[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓

115 6 0
By Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     "ARGH!" Iris menjerit sebaik sahaja dia masuk ke dalam tandas. Yassin dia tinggal seorang diri di bawah

Iris menarik nafasnya dalam-dalam kemuadian dia hembus

"Jangan over Iris Rayhana! Jangan over... Dia belum cakap dia cintakan kau lagi Iris Rayhana. Jadi jangan over!" peringatnya pada diri sendiri

Air paip dibuka olehnya lalu dia simbah dimukanya. Dia tak boleh tahan blushing apabila berdekatan dengan Yassin!

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu bilik air diketuk dari luar. Iris berhenti sebentar lalu pintu tersebut dia buka. Ada Yassin yang berdiri di depan pintu

"H-hm?" Iris mendongak memandang Yassin dengan pandangan polos

Bukan aku yang pendek! Dia yang terlebih tinggi ya..!

"Awak buat apa lama-lama dalam tandas ni?" soal Yassin. Iris garu kepala. Dia mati kata hendak membalas apa

"S-saya nak keluarlah ni"

"Hm, cepat sikit. Saya tunggu awak dekat bilik bacaan. Bawa laptop dengan buku teks sekali" arahnya. Iris mengangguk walaupun dia pelik kenapa Yassin meminta dia berbuat demikian

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     PINTU bilik bacaan diketuk oleh Iris beberapa kali sebelum dia masuk menghampiri Yassin yang duduk di kerusi sambil menyemak kerja muridnya. Jejaka itu memakai kaca mata. Dan baru Iris tahu Yassin ada rabun

"Abang" panggilnya sebelum mendudukkan dirinya di atas kerusi. Dia memandang Yassin yang kelihatan tampan apabila memakai cermin mata

"Sejak bila abang ada rabun?" Iris memberanikan diri untuk bertanya

"Dari zaman universiti" jawabnya. Iris cuma mengangguk faham

"Buka laptop tu, tunjukkan saya jadual kerja awak untuk coding tu" perintahnya. Iris terus membuat apa yang diperintahkan oleh Yassin tanpa banyak tanya. Yassin meneliti jadual kerja Iris

"Ini kalau macam ni, sebelum SPM pun belum sempat awak hantar kerja khusus awak. Jangan luang masa banyak sangat untuk cari maklumat. Nanti awak lalai dan tak sempat nak siapkan projek ni. Faham?"

"Faham. Tapi abang kalau saya tak nak buat online shopping punya apps boleh tak?"

"Tak boleh Iris. Pelajar Sains Komputer tahun ni untuk SMK Akedemik Bangsa ditugaskan untuk mencipta satu aplikasi membeli-belah atas talian. Bukan saya yang tetapkan tapi kerajaan" beritahunya. Iris cuma mengeluh

"Sudahlah, baik awak fokus kerja khusus awak"

Iris mengambil semula laptop miliknya. Dia mula berkutat dengan laptop untuk membetulkan jadual kerja setelah ditegur oleh Yassin

"Saya cadangkan awak buat aplikasi membeli-belah untuk pakaian. Sebab bahagian itu tidak terlalu rumit"

Iris mengangguk. Memang itu niatnya tapi dia lebih tertarik untuk membuat aplikasi untuk membeli kasut. Itu minatnya

"Kalau saya nak buat kasut? Boleh tak?"

"Ikut kemampuan awak. Kalau tak mampu tak payah. Nanti kerja awak tak lengkap dan kurang memuaskan"

"Okey"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     BEBERAPA minit telah berlalu. Tiada apa-apa percakapan diantara Iris dan Yassin. Masing-masing sibuk dengan tugasan tersendiri

Sekarang cuma Yassin yabg sudah selesai menyemak buku muridnya. Manakala Iris sedang menulis notas dalam buku catatannya. Warna highlight diambil dan dia mula mengaris ayat terpenting namun tiada warna yang keluar

Dia mengambil warna yang lain juga dalam bekas pensilnya. Juga tiada warna

Rasa bagaikan ingin menangis seorang Iris Rayhana. Highlight itu begitu penting bagi dirinya tapi perlu habis sekarang. Warna kosong itu dia campak perlahan di meja

Dia jadi stress kerana notanya tidak teratur dan kosong. Kerana Iris tidak dapat memahami dan menghafal sesuatu dengan mudah jikalau tiada warna atau gambar

Yassin perasan akan perubahan mood Iris. Dia memandang gadis itu yang berhenti melakukan kerjanya dan berkerut merenung buku notanya. Iris terpandang ke arah Yassin

"Abang.." rengeknya seakan stress ingin menangis. Yassin terkedu

"Awak kenapa ni?"

Gadis itu mengambil kesemua warna highlight yang kosong itu kemudian dia tunjuk di depan Yassin

"Dah habis" katanya dengan reaksi sedih. Yassin tergelak dalam hati. Ingatkan apalah tadi

"Awak pakai saya punya dulu" dia menyuakan bekas pensilnya. Iris tersenyum kembali dan dia kembali menyambung kerjanya

Geram Yassin dibuatnya. Rasa nak gigit aje pipi gadis itu. Dia senyum lalu menggosok kepala gadis itu spontan. Iris cuma diam, dia fokus dengan kerjanya

"Hujung minggu nanti kita beli baru" katanya masih lagi mengusap kepala Iris. Iris angguk

"Lepas tu kita pergi cari kasut spike baru nak tak?" ajaknya memandang Yassin

"Kasut saya yang saya pakai haritu dan rosak sikit tapak dia sebabkan jatuh haritu" adunya. Padahal kasut itu masih baru lagi

Kalau Puan Sri Nadiya tahu kasutnya yang baru itu sudah rosak, pasti akan disuruhnya orang tua tu jadikan lauk sebab tak pandai jaga barang

"Hrm, yalah" dia bersetuju. Iris terus tersenyum lebar

     SELANG beberapa puluh minit Iris meregangkan ototnya kerana sudah terlalu lama duduk. Dia mengemas bukunya dan menutup laptop miliknya. Sekilas dia memandang Yassin yang terlelap di atas meja sedang menghadap ke arahnya

Tiba-tiba ada satu idea untuk mengusik Yassin. Sticky note yang kecil dan panjang hujungnya berbentuk tirus dia cabut dan lekatkan di kuku jejaka itu satu-persatu

"Izinkan Iris ya abang yang handsome" katanya sebelum tergelak kecil. Setelah selesai, iPhone 11 miliknya dia ambil lalu ditangkapnya gambar Yassin sedang tertidur dengan kuku palsu buatannya itu

"Kita buat 0.5 dulu. Slay!" laungnya perlahan

"Kalau tak sebabkan private relationship, dah lama aku letak dekat status ni" ujar Iris sambil merenung hasil tangkapannya

Baru sahaja mahu mencabut semula note itu tadi jejaka itu terbangun. Iris terus panik dan berpura-pura tidak terjadi apa-apa. Dalam hatinya berdebar kerana dia belum sempat mencabut satupun note itu

"Bala Iris bala! Tak ada bala kau buat bala ya? Ha eloklah itu!" monolognya dalam hati dengan tangan berpura-pura menyusun barang di atas meja

Yassin mengaru keningnya tapi dia tersedar kukunya dilekatkan dengan note. Dia memandang Iris kerana sudah tahu pelakunya kalau bukan Iris Rayhana

"Iris..."

Iris tayang sengih cukup agar dia kelihatan seperti kerang busuk

"Saya hanya bergurau saja" katanya sambil meniru percakapan ala-ala Gopal BoboiBoy

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     SEPERTI yang dijanjikan oleh Yassin, dia membawa Iris untuk membeli warna yang baru hujung minggu ini

Iris memakai hoodie berwarna putih dengan seluar tracksuit juga berwarna hitam. Kasut Nike warna putih dia padankan dan rambutnya hanya diclip. Nampak sempoi penampilannya

Yassin pula memakai jaket warna coklat cair dengan baju hitam di dalam. Seluar jean warna hitam. Kasut pula juga warna hitam. Sekali pandang dari kejauhan seperti adik-beradik

Kerana langsung tidak kelihatan seperti pasangan bercinta atau kahwin memandangkan Iris masih berumur 18 tahun. Iris terlahir 31 haribulan Disember

Jadi kalau diikutkan dia sepatutnya sudah habis sekolah tapi disebabkan dia lahir terlalu lewat bulan dan hanya tinggal 1 hari untuk masuk batch 2007, dia pun didaftarkan sekolah untuk ikut batch 2007

Mereka berdua memasuki kedai MR. DIY yang ada di mall berdekatan memandang Iris mahu mencari kasut spike yang baru. Bahagian alat tulis dituju oleh mereka

Jadi rambang mata Iris melihat pilihan yang ada di sana. Kalau masuk MR. DIY memang selalu boros nak beli itu ini. Kalau boleh satu kedai nak diborongnya

"Abang, kalau saya ambil ni? Dengan ni?" soalnya sambil menunjukkan highlight jenis yang ada bauan dan yang tiada bauan. Dia mahu dua-dua sekaligus

"Boleh tapi banyak-banyak awak pakai ke semua ni?"

"Eh... Mestilah, saya nak pakai buat nota belajar lagi, nota untuk abang lagi. Lepas tu untuk catatan sebagai penolong lagi. Haziq itu bukannya boleh pakai" omelnya untuk menyakinkan Yassin

"Erm, ambilah mana awak nak. Janji awak pakai" dia bersetuju. Iris was-was

"Betul ni? Tak tarik balik kata-kata tu?" Yassin angguk. Terus excited Iris meletakkan warna itu dalam bakul. Dalam masa yang sama Yassin mencari barang keperluannya juga

Kemudian mereka berjalan untuk Iris mengambil pen warna dan juga pen hitam. Sticky note yang bercorak comel juga Iris ambil. Sticker, correction tape, tape yang bercorak dan juga buku nota baru. Selesai

Yassin tidak membantah walaupun hampir setengah bakul sudah terisi. Dari apa yang dia lihat, isterinya ini adalah seseorang yang kreatif

"Dah" kata Iris. Bakul diangkat untuk sesi pembayaran. Sekali masuk bil, hampir seratus jumlah pembayaran. Terdetik rasa bersalah Iris

"Saya boros sangat ya? Kalau macam ini, bangkrut abang jawabnya" rasa serba-salah

"Bukannya selalu, bila perlu aje kita pergi" Yassin cuba untuk menyedapkan semula hati Iris. Sedikit demi sedikit Iris mula rasa okey semula

"Jom, beli kasut spike awak"

     KASUT dipilih dan juga dibuat bayaran. Baru sahaja Iris mahu mengeluarkan kad bank miliknya, Yassin terlebih dahulu memberikan cash. Bayaran selesai, Iris mengaru kepala

"Kenapa abang bayarkan kasut tu? Saya tak minta pun abang bayar"

"Awak tak minta tapi saya yang nak" balasnya

"Tapi harga dia 500 ring-"

Percakapan Iris dipotong oleh Yassin

"Sudah, awak nak ke tak kasut ni?"

"Eh.. Nak!"

"Kalau nak ambil. Kasut ni baru 500 ringgit, bukan 5000. Saya bukan yang jenis berkira sangat pun" katanya membuat Iris terdiam. Bukan tak nak, tapi Iris cuma rasa kurang enak pula

"Saya belanja abang makan ais krim nak tak? Saya nak singgah belum tu"

Yassin mengangguk. Mereka berdua menuju ke arah kedai yang menjual ais krim. Iris bergerak ke arah kaunter untuk membuat pesanan manakala Yassin memegang barang dan menunggu di samping kedai

Beberapa minit kemudian, Yassin melilau ke arah sekeliling mall

"Eh! Firhan!" tegur seseorang sambil menghampiri Yassin. Yassin memandang ke arah sumber suara yang memangilnya

"Fikri!" Yassin turut menyapa orang yang bergelar Fikri itu. Mereka bersalam ala-ala lelaki macho

"Lama mat tak jumpa kau. Kau pun tak pernah join reunion kelas kita" katanya. Yassin mampu tergelak

"Iya, lama juga tak jumpa. Kau pun makin sado ya aku tengok"

"Tak ada, aku biasa aje. Mana Syaza? Dia ada dengan kau lagi ke?" soal Fikri. Yassin tersentak dalam masa yang sama Iris datang menghampiri

"Abang" panggil gadis itu. Sontak kedua lelaki itu memandang Iris. Iris pelik dengan kelibat lelaki yang tidak dia kenali itu. Terus dia bersembunyi di sebalik lengan Yassin

"Siapa dia Fir?"

Yassin mengeras tidak tahu menjawab apa. Kalau dia mengatakan Iris ini adalah isterinya, dapat Yassin teka pasti Fikri akan bertanya soal Syaza di depan Iris. Kalau dia jawab Iris adalah adiknya, Fikri adalah kawan baiknya yang tahu dia tiada adik perempuan

Yassin menghembus nafas peelahan. Iris mendongak memandang Yassin. Jaket jejaka itu dia cengkam sedikit. Sejujurnya dia menanti jawapan Yassin untuk memberitahu dirirnya adalah isteri sah lelaki itu

"Dia sepupu aku" jawab Yassin. Hati Iris sedikit terluka. Fikri mengangguk

"Oh, cantik" puji Fikri. Jujur dia terpesona dengan Iris. Mata gadis itu

Iris mencengkam erat hujung jaket suaminya itu. Dia memejamkan mata menahan rasa kecewa. Memang hal kecil, tapi besar bagi Iris. Lagipun apa salahnya kalau Yassin jujur pada orang itu? Dia bukannya ada kena mengena dengan Akedemik Bangsa?

"Kau datanglah reunion kelas kita bulan depan kalau kau. Ajak sepupu kau datang sekali. Aku yang jadi ketua majlis" ajaknya sambil menepuk bahu Yassin

"Tengoklah kalau aku free masa tu"

"Alah, bukannya lama. Kita cuma makan-makan lepas tu buat game aje" Fikri cuba meyakinkan Yassin

"Nanti aku bagitahu kaulah"

Fikri menyalam tangan Yassin

"Aku gerak dulu" pamit lelaki itu pergi. Kemudian Yassin memandang Iris yang menundukkan

"Agaknya dia dengar tidak Fikri sebut pasal Syaza?"

Iris mendongak semula memandang Yassin apabila terasa ada orang memandangnya

"Abang" kecil suaranya. Tangan Yassin dibawa untuk menggosok kepala Iris

"Jom balik"

TO BE CONTINUED

Continue Reading

You'll Also Like

310K 18.5K 40
You live in a different time zone Think I know what this is It's just the time's wrong
17.1K 818 20
THIS STORY ISN'T MINE, THE AUTHOR OF THE STORY IS SHY TO POST IT ON HER ACCOUNT AND HAS ASKED ME TO POST HER STORY ON MINE. BUT THE CONCEPT AND STORY...
261K 8.1K 186
What if a Pokémon Trainer found herself in the world of One Piece? What if she found herself with the Strawhat Pirates? What if she finds herself get...
129K 7.1K 45
Have you ever read a story about women who kill to protect people that can't protect themselves. Well this story is about just that. Follow Galleri...