Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

042

195 29 8
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ ABANG YAD!”

gadis kecil itu berlari kearah Ziyad. tubuh kekar itu dirangkul oleh gadis kecil itu.

“Hauraa, rindunya abang pada awak.” ucap Ziyad. pipi gebu itu dikucup berkali - kali. geram! makin berisi aja budak kecil ini.

“bila abang sampai?” soal gadis itu, petah.

“pagi tadi. abang lupa pula kau orang sekolah. bosan tahu abang tunggu awak semua.” ujar Ziyad kepada beberapa orang budak kecil dihadapannya itu.

“kita orang tak suruh abang tunggu kita orang pun.” ujar seorang budak lelaki.

“ewah, Yousuf. abang balik karang tahulah kamu.”

“ish, Yousuf main - main aja. abang ini.” budak lelaki bernama Yousuf itu melangkah menghampiri Ziyad. tubuh kekar itu dirangkulnya.

“Yousuf rindu abang Yad.” ucapnya.

“abang pun rindu Yousuf juga.” ujar Ziyad. rambut Yousuf diusap lembut.

“abang rindu Yousuf dengan Haura je? habis Baheera?” soal seorang lagi budak perempuan.

“aah, tak akan Yousuf dengan Haura aja? abang tak rindu Farhan ke?” soal seorang lagi anak lelaki.

“semua abang Yad rindu. kalau tak rindu, tak adanya abang nak balik rumah bonda. ingat abang tak ada kerja ke?” seloroh Ziyad.

tangan, Ziyad depakan. Farhan dan Baheera berlari masuk ke dalam dakapan lelaki itu. dipeluk kemas keempat - empat kanak - kanak itu.

haih, nasiblah tangan panjang. kalau tidak memang tak muatlah mahu dakap kesemuanya.

“hei, budak - budak ini. masuk dalam cepat. awak - awak itu sudahlah baharu balik sekolah. mandi dahulu baru nak peluk abang Yad.” tegur bonda daripada belakang. wanita itu bercekak pinggang.

“alamak, bonda dah marah. pergi mandi cepatttt.” ujar Ziyad.

keempat - empat kanak - kanak itu tertawa riuh. masing - masing mula berlari masuk ke dalam rumah. sedang yang lain sudah masuk ke dalam rumah, Yousuf seorang sahaja berhenti dihadapan bonda.

anak lelaki itu melagutkan kepalanya, “hehe, maaf bondaa.”

Yousuf kembali berlari masuk ke dalam rumah. masih kedengaran jelas bunyi kekehan tawa anak lelaki itu.

wanita paruh baya itu menggelengkan kepalanya. sentiasa ada sahaja perangai budak - budak itu. tiada hari tanpa perangai.

“ha, Yad. sampai bila nak melongo dekat beranda itu? masuklah dalam. nanti boleh makan sama - sama.” ujar bonda.

Ziyad terkekeh perlahan. lelaki bertubuh tinggi itu turut bangun. tengkuknya diusap lembut.

“mana Aya, bonda?” soal Ziyad. bayang gadis itu tidak kelihatan diruang tamu mahupun dapur.

“ada dekat atas. katanya nak siapkan assignment. pergilah naik, ajak Aya makan sekali.” titah wanita itu.

Ziyad mengangguk. terus lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TOMBOL PINTU dipulas oleh Ziyad. sejurus itu, daun pintu ditolak oleh Ziyad. senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. gadis yang sedang duduk bersila dihadapan katil itu dihampirinya.

“buat apa itu?” soal Ziyad. dia mengambil tempat kosong disamping Dayana. laptop yang berada dihadapan gadis itu dipandang.

“goreng nasi. sedap tak bau dia?” sarkastik Dayana. mata gadis itu langsung tidak lepas daripada memandang layar laptop.

Ziyad berdecit perlahan. perangai sarkastik Dayana tak pernah berubah. daripada awal kenal hinggalah sekarang. sama sahaja.

“tengah buat assignment lah, Jie. tak lama lagi deadline dia sampai.” ujar Dayana, membetulkan semula sarkastiknya.

“banyak lagi ke assignment itu?” soal Ziyad.

Dayana menggelengkan kepalanya, “tinggal sikit dah. kenapa, nak tolong ke?”

“tak adalah. saya mana reti bidang - bidang perubatan ini.”

“dah itu?”

“malam ini ikut saya nak? kita pergi pantai Pengkalan Balak sana.” ajak Ziyad.

“boleh sahaja tetapi aku cuma ada sehelai sahaja baju. kau lah ini. tak cakap pun nak tidur sini.”

“dalam almari itu ada sahaja baju saya. awak gunalah. bukannya tak muat pun.” ujar Ziyad. bibirnya dijuihkan kearah almari yang berada dalam bilik itu.

“memanglah muat tetapi tak ke terlalu besar?” soal Dayana.

sudahlah saiz badan Ziyad dua kali ganda besarnya. bonda bagi dia minum susu unta ke dulu? tinggi betul.

“siapa suruh awak pendek sangat.”

“wah, kau. kemain lagi mengutuk. aku tak mahu teman kau malam nanti, tahulah.” Dayana melayangkan ugutan sempat dia mengerling jejaka yang berada disampingnya itu.

“ish, sikit - sikit ugut. sikit - sikit ugut. mana aci macam itu.”

acilah. siapa cakap tak aci?”

“saya.”

“pergilah main jauh - jauh. aku nak siapkan assignment dahulu. nanti baru kita sambung gaduh semula.” halau Dayana. bahu Ziyad ditolak menjauh.

“bonda suruh turun makan tengah hari. jomlah makan dulu, bintang. nanti - nanti boleh sambung assignment itu.”

gadis itu mengeluh kecil. laptop yang berada diatas itu, dikatup. segala jenis buku dan alat tulis dikemas. kemudian, dia bingkas bangun.

“hehe.” comel sahaja bunyi yang keluar daripada ulas bibir lelaki itu. tangan Ziyad hulurkan kepada Dayana── meminta gadis itu menariknya bangun.

gadis itu tidak membantah. huluran tangan Ziyad disambut. sedaya upaya dia mencuba menarik Ziyad supaya lelaki itu bangun. namun lelaki itu sepertinya sengaja mengeraskan badannya.

“jangan keraskan badanlah, Jie. macam mana aku mahu tarik kau── argh! ” matanya dipejam rapat.

entah dimana silapnya, tubuh Dayana jatuh kehadapan. nasib sahaja Ziyad cekap menangkap tubuh gadis itu. pinggang Dayana dirangkul kemas.

perlahan - lahan Dayana membuka kelopak matanya kembali. anak matanya bertemu dengan anak milik Ziyad.

kepala digelengkan laju. tubuhnya sengaja dijatuh ke samping Ziyad. siling kosong yang berada diatas, menjadi permandangan Dayana.

jantungnya mula mengepam darah, laju. kebelakang ingin, jantungnya kerap bekerja dengan keras. semuanya kerana perlakuan Ziyad.

secara tidak langsung, kejadian pagi tadi menerjah fikirannya. laju gadis itu menggelengkan kepalanya. spontan, Dayana menukar posisi kepada duduk.

gila.

gila.

gila.

Dayana bingkas bangun. dibiarkan sahaja Ziyad yang masih baring dilantai itu. sekali lagi dia malu ingin memandang wajah Ziyad.

bam!

pintu bilik dihempas oleh Dayana── menandakan gadis itu sudah pun melangkah keluar daripada bilik tidur tersebut.

perlahan - lahan senyuman manis tergores pada wajah Ziyad. pipi kanannya ditampar lembut. tipulah kalau dia tak malu.

tangannya turun pada dada pula. dapat dia rasakan degupan jantungnya berubah tempo. dia berdebar.

Ziyad menggelengkan kepalanya beberapa. lelaki itu mula berguling - guling pada lantai bilik. sungguh dia malu. rasa seperti mahu meletup sahaja.

jika diberi peluang untuk terbang ke angkasa juga dia mahu. ah, malunyaa.

daun pintu kembali dibuka daripada luar. Ziyad mendongakkan kepalanya kearah pintu. lelaki itu masih lagi berbaring dilantai. susuk tubuh Dayana menghiasi pandangan matanya.

“bon─bonda suruh turun makan.” gugup Dayana. pipi gadis itu turut merona merah.

tanpa menunggu balasan daripada Ziyad, pintu bilik kembali dikatup rapat oleh Dayana.

Ziyad mengukir senyuman kecil. lelaki itu bingkas bangun. kaki mula dihayunkan kearah pintu bilik. segala jenis peralatan elektrik dimatikan terlebih dahulu sebelum melangkah keluar.

Continue Reading

You'll Also Like

411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
4.1K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
1.6K 313 18
-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwaja...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...