Bintangku

By jaeryana

15K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

043

195 31 4
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI RIUH yang terhasil daripada penghuni Teratak Madina itu jelas kedengaran. beberapa orang kanak - kanak asik bermain kejar - kejaran dihalaman rumah banglo itu.

selepas sahaja makan tengah hari, Dayana mengambil keputusan untuk duduk diluar rumah bersama dengan Ziyad.

dia mempunyai pelbagai jenis soalan yang mahu ditanyakan kepada lelaki itu.

"yang rambut panjang paras pinggang itu, Haura. dia baharu sahaja genap lima tahun." ujar Ziyad. secara tak langsung, membuka cerita kepada Dayana.

"yang rambut separas bahu itu, Baheera. tahun ini Baheera dah genap sebelah tahun." ujar Ziyad lagi.

kemudian, jarinya ditundingkan kearah seorang kanak - kanak lelaki bertubuh kecil dan berkulit putih susu.

"itu Yousuf. dia baru lapan tahun tetapi disebabkan dia pandai, sekolah biarkan dia naik darjah empat terlebih dahulu. dia skip darjah 2 dan darjah 3." cerita Ziyad lagi.

"yang sebelah Yousuf itu, Farhan. dia sebaya dengan Baheera. cuma Farhan itu lain sikit. awal dia masuk sini, dia lah paling diam sekali. sekarang awak tengoklah, dia yang riuh." ujar Ziyad berakhir dengan kekehan kecil.

kepalanya digelengkan beberapa kali. lucu apabila mengenangkan semua kisah awal pertemuan Ziyad dan anak - anak itu.

"ada lagi 3 orang tetapi diorang sekolah menengah. jadi balik lewat sedikit. yang seorang itu tahun ini SPM... lelaki. nama dia Amru."

"lagi dua orang itu perempuan. seorang tingkatan empat seorang lagi tingkatan dua. yang tingkatan empat itu nama dia, Mawaddah. yang tingkatan dua itu Basyeera. Baheera dan Basyeera adik - beradik." lagi - lagi Ziyad bercerita.

Dayana disebelah hanya mendengarkan lelaki itu. tersengguk - sengguk gadis itu mengangguk── mengiyakan apa yang keluar daripada mulut Ziyad.

"waktu kau duduk sini, ada berapa ramai penghuni Teratak Madina ini?" soal Dayana. gadis itu berkenan mahu mengetahui cerita lanjut.

"tak ramai. ada dalam 6 orang termasuk saya. waktu itu saya nombor dua paling tua." jawab Ziyad.

"ah, kau tak mahu cerita tentang mereka?" soal Dayana penuh minat.

"waktu itu saya rapat dengan Raiz. Raiz kawan abang Aidan itu. saya tak tahulah awak perasan ke tak tetapi dia ada waktu majlis kahwin Nur dan abang Aidan dulu." jelas Ziyad.

"boleh aku tahu macam mana dia boleh ada dekat sini?"

"mak dengan ayah dia meninggal waktu umur dia tiga tahun. pada mulanya makcik dia yang sepatutnya jaga dia. cuma makcik Raiz itu tak ikhlas pun mahu jaga Raiz. dia cuma mahukan duit peninggalan arwah ibu dan ayah Raiz sahaja." cerita Ziyad.

berdasarkan apa yang Raiz cerita, itulah yang diceritakan semula kepada Dayana.

"yang lain itu saya kurang rapat tetapi rapatlah. cuma tak serapat macam saya dengan abang Raiz. kalau saya ada masalah waktu sekolah, saya selalu cerita pada abang Raiz." tambah Ziyad lagi.

Dayana hanya mengangguk. seketika kemudian, fikirannya mula melayang. belum sampai sehari lagi dia berada di Teratak Madina itu tetapi pelbagai jenis cerita sudah gadis itu ketahui.

dia mula berfikir sejenak. dia cuma kurang perhatian dan kasih sayang mama dan papa. sedangkan kisah Ziyad, jauh lebih sadis daripada kisahnya.

lelaki itu lahir tanpa bapa. ibunya juga tidak mahu membesarkannya dan membiarkan Ziyad membesar dengan wanita asing. sedangkan waktu Dayana sebaya dengan Ziyad, mama masih lagi memberikannya susu badan.

setidaknya, mama membesarkannya tanpa menyerahkannya kepada wanita lain.

Dayana menggumam kecil. persepsinya perlahan - lahan berubah. perasaannya mula bercelaru. salah ke perbuatannya selama ini?

apa dia tidak punya hak untuk terasa hati dengan mama cuma kerana wanita itu melahirkannya? tetapi perlakuan mama kepadanya sudah jauh keterlaluan.

mama dan papa.

dua patah perkataan itu mula bermain dalam fikirannya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ NAH." ZIYAD meletakkan sebuah beg kertas keatas katil.

"saya tak tahulah awak suka ataupun tidak. saya suruh Nur yang belikan kelmarin. iyalah, diakan perempuan. pasti dia tahu citarasa perempuan macam mana." ujar Ziyad.

lelaki itu duduk bersila diatas lantai. manakala Dayana pula duduk diatas katil. beg kertas yang diletakkan keatas katil itu diambil.

isi beg kertas tersebut dikeluarkan. terdapat sehelai baju dress labuh berwarna hijau zaitun. ukuran dress itu juga mampu mencecah buku lali kakinya.

"untuk apa ini, Jie?" soal Dayana bingung.

"untuk teman saya pergi pantai malam ini. awak pakai tau?" pinta Ziyad.

gadis itu memincingkan matanya. susuk tubuh yang bersila diatas lantai itu dipandang kecil besar.

"iyalah, malam nanti aku pakai." putus Dayana.

spontan senyuman lebar terukir pada wajah lelaki itu. kali ini, gusi dan baris gigi Ziyad jelas kelihatan. gummy smile.

Dayana menggelengkan kepalanya. pandangannya dibuang kearah lain. dia tidak tahu pula jika sebaris gigi itu kelihatan, Ziyad bakal tampak jauh lebih manis.

keluhan kecil dilepaskan. ada - ada sahaja Ziyad Nufa'el ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ DAYANA MEMBELEK penampilannya dihadapan cermin. sangkaannya tepat. dress labuh itu menyentuh buku lalinya. kemudian, tudung yang terlilit elok pada kepalanya itu dibelek.

tak tahu pula Ziyad turut menyelitkan sehelai tudung dalam beg kertas itu. mungkin lelaki itu mahu dia mengenakan tudung pada malam itu.

"okay tak, kak Aya? ke make up itu nampak pelik?" soal Basyeera melalui biasan kaca.

"eh, elok aja! pandai Basyeera dan Mawaddah dandankan akak." puji Dayana. gadis itu jujur ketika mengatakan ayat tersebut.

"mana ada. kita orang solekan akak simple sahaja. akak Aya memang dah cantik. jadi tak perlu berias beria sangat." ujar Mawaddah pula.

Dayana hanya mengekehkan tawa kecil. ruang kosong yang ada diantara Mawaddah dan Basyeera diambil.

kedua - dua bahu gadis itu dirangkul oleh Dayana, "cepat beritahu akak, berapa abang Yad bayar awak berdua?"

"ish, tak baik kata macam itu. mana ada abang Yad rasuah kita orang. kita orang ikhlas nak tolong dia──"

"adalah dalam seratus setengah." bidas Mawaddah.

spontan bahu Mawaddah ditolak oleh Basyeera. gadis itu menjenggilkan matanya── geram kerana Mawaddah memecahkan rahsia mereka dengan Ziyad.

"dah agak dah. dia itu kerja rasuah budak sahaja." kutuk Dayana.

"sebenarnya kita orang tak nak pun duit itu. cuma abang Yad yang beria nak beri upah. karang kalau tolak, merajuk pula abang Yad itu." jelas Basyeera dan dipersetujui oleh Mawaddah.

"macamlah akak tahu... abang Yad itu kuat merajuk. hormon perempuan lebih kot dalam badan dia." kelutuk Mawaddah.

sekali lagi bahu Mawaddah, Basyeera tunjal, "ish, kau ini. tak baik cakap macam itu."

"benda betul apa? abang Yad itu memang kuat merajuk."

tawa Dayana mula meletus. lucu melihat gelagat dua orang gadis yang berada disampingnya itu.

sejujurnya, dia pun dengan Basyeera dan Mawaddah. Ziyad memang kuat merajuk. macam perempuan betul suaminya itu.

entah siapa perempuan, siapa lelaki pun Dayana tidak pasti. terkadang, Ziyad lebih kuat merajuk daripadanya.

"jadi lepas ini akak nak kena buat apa?" soal Dayana. wajah kedua orang gadis itu dipandang silih ganti.

"oh! akak turun sahaja ke bawah. nanti Haura dengan Baheera tunggu akak dibawah." ujar Basyeera.

Dayana mengangguk faham. gadis itu bingkas bangun. sempat dia mengucapkan terima kasih kepada dua orang gadis itu sebelum dia melangkah keluar.

"have fun, akak Aya! nanti mesti tercengang Abang Yad tengok akak." ujar Mawaddah.

"betul! patutlah abang Yad kahwin dengan akak. akak Aya memang cantiklah." puji Basyeera pula. mengiyakan ucapan Mawaddah tadi.

gadis berjubah hijau zaitun itu menggelengkan kepalanya. malulah dia apabila dipuji sebegitu rupa.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 54.4K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
48.3K 5.5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
26.7K 701 45
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
4.3K 800 8
K A R Y A|| k e e m p a t b e l a s [ short-story ] "Buat apa pergi sementara kalau boleh pergi selamanya?" Pesanan : peka pada tarikh-tarikh dalam c...