Bintangku

By jaeryana

16.8K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

038

239 36 8
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SIULAN KECIL kedengaran daripada ulas bibir si gadis. dia mengulum senyuman kecil. bintang - bintang yang bertaburan dilangit itu dipandang girang.

bintang akan sentiasa menjadi kegemarannya. biarlah tahun berlalu sekalipun, perasaannya terhadap bintang akan tetap sama.

angin sepoi - sepoi bahasa yang menyapa wajahnya itu dibiarkan sahaja. cuaca pada malam itu sedikit sebanyak mengingatkannya tentang kisah terdahulu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SENYUMAN LEBAR terukir pada wajah gadis itu. sehelai kertas digenggam erat olehnya. sungguh dia tidak sabar untuk pulang ke rumah.

dia berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelas. sama seperti permintaan mama kepadanya. si ibu mahukan gadis itu mendapatkan tempat pertama dalam peperiksaan.

dia mahu tunjukan kertas keputusan itu kepada mama dan papa. pasti mama dan papa bangga, fikirnya.

langkah diatur kearah tempat menunggu van sekolah. biasanya dia akan pulang dua jam lewat selepas tamat waktu persekolahannya.

kenapa?

van sekolah yang diupah untuk menjemputnya setiap kali pulang ke sekolah mempunyai jadual waktu tersendiri. oleh kerana Dayana tergolong diantara pelajar aliran agama, dia perlu pulang sedikit lewat daripada pelajar kelas aliran perdana.

trip bagi van sekolahnya hanya ada ketika pelajar aliran perdana pulang. sudah tentu gadis itu sentiasa tertinggal van sekolah.

jadi, dia perlu menunggu trip seterusnya iaitu bersama dengan pelajar kelas agama petang, sekolah rendah.

begitulah rutinnya setiap hari. biarpun hari panas mahupun hujan, dia tetap akan menunggu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PAP! WAJAH pulas Dayana menyapa sesuatu. spontan gadis itu membuka kelopak matanya. wajah berang Puan Dhalila menyapa pandangan matanya.

terus gadis itu menukar posisinya kepada duduk. matanya digosok beberapa kali.

"aku balik rumah sahaja, kau tidur. aku balik sahaja, kau sedang tidur. apa yang penat sangat dekat sekolah itu?" soal Puan Dhalila. nada suara wanita itu lebih kepada marah.

"akak penatlah, mama." gumam gadis itu.

"penat, penat, penat! kau fikir aku balik kerja ini tak penat ke? kau itu pergi sekolah, belajar sahaja. lainlah aku ini! keluar cari duit. tolong papa kau yang sengkek itu!" bentak si ibu.

dahi Dayana ditunjal kasar.

"kau fikir aku tak penat ke? bangun awal pagi, keluar cari rezeki. sedangkan isteri orang lain, duduk rumah sahaja. suami dia yang pergi cari duit. kau itu patut bersyukur aku ini tolong bapak kau itu."

Puan Dhalila jeda. nafas diambil terlebih dahulu sebelum menyambung ayatnya.

"kalau aku ini tak kerja, kau fikir dengan gaji ciput bapak kau itu, korang boleh hidup mewah macam ini ke?" suara Puan Dhalila mula melunjak.

terhincut sedikit bahu Dayana akibat tempikan Puan Dhalila itu. sudahlah Puan Dhalila berdiri tempat dihadapannya.

"aku fikir... kalau aku balik rumah, rumah ini akan berkemaslah. ini tidak. sama sahaja!"

Dayana menarik nafas, dalam. senyuman kecil dipaksa menghiasi wajahnya.

"akak baru aja sampai rumah, ma. mama macamlah tak tahu van abang Faizul itu selalu jemput akak lambat. itu, anak lelaki mama itu. dia balik lagi awal daripada akak. kenapa mama marah akak seorang sahaja?"

plak!

"menjawab! bagus sangatlah menjawab?"

perih, pipi kanannya terasa hangat.

"baik tak payah ada anak. kalau aku tahu kau akan menyusahkan aku... daripada dahulu lagi aku dah buanglah kau." ucap Puan Dhalila. sedikit pun wanita itu tidak rasa bersalah mengucapkan ayatnya.

akak pun tak mintalah untuk lahir ke dunia, ma. detik hati kecil itu. namun ayat itu hanya mampu terungkap dalam hatinya.

tidak untuk gadis itu bersuara pada si ibu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

KEKEHAN KECIL terbit daripada bibir Dayana. perit. tetapi itulah hakikatnya. walaupun peristiwa itu telah berlaku bertahun lepas, parut akibat peristiwa itu masih lagi berbekas.

lengan baju yang menutupi lengan kirinya itu diselak. corak yang menghiasa permukaan kulitnya itu diusap lembut.

memang benar dia telah pun berhenti menyakiti dirinya tetapi bekas akibat ulahnya itu masih lagi tercetak jelas.

parut akibat torehan memang memakan masa untuk hilang.

sama seperti parut yang ada dihati gadis itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SEMUA SALAH. itu salah, ini salah. semuanya salah. mati agaknya paling betul bagi dia.

argh!

gadis itu menyerabutkan rambutnya. buku yang berada diatas meja belajarnya ditolak kasar sehingga jatuh berselerak diatas permukaan lantai.

dia terduduk. lututnya dibawah merapati dadanya. dipeluk erat kedua - dua belah lututnya itu. tidak lupa juga untuk menyembamkan wajah diatas lutut yang masih dibungkus seluar itu.

tangisannya mula kedengaran. sungguh dia tidak kuat lagi dengan candaan semesta. semesta berguraunya keterlaluan. bahkan sehingga baginya, mati itu merupakan jalan penyelesaian yang paling ampuh.

makin lama, tangisannya makin terendam dek kerana wajah yang disembam pada lututnya. dadanya turun naik akibat tersedu - sedan.

setelah reda tangisannya, gadis itu bangun lalu berjalan semula kearah meja belajarnya. pisau boleh laras yang terletak elok dalam kotak pensilnya itu diambil.

perlahan - lahan pelaras pisau itu ditolak. lama mata pisau laras itu ditenung sebelum gadis itu menyingsingkan lengan bajunya.

lengan kiri yang sudah sedia bercorak itu diusap lembut sebelum mata pisau dibawa ke permukaan kulit lengannya.

corak yang dulunya kini dihiasi dengan corak yang baru. warna yang telah pudar kini terang semula. disela tangisan, gadis itu mengukir senyuman nipis.

setelah selesai membuat lakaran diatas permukaan kulitnya, pisau laras itu dicampakkan entah kemana - mana. gadis itu kembali termenung──

memerhati dinding kosong yang ada dalam biliknya itu. seketika, tangisannya kembali kedengaran. dia kembali memeluk kedua - dua belah lututnya itu.

sudah berkali - kali dia meratapi nasib hidupnya. perkara yang menyakitkan ini turut berulang kali berlaku padanya. namun rasa sakit dan perit itu tidak pernah luak.

seakan - akan masih belum sebati dengan dirinya. rasanya seperti baru pertama kali dia diperlakukan seperti itu. bahkan dia kerap kali berasa tidak ingin hidup.

namun kenapa dia masih bertahan sampai sekarang? apa yang menyebabkan dirinya masih mahu meneruskan hidup yang perit ini? bahkan sepertinya mati lebih sahaja.

hingga ke hari ini, aku masih merasakan mati itu jalan penyelesaian yang paling ampuh buat diriku. namun aku hanya akan terlepas di dunia. bahkan diakhirat kelak, aku tak akan mampu lari lagi.

jadi aku masih bertahan hanya kerana aku tahu bunuh diri itu berdosa. lebih baik aku sengsara sebentar di dunia dan berharap penghujung disana bakalan baik - baik sahaja.

gadis itu tertawa sendiri. tawanya kedengaran halus. bahkan untuk ketawa sahaja dia tidak mampu. tenaganya sudah habis dikerah pakai untuk menangis sahaja.

lama masa yang diambil untuk dia menstabilkan semula emosinya. lama juga dia perlu berdamai dengan kata hati yang menyedihkan itu.

setelah hatinya terpujuk, gadis bangun berjalan kearah meja belajarnya. laci yang ada pada meja tersebut ditarik. sebotol ubat gamat dicari lalu diambil olehnya.

kemudian, dia berjalan pula kearah meja solek yang terletak elok pada sudut biliknya. cermin meja solek tersebut ditolak lalu beberapa keping kapas diambil.

dia kembali berjalan kearah katil. gadis itu duduk diatas katil tersebut bersama dengan barang - barang yang dicapai olehnya sebentar tadi.

penutup botol minyak gamat tersebut dibuka. minyak gamat itu dituangkan sedikit ke atas kapas lalu diusapkan lembut pada kesan corak yang ada pada permukaan kulit gadis itu.

kesan corak akibat ulah dirinya sendiri.

perih, namun puas. bahkan jika masalah kembali bertamu, mencorakkan tangannya sendiri adalah pilihan pertama yang menerjah otaknya.

selesai menyapukan ubat pada lengannya, gadis itu mengambil bandage lalu membalut lukanya── menutupi segala kesan akibat ulah dirinya sendiri.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SENYUMAN KECIL terukir pada wajah Dayana. peristiwa itu berlaku kerana mama. dia marah pada si ibu.

namun apakah daya, dia tidak mampu untuk meluahkan apa yang dirinya rasa kepada si ibu. sedangkan anak - anak yang seumuran dengannya ketika itu bebas bercerita dengan ibu dan ayah mereka.

dia hanya mampu bercerita dengan uwan sahaja. itupun dia sudah rasa bersyukur sungguh.

lengan bajunya kembali diturunkan. takut jika tiba - tiba Ziyad datang daripada belakang. dia takut jika lelaki itu nampak segala kekurangannya.

dia paling takut jika orang sekitarnya tidak sengaja terlihat kekurangannya. terkadang, dia mahu terlihat sempurna setiap masa.

pandai, cantik, bekerjaya, dan disayangi. cukup untuk mendefinasikan kesempurnaan. namun baginya, kasih sayang mama dan papa lebih daripada kata sempurna.

"apalah. mungkin di semesta yang lainnya, kau sedang disayangi oleh mama dan papa." gumam gadis itu.

klak!

bunyi pintu gelangsar yang memisahkan ruang tamu dan balkoni kedengaran. gadis itu memusingkan tubuhnya 180 darjah.

"hai, bintang. buat apa seorang diri dekat luar?" soal Ziyad.

lelaki itu melangkah keluar daripada ruang tamu. kerusi kosong yang berada disamping Dayana menjadi tujuan.

gadis itu hanya diam.

Ziyad baharu sahaja pulang kerja. sekali lagi lelaki itu pulang lambat ke rumah. jam sudah pun hampir menunjukkan pukul 12 malam.

kepala dilagutkan keatas. langit malam yang dihiasi bintang itu menjadi santapannya.

jujur, dia mahu bertanyakan perihal mengapa suaminya itu pulang telat ke rumah. namun dikuburkan sahaja niatnya itu.

dia tidak mahu nampak terlalu mengongkong.

"hei, awak kenapa ini? diam sahaja." tegur Ziyad.

wajah Dayana ditinjau daripada samping. sedikit pun gadis itu tidak menoleh kearahnya. apa bintang yang dilangit sana jauh lebih menarik daripadanya?

gadis itu terus menerus mendiamkan diri. tiada niat buatnya untuk bersuara. dibiarkan sahaja soalan Ziyad itu.

belum sempat Ziyad bersuara, Dayana terlebih dahulu bangun. gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah.

air mata yang bersisa dikesat kasar. dia tidak mahu Ziyad perasan.

bahu Dayana ditahan oleh Ziyad. tubuh gadis itu dipusingkan supaya menghadapnya. laju sahaja gadis itu menundukkan wajahnya.

"bintang, what's wrong? kenapa menangis?"

"kau dah makan? kalau belum, aku boleh masak." soal Dayana. sengaja dia mahu mengalihkan isu.

baharu sahaja gadis itu ingin berganjak, tubuhnya semakin ditahan oleh Ziyad. dagunya dipagut lembut oleh lelaki itu.

"jangan alihkan topik, bintang. what's wrong with you? " soal Ziyad ulang. anak mata Dayana ditatapnya.

"nothing's wrong." dalih gadis itu.

tangan Ziyad ditepis olehnya. baharu sahaja gadis itu melangkah, Ziyad sudah bersuara.

"siap cepat. kita makan luar."

Continue Reading

You'll Also Like

46.6K 1K 51
ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ 𝚈𝚘𝚞𝚛 𝚟𝚒𝚜𝚒𝚝 𝚝𝚘 𝙹𝚊𝚙𝚊𝚗 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚋𝚎𝚜𝚝 𝚏𝚛𝚒𝚎𝚗𝚍 𝚘𝚗 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚊𝚜𝚝 𝚢𝚎𝚊𝚛 𝚘𝚏 𝚑𝚒𝚐𝚑𝚜𝚌𝚑𝚘𝚘𝚕 𝚕𝚎...
707K 26K 30
Going by the name of Olivia Aim - a 22-year-old woman. She was an orphan and had been living in the slums, often killing and stealing to survive. Sh...
136K 5.9K 36
"ᴵ ᶜᵃⁿ'ᵗ ˢᵗᵒᵖ ᵇˡᵃᵐⁱⁿᵍ ᵐʸˢᵉˡᶠ ⁱᵗ'ˢ ᵃˡˡ ᵇᵉᶜᵃᵘˢᵉ ᵒᶠ ᵐᵉ ⁱᵗ'ˢ ᵃˡʷᵃʸˢ ᵐʸ ᶠᵃᵘˡᵗ" What would do if you decided to run away but you always get caught? We all...
152K 5.1K 52
"I know you think nothing of me, I know you probably want to send me back to the boonies, so why?! Why do you talk to me?! Why do you make me feel th...