Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

050

226 33 1
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KUNCI MOTOR dikeluarkan daripada dalam beg. langkah besar diambil oleh Dayana. Honda Cbr15 itu dihampirinya.

dia baru sahaja selesai berbincang dengan keluarga Hazael perihal Irisy dan lelaki itu.

dan perkara itu menambahkan lagi pusing kepalanya!

iPhone 7 plus pemberian Ziyad itu dikeluarkan. nombor seseorang didail.

"kau dekat mana?" tak ada muqhadimah tak ada apa, Dayana terus sahaja bertanya pada peran yang berada disebelah sana.

"baharu habis kerja. kenapa kau? salam tak ada, hai pun tak ada. main terobos aja."

"maaplah. aku nak cepat ini. boleh tak teman aku pergi cari hadiah? sekalian aku ada benda mahu beritahu kau." soal Dayana.

"boleh. nak jumpa dekat mana ini?" soal Dianah.

"Pavilion. kejap lagi aku sampai. aku baru keluar daripada rumah keluarga Hazael." ujar Dayana.

"berehh. jumpa dekat sana nanti."

talian diputuskan oleh Dianah. terus telefon pintarnya dimasukan semula ke dalam beg. beg berwarna hitam itu disandang kebelakang.

sebaik sahaja motornya dihidupkan. gadis itu melangkah naik keatas motor. selepas sahaja minyak motor panas, motor berwarna hitam itu mula meluncur keluar daripada taman perumah mewah itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TEFAK WEH? sumpahlah family dia pun tak tahu mana perginya Hazael itu?" soal Dianah. membulat mata gadis itu akibat tidak percaya.

"betulah, mak Hazael itu sendiri yang beritahu aku. mereka ada cuba hubungi Hazael tetapi nombor telefon lelaki itu mati. tukar nombor baharu agaknya." cerita Dayana.

"Hazael itu kalau aku dapat── memanglah. ada hati betul dia tinggalkan Irisy macam itu sahaja. sudahlah tak lama lagi majlis kahwin diorang." gumam Dianah, geram.

"betul. aku ganyang nanti tahulah dia langit tinggi ke rendah." tambah Dayana pula. dia bersetuju dengan Dianah.

kedua - dua orang gadis itu meneruskan perjalanan mereka. langkah Dayana mati dihadapan sebuah kedai perhiasan. lengan Dianah ditarik supaya mengikuti langkahnya.

gadis itu melangkah masuk ke dalam kedai perhiasan tersebut.

"aku rasa, aku dah tahu dah hadiah apa yang aku mahu beri pada Ziyad." gumam Dayana.

"kau nak beli apa?"

"cincin. dia itu cincin kahwin pun tak ada." jujur Dayana.

waktu majlis kahwinnya 11 bulan lepas, dia tidak dapat membelikan lelaki itu sebentuk cincin. semuanya kerana masalah kewangan.

Dianah hanya mengikuti sahaja sahabatnya itu. gadis itu duduk diatas sebuah kerusi yang disediakan dihadapan meja pameran.

matanya mula meliar melihat reka bentuk yang disediakan. gadis itu jadi rambang mata. semuanya cantik - cantik!

"kau rasa style yang macam mana sesuai dengan Jie?" soal Dayana kepada Dianah. matanya tidak lepas daripada melihat reka bentuk yang ada.

"aku pun kurang tahu. dahulu waktu aku teman kakak aku cari cincin kahwin untuk suami dia, aku duduk diam sahaja sebelah dia."

anak mata coklat terang milik Dianah turut melekat pada meja pameran itu. gadis itu sama - sama menilik segala jenis rekaan yang ada.

jari telunjuknya digerakan kearah sebentuk cincin, "cuba kau tengok yang itu. rekaan dia nampak minimalist."

anak mata Dayana berlari kearah yang ditunjukan oleh Dianah. sebentuk cincin itu dipandangnya. senyuman kecil terukir pada wajah gadis bertudung bawal itu.

"boleh saya tengok yang ini?" pinta Dayana pada pekerja yang bertugas.

pekerja itu mengangguk. cincin yang ditunjukan oleh Dianah sebentar tadi, pekerja itu bawa keluar. diletakkan sebentuk cincin itu keatas meja.

dua orang gadis bertudung itu mula membelek - belek sebentuk cincin tersebut. rekaannya tidak terlalu keterlaluan malah ringkas sahaja rekaan pada cincin tersebut.

walaupun ringkas, masih lagi tetap kelihatan mewah.

"kau rasa yang ini lawa ke?" soal Dayana separa berbisik.

Dianah menjungkitkan bahunya, "aku rasa okay sahaja. kau nak angkat yang ini ke?"

"aku kurang pastilah. tetapi yang ini pasti nampak bagus pada Ziyad." gumam Dayana.

"kalau macam itu ambil sahajalah yang ini."

"kalau Jie tak suka macam mana?"

"dia mesti suka punya. kan isteri dia yang pilih."

"ye ke?" soal Dayana untuk kepastian. sebelah keningnya dijungkitkan.

"iyaa, Jajaa. kau jangan nak banyak songeh dekat sini. aku hempuk kau nanti."

gadis bertudung emerald green itu mendengus kasar. sikit - sikit ugut. ini mesti spesies Ziyad Nufa'el juga.

"saya ambil yang inilah." putus Dayana.

"boleh saya tahu Puan nak saiz berapa?" soal pekerja itu.

alamak. ini lagi satu masalah. dia mana tahu ukuran jari Ziyad.

Dianah yang berada disebelah dikerling, "aku mana tahu saiz jari Jie."

"orang kata, saiz jari manis isteri sama dengan saiz jari kelingking suami. cuba ukur guna ukuran saiz jari manis kau." ujar Dianah.

"boleh pakai ke petua kau ini?"

"dulu kakak aku macam itulah. muat aja dengan jari suami dia itu. cubalah dahulu. kalau tak muat, kau bawa Ziyad datang sini. tukar saiz." cadang Dianah.

gadis itu hanya mengangguk. apa - apa sahajalah. semoga cincin itu muat - muat sahaja pada jari Ziyad nanti.

"ada tak saiz ikut ukuran jari manis saya?" soal Dayana.

pekerja itu memberi jeda. dia mula mengeluarkan beberapa jenis saiz yang berbeza untuk dicuba oleh Dayana.

gadis itu mula menyarungkan satu persatu cincin yang dikeluarkan. selepas menjumpai saiz yang pass, Dayana membuat keputusan untuk membawa pulang cincin tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAUN PINTU ditolak daripada luar. Dayana memasukkan kepalanya dicelah ruang pintu yang terbuka. susuk tubuh Ziyad ditinjau terlebih dahulu.

pass! Ziyad tiada diruang tamu.

"uit, awak hendap apa?"

kejung terus seluruh tubuhnya. Dayana mula berdiri dengan posisi yang benar. sengihan dikoyakkan oleh gadis itu.

"kenapa tak terus masuk sahaja? ini kan rumah kita. saya mati - mati fikir awak nak pecah rumah ini tadi." seloroh Ziyad. gadis yang kecil yang berdiri dihadapannya itu dipandang bingung.

Dayana hanya mengukir senyuman janggal buat Ziyad. daun pintu ditolak lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

selesai membuka kasut, sepasang kasut yang berada ditangan Dayana, Ziyad ambil lalu meletakkannya keatas rak kasut. diulangi perkara tersebut pada kasutnya.

terkedek - kedek Dayana berlari kearah Aswad. makhluk berbulu itu baru sahaja bangun daripada tidurnya.

lelaki bertubuh tinggi lampai itu menggelengkan kepalanya. lucu melihat gelagat isterinya itu. beg sandang berwarna hitam diletakkan pada kerusi meja makan. seterusnya, susuk tubuh Dayana dihampirinya.

"lambatnya balik. kata nak pergi jumpa keluarga Hazael sahaja?" soal Ziyad. jam yang melingkar pada pergelangan tangan, dikerling.

"oh, itu sebab saya pergi cari hadiah untuk awak. tak tahulah awak suka ke tidak."

beg kertas yang berada disamping, Dayana suakan pada Ziyad. sengihan kecil terukir pada wajah gadis itu.

terjungkit sebelah kening Ziyad dibuatnya. beg kertas yang disua oleh Dayana diambil. isi dalam beg kertas itu dikeluarkan.

isinya, terdapat sebuah kotak kecil berwarna putih. laju sahaja tangan kekar itu membuka penutup kotak.

"bintang?" wajahnya diangkat. Dayana yang berada disamping itu dipandang tidak percaya.

Dayana mengoyak sengih, "suka tak? better awak cakap suka kalau tak saya menangis."

tubuh kecil itu terus dirangkul erat oleh Ziyad, "terima kasih, bintang." ucapnya ikhlas.

"saya suka sangat." tambah Ziyad lagi. pipi gadis itu dikucup lembut. senyuman manis merekah pada bibir lelaki itu.

"cuba sarung. kalau tak muat, esok saya pergi tukar. saya main agak aja ukuran jari awak tadi." ujar Dayana.

sebentuk cincin yang berada dalam kotak itu dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Dayana. Ziyad tersengih kecil, "tolong sarungkan."

cincin tersebut bertukar tangan. lekas cincin tersebut disarungkan pada jari kelingking sang suami.

semoga petua Dianah tadi itu bukan tahyul. getus hati Dayana.

gadis itu mengukir senyuman lebar. cincin itu muat - muat pada jari kelingking Ziyad. tak sangka petua Dianah sebenarnya menjadi.

"terima kasih, bintang. tetapi kenapa awak pilih cincin?"

"sebab saya tak ada cincin kahwin." ujar Dayana. jari - jemari Ziyad ditunding. kosong sahaja jari - jemari lelaki itu.

"nanti orang fikir awak belum kahwin lagi." cebik Dayana.

meletus tawa Ziyad. pucuk hidung gadis itu dicuitnya. tak sangka pula pola pemikiran Dayana begitu.

comel betul!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
48.9K 2.6K 39
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
3.3K 574 39
Poetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun...
943 47 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...