[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒

128 8 6
By Antashcya

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


DUNIA seorang Iris Rayhana terasa bagaikan berpusing. Dia seolah tidak mampu mencerna apa yang barusan dia lihat tadi

Selang beberapa saat selepas itu, barulah dia teringan akan panggilan telefon yang diterimanya. Dengan tangan yang masih mengeletar, dia mengambil semula telefon miliknya

"Helo? Cik Iris?" panggil suara di seberang sana kerana tidak mendengar sebarang sahutan

"Y-ya saya"

"Oh, Cik Iris, Kami daripada Hospital Bangsa Raya ingin memaklumkan bahawa Arjuna Narendra telah dimaksukkan di Hospital akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya"

"Boleh kami minta Cik Iris untuk menguruskan butiran lanjut mengenai pesakit? Sebab Cik Iris sahaja waris yang dapat kami hubungi buat masa sekarang" Jelas suara yang memanggil

"Allahuakbar, iya saya datang" kata Iris lalu panggilan ditamatkan. Tangannya sekali lagi menjengkau sijil nikah itu

Dia membaca sekali lagi dengan teliti dan berharap agar apa yang dia lihat sebentar tadi salah dan hanya imagnasinya sahaja

Namun kenyataan sudah tidak dapat dielakkan lagi. Memang semua yang tertera di sijil itu adalah benar. Hati Iris bagaikan dihenyak dengan kenyataan. Dadanya terasa sesak dan ngilu

"26 Jun 2021? Sekarang 2024. Ya Allah, ini bermaksud sudah tiga tahun?" nada gadis itu jelas sakali dalam keperitan untuk menerima kenyataan. Dia memejamkan matanya rapat

"Jadi inilah sebab abang tak boleh terima Iris?" soalnya sendirian bersama dengan tawa kecil. Hatinya lara dilanda badai yang tidak disangka

Tanpa mahu menambah sakit hatinya lagi mengenang akan hal tu, Iris dengan pantas mengemas semula barang-barang yang telah bersepah lalu memasang semula papan laci tersebut

Dia mengambil langkah laju dan bersedia untuk ke hospital buat menemui Arjuna

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SESAMPAI saja Iris di hospital, dia terus menuju kaunter dan mengurus hal yang dikehendaki. Usai itu, dia masuk ke dalam wad di mana Arjuna ditempatkan

"Juna" panggil Iris tatkala dia masuk saja ke dalam wad. Arjuna yang bersandar di katil sambil memejamkan matanya menoleh ke arah sumber suara tersebut

"Ray" sahutnya dan duduk tegak. Iris menghampiri sosok itu dan meneliti dari atas ke bawah

"Lo kenapa liatin gua kayak gitu? Apa? Lo pikir gue udah mau mati? Tenang aja kali.. Gue nggak bakalan mati selagi gue belum dapetin elo-"

PAP!

"Aduh sakit tau!" adu Arjuna apabila beg Iris selamat hinggap di bahunya

"Eh kau merepek apa ni" ujar Iris memandang Arjuna. Lelaki itu tayang muka selamba

"Kenyataan..." sebut lelaki itu

"Ni macam mana boleh excident ni?" soal Iris dan memerhati lengan Arjuna yang dibalut. Agak tebal balutannya

"Tadi gue hampir ketabrak kucing karna mikirin elo" jelasnya yang berbaur gurauan lalu mendapat jelingan daripada Iris

"Kau ni aku elok tangan kau calar, ada yang aku buat patah kang" katanya lalu mengundang tawa daripada Arjuna

"Santuy... Hati gue udah milik orang lain" ujarnya berselang dengan tawa dan pandangan tajam Iris

"Ray, bantu gue ambil air. Pantat gue sakit loh nggak bisa bangun" pintanya bersama dengan sengihan. Iris menurut

"Berapa lama kau dekat sini?"

"Besok juga bisa keluar"

Iris mengangguk dan seketika suasana menjadi diam

"Lo kenapa pakai kau sama aku?"

"Saja. Lagi kasar lagi best" jawabnya dengan kedua bahu diangkat sekejap serentak

"Erm... Oh, by the way... Gue nggak bisa hanter atau ambil lo ke sekolah karna baby gue harus di workshop 2 minggu"

Iris angguk sekali lagi

"Ray" panggil Juna. Iris menoleh

"Lo nangis lagi kan?" soal lelaki itu dengan lembut. Iris terdiam dan situasi hening

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

PAGAR rumah dibuka oleh Iris. Dia perlahan menutup lalu mengunci pagar tersebut. Gadis itu tanpa banyak berfikir terus mengambil langkah untuk menuju ke tingkat atas

Namun suara garau yang berdehem menghentikan langkahnya. Refleks Iris terus memusingkan tubuhnya dan memandang sosok yang duduk di atas sofa

Dan siapa lagi sosok itu jikalau bukan suaminya, Yassin

"Awak pergi mana Iris Rayhana sampai tak bagitahu saya?" soal nada itu dingin dan tegas. Tiada riak yang dipamerkan

"Bukan urusan cikgu" balas Iris juga yang tidak kalah dingin

Yassin yang mendengar cara Iris membalasnya terus bangun dan menghampiri gadis itu. Dia berdiri tepat di depan Iris dan menikam tajam anak mata itu

Iris tidak beriak apa-apa. Tidak gentar mahupun gugup. Tatapan yang kosong. Lama juga hinggalah Iris sendiri yang terus pergi meninggalkan Yassin berdiri seorang diri di situ

"Iris Rayhana" seru Yassin. Sekali lagi Iris behenti tetapi sekarang di anak tangga

"Awak pergi mana" soalnya lagi

"Hospital" balas Iris singkat dan berlalu pergi

"Awak buat apa dekat sana? Siapa yang sakit?" tanpa berputus asa dia bertanya

"Juna" balas sambil menaiki tangga ke atas

BANG!

Pintu bilik ditutup agak kuat dari biasanya. Hal ini lantas membuatkan Yassin berkerut pelik dengan sikap Iris

"Ini bukan Iris Rayhana yang aku kenal" ujarnya perlahan. Sakit? Sejujurnya dia sakit hati sekarang ini

Tetapi dia tidak pernah tahu bahawa sakit hati yang dia alami tika ini langsung tidak setanding dengan rasa sakit di hati Iris

PRANG!

Bunyi kaca yang berjatuhan dari tingkat atas menyentakkan Yassin. Dengan langkah besar Yassin terus menuju ke biliknya di mana kaca itu datang

Pintu bilik dibuka dan automatik pemandang yang di lihat ada sosok Iris yang sebelah tangan memegang dinding menahan bebannya

"Apa awak buat Iris!" soal jejaka itu lagi dengan segera menghampiri gadis itu. Iris yang ingin mengutip kaca terus ditegah oleh Yassin

"Awak gila? Jangan sentuh kaca ni!" katanya dengan suara agak tegas. Tangannya pula mengemas kaca pecah itu

Setelah selesai, dia memandang wajah Iris yang memandangnya dengan pandangan kosong

"Kenapa cikgu buat semua ni?"

Yassin terdiam. Daripadanya keningnya yang berkerut, terus berubah normal apabila mendengar apa yang Iris katanya. Kerana dia juga tidak tahu mengapa dia berbuat demikian

"Cikgu tak ada jawapan kan? Okay tak apa, tapi saya minta satu dekat cikgu"

Percakapan digantung


"Tolong jangan kacau saya. Jangan pedulikan saya sebab saya tak nak saya jadi punca cikgu perlu khianati perasaan seseorang"

Kening Yassin berkerut. Dia tidak dapat mentafsir apa yang Iris katanya

"Cikgu lebih tahu tentang diri cikgu jadi saya tidak perlu untuk jelaskan dengan detail. Lepasni saya akan uruskan diri. Cikgu tak perlu masuk campur. Fokus pada hal diri aje. Dan saya minta izin untuk pindah bilik" putus Iris

Yassin tidak dapat berkata-kata lebih. Bagaikan disekat. Akhirnya dia hanya boleh menghormati keputusan gadis itu

"Kalau itu yang awak inginkan"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SEMINGGU berlalu, tiada tegur sapa di antara pasangan. Masing-masing memlih untuk berdiam diri

Layanan Iris tidak seperti dulu. Begitu juga dengan padangannya yang kosong. Iris Rayhana yang ceria dan hyper berubah menjadi dingin dan datar

Faktanya adalah semua orang perasan akan perubahan itu. Jika ditanya, hanya jawapan singkat daripada gadis itu. Dia berangkat ke sekolah juga bukan Yassin yang menguruskan hal itu

Iris lebih memilih untuk menyibukkan dirinya. Dengan aktiviti sekolah mahupun luar sekolah. Yassin tidak memebantah sebaliknya dia hanya membiarkan gadis itu melakukan apa yang dia mahukan

Dengan alasan mahu menghormati keputusan gadis itu dan tidak mahu memaksa. Bodoh? Ya, Yassin memang bodoh

Sekarang ini Arjuna menyilangkan tangan di dada sambil menunggu Iris memakai kasutnya di sisi pintu masuk bilik kaunseling

"Dah jom" ajak Iris setelah dia selesai. Mereka berdua berjalan berdua bagaikan pasangan kekasih jika dari kejauhan

"Udah ini kita ke mana?" soal Arjuna sambil mengulum lolipop

"Training"

"Oh iya... Gue lupa soal itu" dia menepuk dahinya perlahan

"Tuh lo liat" Arjuna menunjukkan kelibat Yassin yang memegang lembing sambil bersembang dengan Syaza. Iris melihat dengan riak biasa

"Biarlah dia" sahut Iris singkat. Kemudian gadis itu duduk untuk memakai kasut spike miliknya

"Lo belum makan lagi kan? Tunggu bentar gue beliin sesuatu buat lo"

"Eh..! Tak payah...! Training dah nak mula ni" tegah Iris tapi hanya dibuat tuli

"Peduli apa gue sama omongan lo. Bodoamat" katanya dan belari menuju kantin. Iris geleng kepala

Selang beberapa minit selepas itu, Iris yang duduk di padang sambil memandang rumput hijau itu mendonggak kepalanya apabila ada bayang kelhatan seperti seseorang berdiri di hadapannya

"Ck!" Iris berdecak ketika melihat figura di depannya

"Cikgu nak apa?" dingin

"Awak buat apa pergi bilik kaunseling?" soal Yassin tanpa basa-basi

"Urusan cikgu?"

"Iris Rayhana. Ingat, siapa saya bagi awak. Hormat saya" peringat jejaka itu. Iris tergelak kecil

"Firhan! Sini kejap!" panggil Syaza yang berdiri beberapa meter dari mereka. Iris bertambah sinis

"Tu, cinta hati cikgu dah panggil. Pergilah sana" arah Iris. Kening Yassin berkerut

"Awak jangan merap-"

"Ray!" panggil Arjuna pula dengan ceria dan langsung menghentikan ayat Yassin

"Ha, cikgu pergi dengan Cik Syaza cikgu. Saya pula dengan Juna saya ya... Assalamualaikum"

Pamit Iris sebelum dia bangun dan menghampiri Arjuna. Terus lebar senyumannya. Nampak ketara

"Aku akan rebut kau kembali daripada Arjuna Iris"

TO BE CONTINUED

Huaaaa merapunya.... sorry ya saya jarang benor update. Sekadar pengetahuan la yaa... mcm yg saya pernh ckp saya student..

review umur hm... senang cite thn dpn saya spm (dpt teka kn bape?). kalau nk dikatakn dkt sekolh hampir setiap minggu ada pembentangan. keje banyak... tambah lagi saya join latihan hoki sklh so petg saya pun tk de masa

ini blum lagi masa2 dpn yg akn dtg. jdi semoga krg stay tuned dn sabar ya... jgn risau yassin tk lbh 50 bab pun ntah sampai 40 bab pun tk pasti sbb saya tulis suka2. end of story ni soon saya cite mcm mna yassin blh wujud. hehehe.

btw

Juna & Iris?

Yassin & Iris?

Mikha & Iris?

BYE!

Continue Reading

You'll Also Like

22.2K 738 23
Qistina Alia Anak kepada Tengku Hisham jutawan yang popular di Malaysia. Namun tidak ramai yang tahu bahawa Tengku Hisham mempunyai dua orang puteri...
309K 21.7K 157
Tác phẩm: Toàn thế giới đều đang đợi người động tâm. Tác giả: Tố Tây Người gõ: Mia của bạn nè Beta: Hoa Hoa của bạn đây Ý là truyện này gõ nhanh quá...
262K 8.1K 186
What if a Pokémon Trainer found herself in the world of One Piece? What if she found herself with the Strawhat Pirates? What if she finds herself get...