[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

Bởi Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... Xem Thêm

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗

150 7 2
Bởi Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


"Betulah... Aku sendiri yang nampak dia. Lawa! Nama dia Teacher Syaza"

Suara Iman bagaikan bergema dalam kepala otak Iris. Dia kenal nama itu, tapi dia cuba untuk bersangka yang baik-baik sahaja

"Tak, tak mungkinlah orang yang dimaksudkan Iman itu adalah orang yang sama dimaksudkan oleh Fikri"  nafinya dalam hati

Tapi tidak dengan otaknya. Otak berfikir dan cuba meracuni Iris bahawa orang itu adalah orang yang sama

"Ray, kau kenapa?" soal Farhana dikala dia hanya melihat gadis itu mendadak berdiam diri. Wajahnya juga seperti sedang gusar memikirkan sesuatu

"Tak ada apa" katanya sambil menayangka senyuman manisnya. Mendengar jawapan Iris itu, Farhana hanya mampu diam kerana dia tidak mahu memaksa sahabatnya itu

"Jom, dah masuk waktu SK sekarang. Nanti Sir Yassin kau tu marah pula sebab gerak lambat datang makmal" ajaknya. Sebelah tangan sudah memegang buku dan juga bekas pensil

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "EH, baru aku perasan Juna tak datang" kata Farhana setelah dia melilau sana sini mencari kelibat Arjuna. Biasanya lelaki itu akan berjalan mengekori dari belakang tidak ubah seperti seorang bodyguard

"Biarlah dia, aku rasa dia sibuk kut.." balas Iris. Nanti kalau tak fokus dalam kelas Yassin ni, mahunya kena panggil sahabatnya itu dan disuruh jelaskan apa yang sudah dia terangkan

Strict sungguh!

"Ada bawa pendrive masing-masing seperti yang saya arahkan masa kelas tambahan kita minggu lepas?"

"Ada sir" sahut seluruh kelas 5 STT. Cuma Iris aje yang tidak. Malas nak jawab!

"Login kerja yang kamu semua dah buat tu dalam komputer sekolah. Saya nak cek apa yang kamu semua buat" katanya mengarahkan para murid

Mereka semua tanpa melengah masa terus membuat apa yang diarahkan. Yassin berjalan ke arah satu-persatu meja muridnya. Lalu memberikan komen apa yang patut

Sehinggalah dia tiba di meja Iris. Sengaja dia merapati gadis itu tanpa sesiapa sedar. Iris jadi kekok. Dia mendongak ke atas memandang Yassin yang sedang membelek hasil kerjanya

Jejaka itu memandangnya juga apabila dirasakan sedang diperhati. Iris langsung melarikan pandangan. Gugup itu yang dirasakan dia sekarang ini

Senyum tipis terlakar di bibir Yassin. Farhana yang ada di samping sudah kerang busuk sendirian melihat mereka berdua

"Good, I love your work" komennya sedikit berbisik lalu menyemak hasil kerja Farhana pula. Terus berona merah pipi Iris

Beberapa minit setelah Yassin selesai menyemak kerja Farhana, lengan Iris dicuit olehnya. Dia tersenyum penuh makna ingin mengusik sahabatnya

"Apa kau ni?" soal Iris sambil muka menahan malu

"Aku rasa kau tak bertepuk sebelah tanganlah" ujarnya. Iris terus menggeleng untuk menyangkal sangkaan Farhana

"Iya... Aku yakin kau tak bertepuk sebelah tangan. Daripada dia layan kau dengan kitorang jauh bezanya Ray..." dia cuba menyakinkan lagi Iris

"Suka hati kaulah Far... Aku tak percaya kalau dia sendiri yang bagitahu. Lagipun mustahil untuk dia suka aku. Aku cuma murid dia yang dia ajar. Banyak lagi perempuan yang lawa boleh tambat hati dia" katanya. Kata-kata itu memang kata-kata yang jauh tersemat dari lubuk hatinya

Cumanya dia tidak tahu mahu luahkan pada siapa

"Erm, yalah... Tapi kau lawa apa. Dan cinta bukannya pakai rupa, tapi pakai hati. Buktinya, Mikha yang macam opet tu pun kau pernah cinta separuh mati dulu-"

PAP!

"Aduh!" adu Farhana tatkala lengannya dipukul perlahan oleh Iris. Walaupun perlahan, tapi agak menyakitkan memandangkan gadis itu mahir seni bela diri teakwando

"Ha.. Cakap yang bukan-bukan lagi. Kan dah mendapat"

Farhana muncung mulut

"Betul apa"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     IRIS dan juga Farhana mengemas buku-buku sebelum naik ke kelas. Mereka orang yang terakhir akan keluar dari kelas memandang Iris selaku Penolong Ketua Kelas yang akan memegang buku kawalan kelas

"Iris Rayhana" panggil Yassin untuk menyuruh Iris mengambil buku itu darinya. Iris maju ke depan manakala Farhana mengemas kerusi meja pula

Buku itu Yassin pegang. Dikala Iris mahu menambutnya dia sengaja menarik buku tersebut. Iris mencebir

"Apa?" soalnya. Dahi sudah berkerut memandang suaminya itu

"Awak dengan Farhana akan terus balik rumah ke?" agak perlahan agar dia dengan Iris yang mendengar

"Kami plan nak pergi 7 Eleven nak beli makanan. Kenapa abang tanya?" nada sudah lembut. Tidak lagi masam

"Dalam buku ni saya dah selitkan duit 50 ringgit. Nanti dalam pukul 3 setengah saya sampai dekat luar pagar pondok security rumah Farhana"

"Kalau ada apa-apa call" pesannya panjang lebar. Iris hanya mengangguk-anggukkan kepalanya

"Okay" balas Iris singkat lalu mengambil buku kawalan kelas

"Jangan pecaya gosip" pesan Yassin yang terakhir sekali membuatkan Iris berhenti memandang suaminya sebentar lalu menapak ke arah Farhana yang menanti di luar pintu

"Asal lambat? Kau buat apa dengan Sir Yassin kau tu?" soalnya dengan nada yang mengusik temannya. Iris baru selesai memakai kasutnya menoleh ke arah Farhana. Barangnya diambil dari gadis itu

"Ish kau ni.. Dia just bagitahu benda gitu-gitu aje. Sudahlah masuk kelas" katanya ingin mengelat soalan yang aneh-aneh dari Farhana. Tanpa sengaja dia terpandang seorang wanita yang berjalan di tepinya menuju masuk ke dalam makmal komputer. Tertera nama 'Syaza' terpampang jelas

Iris berhenti seketika. Dunianya bagaikan berhenti. Melihat temannya yang mendadak berhent membuatkan Farhana mengerutkan keningnya. Bahu Iris dipegang tanda dikhawatir

"Kau kenapa babe?"

"H-hah? Aku okey" sambil mengukir senyuman manis. Memang itu kebiasaannya

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     DALAM kelas Iris langsung tidak dapat fokus. Dia asyik teringat akan wanita yang berparas ayu, berketinggian sederhana, kecil molek dan juga bertudung bawal labuh. Bagaikan perempuan Melayu terakhir. Tidak sepertinya dirinya yang hyper, tinggi, sedikit kasar dan juga aurat yang tidak terjaga

Jauh beza bagai langit dengan bumi!

Asyik mengelamun sampai tidak sedar loceng rehat sudahpun berbunyi. Iris tersentak. Dia gelabah kerana dia terlepas nota yang penting dalam kelas itu. Sudahlah kelas Sejarah. Antara subjek terpenting dalam SPM

"Kelas kita sampai disini sahaja"

"Bangun!" perintah Haziq selaku ketua

"Terima kasih Cikgu Zana!" ucapnya terlebih dahulu sambil menundukkan badan tanda hormat pada gurunya. Kemudian diikuti oleh para pelajar 5 STT yang lain

"Baik, sama-sama kelas. Haziq, Iris" panggilnya. kedua nama yang disebut itu maju ke depan. Manakala yang lain sudahpun serupa beruk keluar kelas untuk sesi rehat

"Cikgu minta kamu hantar buku dengan barang cikgu dekat tempat kamu. Boleh? Sekarang cikgu kena cepat masuk bilik mesyuarat" pinta cikgu yang bergelar Zana. Iris dan juga Haziq terus mengikut arahan. Haziq akan mengangkat buku dan Iris pula mengangkat beg kerja

"Far, kau gerak dulu. Nanti aku cari kau dekat tempat biasa. Takut nanti ada orang lain pula yang duduk dekat situ" arahnya. Farhana mengangguk tanpa banyak bicara

     MASUK ke dalam bilik guru, tempat Cikgu Zana terus saja dituju. Barang diletakkan di tempat yang sepatutnya lalu Iris berpisah laluan dengan Haziq. Iris melalui pintu belakang kerana ada tangga yang terdekat

"Iris" seru satu suara garau yang memanggilnya. Dan yang pasti orang itu bukan Yassin tapi melainkan Sir Mirul. Iris mendekati dirinya di meja Sir Mirul

Tanpa sengaja matanya tertancap mata nota-nota yang dia berikan pada Yassin sebelum berangkat sekolah. Semuanya ada di situ tanpa tertinggal satupun. Agak terkejut Iris kerana dia tidak menyangka sama sekali jejaka itu dengan selamba menempelkan nota-nota itu

Patutlah sejak viral kes berita tersebar mengatakan Sir Yassin berkahwin jarang ada hadiah yang jejaka itu bawa pulang ke rumah. Mejanya juga agak kosong dan hanya ada beberapa hadiah sahaja. Mungkin kerana mereka terlihat nota yang menjadi bukti kukuh bahawa lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga

Untung sahaja Iris tidak pernah meletakkan namanya pada nota itu. Dia mengelar dirinya 'Orang disini' dalam nota itu. Tersedar sudah lama dirinya menatap nota itu, dia fokus pada Sir Mirul yang memanggilnya tadi

"Kenapa Sir?" soalnya penuh dengan hormat

"Awak akan pergi kantin kan nanti?"

Iris angguk

"Kalau macam tu boleh tolong hantarkan borang ni dekat Sir Yassin? Dia sekarang ada dekat ruang makan guru" katanya

"Boleh cikgu" Iris bersetuju lalu borang yang beratus helai itu bertukar tangan. Bolehlah.. Jadikan santapan muka Encik Suami yang kacak tu...

"Saya pergi dulu" katanya lalu menunduk sedikit dan pergi. Hatinya sedikit riang, dia berjalan menuju ke ruang makan guru. Namun kakinya terhenti dikala dia terlihat Yassin yang semeja dengan wanita yang bergelar Teacher Syaza itu. Kakinya jadi berat

Tidak sanggup mahu masuk ke dalam ruangan itu. Walaupun mereka tidak berduan dalam ruangan itu, tapi melihat suaminya sendiri yang duduk semeja dengan wanita lain. Siapa yang akan gembira?

"Iris, awak buat apa dekat sini?" tegur Encik Nazrimi yang melihat gadis itu berdiri di depan pintu. Iris tersedar dari pandangannya

"O-oh... S-sir Mirul minta s-saya hantarkan borang ni pada Sir Yassin" katanya jujur. Encik Nazrimi mengangguk

"Masuklah" pelawanya. Iris masuk lalu terus menuju meja Yassin. Dengan hati yang terluka dia gagahkan dirinya menghampiri suaminya. Ya, jejaka itu tidak curang! Dia hanya duduk bersama dengan rakan sejawatnya. Tapi kenapa sakit hati ni terlalu menusuk? Iris cuba mengusir fikirannya yang melayang jauh

"E-erm.. S-sir, ni borang yang Sir Mirul suruh hantar" katanya sedikit gagap dan laju-laju ingin meninggalkan tempat itu. Yassin terkaku. Dia tidak menyangka Mirul akan memesan supaya Iris yang menghantar borang itu. Susuk Iris yang cepat pergi hilang dari pandangannya

"Sorry, Syaza. But I'm married" katanya lalu meninggalkan Teacher Syaza duduk sendirian. Dahi Syaza berkerut pelik. Dia mengejar langkah Iris yang sudah menjauh menuju belakang dewan. Sedaya upaya Yassin menahan dirinya agar tidak berlari kerana tidak mahu murid yang lain sedar dia sedang mengejar Iris

"Iris Rayhana!" panggilnya tatkala tinggal mereka berdua yang ada di belakang dewan yang sunyi itu. Air mata yang jatuh cepat Iris usap seolah-olah memang dia sedang baik-baik sahaja. Dia menoleh memandang suaminya lalu tersenyum

Bukan dia cepat terasa! Tapi keadaan dia yang sedang dalam fasa datang bulan yang membuatkan dia terlihat cepat terasa! Iris Rayhana bukan seorang yang cenggeng!

"Kenapa?" soalnya dengan senyuman seperti tidak terluka. Yassin terdiam. Dia tidak tahu mengapa dia mengejar Iris. Dia tidak tahu mengapa dia seolah mati kata. Setelah lama berdiam diri akhirnya dia bersuara

"Awak okay?" soalnya dengan soalan yang bodoh itu

"Yeah, saya okay. Biasalah, saya jadi macam ni sebab hormon tidak menentu. Macam yang abang tahu saya haid sekarang ni" nafinya. Senyuman memang manis yang dia tayang namun tidak dengan pandangan mata yang jelas kecewa

Yassin melirik ke arah jam tangannya. Sudah terlambat untuk sesi kelasnya yang seterusnya

"Kalau itu jawapan awak, saya pergi dulu" katanya lalu terus meninggalkan Iris

Gadis itu tersenyum dalam keperitan

Lelaki jenis apa kau ni?

Iris tergelak. Mentalnya sedikit sebanyak terganggu. Dia cuba bertenang tapi tidak boleh! Akhirnya dia lepaskan sahaja apa yang diam pendam

TO BE CONTINUED

hambar kan? mcm yg saya ckp, jgn expect tinggi dlm cite ni sbb saya tulis saja2

and saya tulis secara spontan. Tak ada nota penuh tapi ada matlamat gitu utk cite ni.

so no wonderlah cite ni kjp cpt update (sbb ada idea) kjp lambat update (tk tahu nk tulis apa)

tpi walaupun spontan, saya tetapkn sasaran utk plot twist dn konflik. so dont worryla.. btw konflik ringan je sbb takut krg menyampah (bkn krg je, saya sendiri pun bole menyampah)

bebel byk lakk dia ya? cau~

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

304K 21.4K 156
Tác phẩm: Toàn thế giới đều đang đợi người động tâm. Tác giả: Tố Tây Người gõ: Mia của bạn nè Beta: Hoa Hoa của bạn đây Ý là truyện này gõ nhanh quá...
261K 8.1K 186
What if a Pokémon Trainer found herself in the world of One Piece? What if she found herself with the Strawhat Pirates? What if she finds herself get...
101K 1.4K 50
𝐈𝐭𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐝𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 , 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐢𝐧 𝟏𝟎𝐭𝐡 𝐠𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐰𝐡𝐢𝐥𝐞 𝐬𝐡𝐞𝐬 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐬𝐡...