bahasa di tasik berjaya mengembalikan ketenangan di hatinya. Mata dipejam menikmati suasana disitu. Cuaca yang agak mendung sikit pun tak merisaukan dia.

" Tak panas ke duduk sini tengahari macam ni?"

Aku pantas membuka mata apabila terdengar suara seseorang.

Zulfan bersama dua kon aiskrim di tangan sedang tersenyum memandangnya.

" mana awak tahu saya kat sini?" soalannya aku biarkan tak berjawab.

" Instinct kot." jawabnya mudah.

" Nah. Saya belikan satu untuk awak." Zulfan menyua satu aiskrim padanya.

" you did the best just now." puji Zulfan ikhlas setelah aku menyambut hulurannya.

" Apa yang the bestnya. tergagap-gagap macam tu." aku mencebik. Air mata yang sedaya upaya dia tahan kembali bertakung.

" Safiyyah." panggilnya lembut.

Aku tak mengangkat muka memandangnya. Malu dengan dirinya apatah lagi student lain.

" look at me." kali ni suaranya tegas.

" awak kena percaya diri awak. practise make perfect right? at least awak dah usaha, kan? takdenya hari ni usaha, esok terus dapat." dia memujuk aku lembut.

" saya akan tolong awak sampai awak boleh kawal stage fright awak. Ini janji saya." Zulfan mengangkat tangannya bersumpah.

Mataku naik mencari bebola matanya. Dia berjaya buat aku semakin selesa dengan dirinya. Dia berjaya buat aku perlahan-lahan membalas perasaannya.

" dah, makan ais krim tu cepat. Nanti cair." arahnya cuba menghilangkan sedihku.

" kenapa awak baik sangat?" tanpa sedar soalan itu terpacul di mulut.

" sebab saya takkan sesekali sakitkan hati orang yang saya sayang." jawab Zulfan dengan senyuman di bibirnya.

" kenapa saya?" aku bertanya lagi. Mata kami melawan pandang antara satu sama lain.

" sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak." Dia mengulang kembali ayatnya dulu.

Aku menyoal dia menjawab. Matanya aku pandang mencari kejujuran. Orang kata mata tak boleh menipu.

Dan yang aku lihat, dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

" carilah orang lain. Ramai lagi yang lebih elok dari saya." aku merasa rendah diri lagi. Aku tak layak untuk dia yang sempurna segala segi. Kemana-mana ramai yang tertarik dengan dirinya, dalam kelas perfom, ramai yang sayang dengannya. Nak dibandingkan dengan aku yang kewujudan aku pun belum tentu dikenali sesiapa di sini.

" saya jatuh cinta dengan awak kenapa saya kena cari orang lain?" tanya Zulfan masih dengan nada yang lembut. Agaknya dia memang tak reti tinggikan suaranya.

" saya tak layak untuk awak, Zulfan." ucapku terus terang.

" it's okay. saya suka apa yang awak ada sekarang." balas Zulfan tak kisah.

Aku memandangnya lama.

Tiba-tiba setitik air hujan mengena kulit wajahku.

Zulfan menadah tangan memastikan hujan atau bukan.

" awak, hujan." beritahunya panik. Tiba-tiba hujan turun lebat terus usai dia berkata.

" awak pandai bawak motor tak?" dia menyoalku dalam hujan.

Aku mengangguk menjawab soalannya.

" Nah, ni kunci motor saya. Naik motor saya balik bilik." Zulfan menghulur kunci motornya.

" Eh takpe saya jalan kaki." aku menolak di tengah hujan lebat.

" No. Hujan lebat ni. Pergi naik." tegas suaranya mengarahku.

Akhirnya aku akur. Motornya aku pandu bawa balik ke asrama. Dalam hati dah terdetik risau dengan Zulfan yang mandi hujan di tasik.

Continue Reading

You'll Also Like

265K 13.1K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
231K 16.6K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...
4.5K 354 5
ATIQQ RAFIKI | DILLA NATASYA . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. •PERINGATAN• - kisah ini adalah ulang tayang untuk hi...
21.9K 1.3K 28
HAWA DALILA × HARRAZ DZAQWAN