Bintangku

Galing kay jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... Higit pa

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

040

223 31 12
Galing kay jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  SEPERTI YANG dijanjikan oleh Ziyad, lelaki itu membawa Dayana ke sebuah tempat yang kurang gadis itu ketahui.

dia pun tidak tahu kini mereka berada dimana. sepanjang perjalanan tadi, Dayana hanya tidur. dia terlalu mengantuk untuk menemani Ziyad memandu.

ini semua kesan akibat melepak dekat tasik daripada pukul 12 malam hinggalah 2 pagi.

“kita dekat mana?” soal Dayana.

Ziyad hanya mengukirkan senyuman nipis. lelaki itu mula membuka pintu kereta. sebaik sahaja dia melangkah keluar, dia berjalan ke pintu sebelah penumpang. pintu buat Dayana dibuka.

gadis itu melangkah keluar daripada perut kereta. sebuah rumah banglo dua tingkat menyapa pandangan gadis itu.

kemudian, anak matanya jatuh pada papan tanda yang melekat elok pada dinding pagar.

Teratak Madina.

Dayana mengerutkan dahinya. Teratak Madina? rumah skandal Ziyad ke? getus hati si gadis.

gadis mula mengejar langkah Ziyad. sejak bila entah lelaki itu sudah mula meninggalkannya. sebaik sahaja langkahnya menyamai Ziyad, pergelangan tangan suaminya itu dipegang.

“ini rumah siapa?” soal Dayana.

lagi - lagi Ziyad mendiamkan diri. lelaki itu hanya mengores senyuman buat si isteri.

gadis berambut pendek itu mencebik. lelaki itu sedikit pun tidak mahu bercakap dengannya. diam sahaja. macam sedang sembunyikan emas di dalam mulutnya itu.

setiba sahaja diberanda rumah, Ziyad membuka kasutnya. Dayana turut melakukan perkara yang sama. seterusnya, sepasang kasut Converse milik Dayana diambil oleh lelaki itu.

dua pasang kasut itu disusun ke atas rak. sejurus itu, lengan Dayana dipegangnya. ditarik gadis itu supaya mengikuti langkahnya.

“assalamualaikum, bonda.” laung Ziyad.

berkerut seribu ruas dahi Dayana. kepala dilagutkan bagi memandang wajah Ziyad daripada samping.

tak lama kemudian, seorang wanita paruh baya muncul dimuka pintu. wanita itu hadir dengan senyuman manis diwajahnya.

“waalaikummussalam. ya Allah, Yad. kenapa datang tak beritahu bonda dahulu?” soal wanita itu.

“sahaja nak buat surprise. ha, bonda terkejut tak?” soal Ziyad, melawak.

“ish, budak ini. ingatkan badan itu makin tinggi, otak ikut luas. rupanya makin tinggi, makin sempit otak itu.” kelutuk wanita itu.

kemudian, kedua - dua manusia itu menghamburkan tawa, “tak baik kata macam itu, bonda. Yad baliklah macam ini.”

lelaki itu mencebik. wajahnya dibuang ke sebarangan tempat. mahu merajuk dengan bonda.

“astaghfirullahalazim, budak ini. dah tua bangka pun perangai tak berubah. haih, masuklah anak bonda.” pelawa wanita yang bergelar bonda itu.

kekehan turut kedengaran daripada mulut wanita itu. seketika, pandangan bonda tertumpu pada gadis yang berada disamping Ziyad. semakin lebar senyum yang terukir.

“ini Aya ke? isteri Ziyad?” soal bonda. wajahnya tidak lepas daripada memandang Dayana.

“inilah Aya, isteri Yad yang selalu Yad cerita itu.” ujar Ziyad. tangannya beralih merangkul pinggang Dayana.

“bintang, ini bonda. dialah yang jaga saya waktu kecil dahulu.” ujar lelaki itu lagi.

bertambah bingung Dayana apabila Ziyad memperkenalkan bonda kepadanya. siapa sebenarnya bonda dan apa peran wanita itu?

Dayana mengukir senyuman kecil. gadis itu menghulurkan tangan bagi menyalami bonda. wanita itu tida menolak, disambutnya salam Dayana itu.

“cantik orangnya, Yad. sama cantik macam yang Yad selalu tunjuk. tetapi bonda rasa bila tengok Aya depan - depan, lagi cantik. patutlah Ziyad berkenan.” puji wanita paruh baya itu.

sungguh dia tidak tipu. walaupun Dayana mempunyai rambut pendek separas tengkuk dan digayakan dengan potong serigala, gadis itu tetap tampak manis. tambahan pula dengan wajah yang sedikit berisi dan dipadankan dengan mata separa bulat, lagilah nampak manis.

“kan? isteri Yad memang cantik pun. dia sahaja yang rasa diri dia tak cantik. walhal, orang - orang sekitarnya puas puji dia cantik.” cebik Ziyad. wajah Dayana dipandang.

laju sahaja pinggang Ziyad, Dayana cubit. geram dengan mulut manis suaminya itu.

“biasalah itu, Yad. mana ada orang cantik puji diri sendiri. eh, moh ler masuk. sampai bila lagi nak berbual depan muka pintu ini?”

mereka mula menghamburkan tawa. ketiga - tiga manusia itu mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PINTU BILIK dibuka. tuala yang berada diatas kepala digunakan buat mengeringkan rambut. gadis itu sudah pun selesai memakai baju daripada bilik air lagi.

Dayana kurang selesa menyalin baju diluar. dia lebih gemar menyalin baju di dalam bilik air. lebih privasi katanya.

Ziyad menggores segaris senyuman. susuk tubuh yang barusan sahaja melangkah keluar daripada bilik air itu ditatapnya.

anak matanya tertancap pada parut goresan yang ada diatas kening kanan Dayana. ruas dahinya dikerutkan. sejak bila pula Dayana mempunyai parut diatas kening?

“kau pandang apa? ada sabun cleanser yang melekat kat muka aku ke?” soal Dayana. tangannya ligat menyapu wajah. takut jika masih ada sisa cleanser pada mukanya.

“luka atas kening kanan awak itu, kenapa?” soal Ziyad.

Dayana jeda. jarinya naik mengelus luka yang dimaksudkan oleh Ziyad itu. lama Dayana diam. anak matanya turut dilarikan daripada bertentangan dengan lelaki itu.

“terhantuk.” tipu Dayana. gadis itu mengemam bibirnya.

“tak akanlah terhantuk sampai macam itu sekali? luka awak merah lagi itu, bintang.”

gadis berambut pendek itu sekadar menjungkitkan bahunya. dia mula teragak - agak mahu melarikan diri.

“awak ke mana pagi semalam, bintang? awak ke rumah mama dan papa kan?” Ziyad bersuara.

langkahnya mati. Dayana mengeluh kecil. gadis itu kembali memusingkan tubuhnya. kaki mula diatur kearah single bed itu. ruang kosong yang berada disamping Ziyad dijadikan tempat berlabuh.

“iya, aku ke rumah mama dan papa semalam. mesti Prof. Dean yang maklumkan pada kau kan? maaf sebab tak minta izin kau terlebih dahulu. pagi itu Prof. Husna batalkan kelas. jadi aku ke rumah mama dan papa.” gadis itu mengaku.

Ziyad mengeluh perlahan. tubuh kecil yang berada disampingnya itu, dipandang. tangannya naik menekup kedua - dua belah pipi Dayana.

“luka itu... macam mana awak boleh dapat?” soal Ziyad.

lambat - lambat Dayana menjawab, “mama.”

“astaghfirullahalazim.”

lelaki itu bingkas bangun. daun pintu dibuka lalu dia melangkah keluar daripada bilik tersebut. kemana Ziyad pergi pun, Dayana tidak pasti.

mungkin lelaki itu marah padanya.

Dayana mengeluh kecil. keadaan bilik yang tidak berapa besar itu ditelitinya. Ziyad mengambil keputusan untuk menetap di Teratak Madina untuk dua malam.

katanya, bilik ini selalu digunakan ketika lelaki itu masih bujang.

gadis itu masih belum mendapat jawapan siapakan bonda dan apa hubungan wanita paruh baya itu dengan Ziyad.

dan apa pula kaitan Teratak Madina ini dengan suaminya? kenapa lelaki itu membawanya ke sini? pelbagai macam persoalan yang mahu dia tanyakan kepada Ziyad.

tetapi sepertinya, keadaan masih belum mengizinkannya buat bertanya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

MOTOR JENIS Honda Cbr15 itu berhenti dalam kawasan sebuah rumah teres dua tingkat. full-faced helmet itu dibuka lalu diletakkan keatas tangki motor.

gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah. susuk tubuh Puan Dhalila menyapa pandangannya terlebih dahulu.

“buat apa kau balik?” kasar Puan Dhalila melayangkan ayatnya.

“sahaja mahu melawat mama dan papa. papa kerja ke? tak nampak pun motor papa?” soal Dayana.

biasanya ada sahaja motor jenama Yahama FZi150 itu diluar rumah. tetapi hari ini tiada pula. mungkin Encik Zahrin sudah keluar bekerja.

“iyalah. kalau dia tak kerja siapa mahu sara kau yang berlagak senang itu.” sindir Puan Dhalila.

Dayana hanya mengukir senyuman kecil. sabar, Ja. jangan marah dahulu. pujuk hatinya.

“mama dah makan? adik - adik mana?”

“dah. adik - adik keluar.” balas Puan Dhalila.

walaupun kedengaran kasar tetapi Dayana gembira kerana Puan Dhalila mahu bercakap dengannya. sekurang - kurangnya mama tak biarkan soalannya menyepi.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELESAI MAKAN, gadis itu mencuci pinggan yang digunakan olehnya. kemudian, pinggan tersebut diletakkan pada rak pinggan.

tangan yang direnjiskan ke singki── membuang sisa air yang masih melekat pada tangannya.

senyuman tidak lekang daripada wajah gadis itu. dah lama dia tak makan masakan mama. sungguh dia rindukan air tangan wanita itu. selalunya, dia akan makan masakan uwan sahaja.

“dah habis makan?” soal satu suara.

Dayana memusingkan tubuhnya. wajah Puan Dhalila menyapa pandangannya. senyuman kecil terukir pada wajah Dayana. gadis itu mengangguk.

“baguslah. aku rasa kau dah boleh balik.” ujar Puan Dhalila datar.

senyuman pada wajah gadis itu memudar. dia mengangguk kecil. langkah dibuka kearah ruang tamu. sempat dia menoleh kebelakang.

memastikan Puan Dhalila tidak melihatnya, gadis itu menyeluk poket seluar. beberapa keping not seratus dikeluarkan. perlahan - lahan Dayana menyelitkan duit tersebut dibawah sebuah piala.

“kau buat apa?”

prang!

tangan tertolak sebuah plak yang tersusun diatas meja hiasan itu. bahunya turut terhincut akibat terkejut.

“kau ini menyusahkan betulah! aku fikir kau balik kali ini, tak adalah mengundang kemarahan aku. rupanya sama sahaja!” tempelak wanita berusia 40-an itu.

Puan Dhalila melangkah mendekati Dayana. tangannya naik menampar wajah mulus anak perempuannya itu.

buk.

dahi Dayana berlaga dengan bucu rak hiasan. spontan ruas dahinya dikerutkan. rasa pedih mula terasa.

tangannya naik menyentuh kawasan yang terasa perit itu. jarinya terasa basah. dibawa turun jarinya itu supaya dapat melihat cecair yang berada dikawasan perit tadi.

hujung jari telunjuknya itu dihiasi dengan cecair berwarna merah pekat. segaris senyuman terukir pada wajahnya.

“berambuslah, Dayana. kau balik sini, menyusahkan aku sahaja.” herdik Puan Dhalila. tubuh Dayana ditolak mejauh.

serpihan kaca yang pecah itu dikutip. spontan, Dayana menarik bahu Puan Dhalila── membawa wanita itu jauh daripada kaca tersebut.

“ma, nanti tangan mama luka.” ujar Dayana.

namun tangan anaknya itu ditepis kasar. ditolak tubuh Dayana supaya menjauhinya.

“berambuslah, Dayana!”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

KLAK!

TOMBOL pintu dipulas daripada luar. lamunan gadis itu terus mati. kepala ditoleh kearah daun pintu. muncul susuk tubuh Ziyad bersama dengan sebuah kotak berwarna putih.

sorry, tadi saya pergi cari first - aid kit.” ujar Ziyad. lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu. daun pintu kembali dikatup.

susuk tinggi lampai itu berjalan kearah katil. kemudian, dia melutut dihadapan Dayana. kotak bantuan awal itu diletakkan disamping si isteri.

“mama buat apa pada awak?” soal Ziyad. tangannya ralit membuka kotak berwarna putih itu.

“aku terhantuk pada rak hiasan.”

Ziyad mengeluh. itu bukan jawapan yang dia mahukan, “mama tampar awak ke? hujung bibir awak pun ada kesan luka.”

gadis itu mengangguk. dia fikir Ziyad tidak perasan akan luka yang satu itu. luka yang berada dihujung bibirnya itu tidaklah terlalu besar sehinggakan semua orang boleh lihat.

bila dilihat secara dekat sahaja baharulah luka tersebut kelihatan.

“lepas ini kalau mahu balik ke rumah mama ataupun ke mana - mana sahaja, beritahu saya dahulu. sekurang - kurangnya saya boleh temankan awak.” ujar Ziyad. nada suara lelaki itu kedengaran hampa.

“kau── marah, Jie? aku betul - betul minta maaf. aku janji lepas ini aku tak akan buat lagi. sungguh.” bersungguh - sungguh Dayana menuturkan ayat maaf itu.

gadis itu turut mengangkat sebelah tangannya seperti mengangkat ikrar.

Ziyad hanya tertawa lucu. lucu melihat isterinya itu. kepalanya digelengkan beberapa, “saya tak marahkan awak, bintang. saya cuma pesan sahaja.”

“pasti kau tak marahkan aku?” soal Dayana untuk kepastian.

“iya, sayang.”

deg.

jantungnya mula mengepam darah, laju. bahang panas turut memeluk wajahnya. dia pasti wajahnya sedang merona sekarang.

pelik. Ziyad selalu memanggilnya dengan gelaran bintang tetapi dia tidak pernah rasa berdebar seperti ini. apabila lelaki itu menukar panggilannya kepada sayang, jantungnya berdegup bukan main lagi.

shh.” Dayana mendesis kecil. dingin akibat iodine itu menyetuh wajahnya.

“pedih ke?” soal Ziyad khawatir. bibirnya dibawa dekat pada hujung bibir Dayana. ditiup lembut kawasan luka isterinya itu.

sekali lagi jantungnya berdebar hebat. posisi wajahnya dengan Ziyad sekarang terlalu dekat. bahkan jika ada yang masuk ke dalam bilik itu, pasti mereka akan dituduh sedang bercumbu.

Ziyad turut merasakan perkara yang sama. anak matanya nak menatap manik mata Dayana. wajah gadis itu jelas kelihatan merona.

“Jie──”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : ho he ho he, cliche tak?! dbakvskas plis plis plis. kenapa macam cliche sangatt. nak larilah macam inii

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1.3M 65.3K 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4...
975 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
542K 68 1
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...
49.2K 2.6K 39
For younger me, who wanted to be someone's first choice.