Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.7K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 1

2.8K 205 41
By Hashily90

Hayfa yang baru keluar dari bilik kesihatan terkejut melihat ke arah Cikgu Zara yang berlari sambil menangis keluar dari kelas tingkatan lima Sapphire. Kelihatan cikgu Zara berjalan sambil membawa kerusi yang melekat di skirt labuhnya. Ini mesti kerja kelas tingkatan lima Sapphire ni. Sepanjang dua bulan dia berkhidmat di sini. Hampir lima orang cikgu sudah meletakkan jawatan disebabkan tidak tahan untuk menjadi guru kelas kepada kelas lima Sapphire.

"Kak Zara! Kenapa ni?" Tegur Hayfa. Pantas dia berlari ke arah Zara yang sedang menangis teruk.

"Faa..Kak Zara dah tak boleh tahan dah nak mengajar budak-budak tu. Tengok la ni. Harini diaorang letak gam gajah kat kerusi. Habis melekat skirt akak ni. Tak cukup dengan tu diaorang letak lipas dalam laci meja guru. Macam mana ni Faa, akak dah la tak ada baju lain nak tukar ni. Skirt akak dah melekat di kerusi ni." Kata  Zara sambil menangis teresak-esak. Tangannya sejak dari tadi menahan kerusi yang melekat dia skirt labuhnya. Kalau dia lepaskan kerusi tersebut mahu terlondeh terus skirt labuh yang dipakai olehnya.

"Kak Zara jom masuk bilik kesihatan dulu. Dalam tu Faa memang ada spare baju tshirt dan seluar tracksuit." Balas Hafya. Lalu dia bantu Zara berjalan pelahan ke bilik kesihatan.

Cikgu Zara menukar bajunya di bilik kesihatan. Matanya sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis. Baru seminggu dia mengajar di sekolah ini dia sudah tidak tahan untuk menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Mana tidaknya setiap hari ada je akal murid-murid kelas tersebut mengenakannya.

"Kak Zara okey tak ni?" Tegur Hayfa. Dia juga bersimpati dengan Zara.

"Akak nak letak jawatan la Faa. Serius akak dah tak mampu bertahan dengan murid-murid kelas tu. Diaorang lansung tak hormatkan akak sebagai guru kelas. Mentang-mentang la sekolah ni sekolah kemahiran elite. Kelas diaorang kebanyakannya anak orang yang paling kaya dalam  sekolah ni. Diaorang lansung tak hormat kita sebagai guru. Patutlah ramai cikgu yang beritahu akak dulu. Kelas tingkatan lima Sapphire tu murid-muridnya perangai macam hantu." Ucap Zara dengan nada yang lirih. Jujurnya dia sangat kecewa dengan sikap murid-murid kelasnya yang terlalu kurang ajar.

Hayfa menundukkan wajahnya. Dia tidak menafikan kata-kata Kak Zara, kerana sejak dua bulan dia bekerja di sini dia melihat sendiri rakannya yang melaporkan diri bersamanya dua bulan lepas juga meletakkan jawatan kerana tidak mampu untuk menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Nasiblah semasa lapor diri dahulu dia terpilih sebagai guru kelas lima Topaz. Jika dia yang perlu mengajar kelas tingkatan lima Sapphire mungkin dia juga akan mengangkat bendera putih dan mengalah menjadi seorang guru.

Hayfa berdoa semoga nanti ada guru yang hadir dan mampu mengawal kenakalan murid kelas tersebut. Hayfa juga berdoa semoga murid-murid kelas itu akan berubah sikap ke arah yang lebih baik.

Hayfa memilih bekerja sebagai guru kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ini. Jika diikutkan statusnya, dia tak perlu pun nak bersusah payah kerja sebagai guru. Kerana papanya sendiri pun orang berada. Namun dia memilih untuk mengejar minatnya dan berdiri di atas kakinya sendiri. Dia berharap dia dapat menjadi seorang guru yang bermanfaat untuk para pelajarnya.

****

Semua guru terdiam seketika di dalam bilik mesyuarat. Kelihatan Pengetua iaitu Tuan Rafizi yang sedang duduk di meja paling hadapan meja mesyuarat itu sambil memicit pelipisnya sendiri. Pening dia dalam masa beberapa bulan saja dah berpuluh orang guru berhenti mengejut, harini pun Cikgu Zara menghantar notis untuk berhenti dalam masa dua puluh empat jam.

"Macam mana ni Tuan Pengetua. Dapat ke kita cari cikgu ganti untuk jadi guru kelas tingkatan lima Sapphire?" Soal Puan Hajar iaitu PK Hal Ehwal murid di sekolah tersebut.

"Ada je orang yang memohon untuk jawatan guru baru. Tapi masalahnya sekarang kita tak tahu berapa lama pula guru baru ni dapat bertahan dengan kelas tu. Kalau di ikutkan kita semua di sini, kita semua pun tak sanggup nak jaga kelas tu. Sedangkan kita bukan guru kelas dan kita masuk sekejap-sekejap pun kelas tu, kita kena buli je dengan budak-budak tu. Apatah lagi guru kelas yang hari-hari mengadap diaorang." Sampuk encik Firman PK Kokorikulum pula.

"Ada lagi seorang calon cikgu baru akan masuk ke Grand Elite High School. Dia dah hantar resume tiga bulan lepas.  Dia akan gantikan cikgu Zara menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Saya dah contact dia tadi, kebetulan dia pun baru je balik ke Malaysia. Jadi dia setuju untuk mula mengajar esok. Kita tunggu dia sekejap. Kejap lagi dia sampai inshaAllah. Sementara tunggu dia datang kita mulakan mesyuarat pengurusan sekolah dulu." Balas Tuan Rafizi.

Kesemua yang berada di situ memulakan mesyuarat pengurusan sekolah. Tidak lama kemudian mereka semua terdiam apabila pintu bilik mesyuarat tiba-tiba terkuak daripada luar. Kelihatan kelibat seorang lelaki tampan berdiri di muka pintu. Rambut lelaki itu tersisir rapi, dia memakai baju kemeja bewarna emerald green bersama dengan necktie maroon. Lengan bajunya disinsing hingga ke lengan menampakkan tangannya berurat. Dengan riak wajah dinginnya lelaki tu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Semua mata yang berada di situ tertancap pada sosok tubuh lelaki tampan tersebut. Keadaan bilik itu senyap sunyi hanya kedengaran bunyi tapak kasut lelaki itu saja yang melangkah sehingga dia berhenti betul-betul di tepi Encik Rafizi.

Cikgu lelaki yang berada di situ ada yang terkejut, dan ada juga yang cemburu melihat ketampanan dan betapa bergaya lelaki tersebut. Guru perempuan pula ada yang tersenyum-senyum melihat ke arah lelaki itu crush barulah katakan. Alang-alang dah ada lelaki handsome depan mata apa salahnya cuci mata kan. Bisik hati mereka.

Hayfa pula terkedu melihat ke arah sosok tubuh yang sangat dia kenali itu. Terketar bibirnya saat melihat wajah dingin Syaqil di dalam bilik mesyuarat itu. Apa yang suaminya itu buat di sini? Syaqil memang kata dia akan kembali ke Malaysia tiga bulan kemudian selelas majlis pernikahan mereka. Tapi kenapa Syaqil langsung tidak maklumkan padanya yang Syaqil sudah pulang ke sini? Kenapa tiba-tiba saja suaminya itu muncul di tempat kerjanya? Pelbagai persoalan bermain-main di dalam kepala Hayfa saat ini.

"Baik cikgu-cikgu semua. Saya perkenalkan cikgu  Syaqil Asran. Beliau adalah cikgu baru sekolah kita yang akan menggantikan cikgu Zara untuk menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Baiklah cikgu Syaqil kalau tak keberatan boleh terangkan serba sedikit tentang cikgu." Kata Tuan Rafizi sambil dia bangun dan dia menepuk perlahan bahu Syaqil. Syaqil hanya terenyum nipis apabila Tuan Rafizi menepuk bahunya.

"Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hai selamat berkenalan. Nama saya Syaqil Asran Bin Syazreen Mikael. Saya baru je habiskan belajar pengajian PhD dalam bidang business management di Italy. Tapi jangan risau di samping saya belajar dalam bidang perniagaan saya juga ada ambil side course kesenian. Sebab tu lah saya mohon kerja di sini. Memandangkan di sekolah ni banyak menekankan aspek kesenian dan kemahiran saya tertarik untuk timba pengalaman baru di sini." Ucap Syaqil. Sambil memperkenalkan diri matanya merenung ke arah satu persatu guru yang ada di dalam bilik tersebut. Sehinggalah matanya bertembung dengan anak mata yang cantik milik Hayfa.

Untuk seketika Hayfa dan Syaqil dan berpandangan sesama sendiri. Syaqil yang perasan Hayfa merenungnya lama pantas melarikan pandangannya ke arah lain. Dada Hayfa berdebar teruk apabila Syaqil tiba-tiba muncul di situ. Sudahlah rakan sekerjanya semua tidak tahu dia sudah menikah dengan Syaqil.

"Ohh jadi cikgu ada pangkat doktor la ni. Tapi kenapa mohon untuk kerja di sekolah ni. Kenapa tak mohon jadi pensyarah?" Soal Pk Kokorikulum.

"Macam yang saya kata tadi. Saya nak timba pengalaman baru di sini." Jawab Syaqil selamba.

"Cikgu  Syaqil. Boleh saya tanya satu soalan tak?" Cikgu Serina mengangkat tangannya dan tersenyum menggoda ke arah Syaqil.

"Boleh tanyalah." Jawab Syaqil ringkas.

"Soalan cepu emas ni. Cikgu Syaqil ni dah berpunya ke? Dah kahwin atau single lagi?" Soal cikgu Serina. Selepas itu dia kemam bibirnya umpama malu-malu. Bibir Syaqil sudah terjongket sedikit mendengar soalan cikgu Serina, dia tersenyum tipis. Cikgu-cikgu lain dah gelengkan kepala mereka melihat telatah cikgu Serina yang gedik itu.

Membulat mata Hayfa apabila mendengar soalan cikgu Serina. Dia berharap Syaqil menafikan hal tentang perkahwinan mereka. Memandangkan perkahwinan mereka tiga bulan lepas pun lansung tak dirancang.

"Saya dah berkahwin tiga bulan lepas." Jawab Syaqil selamba. Terus berubah riak muka cikgu Serina apabila mendengarkan jawapan Syaqil, dia kecewa kerana dia baru bercadang nak pikat si Syaqil. Tangan Hayfa pula sudah sejuk mendengar jawapan Syaqil. Takkanlah Syaqil nak beritahu semua orang di sini bahawa mereka adalah suami isteri.

"Siapa nama isteri cikgu Syaqil. Mesti cantik orangnya kan. Dah cikgu pun kacak." Sampuk Puan Hajar sambil dia tersenyum pada Syaqil.

Makin seram sejuk Hayfa apabila mendengar soalan yang di lontarkan oleh Puan Hajar pada Syaqil. Kini Hayfa jegilkan matanya pada Syaqil. Seolah olah memberi hint supaya Syaqil merahsiakan tentang perhubungan mereka. Syaqil hanya  melemparkan senyuman sinis pada isterinya.

"Isteri saya memang cantik. Dia ada dekat sini je." Kata Syaqil selamba. Nak ternganga mulut Hayfa mendengarkan jawapan Syaqil. Syaqil ni biar betul, mereka kan sudah berjanji sebelum ini ingin merahsiakan perkahwinan mereka dari orang luar. Makin tajam renungan Hayfa pada Syaqil.

"Hah..isteri cikgu ada kat sini. Siapa dia? Kami semua kenal ke?" Soal salah seorang cikgu disitu. Berpeluh dahi Hayfa ketika itu. Aduh masa-masa macam ni lah kornag semua nak tanya soalan cepu emas kat si Syaqil ni kan. Boleh tak jangan tanya soalan peribadi. Stress betullah aku. Jerit hatinya. Syaqil tersenyum nakal melihat wajah Hayfa yang sudah merona merah. Saja je tadi dia jawab begitu biar menggelupur si Hayfa ni.

"Memang dia dekat pun. Dekat sini." Kata Syaqil selamba sambil dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah dadanya.   Semua cikgu di situ sudah ketawa besar apabila melihat Syaqil yang pandai berseloroh. Hayfa pula sudah ternganga mendengar jawapan Syaqil. Syaqil memanglah tak pernah nak serius. Tetapi dalam hatinya berasa lega apabila antara rahsia mereka terjaga.

"Pandai betul cikgu melawak kan. Tapi betullah tu, bagi seorang suami memang hanya nama isteri je ada di hatinya. Okeylah, cikgu-cikgu semua cukup-cukuplah tanya soalan cepu emas pada cikgu Syaqil ni. Sekarang cikgu Syaqil boleh duduk dulu ya." Arah Tuan Rafizi. Syaqil anggukkan kepalanya lalu dia melangkah dan mengambil tempat di kerusi kosong yang betul-betul berada di sebelah Hayfa.

Apabila sudah duduk di kerusi pantas tangan Syaqil yang berada di bawah meja dia letakkan di paha Hayfa. Terkedu Hafya apabila Syaqil buat begitu. Air liurnya ditelan kesat. Ishh dia ni. Mengambil kesempatan nampak. Tangan tu..tangan tu dah kenapa nak letak atas paha aku. Dasar lelaki gatal tak guna. Bisik hatinya.

Hayfa menolehkan wajahnya pada Syaqil dia menjegilkan matanya pada Syaqil. Tapi Syaqil hanya jongketkan keningnya sambil tersenyum sinis pada isterinya. Kemudian tangannya dia gosok-gosok paha si isteri. Lagi kau marah lagi aku suka kacau kau Hayfa. Bisik hatinya.

Syaqil yang sedang seronok mengusik Hayfa tiba-tiba tersentak apabila Tuan Rafizi memanggil namanya. Tangannya masih lagi diletakkan di paha Hayfa.

"Cikgu Syaqil saya akan lantik cikgu sebagai guru kelas tingkatan lima Sapphire. Saya cuma nak beritahu cikgu. Kelas yang cikgu handle tu adalah kelas yang paling nakal muridnya. Maklumlah semua besar kepala, Sekolah elite kan anak orang kaya semuanya. Cikgu rasa cikgu boleh bertahan ke?" Soal Tuan Rafizi sambil merenung ke arah Syaqil. Jujurnya dia berdoa semoga Syaqil bertahan dengan murid-murid kelas tersebut.

"InshaAllah saya akan cuba sebaik mungkin. Saya cuma nak minta data murid kelas saya. Kalau boleh saya nak baca maklumat murid-murid saya sebelum saya mula masuk ke kelas mereka esok." Jawab Syaqil selamba sambil tangannya masih digosok di paha Hayfa.

Hayfa yang geram pantas mecubit kuat tangan syaqil, sengaja dia cengkam kukunya di kekura tangan Syaqil. Gatal sangat kan tangan kau tu gosok-gosok paha aku. Nah rasakan. Biar tertanggal kulit kau kena cubit dengan aku.

"Baguslah kalau macam tu. Kejap lagi cikgu ambil file murid kelas cikgu pada cikgu Hafya. Sebab tadi pun cikgu Zara dah berikan semua file pada cikgu Hayfa. Nanti PK Hem akan emailkan pada cikgu password dan username cikgu untuk APDM (aplikasi pangkalan data murid). Baiklah kalau tak ada apa-apa kita semua boleh tutup mesyuarat kita." Balas Tuan Rafizi sambil tersenyum.

"Baik Tuan." Jawab Syaqil dan semua guru yang lain. Syaqil mengerutkan dahinya sambil memejamkan matanya menahan sakit. Sakit gila sial. Hayfa kau ni dah kenapa nak cubit aku sampai tertanggal kulit tangan aku ni hah. Sekali aku tampar kau hilang ingatan kot kau jap lagi. Dasar isteri derhaka. Jerit hatinya sambil matanya merenung tajam ke arah isterinya.

Hayfa juga sudah tersenyum bangga apabila melihat muka Syaqil yang sudah berkerut seperti menahan sakit. Padan muka kau. Siapa suruh tangan tu gatal sangat nak merayap kan dah kena ketam dengan aku. Rasain lor biar mampos. Getus hatinya.

****

Habis saja mesyurat Syaqil berjalan laju mengikuti langkah Hayfa. Dia ingin mengambil file data para pelajarnya dari Hafya. Sampai saja di depan pintu
bilik kesihatan, mata Hayfa meliar memandang kiri dan kanan. Apabila dia sudah pastikan tiada orang di situ pantas dia menarik kuat tangan Syaqil ke dalam bilik kesihatan. Masuk saja ke dalam bilik kesihatan dia kunci pintu bilik itu dari dalam.

"Abang buat apa hah kat sini? Kenapa tak beritahu Faa yang abang dah balik Malaysia? Siapa suruh abang  kerja kat sini? Abang memang sengajakan minta kerja di sekolah yang Faa mengajar sebab abang nak stalk Faa kan? Lagi satu kenapa abang sentuh-sentuh paha Faa tadi hah? Gatal kan abang ni." Soal Hayfa bertalu-talu  sambil tangannya dia menarik necktie yang dipakai oleh suaminya.

Syaqil hanya tersenyum sinis. Dia tidak menjawab soalan Hayfa sebaliknya dia pantas menepis kuat tangan Hayfa. Dia cempung tubuh ramping isterinya lalu dia baringkan di atas katil di bilik kesihatan itu. Selepas itu dia bongkokkan separuh badannya dan dia paku kedua tangannya di tepi kepala Hayfa. Kini Syaqil dekatkan wajahnya hampir dengan wajah isterinya. Kemudian  dia tersenyum nakal pada isterinya.

"A..abang nak buat apa ni hah?" Soal Hayfa dengan nada yang terketar.

"Patutnya abang yang tanya sayang. Kenapa sayang tarik abang masuk bilik ni. Sayang rindu nakkan abang sangat ke sampai tak menyabar macam ni." Usik Syaqil.

"Ja..jangan merepek. Tepilah apa ni dekat-dekat." Hayfa cuba memberanikan dirinya melawan kata-kata si Syaqil.

"Kalau sayang nakkan abang. Dalam bilik kesihatan ni pun boleh." Usik Syaqil sambil dia rapatkan wajahnya ke arah Hayfa seperti hendak mencium bibir Hayfa. Merona merah muka Hayfa mendengar kata-kata Syaqil. Dia memejamkan matanya dengan rapat. Dalam hatinya berdebar takut. Syaqil yang melihat Hayfa begitu takut terus ketawa berdekah.

"Kan aku dah kata sebelum ni. Aku tak ingin pun  nak sentuh perempuan curang macam kau ni. Yang tadi tu aku sentuh paha kau. Saja je aku nak pegang kau sikit-sikit. Apa guna aku kahwin dengan kau. Kalau kau ni setakat jadi patung perhiasan je kan. Boleh la pegang sikit-sikit buat hilang bosan." Syaqil berbisik sinis di tepi telinga Hayfa. Pantas dia luruskan kembali badannya.

Hayfa membuka matanya. Tersentak Hayfa mendengar kata-kata sinis Syaqil padanya. Hatinya rasa bagai di siat-siat dengan kata-kata tajam yang terkeluar dari mulut Syaqil.  Air matanya yang ingin tumpah dia tahan agar tidak mengalir di depan suaminya.

"Kalau abang tak suka sangat dengan Faa. Kenapa abang nak juga kerja kat sini? Dah tak pasal-pasal kita kena hadap muka satu sama lain." Soal Hayfa dengan wajah yang berang.  Terjongket sedikit bibir Syaqil mendengar soalan Hayfa. Makin sinis senyumannya.

"Hey Hayfa. Suka hati akulah nak kerja kat mana pun. Kau sibuk kenapa. Jangan sibuk hal aku boleh tak. Sekarang bagi aku file tu cepat! Aku nak balik ni." Kata Syaqil dengan riak muka yang dingin.

Hayfa pantas bangun. Dia jeling Syaqil sambil dia betulkan bajunya. Lalu dia pergi ke almari dan dia keluarkan. File data murid kelas tingkatan lima Sapphire lalu dia hulurkan pada Syaqil. Wajahnya mencuka dia hanya diam membisu. Tak mahu dia nak berlawan kata dengan Syaqil. Hatinya sudah cukup sakit.

Sebelah tangan Syaqil mengambil file itu dari tangan Hayfa. Manakala sebelah lagi tangannya pantas menarik pinggang Hayfa masuk ke dalam pelukannya.

"Lepas maghrib nanti aku datang rumah papa dan mama kau. Pastikan kau dah siap pack segala barang dan baju kau. Lepas ni kau pindah duduk dengan aku."   Syaqil berbisik di tepi telinga Hayfa. Hayfa yang geram mendengar arahan Syaqil pantas menolak kuat badan Syaqil sehingga Syaqil terundur ke belakang.

"Kenapa Faa nak kena duduk dengan abang?" Soal Hayfa menahan marah.

"Soalan bodoh ke tu? Sebelum ni aku kat Italy sebab tu aku bagi kau duduk rumah mama dan papa. Sekarang ni aku sebagai suami kau dah balik Malaysia. Tempat kau di sisi aku Faa, sedar sikit diri tu. Kalau kau tak bersiap malam ni. Aku akan heret kau depan mama dan papa kau. Jangan uji kesabaran aku Hayfa. Ingat malam ni aku datang je, kau dah bersiap." Balas Syaqil sambil dia merenung tajam ke arah isterinya. Selepas itu dia keluar dari bilik kesihatan itu meninggalkan Hayfa.

Hayfa yang melihat Syaqil berlalu pergi mengepal penumbuknya. Air mata mengalir perlahan di tubir matanya. Jujurnya dia sudah tidak kenal Syaqil Asran yang dulunya penyayang, kelakar dan suka tersenyum. Kini yang ada hanyalah Syaqil Asran yang dingin. Setiap kali berjumpa pasti ada saja kata-kata tajam yang keluar dari mulut Syaqil  hingga melukakan hatinya. Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk bersabar. Bisik hatinya.

*Fisrt chapter. Feel free to vote okehh.

Continue Reading

You'll Also Like

20.9K 860 60
Athalia Ayris, gadis yang hidupnya serba-serbi biasa tetapi sempurna namun segalanya berubah hanya disebabkan kehadiran seorang lelaki yang sangat mi...
86.8K 2.9K 63
Pengubat Hati Indah Adriana Status:Complete Iskandar Adrian | Indah Adriana Tengku Iskandar Adrian-Seorang Ceo berkacukan spain,hemsem,kaya,sado,per...
1.3K 116 5
๐“—๐“ช๐“ฒ๐”ƒ๐“ฎ๐“ต ๐“œ๐“ผ: ๐“๐“ผ๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“น๐“ฑ๐“ฒ๐“ต๐“ฎ ๐“ก๐“ช๐”‚๐“ช "Biarlah orang nak pandang abang pun. Itu hak diorang, dan itu mata diorang kalau nak pandang abang...
1.5M 47.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...