Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.8K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 8

1.4K 63 1
By nurflnh

" sungguh, aku takut ketika aku mula melangitkan namanya di dalam doa dan tanpa sedar doaku bertarung di antara doa-doa wanita yang lebih baik akhlaknya, yang lebih sempurna imannya dan yang lebih cantik perilakunya berbandingku."

- Nur

" Is nak jumpa kat mana, Pya?" berkat kesungguhan Zulfan dalam mengetuai study group kami, akhirnya semua bersetuju untuk berjumpa untuk mengumpul isi untuk present hari jumaat nanti.

" library. kau tak baca group ke?" tanganku terkial-kial membelit tudung di kepala. Janji nak jumpa pukul 9. Dia dan Najwa hanya ada 15 minit saja lagi. Masing-masing tak nak terlambat sebab Zulfan mengugut siapa yang lambat belanja mereka berempat air tin.

" kau lambat lagi ke, Pya?" Najwa menyoal. Dia bersandar tenang di kerusi menunggu aku.

" kau bukan nak tolong aku belitkan benda alah ni." aku merungut tak puas hati.

" dah, jom." aku selesaikan lilitan terakhir aku. Sempat menilik pakaian sekilas takut-takut melanggar syariat sebelum tangan menyauk beg di kerusi.

Korang lambat. Belikan kitorang coffee." Arah Haziq sebaik saja aku dan Najwa sampai di library.

" Kitorang lewat 5 minit je. Tu pun sebab cari korang kat mana la." bangkang Najwa. Dia menarik kerusi di depan Haziq dan sengaja biarkan tempat aku di depan Zulfan.

" Lewat la jugak tu. Kita dah deal eh dalam group. Haa tak baik tau mungkir. Nak ke jadi munafik?" Ugut haziq. Padahal dia sengaja nak membuli mereka berdua.

" Kau jangan nak membuli sangat, Ziq." celah Zulfan yang dari tadi hanya diam.

" Alah kau ni. Aku saje je usik." haziq mencebik. Takut sangat orang kacau buah hati.

" Duduk lah dulu. Saya pergi beli air kejap." Zulfan berura-ura ingin bangkit dari kerusinya. Biar je lah dia yang pergi beli, tak ada masalah pun untuk dia.

" eh, takpe lah. Biar saya yang pergi beli sebab kitorang yang lambat." aku cepat-cepat menghalang dia. Malu pulak dia rasa bila tak tepati apa yang mereka deal semalam walaupun dia dan Najwa tak sengaja lewat.

" It's okay, biar saya je yang pergi beli kat bawah. Korang discuss dulu." zulfan berkeras nak pergi.

Haziq dan Najwa memandang aku dan Zulfan atas bawah.

" senang cerita, korang pergi je dua orang sekali." putus haziq senang. Malas dia nak layan drama tahan-menahan ni.

Najwa di sebelahku mengangguk setuju dengan cadangan haziq.

Aku dan Zulfan berpandangan. Dia mengangguk tanda turut bersetuju dengan cadangan haziq. Akhirnya kami setuju untuk pergi berdua meninggalkan haziq dan Najwa.

" kenapa berkeras jugak nak beli air?" soal Zulfan semasa kami dalam lif.

" takde lah. Saya rasa bersalah sebab semalam kita deal lain. Even kitorang bukan sengaja, tetap deal kita macam tu." aku memberitahunya tak ingin dia salah sangka denganku.

Zulfan mengangguk faham. Tiba-tiba lif ni terasa lama pulak nak sampai lantai G.

" Awak masih tak nak kenal dengan saya?" zulfan membangkitkan kembali soalannya.

Aku kaku. Tak tahu nak membalas apa.

" belum masanya lagi, Zulfan." aku memberinya kata selamat. Tak menolak juga tak menerima.

" beritahu saya bila masanya tu tiba." usai berkata begitu, dia keluar dari lift yang kebetulan sampai di lantai G.

" walaupun masa yang saya ambik, lama?" aku memasukkan duit seringgit ke dalam mesin vendor di sebelah Zulfan.

" ambik lah berapa lama pun awak nak, saya akan tunggu." balas Zulfan turut memasukkan duit dalam mesin di depannya.

" kenapa saya?"

Soalan aku berjaya menghentikan pergerakan tangannya memasukkan duit.

Dia berpusing menghadapku perlahan- lahan.

" sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak." Mata Zulfan tepat memanah mataku. Seolah-olah dia nak aku tengok matanya yang tak menipu.

" gedegang." Bunyi air minuman yang dipilih jatuh menyedarkan kami semula. Cepat-cepat aku menggeleng mengingatkan batas kami.

" saya naik dulu." aku meminta diri cepat-cepat. Tak betah berlama dengan dia takut aku pulak yang jatuh cinta dengan dia.

Zulfan menyimpul senyum.

comel. Desis hatinya. Tak menunggu lama, dia menunduk mengambil air tin dia dan haziq.



" okay, kita dah bagi part masing-masing kan? Now, masing-masing cari isi then nanti kita practise present sikit." Zulfan memainkan peranannya sebagai ketua kumpulan.

" Pya, kau amik isu semasa yang berkait kan?" Najwa menyenggol tanganku. Kening sebelahnya diangkat-angkat.

" haah." aku memandang Zulfan sekilas sebelum menjawab.

" okey, so aku amik pengajaran." Najwa menulis di atas kertas kajang miliknya.

" haziq, awak amik.." mata Najwa mengecil bila matanya menangkap kepala haziq yang bercium dengan meja mereka.

" Ziq." kejut Zulfan sambil menahan tawa. Badan kawannya itu digoncang kuat supaya sedar.

" hmmm... 5 minit Is." haziq mengangkat tapak tangannya dalam keadaan mamai.

" banyak la 5 minit. Bangun Haziq Amrullah."  belum sempat Zulfan nak membalas, suara Najwa mencelah terlebih dulu. Belum apa-apa dah tidur dah si haziq ni.

Mendengar nama panjangnya diseru, haziq automatik mengangkat kepalanya laju. Matanya dipisat-pisat.

" sorry, sorry." ucap Haziq. Kepalanya ditunduk sikit.

" ape lah kau." Zulfan tak dapat menahan tawanya.

" Dia memang selalu macam ni ke, Is?" Najwa mengorek rahsia. Dia terhibur dengan perangai haziq dari tadi. Dah la tadi waktu Zulfan dan Safiyyah turun mereka berdua bergossip.

" gini lah perangai dia. belum tengok perangai clingy dia lagi. Penat nak melayan." dedah Zulfan.

" HAHAHAHAHAHAHA." ketawa kami bertiga bersatu sehingga ditegur untuk diam.

" bahan orang nombor satu. Part aku tafsir ayat kan?" haziq buat tak peduli dengan usikan mereka semua. Dia menyelak tafsir al munir yang aku pinjam tempoh hari.

" Ye, tu part kau." Zulfan mengiyakan.

" Is, kau intro, outro and baca surah." tak macam aku, Najwa lebih selesa gunakan panggilan aku-kau dari saya-awak.

" yes." ringkas dia menjawab.

" So, siapa nak start bentang isi dia dulu?" Zulfan memandang ahli groupnya silih berganti.

" why not kita ikut susunan?" aku mencadangkan usul tak mahu dirinya jadi orang pertama.

" okay, saya start dulu." tak membantah, dia terus setuju.

" wait..kita group nombor berapa eh?" Zulfan garu kepala. Tak dia ingat pulak group mereka.

" kita group 6." jawab Najwa. Dia yang pilih nombor semalam bila ustazah Fazilah memanggil ahli kumpulan.

" okay." Zulfan mulakan bahagiannya.


" dah la tu Is. Kita sambung esok pulak." haziq merungut penat. Dah 2 jam mereka tak berhenti berbincang. Sekejap aku betulkan isi Najwa, kejap Najwa betulkan isi Haziq. Masing-masing betulkan isi masing-masing.

" esok tak boleh. Petang ni aku balik rumah." laju Najwa bersuara. Kalau ikutkan semalam lagi dia nak balik tapi terhalang sebab study group ni.

" kita jumpa khamis." tutur Zulfan. Tangannya sibuk mengemas kertas-kertasnya yang berselerak. Otaknya pun dah penat nak cerna ilmu tengahari macam ni.

" okay." kami bertiga setuju.




" Safiyyah." Zulfan memanggil aku dari belakang. Najwa, Adam dah ambik bawak keluar. Haziq dah lari balik dulu, tak tahan nak tidur katanya.

" ya?" aku berpaling melihat ke arahnya.

" awak ada plan apa-apa ke lepas ni?" tanya Zulfan ingin tahu.

" erm..takde apa. Kenapa?" ragu-ragu aku menjawab.

" boleh kita masuk balik library? saya perasan something dengan cara awak present isi awak tadi."

" awak perasan apa?" soalku ingin tahu apa yang dia perasan.

" kita naik dulu, boleh?" pintanya kerana kami menganggu jalan orang.

Aku mengangguk setuju. Aku kembali masuk ke library manakala dia menelefon seseorang.

" Ziq, aku ada hal sikit. Maybe aku balik lambat sikit." inform Zulfan takut-takut lelaki itu mencarinya.

" awak introvert ke?" soalan pertama dari Zulfan sebaik saja aku dan dia duduk.

" macam mana awak tahu?" soalannya aku balas dengan soalan.

" first, sebab saya tengok awak suka duduk di tempat yang orang tak nampak awak. Second, sepanjang kita discuss tadi awak tak banyak cakap. Third, awak tak friendly even dengan orang yang awak rapat like Najwa tadi." Zulfan memberi hujahnya. Matanya tepat memanah ke mataku.

Lidahku kelu. Macam mana lelaki ni boleh perasan semua tu.

" buat apa awak nak tahu?" tanyaku sombong. Tak mahu dia mengambil tahu hal aku.

" I want help you."

Sepotong ayat itu berjaya membuatkan lidahku kelu kali kedua.

" Awak ada masalah dalam communication, saya rasa." sambung Zulfan. Dia mengeluarkan kertas di dalam beg sandangnya.

" saya ada stage fright. I'm not a good partner in group." beritahuku jujur. Setiap kali lecturer bagi task dalam group, dia sentiasa rasa insecure dengan yang lain.

" it's okay. I will help you." balas Zulfan lembut seolah-olah memujuk.

" kenapa awak nak tolong saya? carilah orang lain yang lagi layak dari saya." laju aku ingin menolak.

" kenapa saya nak cari orang lain kalau yang saya cinta tu awak?" matanya memandangku tajam.

" kalau sebab tu awak nak tolong saya, it's okay. I don't need it."

Aku tak ingin dia membantuku kerana rasa yang ada di hatinya. Baru berura-ura ingin bangun, kata-kata Zulfan menghentikanku.

" please? Saya just nak tolong awak, Safiyyah. Saya bukan ada niat jahat dengan awak. Demi Allah." Zulfan mengangkat tangannya bersumpah.

Aku menarik nafas dalam.

" okay, saya cuba tapi awak kena ingat batas kita." aku setuju demi masa depanku.





" kisah kita bermula kerana cinta."
- Zulfan Iskandar

Continue Reading

You'll Also Like

207K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
23.5K 2.2K 30
[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang...
57.2K 3.6K 63
Persoalan sekarang ini, kenapa aku ? Papa tak ada pilihan lain ke selain mamat kampung yang kaki rempit, main tepi bendang dan euwww. Geli nak sebut...
1.5K 59 6
Elvina Sofea, seorang gadis rupawan yang telah dibesarkan oleh bapa kandungnya. Dia menjalani kehidupannya dengan penuh gembira sama seperti rakan-ra...