Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

037

210 33 17
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI DESISAN kedengaran jelas. Ziyad menghentikan aktivitinya. kapas yang telah dituangkan iodine itu ditarik menjauhi pinggir bibir Dayana.

luka itu terhasil akibat tamparan yang diberikan oleh Juhaina. mungkin gadis itu mengenakan cincin pada jarinya. oleh sebab itu, terhasilnya luka.

“pedih ke?”

Dayana mengangguk.

“awak tak fikir ke apa yang akan terjadi kalau awak bertindak buru - buru seperti tadi?” soal Ziyad lembut.

tangannya ligat mengoles ubat pada hujung bibir Dayana. berselang dengan tiupan kecil bagi meredakan pedih gadis itu.

“tak akan aku mahu diam sahaja? dia fikir aku macam Juhaina ke? tak kisah kalau bukan mahram sentuh?” omel gadis itu. bibirnua turut dijuihkan.

“memanglah tetapi awak tak patut tumbuk dia. fuh, rasa sakit itu sampai ke sini.” jari telunjuk Ziyad bawa naik menyetuh pipinya sendiri.

dapat dia rasakan bagaimana peritnya tumbukan Dayana. dia sendiri sudah kena dua kali dengan isterinya itu.

“habis kau nak suruh aku buat apa?”

“awak boleh sahaja tolak dia. biarkan dia jatuh. lepas itu awak lari.” ujar Ziyad.

“aku tak fikir terlebih dahulu. semuanya berlaku secara spontan. lagipun he deserve it.”

“betul, he deserved it. berani dia sentuh isteri saya. dia fikir, dia Ziyad Nufa'el ke? suka - suka hati sahaja mahu sentuh isteri Ziyad Nufa'el.” seloroh Ziyad.

tidak lupa juga dengan gaya yang dibuat - buat.

gadis itu mengekeh tawa. lucu melihat gelagat Ziyad ketika itu, “iya, dia fikir, dia Ziyad Nufa'el ke? apalah.”

Ziyad tertawa kecil. kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum dahi Dayana ditunjal menggunakan jari telunjuk.

sontak Dayana mendengus perlahan. tangannya naik mengusap kawasan yang ditujal oleh Ziyad tadinya.

“lain kali, ajak saya teman kalau mahu ke mana - mana. tengoklah apa dah jadi.” pesan Ziyad. hujung bibir Dayana yang terluka itu diusap lembut.

“maaf, Jie. aku cuma tak selesa berada disitu.”

“tak apalah, benda dah jadi. saya bersyukur awak selamat.” Ziyad mengukir senyum.

kapas yang digunakan buat mengoles ubat pada Dayana tadi diletakkan keatas meja── bersebelahan dengan botol iodine.

“meh peluk meh. alololo, kesian bintang saya ini.” tangan, Ziyad didepakan.

Dayana mengukir senyuman kecil. gadis itu mula masuk ke dalam dakapan si suami. tangannya dilingkarkan pada pinggang Ziyad.

“terima kasih, Jie.” ucap gadis itu, ikhlas.

“sama - sama, bintang. jadikan perkara ini sebagai pengajaran. saya pun salah juga sebab tak teman awak tadi. saya minta maaf, ya?”

“mana ada. kau tak salah. aku yang salah sebab tak jujur dengan perasaan pada kau. sepatutnya aku beritahu sahaja sebab kenapa aku tak selesa.” ujar gadis itu.

“tak, awak tak salah. saya tahu awak masih lagi rasa ragu - ragu untuk berkongsi dengan saya. tak mengapa, bintang. it's not your fault. it's my fault.”

no, salah aku.”

“salah saya, bintang.”

“salah aku.”

“salah saya.”

“salah aku.”

“salah kita bersama.” akhir Ziyad.

kalau asyik beradu salah sahaja, sampai esok pagi pun tak selesai isu ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ HAH? DAH bayar? tetapi Prof saya belum bayar lagi yuran untuk semester ini.”

wanita paruh baya itu mengeluarkan telefon pintarnya. layar telefon itu disuakan kepada Dayana, “itu bukan nama awak ke, Dayana? tak silap saya, awak pass duit ke Prof. Dean. Dean yang bagi saya duit ini.”

“sumpah saya belum lakukan apa - apa bayaran lagi. saya ingat hari ini saya mahu nyatakan bayaran itu.” gumam Dayana.

perasaan bingung mula terbit dalam diri gadis berambut pendek itu.

“ya Allah, Dayana. awak dah bayar dah. mungkin awak lupa kot yang awak dah bayar.” ujar Professor perempuan itu.

“ye kot hahaha. mungkin saya yang lupa.” tangan dibawa kebelakang tengkuk.

diusap lembut tengkuknya itu. tubuhnya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat. selepas meminta diri, dia berlalu keluar daripada pejabat Professor perempuan itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

LELAKI YANG sakan tertawa itu dipandang geram. sebiji bantal hiasan dijadikan senjata bagi memukul Ziyad. kuat, dia hempas bantal itu pada perut suaminya itu.

auch, bintang. sakitlah!” rengek Ziyad. tangannya ditekan ke perut. pukul guna bantal pun dah sakit.

“siapa suruh kau bayarkan? aku boleh bayar sendirilah.”

“abang Haiqhaf kata awak masih ada hutang tertunggak. katanya awak memang selalu bayar lambat sebab awak akan ambil masa untuk kumpul duit dahulu. tetapi itu semua cerita sebelum kahwin. sekarang awak dah ada suami. so, secara officially awak bawah tanggungan saya.” jawab Ziyad tenang.

wajah gadis yang sedang duduk bersila itu dipandang bersahaja. tidak lupa juga buat menguntumkan senyuman manis buat si isteri.

“lepas ini janganlah segan dengan saya. cuba anggap saya macam housemate awak. mana tahu kurang sikit janggal itu.” cadang Ziyad. keningnya dijungkitkan beberapa kali.

Dayana menggumam kecil. gadis itu mengambil masa untuk berfikir sejenak.

“tak mahu.” Dayana menggelengkan kepalanya.

“kenapa tak mahu pula?”

“sebab tak mahulah.”

Ziyad mengeluh panjang. baru seminggu kahwin dia sudah pening dengan isterinya itu. kalau macam ini, tak payahlah nak berangan nak kahwin satu lagi.

seorang pun dia dah pening ingin melayan. macam manalah orang yang kahwin sampai dua tiga orang itu.

“suka hati awaklah, bintang. dahlah tak ucap terima kasih sebab saya tolong bayarkan yuran awak.” Ziyad mencebik. lelaki itu melipat tangannya ke dada. wajah turut dibuang kearah berlainan.

“eh!”

dia baru sedar. dia belum mengucapkan terima kasih kepada Ziyad. bodoh, Dayana. macam mana boleh lupa? kelutuk hatinya.

bersama sengihan yang terukir diwajah, Dayana mengensot menghampiri Ziyad. pinggang lelaki itu dirangkul olehnya. kepalanya direhatkan pada bahu Ziyad.

wajah, Dayana lagutkan, “makasih, abang.”

laju sahaja wajah Ziyad kalihkan. wajah Dayana dipandang tidak percaya. mana tidaknya, gadis itu boleh selamba memandangnya bersama dengan senyuman pada wajah.

Dayana ini sudahlah tidak reti senyum.

“cuba ulang balik ayat awak tadi.” pinta Ziyad── ingin memastikan dia tidak salah dengar.

“ayat apa?” soal Dayana. kekehan kecil mula terbit daripada bibir gadis itu.

seronok dapat menyakat Ziyad.

“ayat tadi.”

“yang mana?”

“ayat terima kasih tadilah.” jelas Ziyad. mata sipit itu bertambah kecil dek kerana lelaki itu memincingkan matanya.

geram betulah dengan budak kecil ini.

“terima kasih, Jie.” ujar Dayana. kekehan ditahan daripada keluar.

“awak sengaja sahajakan, bintang?” soal Ziyad. bibirnya dikemam, geram!

“mana ada. betulah aku sebut macam itu tadi.” tipu Dayana.

“penipu haram betul. sini awak!”

Dayana bingkas bangun. gadis itu mula berlari menjauhi Ziyad. sempat - sempat dia menjelirkan lidahnya kepada si suami.

Ziyad tidak tinggal diam. lelaki itu turut bangun daripada duduknya. susuk tubuh Dayana yang sudah melarikan diri itu dikejarnya.

gadis itu tidak habis - habis mengekehkan tawanya. tombol pintu bilik Ziyad dipulas. seterusnya, daun pintu berwarna putih itu ditolak supaya dia dapat berlari masuk ke dalam bilik tersebut.

grep.

hujung baju Dayana, Ziyad tarik. secara tidak langsung, gadis itu hilang keseimbangan. sempat tubuh Ziyad dirangkulnya. kelopak mata turut dipejamkan.

lelaki itu tidak jauh beza. dia turut kehilangan keseimbangan badan. akibatnya, tubuh Dayana jatuh keatas tilam dengan Ziyad yang berada diatasnya.

kedua - dua belah tangan Ziyad gunakan untuk menampung dirinya daripada jatuh menghimpap Dayana.

perlahan - lahan kelopak mata dibuka. secara tidak sengaja, anak matanya bertemu dengan milik Ziyad.

lama kedua - duanya diam. sepertinya tindakan mereka dipengaruhi oleh suasana keliling mereka.

air liur kesat ditelan paksa. bau yang menguar daripada tubuh lelaki itu sentiasa memainkan peranan. dia suka akan bau lelaki itu.

Dayana menggelengkan kepalanya, laju. dia tidak boleh terus menerus berada dalam keadaan seperti itu. spontan, tubuh kekar itu ditolak kasar. Ziyad jatuh mencium lantai bilik.

auch.” Ziyad mengerang kecil. belakang badannya yang mencium lantai itu, diusap.

sakit.

“ak─aku mahu minum air.”

Dayana bingkas bangun. laju sahaja gadis itu melangkah keluar daripada bilik tidur Ziyad. tidak lupa juga untuk mengatup rapat pintu bilik tersebut.

“gila.” kutuk Dayana. kedua - dua belah pipinya ditekup.

bahang pada wajahnya sudah mula terasa. sama juga dengan keadaan jantungnya. kemain laju lagi organ dalaman itu berfungsi.

kepalanya digelengkan beberapa. gambaran Ziyad yang berada di dalam kepalanya itu ditepis. sungguh dia malu sekarang.

uwan, kakak nak balik kampung. kakak malu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : hehe double update sebab jae rajin
ㅤㅤ <( ̄︶ ̄)>

Continue Reading

You'll Also Like

7.1K 663 31
Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal...
411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
17.8K 518 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...