[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

5.2K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕

128 6 0
By Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     TUBUH mungil Iris diangkat oleh Yassin dan diletakkan perlahan bagaikan kaca yang mudah pecah. Dia tidak mahu mengejutkan gadis itu

Selimut tebal diangkat dan ditutupnya hingga paras dada tubuh Iris. Sudah itu, dia menaikkan pula suhu aircond agar gadis itu tidak kesejukkan

Kaki panjangnya menapak ke arah laci yang ada di tepi katil. Nota yang Iris tulis tadi dia letak dalam laci itu. Tanpa sengaja dia terpandang rantai kunci katak. Rantai itu dia usap. Sayang pada rantai kunci itu

Setelah itu dia menutup lampu dan mengambil tempat di sofa dengan niat untuk mendengar lagu untuk menenangkan hatinya sebelum tertidur di situ

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     ALARM berbunyi dari telefon Iris menandakan Subuh sudah menjelang. Iris mengeliat kecil dan dia meregangkan ototnya. Iris tidak menikmati tidur malamnya

Ini kerana malam tadi dia bermimpi bahawa dia ada bayangan seorang perempuan yang menghampiri Yassin yang sedang berdiri di pinggir pantai

Apabila dia mendekat untuk menghampiri Yassin, bayangan itu terlebih dahulu menarik Yassin pergi sebelum akhirnya bayangnya mereka berdua menghilang dan ada suara berkata 'bawa ia pergi' bergema di gegendang telinganya. Iris binggung

Baru dia tersedar sekarang tempat tidurnya daripada meja sekarang bertukar menjadi tilam yang empuk. Dirinya terus mencari kelibat Yassin yang tiada di samping

"Abang!" panggilnya mencari jejaka itu. Yassin keluar daripada bilik air dengan keadaan muka dan juga rambutnya sedikit basah. Dia baru selesai mengambil wudhuk

"Abang" lagi sekali lelaki itu dipanggil. Kalini matanya berair seperti ingin menangis. Dia lemah, dan dia tersentuh. Perasaan bercampur dengan rasa sakit yang mencengkam pada bahagian bawah perutnya dan juga kepalanya sakit

Yassin dapat menangkap riak Iris yang begitu. Dia menghampiri Iris namun dia tidak memegang gadis itu kerana dia belum lagi selesai menunaikan solatnya

"Iris"

Iris mendongak dan dia tertunduk semula. Rasa sakit di bawah perutnya sampai memucat bibirnya yang terukir cantik itu

"Awak tak boleh bangun kan sekarang?" Iris mengangguk

"Awak tunggu sekejap, saya nak solat" katanya. Tanpa basa-basi lagi, dia terus menunaikan solat subuh

Di samping itu, Iris yang agak terseksa menahan sakit yang teramat di perutnya. Akhirnya hingga membuatkan dia mahu memuntahkan isi perutnya. Terus dia bergegas ke dalam bilik mandi

Dia mahu muntah, tapi tiada apa yang keluar memandang masih pagi dan perutnya belum diisi makanan lagi. Iris berjalan perlahan ke arah katil. Dia duduk di bucu katil melihat suaminya itu melipat sejadah. Baru habis solat

Yassin berjalan ke arah Iris. Tanpa sengaja dia terlihat darah yang melekat di katil bahagian kiri tempat Iris tidur. Sekarang dia faham mengapa Iris menjadi begini

"Awak ada sejarah sengugut teruk ke?" soal Yassin dengan berani. Iris yang sedang kesakitan itu mengangkat wajahnya memandang jejaka itu

Dia blur. Lama baru dia dapat mencerna apa yang ditanya oleh Yassin tadi. Iris tersedar lalu dia cuba mengingat kembali haidnya bila kali terakhir datang

Tiga bulan yang lepas. Dia menghelakan nafasnya kasar. Memang patutlah sakit bagaikan separuh mati! Sampai nak termuntah sekali! Iris jadi malu seketika

"Awak ada tak barang tu?" jejaka itu bertanya soalan lain pula memandangkan Iris tidak menjawab soalannya yang pertama tadi

Iris geleng kepala

"It's okay, awak larat tak bersihkan diri awak dulu? Saya keluar pergi beli"

"E-erm.. Boleh" jawab Iris. Sejujurnya dia tersangatlah malu! Dia belum pernah menghadapi situasi yang sebegini rupa kerana biasanya sekarang ini ibunya dan juga abang-abangnnya yang melayan kerenahnya tatkala tetamu tanpa diundang ini datang

     KEDAI 24 jam yang berdekatan dengan kawasan rumah Yassin dituju oleh lelaki itu. Dia masuk ke dalam kelas dan kebetulan ada pekerja lelaki syif malam yang bertugas sampai 7 pagi ada di situ. Nasiblah bukan perempuan, kalau tidak sedikit sebanyak dia malu

Dia mencari dan tidak membutuhkan masa yang lama dia menjumpai barang itu di rak yang paling hujung. Kaunter pembayaran dituju. Dengan selamba muka beku membuat pembayaran dengan hanya satu item itu yang dibeli

Perkerja lelaki itu memandang Yassin atas bawah. Dia meneliti Yassin. Bukan sebab dia gay! Tapi sebab ingin menganggarkan umur lelaki itu

"Beli untuk isteri ke bro" usik pekerja itu. Yassin mengaru tengkuknya yang tidak gatal. Benar sekali tekaan pekerja lelaki itu

"Erm" gumamnya tanda tekaan pekerja lelaki itu betul. Tanpa banyak membuang masa, dia balik semula ke rumah

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     YASSIN menunggu Iris menyiapkan dirinya sambil bermain dengan telefonnya. Gadis itu keluar dengan keadaan sedikit tidak bermaya. Dia berjalan ke arah suaminya lalu mengambil tempat di samping suaminya

"Maaf" pinya Iris tanpa memandang Yassin. Dahi Yassin berkerut

"For?" soalnya singkat. Dingin!

"Sebab susahkan abang untuk beli barang tu" jawabnya dengan sebak. Emosinya tersentuh!

"Saya tak tahu dia akan datang harini sebabnya period saya tak menentu. Sorry juga kalau buat abang rasa tak selesa sebabkan saya alami sengugut" sambungnya lagi. Air mata juga turut keluar

"Pasal soalan pertama abang tu, saya ada sejarah sengugut dimana kalau saya lama tak datang bulan, saya akan sengugut teruk sampai ke suatu tahap saya sakit perut sepanjang hari, tak makan dan muntah" beritahunya lagi. Entah mengapa hal itu membuatkan Yassin rasa bagaikan ingin ketawa

Ketawa dengan emosi Iris yang tiba-tiba sangat tersentuh. Dia tidak tahu kalau ada jenis perempuan sengugut sebegini rupa. Dia ingatkan semua hanya pening, sakit perut dan perubahan emosi sahaja

Manalah dia tahu... Dulu dengan orang lama pun tak pernah sampai tahap macam ini. Hah? Who?

"Dah, awak bukannya langgar peraturan pun. Itu normal" pujuknya ingin menenangkan hati Iris. Iris berhenti menangis serta-merta. Wajah tampan itu dipandang

"Abang, Iris nak ais krim" pintanya menja tanpa sedar dan secara tidak langsung membahasakan dirinya 'Iris' daripada 'saya'

Yassin mengerling ke arah jam yang tergantung cantik di dinding. Sekarang masih lagi awal kira-kira hampir masuk pukul 8 pagi

"Makan ais krim pagi-pagi buta?" soalnya ingin meminta kepastian

"Tak apalah kalau abang tak nak bagi. Iris okay" dia tersenyum manis. Padahal dalam hati betul-betul mengingat benda sejuk itu. Yassin menghela nafasnya berat

"Boleh, tapi tunggu dah tengahari nanti. Boleh?"

Terus ceria wajah sendu Iris. Jujur, dia tanpa sedar berbuat begini. Ini semua faktor datang bulannya. Dia akan sedar apabila sudah habis tempoh 6 hari itu dan terus rasa malu dengan diri sendiri

Yassin senyum dengan tingkah isteri kecilnya ini

TO BE CONTINUED

Update pagi² butalah sbb tk le tido 😌. Nk lgi? Tgk la maybe khamis? Rabu? Update lagi. Typo? Abai..

Continue Reading

You'll Also Like

162K 3.7K 62
imagines as taylor swift as your mom and travis kelce as your dad
11.4M 276K 29
#1 & 3 in the "There's A..." series. #2 is on my profile. [Editing] He's popular, I'm a nobody. He's a senior, I'm a freshman. He goes to wild part...
1.1M 67.9K 77
The year is 1988, and Finn, Ronan, Becca and Jasper are spending the summer at a reformatory camp located deep in the Alaskan wilderness. The camp, n...
191M 4.5M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...