Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

046

188 29 10
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ JADI KAMU berdua ini mahu ke Teratak Madina?” soal wanita itu.

serentak Ziyad dan Raiz mengangguk.

“oh, kalau macam itu esok makcik boleh tunjukan jalan.”

“terima kasih, makcik. boleh saya tahu dekat mana hotel yang terdekat? kami berdua mahu menginap untuk malam ini.” soal Raiz.

“tak perlulah. kamu menginap dekat rumah makcik sahaja. nanti makcik sediakan bilik untuk kamu berdua.” pelawa wanita berambut paras pinggang itu.

“tak menyusahkan makcik ke?” soal Raiz lagi.

“tak adalah. makcik dah lama tak didatangi tetamu macam ini. anak berdua ini nama apa?”

“Raiz Imanuel, makcik. boleh panggil Raiz sahaja.” ujar Raiz. lelaki itu mengukir senyuman kecil buat wanita paruh baya itu.

“lawa betul nama. yang sebelah ini namanya apa?”

“Ziyad tetapi makcik boleh panggil Yad aja.” jawab Ziyad. segaris senyuman terukir pada wajah lelaki itu.

air muka wanita paruh baya itu berubah. senyuman yang merekah tadi mulai mengendur.

“umur kamu berapa?” soal wanita itu.

“tahun ini 25 tahun.”

lagi - lagi air muka wanita itu berubah. wajah Ziyad ditatap tidak percaya.

“nama makcik pula apa?” soal Ziyad. sahaja mahu memastikan sesuatu.

“An - Nisa.”

Ziyad menguntumkan senyuman buat wanita bernama An - Nisa itu, “cantiknya nama, makcik. sama macam tuannya.”

pap!

bahu Ziyad dipukul oleh Raiz. lelaki itu menjenggilkan matanya pada Ziyad.

dengan orang tua pun dia mahu menggatal. kelutuk hati Raiz.

“Yad ini memang gatal sikit, makcik. jangan dilayankan sangat dia ini. nanti makin menjadi - jadi gatal dia.” sarkastik Raiz menuturkan ayatnya.

“tak apalah. eh, janganlah panggil makcik. panggil ibu.”

Raiz dan Ziyad saling bertukar pandangan. senyuman manis terukir pada Ziyad, “baik, ibu.”

“bila tengok kamu berdua ini, ibu jadi teringat dekat anak ibu.” gumam Nisa. helaian kain terakhir dilipat lalu ditolak ke tepi.

“kalau Iz boleh tahu, siapa nama anak ibu itu?” Raiz menyoal.

segaris senyuman terukir pada wajah si wanita, “Ziyad Nufa'el.” sebaris nama itu dituturkan perlahan.

“mana anak ibu itu sekarang?” soal Raiz lagi.

”entahlah, ibu pun tak tahu. sebenarnya ibu berdosa dengan anak lelaki itu ibu itu. kalaulah suatu hari nanti Allah kabulkan doa ibu untuk berjumpa dengan dia... ibu nak minta maaf pada dia.” luah wanita paruh baya itu.

senyuman hampa menghiasi wajah wanita itu. dia mengeluh kecil. riak kesal sungguh kelihatan diwajahnya.

ibu... Allah dah kabulkan doa ibu. bisik hati kecil itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

KERETA BERJENAMA Honda Civic itu berhenti dihadapan sebuah banglo mewah dua tingkat. mereka akhirnya tiba ke destinasi awal mereka.

“dekat sinilah Teratak Madina itu. Yad cari nak cari siapa dekat sini?” soal Nisa.

owner Teratak ini, Puan Madina.”

Nisa mengangguk sahaja. tidak berani untuk bertanya lebih lagi pada anak lelaki itu. kemudian, pintu kereta dibuka.

Ziyad dan Raiz melangkah keluar daripada perut serentak. diikuti dengan Nisa yang berada dibahagian sebelah pemandu.

senyuman lebar terus terukir pada wajah Ziyad dan Raiz. terdapat susuk tubuh wanita yang sedang menunggu ketibaan mereka disebalik pagar.

“Raiz, Ziyad! bila sampai? kenapa tak call bonda dahulu?” soal Puan Madina.

kedua - dua teruna itu hanya menayangkan sengihan. tangan Puan Madina, Ziyad gapai. dikucup lembut kekura tangan wanita itu.

anak mata wanita cantik itu tertancap pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh daripada Ziyad. Puan Madina pegun. wanita itu tidak lepas daripada memang susuk yang berdiri dibelakang Ziyad itu.

“Nisa...” sebaris nama itu meniti dibibir Madina.

spontan Ziyad menoleh kearah Nisa yang berdiri dibelakangnya itu. wanita itu turut tampak terkejut. segaris senyuman tergores pada wajah lelaki tinggi itu.

“Yad dengan Raiz masuk dahululah, bonda. nanti apa - apa laung sahaja nama kami berdua.” ujar Ziyad.

lengan Raiz direntap lalu dipaksa mengikuti langkahnya. kedua - dua teruna itu berjaya melarikan diri.

“lama tak berjumpa dengan kau, Sa. marilah masuk dalam. kita boleh berbual ringkas.” pelawa Madina.

senyuman manis dikuntumkan buat wanita bernama Nisa itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ KAU APA khabar, Sa?”

“macam yang kau lihat, aku masih sihat lagi. cuma biasalah semakin berumur, semakin mudah sakit.” jawab wanita berambut perang separas pinggang itu.

Madina mengangguk faham. secangkir kopi disuakan kepada Nisa. manakala secangkir lagi dibiarkan sahaja.

“boleh aku tanya sikit?” soal Nisa. wanita itu mula membetulkan posisi duduknya.

Madina menggumam kecil── mengizinkan wanita itu menyuakan pertanyaan.

“boleh aku tahu dimana anak aku? aku mahu berjumpa dengan dia.” perlahan sahaja Nisa menyuakan soalannya.

“dia ada sahaja sekitar kau, Sa. mungkin kau masih belum perasan akan kehadirannya.”

“tak perlu basa - basi, Madina. aku mahu berjumpa dengan Ziyad secepat mungkin sebelum aku──”

ayat Nisa mati disitu. wanita itu mengeluh kecil. sepertinya ada sesuatu yang mahu diutarakan tetapi tidak kesampaian.

“pada dasarnya, aku harus bersua dengan dia secepat mungkin.” sambung Nisa.

Madina mengukir senyuman kecil. lehernya mula dipanjangkan buat mencari susuk tubuh Ziyad. mana hilangnya anak teruna itu pun dia tidak pasti.

“Yad!” laung Puan Madina selepas mengalah mencari susuk tubuh lelaki itu.

“kejap, bonda!”

wanita bertudung labuh itu menggelengkan kepalanya. fokusnya kembali terarah pada Nisa. ruas dahi Nisa jelas kelihatan berkerut.

Nisa tampak bingung dengan keadaan sekarang.

“bonda nak suruh Yad buat apa?” soal Ziyad sebaik sahaja tiba diruang tamu. lelaki itu berdiri disamping sofa.

tubuh Ziyad didorong lembut kearah Nisa, “salam ibu itu, Yad.”

“ha?” Ziyad bingung. wajah Nisa dipandangnya.

wanita itu juga sama - sama bingung seperti Ziyad. wajah Ziyad dan Madina dipandang silih ganti oleh Nisa.

“Ziyad Nufa'el ini anak kau, Nisa. lelaki yang berdiri dihadapan kau sekarang ini adalah budak lelaki yang kau cari setahun kebelakangan ini.” jelas Madina.

wanita itu bangkit daripada sofa, “bonda tinggalkan Yad dengan ibu, ya? bonda nak beransur ke dapur pula.”

tanpa menunggu balasan daripada ibu dan anak itu, Madina terus mengangkat kaki meninggalkan ruang tamu itu.

Ziyad kembali menoleh kearah Nisa. senyuman nipis diukirkan buat si ibu. suasana mula bertukar janggal.

tubuh kekar itu direngkuh oleh Nisa. tangisannya mula pecah. pada mulanya Ziyad sedikit kaget dengan tindakan Nisa itu. namun perlahan - lahan tangannya naik membalas pelukan si ibu.

“ibu minta maaf, Yad. ibu minta sebab Yad terpaksa membesar tanpa kasih sayang ibu. ibu tahu ibu berdosa dengan Yad. ibu buang Yad, biarkan Yad membesar tanpa kasih sayang ibu sedangkan semua yang berlaku terang - terang salah ibu.”

“Yad tak ada dosa langsung dengan ibu. ibu yang jahil dahulu. ibu fikir dengan buang Yad daripada hidup ibu, hidup ibu akan jauh lebih tenang. ternyata salah. ibu hidup sentiasa dihantui perasaan bersalah ibu pada Yad.”

luah wanita itu. pelukan pada tubuh si anak semakin dieratkan.

“bila ibu dapat tahu ada keluarga berada datang ambil Yad, ibu mula gelisah. ibu fikir ibu tak akan dapat jumpa dengan Yad lagi.” sambung Nisa lagi.

“tak apalah, ibu. Yad tak pernah salahkan ibu dengan apa yang terjadi. mungkin aturan Allah itu ada hikmahnya. ibu janganlah salah diri ibu. kan ibu dah jumpa dengan Yad semula.”

belakang tubuh Nisa, Ziyad elus perlahan. berharap tangisan ibunya itu bakal reda dengan segera.

“ibu minta maaf Yad. ibu betul - betul minta maaf pada Yad. ibu banyak dosa dengan Yad.”

“tak apalah, ibu. benda dah lepas dah pun. benda dah lepas ini tak perlu dikenang. yang penting, kita dapat jumpa semula. jadi mari jalani hari - hari seterusnya selayaknya seorang anak dan ibu.”  pujuk Ziyad. belakang tubuh Nisa ditepuk - tepuk lembut.

lagi - lagi air matanya jatuh. walaupun tanpa kasih sayang daripada seorang ibu mahupun ayah, anaknya itu berjaya tumbuh dengan hebat.

kalau dia berada ditempat Ziyad, mungkin dia tidak akan mampu memaafkan dirinya sendirinya. semua yang telah dia lakukan pada Ziyad, terlalu berat untuk dibandingkan dengan kata maaf.

Continue Reading

You'll Also Like

66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...
83.8K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
44.5K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
3.3K 574 39
Poetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun...