SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

178K 7.3K 254

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

33

2.7K 141 3
By Mrs_pororo

       "MAIRA mana?" Soal Ariff. Tak nampak pula kelibat si Aira tu.

Sudah hampir dua bulan lebih mereka berkahwin, lepas Ariff balik kerja, soalan yang sama dilontarkan kepada Mayah. 'Maira mana?' itulah soalannya.

Btw, nama Maira tu panggilan Ariff kepada Aira. Heheh. Comel kan? Macam author dia.

"Tadi puan cakap dia bosan. Lepastu dia naik atas, lepastu hilang." Balas Mayah lalu kembali menyapu halaman rumah tersebut.

Ariff memandang sekeliling rumah. Dia berjalan ke halaman belakang untuk melihat pokok dan reban ayam. Takut-takut bininya kacau lagi sekali ayam tu, lepastu panjat pokok sebab takut.

Tapi hampa. Ayam je ada, bini takde.

Ariff masuk semula kedalam rumah dan memusing mencari. Takde woiii!

Makk! Bini Ariff mana makk!?

Dia pergi ke setiap pelusuk rumah itu dan akhirnya, dia mendengar suara sang kelembai.

Dia menolak perlahan dedaun pintu tersebut dan melihat figura seseorang. Senyuman terukir dibibir.

Tangan naik memeluk tubuh dan tubuh mula bersandar dimuka pintu tersebut.

Figura isterinya diperhati.

"Ayyayya, Pak Ali makan petai.." Aira bernyanyi perlahan sambil kepala digoyang ke kiri dan ke kanan. Tangan masih setia menggosok baju si suami.

Ralit Aira dengan kehidupannya, seseorang memeluknya dari belakang. Terbuka jugalah kuda-kuda dia.

"Ish. Tuan, salam mana salam.." Kata Aira. Ariff tidak membalasnya, malah bertingkah meletakkan dagunya dibahu wanita itu.

Aira hanya membiarkannya lalu sambung menggosok baju.

Lama mereka berkeadaan macam tu, angin mula bertiup ditelinga Aira. Aira mengeliat kegelian.

"Nak apa?" Soal Aira. Pergi lah duduk dengan kehidupan dia, kacau orang pula. Ariff tetap mendiam.

Dia menepuk-nepuk perut kempis wanita itu. Aira mengeluh perlahan.

"Tuan nak apa ni?" Soal Aira lagi.

"Nak kau.." Balas Ariff perlahan tepat ditepi telinga Aira.

"Pe-pergi lah mandi rehat dulu.." Balas Aira pula. Naik merah telinganya.

Ariff meleraikan pelukan itu dan memusingkan badan Aira menghadapnya. Dia menggenggam erat bahu Aira. Aira mendiam.

"Aku balik awal demi kau, kut? Kau tak rindu aku ker?" Soal Ariff.

"Si-siapa suruh balik awal?" Soal Aira kembali. Dia sengaja melarikan anak matanya dari bertembung dengan mata Ariff.

"Hei, pandang aku." Arah Ariff, Aira hanya membiarkan arahan itu seperti angin berlalu.

"Hoi. Kau dengar tak ni?" Aira menggeleng.

"Ouhh... Tak dengar yer?.." Ariff memandangnya lalu..

"Arghh! Apa ni, tuan!? Turunkan lah!" Jerit Aira apabila Ariff bertingkah mendukungnya seperti guni beras.

Ariff berjalan keluar dari bilik itu dalam keadaan mendukung Aira lalu berjalan mendekati tangga.

Belakangnya terus menerus dipukul Aira. Tangan kecil je dek, ada hati nak pukul.

"Mayah, pergi tutup iron kejap." Arah Ariff dan terus berjalan menaiki anak tangga.

Langkahnya diperhati Mayah dan Raykal. Raykal menjeling mereka. Tau lah dia single.

Mereka berdua memandang dua atasan mereka itu sehingga hilang ditelan bumi.

"Tunggu lah. Nanti aku kahwin, semua trend aku sapu." Ujar Raykal sehilang sahaja kelibat Ariff.

Dia memandang Mayah yang sedang berjalan ke salah satu bilik didalam rumah banglo itu.

"Oih. Nak pergi mana tu?" Soal Raykal.

"Pergi tutup iron." Balas Mayah tanpa memandang si Raykal. Raykal mengangguk dan berjalan keluar dari rumah itu. Nak ambil angin katanya.

☜⁠ ☞

"Sana lah." Aira menolak muka Ariff yang sedang mendekatinya.

"Kenapa kau marah sangat ni?" Soal Ariff. Dia memandang sahaja Aira yang sedang menonton televisyen.

Aira menjulingkan anak matanya naik atas.

"Pasal tadi ke?" Soal Ariff lagi.

"Kalau dah tahu tu tak payah lah nak tanya lagi." Kata Aira. Tangan naik memeluk tubuh. Marah ni marah.

"Bukannya aku buat apa pun. Tolong mandikan je pun." Ujar Ariff pula. Dia menarik Aira mendekatinya, tapi Aira malah menjauhinya.

"Tak payah dekat-dekat lah. Covid!" Aira menjauhkan badannya lagi.

Sejak bila orang covid ni Aira oi? Ketinggalan zaman lah kau ni.

"Nak pergi mana tu?" Soal Ariff apabila melihat Aira berjalan pergi.

"Pergi cari duda anak satu." Balas Aira selamba. Ariff mengangkat kening.
Wah, wah, wah. Duda? Anak satu? Omega.

"Nanti duda tak dapat, anak yang dapat kut?" Usik Ariff.

"Eww." Aira membuat muka termuntah dan menjelirkan lidahnya kearah Ariff.

Aira terus berlari pergi apabila Ariff bangun dari sofa untuk mendapatkannya.

Bam! Bam!

"Mayah buka pintu Mayah!" Jerit Aira dari luar. Cuak member apabila Ariff makin mendekat.

Dedaun pintu dibuka perlahan dari dalam. Baru Mayah ingin menyapa gerangan tersebut, pintunya ditolak laju seseorang.

Bam!

Pintu dihempas kuat apabila Aira selamat masuk kedalam bilik tersebut. Aira menghembus nafas lega dan tersenyum kepada Mayah. Pintu dikunci.

"Tumpang bilik kejap." Kata Aira dan berjalan menuju katil lalu melabuh punggung dibirai katil tersebut.

Mayah menepuk dahi. Ni nak kena jadi orang tengah lah ni?

"Mayah, buka pintu." Suara Ariff kedengaran sambil mengetuk pintu dari luar.

Mayah berjalan menghampiri pintu untuk dibuka tapi..

"Jangan!" Aira menarik tangannya. Gerakan Mayah terus terhenti. Dia memandang Aira.

"Kenapa?" Soal Mayah. Aira hanya membalasnya dengan gelengan.

"Sebelum aku rempuh pintu ni baik kau buka, sayang." Ujar Ariff lagi. Aira hanya mendiam. Mayah pula Meneguk air liurnya.

Tak nak jadi orang tengah mak!!

"One..." Ariff mula mengira. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain.

"Two.."

"Thre-" Tidak sempat nombor tiga dihabiskan, pintu dibuka seluas yang boleh.

"Hei, tuan gatal! Tak malu ker ketuk pintu anak dara orang tengah malam buta ni?" Soal Aira. Dia bercekak pinggang sambil memandang si jejaka. Figura Mayah dibelakangnya hanya mendiam sambil menggaru kepala yang berlapikkan telekung.

"Tak de lah malu mana. Kita datang kutip isteri kita yang lari bilik aje.." balas Ariff pula. Dia mencuit hidung Aira. Muka Aira terus naik merah.

"Jom balik bilik." Ajak Ariff dengan senyuman nakalnya.

"Tuan ni gatal lah. Tak malu ke ada Mayah?" Aira menjelingnya tajam. Dia berpaling memandang Mayah, Mayah memandang syiling seperti tidak mendengar apa-apa.

"Mayah tak dengar pun. Kan Mayah kan?" Mayah mengangguk laju apabila namanya dipetik.

"See? Dah jom." Ariff menarik tangan Aira untuk mengikutinya. Aira mengeraskan tubuhnya tidak mahu bergerak.

Ariff tanpa basa basi terus mengangkat tubuh wanita itu. Nasib ringan nok.

"Tuan, turunkan lah!" Aira menumbuk-numbuk belakang Ariff, tapi Ariff hanya membiarkannya.

Figura dua orang itu terus menghilang naik keatas. Mayah dengan pantas menutup pintu.

Fuhhh. Boleh mental aku kalau tiap-tiap hari macam ni.

{Hai cinta 🙈
Keep vote yer🙏🏻}

Continue Reading

You'll Also Like

25.1K 1.1K 62
AUTHOR : AUREL > My first book ‼️ > DILARANG COPY ‼️ > Sorry kalau salah eja atau kurang menarik sebab ni first book hehe > Sorry kalau ada tersamar...
282K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
185K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...