Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.7K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 5

1.8K 146 30
By Hashily90

Hayfa selesai menghidang makan malam di meja makan. Dia melaung memanggil nama Syaqil yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"Syaqil Asran!!! Makan!!!" Laung Hayfa.

Berkerut dahi Syaqil mendengar Hayfa melaung namanya. Pantas dia off tv dan dia melangkah ke meja makan.

"Woii, yang kau melaung kuat macam bini tarzan tu panggil nama aku dah kenapa? Tak reti ke nak panggil suami kau ni elok-elok." Syaqil menjeling tajam ke arah isterinya.

"Eleh..cakap orang. Dia pun sama tak reti cakap lembut-lembut dengan isteri. Abang kena ingat isteri tu cerminan suami. Faa ni cuma ikut rentak abang je." Kata Hayfa sambil dia flip rambutnya lalu dia melangkah semula ke dapur untuk mengambil air sirap yang telah dia bancuh.

"Melawan-melawan itu jelah kerja kau kan!" Marah Syaqil namun Hayfa terus melangkah ke dapur sambil tersenyum sinis. Geram pula Syaqil melihat lagak acah-acah diva isterinya itu. Tahulah kau lawa tak payah nak flip-flip rambut tu. Nasib la iman aku ni setinggi langit ke tujuh kalau tak masak dah kau aku kerjakan kau Hayfa. Getus hatinya.

Syaqil melabuhkan duduknya di kerusi, Hayfa yang sudah membawa air sirap ke ruang makan pantas menuang air ke dalam gelas dan mencedokkan nasi untuk Syaqil diletakkan pinggan nasi di depan suaminya. Selepas itu dia melabuhkan duduknya di sebelah Syaqil.

"Erm..abang..." Panggil Hayfa meleret sambil tersengih comel. Jari telunjuknya dia tunjal-tunjal di bahu Syaqil. Syaqil yang baru nak cedokkan lauk terus meletakkan kembali sudu, lalu dia menoleh ke arah Hayfa.

"Ermm..kenapa? Soal Syaqil dengan riak wajah dingin.

"Erm..tadi kat sekolah abang okey ke?" Soal Hayfa yang masih tersengih.

"Apa maksud kau dengan aku okey ke tak?" Soal Syaqil sambil mengerutkan keningnya.

"Abang ada tak kena buli dengan budak-budak kelas lima Sapphire tu. Yelah contoh, macam muka abang kena baling dengan duster ke? Tak pun diaorang letak gam kat kerusi abang ke. Atau diorang letak perangkap tikus dekat bawah meja abang ke? Atau ada lagi benda buruk yang lain terjadi kat abang sampai abang rasa nak menangis-nangis dan kata macam ni. Kenapa korang semua ni nakal sangat...tolonglah..tolonglah. Cikgu dah tak tahan nak mengajar korang semua ni...cikgu rasa nak berhenti...." Kata Hayfa sambil dia buat-buat muka dan suara seolah-olah sedang berlakon.

Syaqil yang melihat telatah Hayfa sudah menahan tawanya. Bibirnya sudah terjongket sedikit. Pantas dia jentik kuat dahi isterinya.

"Aduh!!! Apa abang ni? Kenapa jentik dahi Faa?" Marah Hayfa.

"Sebab kau punya drama tu buat aku terbantut nak makan tahu tak. Tolonglah ingat aku macam kau ke nak drama menangis-nangis macam tu. Aku nak kena buli? Memang tak ler. Budak-budak tu yang kena buli dengan aku adalah." Jawab Syaqil sambil dia tersenyum sinis menayang muka bangga.

"Yelah tu. Entah-entah siang tadi teruk abang kena dengan budak-budak tu. Tapi cuma abang je yang tak nak mengaku kan."

"Kau tak percaya sudah. Suka hati kau. Malas aku nak layan kau." Kata Syaqil lalu dia cedok lauk, dia baca doa dan dia makan nasi di depannya. Sengaja dia buat tak tahu pada Hayfa yang masih ingin menyoalnya dengan pelbagai soalan. Hayfa sudah menjeling Syaqil. Geram dia apabila Syaqil melayannya begitu.

Selepas makan Syaqil duduk di ruang tamu. Dia membaca buku tentang pedagogi pendidikan yang ada di tangannya. Hayfa yang baru habis mengemas dapur melabuhkan duduknya di sebelah Syaqil. Pantas dia belek dua lagi buku yang ada di atas sofa.

"Hai itulah, dah belajar sampai PHD bidang bisnes nak jugak jadi cikgu, kan dah kena baca buku pengurusan tingkah laku murid, buku pedagogi bagai. Buang masa je." Kata Hayfa selamba sambil dia buka buku itu. Syaqil terus menutup buku di tangannya apabila mendengar kata-kata Hayfa.

"Hei Hayfa. Kau kalau sehari tak sibuk hal aku tak boleh ke. Suka hatilah aku nak baca buku pasal pendidikan pun. At least berkembang jugak otak aku ni. Tak macam kau ada waktu lapang pun dok sibuk hal orang je. Yang kau menyibuk duduk kat sini dah kenapa. Kau saje je kan nak dekat-dekat dengan aku." Sindir Syaqil.

"Heh suka hatilah Faa la nak duduk kat ruang tamu ni. Ehh tak da masa lah Faa nak dekat dengan abang. Ingat abang hot sangat ke yang Faa nak dok dekat je dengan abang. Faa nak tengok tv la. Kalau abang rasa Faa ni menyemak abang pergilah baca buku dalam bilik kerja abang tu." Balas Hayfa sambil menjeling Syaqil.

Syaqil tersenyum sinis. Kini dia pusing badannya mengadap Hayfa lalu dia tolak badan Hayfa hingga jatuh ke sofa. Kemudian dia rendahkan badannya hingga wajahnya dekat dengan wajah Hayfa. Kedua tangannya dia paku di atas sofa betul-betul di sebelah kepala Hayfa. Berkerut dahi Hayfa apabila Syaqil begitu dekat dengannya. Dadanya sudah bedebar teruk.

"Sayang mengaku je la. Sayang memang sukakan dekat-dekat dengan abang kan. Sebab tu saya selalu je cari alasan nak sembang dengan abang kan? Kalau sayang nak abang cakap je. Abang on je." Kata Syaqil spara berbisik. Sambil dia tersenyum ke arah Hayfa. Kini separuh badannya menindih badan Hayfa.

"A..abang. A..apa abang merepek ni. Faa nak tengok tv la." Jawab Hayfa dengan tergagap.

"Buat apa tengok tv. Baik tengok abang. Dapat jugak pahala. Tv tu boleh tengok je, kalau abang boleh lebih dari tengok." Syaqil sudah tersenyum nakal. Suka dia tengok muka cuak Hayfa, sudahlah muka Hayfa dah bertukar merah.

"Tepilah Faa nak tengok tv!" Kata Hayfa kuat, dia cuba menolak kuat dada Syaqil agar menjauh. Namun sikit pun badan Syaqil tidak berundur. Sebaliknya Syaqil hanya tersenyum sambil mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Hayfa seolah-oleh hendak mencium bibir Hayfa.

"Ja...jangan.." Kata Hayfa perlahan sambil dia pejam rapat matanya apabila jarak wajah Syaqil hanya beberapa inci dengan wajahnya. Jantungnya berdebar laju tak ikut tempo saat itu. Lama Hayfa memejam matanya. Dia membuka matanya luas apabila terdengar Syaqil ketawa kuat.

"Perasan kau ni kan. Ingat aku nak sangatlah cium kau tu. Aku nak ambil remote control tv ni tepi kepala kau. Bukan nak cium kau. Minah perasan." Kata Syaqil sambil dia bangun dari menindih Hayfa. Wajahnya tersenyum sinis dia tayang remote di tangannya lalu dia on tv tersebut. Muka Hayfa makin merah apabila Syaqil mengatanya begitu. Penumbuknya dikepal geram.

"Suami tak guna. Kau la perasan. Yang tadi abang dekat-dekat dengan Faa tu dah kenapa. Lelaki gatal!" Marah Hayfa.

"Laa, kan aku kata aku nak ambil remote. Kau tu yang fikir bukan-bukan. Agaknya apa yang kau fikir tadi ehh?" Soal Syaqil lagi sambil tersenyum nakal.

"Ishh, malaslah Faa nak layan orang gila macam abang ni. Baik Faa masuk tidur." Marah Hayfa lalu ia bangun dan melangkah ke arah lift.

"Hoi, bukan tadi kau yang kata nak tengok tv ke?"

"Malaslah, dah tak da mood. Baik tidur lagi bagus!" Jawab Hayfa kuat. Sambil berjalan ke lift dia hentak-hentak kuat kakinya ke lantai.

"Hah nak tidur tu jangan lupa basuh kaki baca doa. Jangan mimpi aku pulak malam ni. Nanti hilang pulak teruna aku tu dalam mimpi kau tu." Laung Syaqil sambil ketawa berdekah.

"Arghh. Diamm!!!!" Jerit Hayfa sambil dia tutup kedua belah telinga. Apabila pintu lift terbuka cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam lift. Syaqil sudah ketawa berdekah melihat Hayfa marah. Seronok dia dapat kenakan Hayfa.

****

Jayden, Raziq, Ravi, Alex dan Kamal mengendap untuk memastikan tiada orang yang nampak mereka. Kini mereka bercadang untuk ponteng kelas cikgu Syaqil. Disebabkan Syaqil berjaya mengenakan mereka semalam, maka mereka sudah tiada mood untuk berada di dalam kelas Syaqil. Mereka menuju ke arah dinding pagar batu berdekatan dengan pintu belakang sekolah. Memandangkan ada tiga guard menjaga pintu pagar depan. Maka mereka bercadang hendak keluar dari sekolah dengan menanjat pagar belakang.

"Weii betul ke kita nak ponteng ni. Aku risau la kalau cikgu Syaqil denda kita nanti. Dia tu dah la kepala gila-gila." Kata Ravi dengan nada berbisik.

"Betullah. Dah alang-alang sampai pintu pagar belakang ni kan. Kau kalau kau takut sangat dengan cikgu tu. Kau pergi masuk kelas. Tak jantan lansung. Baru kena gertak sikit dengan si Syaqil tu menggelabah." Balas Jayden sambil dia menjeling Ravi.

"Dah-dah jangan bergaduh. Cepatlah, jom panjat pagar ni sebelum orang lain nampak. Nanti cikgu tu dapat tangkap kita naya je." Kata Raaziq. Kesemua yang berada di situ mengangguk dan bersetuju dengan Raaziq. Pantas mereka memanjat pagar belakang sekolah itu. Kini mereka sudah keluar dari pagar belakang. Baru mereka hendak melangkah pergi mereka terkejut apabila mendengar ada bunyi orang menepuk tangan dengan kuat.

"Woww bravo..bravo... boleh tahan skill korang panjat pagar belakang. Dah macam pencuri cikgu tengok." Kata Syaqil yang sedang duduk bertinggung di atas pagar batu tidak jauh dari situ. Sebenarnya sejak tadi dia duduk menyorok di balik pokok kerana dia dah tahu plan para pelajarnya. Dia ada meletakkan alat perakam suara di bawah meja mereka. Apabila mereka panjat pagar belakang dia pun pantas panjat pagar batu berdekatan dengan pagar tersebut.

Terkejut para pelajar kelasnya melihat kelibat Syaqil yang sedang duduk bertinggung di atas pagar batu itu. Syaqil siap memakai cermin mata hitamnya sambil tersenyum sinis ke arah mereka.

"Gilalah cikgu ni. Dia ni hantu ke apa. Macam mana dia tahu plan kita." Kata Kamal separa berbisik pada rakan-rakannya.

"Entahlah weii, kenapa aku rasa sekarang ni macam si Syaqil ni ada di mana-mana. Aku stress." Jawab Jayden.
Mereka yang lain hanya mengangguk perlahan. Lalu mereka semua memandang ke arah cikgu mereka.

"Memandangkan korang pun dah berlari terhendap-hendap macam pencuri apa kata kita semua main satu permainan." Syaqil yang masih duduk di atas pagar batu tersenyum sinis.

"Mai..mainan apa cikgu?" Soal Ravi. Dia dah kecut perut apabila ingatkan tentang kes kerusi semalam. Syaqil tidak menjawab pertanyaan Ravi sebaliknya dia menyanyikan lagu polis sentry dengan gaya psiko. Polis entry one two jaga polis mati pencuri jaga. Syaqil menyanyi kuat. Para pelajarnya sudah menelan air liur kesat apabila mendengarkan nyanyian Syaqil.

"Kita main permainan polis sentry. Kumpulan korang jadi pencuri, kumpulan cikgu jadi polis. Kalau kumpulan pencuri terlepas dari tak tertangkap kira harini korang selamat. Tapi kalau kumpulan polis berjaya tangkap semua pencuri. Aku libas bontot korang sekor-sekor. Faham!" Jerkah Syaqil kuat. Kesemua pelajarnya sudah berdiri tegak dan kecut perut. Spontan mereka semua anggukkan kepala mereka.

"Polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga. Run..." Nyanyi Syaqil lagi. Tiba-tiba wajahnya yang tersenyum bertukar dingin. Pandangan matanya memanah tajam ke arah semua pelajarnya.

Para pelajar yang mendengar Syaqil menyebut run..pantas mereka semua berlari lintang pukang. Mereka berlari selaju yang mungkin. Mereka yakin Syaqil seorang diri takkan mampu menangkap mereka semua.

Tengah berlari laju tiba-tiba ada satu motorbike Ducati meluru laju dan break mengejut di hadapan mereka. Sampai ada kesan tayar motor di atas jalan disebabkan motor itu berhenti mengejut. Terkejut kelima-lima pelajar itu memandang ke arah pemandu motorbike tersebut. Mereka melihat pemandu itu membuka helmetnya. Kelihatan seorang lelaki tampan yang seperti berdarah kacukan, berambut panjang separas bahu tersenyum sinis ke arah mereka.

"Hai pencuri nakal. Nak lari ke mana hah? Pak polisi dah datang ni." Kata Rafee sambil tersenyum sinis.

"Wehh! Lari..lari! Dia kata dia polis. Maknanya dia geng cikgu Syaqil." Jerit Raaziq. Lalu kelima-lima pelajar itu menukar laluan ke arah lain dan berlari laju meninggalkan Rafee.

"Non potete scappare tutti." (Korang semua tak boleh lari) Laung Rafee kuat dalam bahasa Itali. Dia turun dari motorbikenya lalu dia keluarkan satu gari.

Tengah berlari laju. Tiba-tiba langkah kesemua pelajar itu terhenti apabila ada dua lagi motorbike menghalang laluan mereka. Membulat mata mereka apabila melihat ada dua lagi lelaki berbadan sasa memakai jacket kulit bewarna hitam turun dari motorbike. Di tangan kedua lelaki itu siap ada gari.

"Siallah..siallah! Dia bawa geng pulak!" Jerit Alex.

"Menyerah kalah jelah kumpulan pencuri. Sekarang korang semua takkan dapat lari." Kata Syaqil kuat. Pantas kesemua pelajarnya memusingkan badan mereka lalu memandang belakang. Kelihatan kelibat Syaqil dan Rafee sudah tersenyum sinis sambil mereka mengangkat tinggi dan menayang gari besi yang ada di tangan mereka.

Kini kelima-lima pelajar itu cuba melarikan diri tetapi pantas Syaqil, Rafee dan dua lagi pembantu Rafee menangkap mereka dan menggari tangan mereka semua. Mereka semua ditarik masuk semula ke dalam kawasan sekolah dengan tangan yang bergari. Memang dah sebiji serupa penjenayah yang ditangkap oleh polis. Sadis betul keadaan mereka.

"Siallah. Dah la tak dapat ponteng dapat malu lagi tu. Malu siot semua orang tengok" Kamal memgumam perlahan sambil menundukkan wajahnya. Jayden dan Raaziq menjeling ke arah Syaqil dan Rafee kemudian mereka menundukkan kembali wajah mereka. Kini Kelima-lima pelajar itu menunduk malu mereka ditarik masuk ke dalam kelas lima Sapphire dengan keadaan tangan yang bergari.

Masuk saja ke dalam kelas Rafee mengambil satu pembaris panjang di atas meja guru.

"Nakal yer korang nak ponteng kelas. Sebab korang nakal sangat sampai aku pun terpaksa turun padang tangkap korang. Ambik ni!" Kini Rafee memukul punggung kelima-lima pelajar itu dengan pembaris kayu di depan pelajar lain dalam kelas itu. Syaqil cuma memeluk tubuh sambil tersenyum sinis memandang ke arah pelajarnya.

"Woii apa ni pukul-pukul bontot aku. Sakit tahu tak!" Jerit Raaziq.

"Ohh! Tahu sakit. Kalau sakit lain kali jangan buat hal. Sekali lagi korang buat hal. Memang aku hantar ke balai tak pun aku transfer korang ks sekolah budak nakal. Nak ke? Aku dan Syaqil tahu banyak rahsia korang semua ni." Ugut Rafee. Raaziq dan yang lain sudah terdiam dan menunduk.

"Dah la aku serah korang kat cikgu korang balik. Aku nak balik ada kerja. Ingat korang buat hal lagi, aku lipat-lipat korang jadi lempeng. Syaqil aku gerak dulu bro, kau kasi settle lah pulak budak-budak kau ni." Kata Rafee.

"Thank bro sebab tolong aku harini." Balas Syaqil sambil tersenyum. Rafee hanya tersenyum sinis lalu dia dan dua lagi pembantunya beredar dari situ. Selepas Rafee beredar Syaqil merenung tajam ke arah kelima-lima pelajarnya.

"Korang semua dalam kelas ni dengar sini baik-baik. Korang jangan ingat korang bijak sangat nak ponteng dan kenakan cikgu yer. Kalau sebelum ni mungkin cikgu lain korang boleh buli tapi bukan dengan cikgu Syaqil. Sekali lagi kalau sesiapa cuba nak ponteng. Bukan setakat kena gari. Cikgu hantar korang duduk balai terus. Ingat ponteng sekolah tu pun satu kesalahan. Sekarang cikgu nak tahu kenapa korang berlima ponteng?" Soal Syaqil.

"Cikgu saya ni budak paling genius dalam tingkatan lima ni. Saya tidur dalam kelas ke. Saya ponteng ke. Markah saya tetap paling tinggi." Balas Jayden sambil dia menjeling Syaqil.

"Betul tu markah kau paling tinggi Jayden. Tapi mungkin kau lupa adab perlu datang dulu sebelum ilmu. Tak guna kalau pandai sekalipun tapi tak beradab. Kau pergilah mana pun nanti orang takkan suka kau. Kalau kau rasa kau boleh hidup ke dengan adab macam ni silakan, tapi percayalah selagi korang semua tak ubah sikap satu hari nanti korang akan jatuh terduduk. Jangan terbang melangit sangat, nanti jatuh sakit." Sindir Syaqil. Terdiam Jayden mendengar kata-kata Syaqil. Sebelum ni tak ada orang berani bebel padanya begitu disebabkan statusnya. Tapi Syaqil baru dua hari di sekolah tu. Macam-macam sindiran pedas dari Syaqil menusuk ke telinga dan jantung mereka.

"Kalau Jayden bagi alasan dia dah pandai, yang empat orang lagi ni result biasa-biasa je kan. Kenapa korang ponteng?" Soal Syaqil. Namun keempat-empat para pelajarnya hanya diam dan menunduk.

"Cikgu tanya jawablah!" Tempik Syaqil.

"Ki..kitaorang nak pergi tangkap rama-rama cikgu. Untuk projek sains." Jawab Alex spontan disebabkan terkejut dengan tempikan Syaqil. Hanya itu jawapan yang terlintas dalam kepalanya walaupun jawapan itu memang tak logik. Kini keempat-empat rakannya telah menjeling tajam ke arah Alex. Sial jawapan apa kau bagi tu bodoh. Tak logik lansung. Bisik hati mereka.

"Oh..tangkap rama-rama. Kenapa kau tak jawab kau nak pergi tangkap obor-obor je macam dalam cerita spongebob tu. Teeet jawapan salah. Hukumannya semua kena sebat lagi sekali." Kata Syaqil. Dia capai pembaris dan sekali lagi dia pukul punggung kelima-lima pelajarnya. Pelajar lain di dalam kelas itu sudah terkedu melihat suasana itu. Selalunya mereka yang buli cikgu. Kini mereka pula dibuli.

"Ayu cikgu Syaqil tu cool kan. Aku rasa aku dah jatuh hatilah kat dia lah." Bisik Liza pada ayu yang ada di sebelahnya.

"Eii kau jangan mengada eh. Aku yang crush dulu kat cikgu tu tau." Balas Ayu pula. Kini Liza dan ayu saling menjeling sesama sendiri. Disebabkan perangai Syaqil yang gila-gila dan rupa paras Syaqil yang tampan. Kini ada di antara pelajar perempuan sekolah itu yang suka padanya.

****

Syaqil melangkah masuk ke dalam officenya di bangunan Aspire holdings. Balik saja dari sekolah dia terus ke sini. Memandangkan dia sudah berjanji dengan papanya akan turut sama menguruskan syarikat bersama-sama dengan adik angkatnya Syaza. Baru saja Syaqil melabuhkan duduknya tiba-tiba pintu bilik officenya ditolak kuat dari luar.

"Abang! Hah datang pun office. Ingat lepas kahwin dok sibuk dengan bini je sampai tak nak masuk office lansung." Perli Syaza. Sambil dia tarik muka seperti merajuk.

Syaqil sudah ketawa mendengar kata-kata Syaza. Syaza memang manja dengannya. Sejak ibu bapa Syaza meninggal ketika umur Syaza lima tahun kerana terlibat dalam kemalangan. Mama dan papa Syaqil yang menjaga Syaza. Memandang Syaza adalah anak sahabat karib papa Syaqil dan ketika itu Syaza hanya sebatang kara. Mereka sekeluarga sudah menganggap Syaza seperti darah daging mereka sendiri. Syaza baru berumur 21 tahun. Selepas balik dari kolej dan cuti semesta dia akan membantu Syazreen menguruskan syarikat memandangkan sebelum ini Syaqil menguruskan anak syarikat mereka yang berada di Italy di samping Syaqil melanjutkan pelajarannya di sana.

"Nah ni file untuk abang semak." Syaza menghulurkan file-file projek terbaru syarikat kepada Syaqil lalu dia melabuhkan duduknya di hadapan Syaqil.

"Terima kasih. Janganlah tarik muka sampai macam tu adik oii...buruk betul nampak muka tu." Usik Syaqil.

"Biarlah buruk pun. Abang tu sibuk je lepas kahwin. Entah apa abang buat menagajr kat sekolah tu. Macam pelik je. Banyak kerja Syaz yang kena cover untuk abang tau. Harini abang belanja Syaz makan malam, lepas tu hantar Syaz balik rumah. Memandangkan Syaz tahu abang nak datang sengaja Syaz tak bawa kereta harini." Kata Syaza selamba.

"Ohh! Nak buli abang la yer."

"Buli sikit tak pe kot. Kan dah lama Syaz tak buli abang." Syaza tersenyum sinis.

"Yelah. Yelah. Kejap lagi abang belanja Syaz makan. Bagi abang semak file ni kejap." Ucap Syaqil sambil matanya merenung isi dalam file-file tersebut.

Syaza hanya merenung lama ke arah abang angkatnya. Hatinya terasa sedih apabila memikirkan Syaqil sudah berkahwin dengan Hayfa. Sedangkan dia juga sukakan Syaqil sejak kali pertama dia melangkah masuk ke rumah keluarga angkatnya. Tambahan pula dari dulu Syaqil melayannya dengan sangat baik. Namun dia tahu Syaqil cuma menganggap dia seperti adik kesayangan bukannya Syaqil pernah memandang dia lebih dari itu. Dia juga tahu sejak dari dulu dalam hati Syaqil cuma ada nama kak Hayfa.

"Kenapa Syaz pandang abang lama macam tu." Soal Syaqil apabila dia sedar Syaza merenungnya lama.

"Tak da apa. Saja je tilik muka abang ni. Sejak habis belajar dari Italy ni muka abang nampak tua." Kata Syaza selamba ingin mengusik Syaqil.

"Wehh, tolong sikit. Tua apanya umur abang baru 29 kot. Muda belia dan tampan pulak tu. Abang ni ramai peminat tau." Syaqil sudah buat muka. Geram dia apabila adiknya mengata dia tua. Syaza pula sudah ketawa berdekah mendengar jawapan Syaqil.

Syaza dan Syaqil menyemak file projek syarikat bersama-sama. Setelah habis kerja barulah mereka melangkah ke kereta ferrari milik Syaqil. Syaqil memandu keretanya. Dia ingin membawa Syaza makan malam sebelum menghantar adiknya itu pulang ke rumah papanya.

"Eii, tiap petang macam ni. Teruk nak kena mengadap jammed. Dulu kita kecik-kecik duduk Kampar jarang jalan jammed macam ni kan abang." Bebel Syaza yang tengah duduk di tempat penumpang.

"Nak buat macam mana. Dah papa buka ibu syarkat kat bandar ni. Kenalah kita pindah sini." Jawab Syaqil yang masih fokus memandu. Syaza menoleh dan merenung ke arah wajah tampan abangnya.

"Abang..." Panggil Syaza.

"Ermm.. ada apa?" Jawab Syaqil yang masih lagi memandang ke arah jalan yang jammed itu.

"Kenapa abang setuju kahwin dengan kak Faa? Syaz terkejut bila dapat tahu abang kahwin dengan kak Faa. Abang lupa ke apa kak Faa dah buat pada abang sebelum ni? Dia dah lukakan hati abang dan sampai dia nak kahwin dengan orang lain dah pun. Kenapa abang nak kena kahwin dengan orang yang tak cintakan abang dan tak pernah nak hargai abang. Sedangkan mungkin abang tak tahu ada lagi perenpuan lain yang mungkin sangat sayangkan abang dan menghargai abang." Ucap Syaza sambil dia merenung Syaqil. Syaqil terkedu mendengar kata-kata Syaza. Pantas dia menoleh dan merenung adiknya itu.

"Itu pilihan abang. Abang rasa Syaz tak perlu masuk campur dalam bab pilihan hidup abang. Ada sebab abang buat macam tu." Jawab Syaqil.

"Oh yelah. Siapalah Syaz ni kan. Sampai nak masuk campur urusan abang. Syaz cuma anak angkat je dalam keluarga tu. Syaz sedar, Syaz cuma orang luar." Mata Syaza sudah berkaca. Entah kenapa hatinya terasa pedih mendengarkan jawapan Syaqil. Jujurnya dari dulu dia rasa cemburu dengan Hayfa. Sebab Syaqil terlalu tergila-gilakan Hayfa dan sanggup lakukan apa saja demi Hayfa.

"Stop it Syaz. Kenapa cakap macam tu. Syaz tahu kan abang, papa dan mama semua sayangkan Syaz, kami tak pernah anggap Syaz macam orang luar. Syaz adik kesayangan abang, abang tak ada adik beradik lain. Syaz je adik abang. Sampai bila-bila pun abang tetap sayangkan Syaz. Cuma abang minta bab urusan peribadi abang biarlah abang uruskan sendiri." Kata Syaqil. Syaza sudah menangis apabila mendengar kata-kata Syaqil.

"Abang ingat tak masa Syaz kecil. Abang pernah janji kan. Abang kata nak lindungi Syaz dan jaga Syaz. Entah kenapa lepas abang kahwin Syaz rasa macam Syaz dah hilang abang. Kalau abang perlu buat pilihan antara Syaz dan kak Hayfa siapa yang abang akan pilih. Abang akan lindungi Syaz atau kak Hayfa?" Soal Syaza lagi. Syaqil sudah ketawa mendengarkan kata-kata Syaza.

"Apa yang pelik sangat soalan Syaz ni? Of courselah abang akan lindungi Syaz sebab Syaz satu-satunya adik kesayangan abang dan pada masa yang sama abang akan lindungi kak Hayfa sebab dia isteri abang. Dah la jangan menangis la budak manja. Buruk muka tu. Syaz ni dari kecik asyik nak menangis je." Kata Syaqil sambil sebelah tangannya dia gosok ubun-ubun Syaza.

"Eleh biarlah nangis pun. Kalau nangis abang pujuklah Syaz." Jawab Syaza sambil buat muka. Dia seka airmatanya. Syaqil sudah tersenyum melihat telatah adiknya, Syaza memang dari kecil memang terlalu rapat dengannya. Setiap kali Syaza nangis memang dia je yang selalu berjaya memujuk Syaza.

Syaqil membawa Syaza pergi makan malam. Mereka lepak dan solat maghrib di situ, selepas itu barulah dia menghantar Syaza balik ke mansion milik keluarganya.

*Apa pendapat korang tentang cerita ni?

Continue Reading

You'll Also Like

511K 17.5K 70
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.3K 116 5
๐“—๐“ช๐“ฒ๐”ƒ๐“ฎ๐“ต ๐“œ๐“ผ: ๐“๐“ผ๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“น๐“ฑ๐“ฒ๐“ต๐“ฎ ๐“ก๐“ช๐”‚๐“ช "Biarlah orang nak pandang abang pun. Itu hak diorang, dan itu mata diorang kalau nak pandang abang...
1.9K 156 16
HARIKU MENJADI INDAH BILA BERSAMAMU Kisah cinta yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga ke usia dewasa. Cinta monyet sering kali dikaitkan deng...
12.6K 523 77
Haura Medina & Faeq Ridzuan Di sini , kisah mereka bermula. "Kehadiran abang dalam hidup Haura membawa sinar baharu." - Haura Medina. "Haur...