Bintangku

By jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
053
054
055
056
057
EPILOGUE

052

223 34 0
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TOLONG BUANG air rebus ini dalam singki." arah Puan Dhalila.

Dayana hanya menurut. periuk yang berisi air didihan itu diambil lalu dibawa ke singki. periuk tersebut diletakkan dahulu disamping singki.

sabun basuh pinggan dikerlingnya. sabun berjenama Glo itu sudah pun habis. dia perlu mencari sabun baharu.

"ma, mana mama letak sabun basuh pinggan? yang ini dah habis." soal Dayana seraya menunding kearah botol kosong itu.

"kejap, aku pergi ambil."

gadis itu mengangguk kecil. dia memusingkan tubuhnya menghadap singki. tingkap yang berada dihadapannya itu dipandang. gadis itu mengintai aktiviti yang dilakukan oleh Ziyad diluar sana.

entah apa yang suaminya itu lakukan pun dia tidak tahu. nampak gaya sepertinya lelaki itu sedang bermain dengan kuah hari.

prang!

periuk yang Dayana letak disamping singki itu jatuh memasuki terus ke dalam singki. gadis itu tersentak. otaknya mula mentafsir sesuatu.

Dayana terjerit kecil. air didihan tadi jatuh mencurah lengan kirinya. Puan Dhalila yang berada disebelah, dipandang.

periuk itu terjatuh kerana wanita paruh baya itu menghentakkan botol sabun basuh baharu bersebelahan dengan periuk tersebut.

hentakkan yang berlaku menghasilkan getaran sehingga periuk tersebut bergerak dengan sendirinya.

jika Puan Dhalila meletakkan sabun basuh itu dengan tertib, pasti periuk air didihan itu tidak akan terjatuh.

"yang kau pergi letak periuk dekat atas kabinet ini kenapa?" jerkah Puan Dhalila.

bahu Dayana sedikit terhincut. wajah Puan Dhalila dipandang tidak percaya. salah dia ke periuk itu terjatuh?

Dayana mendesis kecil. kulitnya mula terasa perih. gadis itu menarik nafas lalu dilepaskan kasar.

"mama yang hentak botol sabun itu tadi."

"tak ada kena mengena pun lah dengan botol sabun itu. kau itu yang cuai! benda boleh letak dalam singki terus, nak juga letak atas kabinet." bentak Puan Dhalila.

"ma, singki itu penuh dengan pinggan mangkuk." ujar Dayana. singki tersebut dikerling.

"dah itu kau tak reti nak cuci ke? dah tahu aku penat masak, kau tolonglah kemas! itu pun kau tak tahu ke, Dayana? pemalas sungguhlah kau ini. menyusahkan."

Dayana terdiam. sedangkan dia mengambil jeda untuk mencuci periuk itu kerana sabun basuh pinggan habis. bagaimana dia mahu mencuci segala pinggan mangkuk jika tiada sabun pencuci pinggan.

"ma──"

"ma, bintang. kenapa ini?" soal Ziyad. lelaki itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.

gadis berambut paras bahu itu dihampirinya. anak matanya jatuh pada pakaian Dayana. baju yang dikenakan oleh gadis itu basah.

"kau tanyalah sendiri isteri kau itu. balik sini menyusahkan orang sahaja." herdik Puan Dhalila.

wanita paruh itu kembali menyambung kerjanya. seolah - olah tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi.

Dayana mendengus kasar. lengan baju dibahagian kiri, gadis itu singkap. kemudian apron yang tersarung dibuka lalu diletakkan ke sebarangan tempat.

langkah mula dibuka menuju kearah tangga.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SHH..." GADIS itu mendesis kecil. perih apabila luka melecur itu dilalukan air.

sungguh dia mahu menangis sekarang. kemalangan tadi itu memang silap dia atau bukan?

"bintang..." seru satu suara dalam.

cepat - cepat gadis itu menyelesaikan kerjanya. pili air ditutup lalu dicapai sehelai tuala. lengan kirinya ditutu menggunakan tuala tersebut.

tubuhnya dipusingkan, "iya?"

Ziyad tidak menjawab. lengan kanan Dayana ditarik lalu dibawa kearah bilik tidur Dayana. daun pintu ditolak. sejurus sahaja mereka melangkah masuk, Ziyad kembali mengatup pintu bilik tersebut.

tubuh Dayana dipaksa duduk keatas katil. kemudian, lelaki itu melutut dihadapan Dayana. tuala yang menutupi lengan kiri Dayana diambil lalu diletakkan keatas ribanya.

"astaghfirullahalazim. macam mana boleh melecur?" soal Ziyad. teragak - agak lelaki itu mengusap lengan kiri itu.

Dayana mendesis kecil. perih apabila menyentuh lengannya itu.

"dalam beg saya ada icepack. boleh tolong ambilkan?" pinta Dayana.

Ziyad mengangguk. beg berwarna hitam itu diselongkar. ais pek yang dimaksudkan oleh Dayana dibawa keluar.

lelaki bertubuh tinggi itu kembali bersila dihadapan Dayana. lengan kiri gadis itu dipegang lembut.

ruas dahi Ziyad mula berkerut. terdapat parut luka pada lengan Dayana. parut itu membentuk garis - garis panjang dan jumlahnya sangatlah banyak.

coraknya sama seperti barcode.

wajah Dayana dipandang bingung. apa yang dikatakan oleh Juhaina tempoh masa benar - benar berlaku?

"awak── kelar tangan?" soal Ziyad.

terus air muka gadis itu berubah. lengannya ditarik daripada pegangan Ziyad. namun lelaki itu lebih pantas mengemaskan pegangannya.

Dayana membuang pandangannya kearah lain. dia tidak mahu bertentang mata dengan Ziyad ketika itu.

"bintang, pandang saya." tegas Ziyad.

gadis itu tidak mendengarkan Ziyad. tangannya laju sahaja merampas ais pek yang dipegang oleh Ziyad. luka melecur itu dituam lembut.

perih. dia mahu menangis sekarang.

"bintang──"

"benda dah lepas, Jie. parut itu parut lama." bidas Dayana.

mungkin Ziyad baru menyedari parut itu kerana Dayana selalu mengenakan baju berlengan panjang. gadis itu tidak pernah mengenakan baju berlengan pendek mahupun tiga suku.

"tetapi kenapa?"

"sebab saya penat, Ziyad. saya penat nak hadap semua orang dalam dunia. saya tak kisah kalau orang luar nak benci saya, perlekehkan saya tetapi bukan mama. tetapi awak tengoklah sekarang. mama yang beria - ia perlekehkan saya."

"bukan ke sepatutnya peran ibu dan ayah itu adalah menjadi penyemangat dan tulang belakang anak mereka?"

"dia herdik saya, dia hina saya, dia maki saya macam saya ini tak ada perasaan. semua yang saya buat, semuanya salah dekat mata dia. agaknya kalau saya mati, perkara itu yang paling benar bagi mama." berang gadis itu. air matanya mulai jatuh ke pipi.

"dia fikir saya tak penat ke, Jie? saya pun reti penat. saya pun reti marah. saya pun reti terasa hati tetapi ada ke saya cakap dengan mama tentang semua itu? saya diam sahaja sebab saya tahu dia mama saya."

"seburuk apa pun dia, seteruk apa pun dia, dia yang lahirkan saya. dia besarkan, dia sekolahkan saya. alik - alik saya tak ada hak pun untuk marah pada mama. saya tak hak pun untuk terasa hati dengan dia."

"dia boleh bentak saya, beritahu apa yang dibenci tentang saya, beritahu saya apa yang dia tak suka daripada saya tetapi saya? awak rasa saya ada hak ke untuk cakap macam itu dengan mama?"

"saya penat, Ziyad. apa yang saya mahu sederhana sahaja. saya mahukan perhatian mama. saya mahu mama nampak saya. saya mahu dengar cerita saya. sama macam anak - anak lain lakukan pada ibu mereka. saya mahu macam itu juga." luah Dayana. tangisan gadis itu semakin menjadi - jadi.

Ziyad bangun daripada duduknya. ruang kosong disamping Dayana, dia ambil. terus tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya.

"mama bandingkan saya dengan sepupu saya. ya, memang saya akui sepupu saya itu jauh lebih bagus daripada saya tetapi dia tak bolehlah expect semua orang sama. saya dah cuba sebaik mungkin buat banggakan dia tetapi sikit pun dia tak pernah ucap tahniah atau mungkin bangga pada saya."

"apa yang dia tahu, 'oh, setakat macam ini pun kau nak bangga ke? Rauha lagi baguslah daripada ini.' tak boleh ke dia hargai sahaja usaha saya? saya penat. saya──"

"saya nak mati."

"astaghfirullahalazim, bintang. tak baik kata macam itu. jangalah sampai fikir ke tahap itu." ujar Ziyad. tubuh gadis itu dielus lembut.

"saya penat. saya dah tak tahu nak buat apa dah. mama selalu mahukan orang sekelilingnya faham dia tetapi dia tak pernah cuba untuk faham orang sekelilingnya. dia sahaja betul. orang sekelilingnya salah."

Dayana jeda. gadis itu menarik nafas dalam. kemudian, dilepaskan. tubuh kekar disebelahnya itu dirangkul kemas.

"setiap kali saya rasa diri saya kurang, saya akan kelar satu garis pada lengan saya. setiap kali saya rasa saya tak berguna, saya akan buat perkara yang sama. setiap garis yang ada pada lengan saya membawa sakit yang berlainan."

"terkadang saya fikir, kenapa mama pandang saya buruk? saya seburuk itu ke, Jie? tak apa, jujur sahaja."

Ziyad menggelengkan kepalanya laju. wajah Dayana dicekup menggunakan kedua - dua belah tangannya. anak mata gadis itu dipandang.

"awak sempurna, bintang. walaupun sempurna itu bukanlah sifat mutlak bagi manusia tetapi dimata saya, awak tak ada kurangnya." tutur Ziyad lembut.

"mungkin belum masanya lagi mama nampak awak tetapia percayalah suatu hari nanti, mesti dia akan nampak awak sebagai seorang anak." tambah Ziyad lagi.

"suatu hari itu, bila? saya dah penat mahu tunggu hari itu tiba."

"soon, sayang. awak teruslah berdoa supaya Allah itu lembutkan hati mama untuk terima awak." tutur Ziyad lembut.

ruas dahi isterinya itu dikucup lama. tubuh kecil itu turut didakap erat.

kuat ya, bintang?

Continue Reading

You'll Also Like

707K 26K 30
Going by the name of Olivia Aim - a 22-year-old woman. She was an orphan and had been living in the slums, often killing and stealing to survive. Sh...
168K 5.2K 81
⚠️I suggest reading in black. It starts off slow but It gets to the point in chapter 3 I follow the plot of the anime but I add my own little twist i...
152K 5.1K 52
"I know you think nothing of me, I know you probably want to send me back to the boonies, so why?! Why do you talk to me?! Why do you make me feel th...
344K 13.4K 35
❝ if he wants it, he gets it. ❞ ❪ mark lee ✕ lee donghyuck ❫ ⤷ © dongcvs ━ 2021.