Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

036

202 32 16
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  HARI INI merupakan hari dimana majlis pertunangan Irisy dilangsungkan.

setelah berperang dengan Ziyad, akhirnya lelaki itu mengalah dan menemani isterinya itu ke majlis pertunangan tersebut.

sebenarnya Ziyad cuma mahu menyakat Dayana sahaja. tak akanlah dia mahu biarkan isterinya itu dengan plus one lain pula. cemburulah dia nanti.

“Juju kata dia jemput ramai budak maktab. secara tak langsung, majlis ini boleh dikira as reunion.” ujar Dayana.

“awak dulu maktab ke?” soal Ziyad.

“ha'ah, dekat Melaka.”

“maktab mana?”

“Tun Ghafar Baba, Jasin.”

Ziyad mengangguk kecil. sejujurnya, dia agak terkejut mendengar nama maktab yang disebutkan oleh gadis itu.

“maknanya pagi tadi itu majlis tunang Irisy? malam ini kira macam majlis reunion pula?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk. majlis tunang Irisy sudah pun berlangsung pagi tadi. malam ini, bakal diadakan majlis makan - makan bersama dengan rakan sekolah lama.

bunyi seretan kerusi mengalihkan perhatian pasangan suami isteri itu. sepasang jantina yang berdiri dihadapan mereka, dipandang.

“hai, Dayana. sini kosong atau ada orang?” soal Juhaina.

gadis itu menoleh kearah Ziyad. wajah si suami dipandang olehnya. tolonglah jawab yang dekat situ ada orang.

“kosong sahaja. duduklah.” pelawa Ziyad.

sontak air muka Dayana berubah. terus kerusinya dirapatkan dengan kerusi milik Ziyad. entah kenapa dia berasa takut ketika itu.

pandangan mata dilarikan. dia tidak mahu bertentang mata dengan Ezham yang berada dihadapannya itu.

bahu Ziyad ditarik. bibirnya dibawa rapat ke daun telinga Ziyad, “boleh tak kalau kita tukar tempat?”

dahi Ziyad berkerut seribu. dia menoleh kearah isterinya yang berada disamping, “kenapa pula?”

“aku tak selesalah duduk sini. cuba kau cari meja lain yang kosong.” ujar Dayana dalam nada berbisik.

“kejap, saya tengok.” Ziyad mula beraba - aba untuk bangun.

lekas lengan lelaki itu tarik oleh Dayana── menghalang Ziyad daripada bangun.

“tengok daripada sini sahaja. janganlah tinggalkan aku.” bisik gadis itu lagi.

Ziyad menguntum senyuman kecil. tangan kekar itu naik mengusap kepala si isteri, “baik, bintang.”

gadis itu hanya diam. suara Ziyad ketika menuturkan ayatnya tadi kedengaran lembut. mana tidaknya, lelaki itu siap mengukir senyum lagi buatnya.

salah tak kalau dia nak angau dengan suami sendiri?

Dayana kembali melepaskan pegangan pada lengan Ziyad. gadis itu mula membetulkan posisi duduknya. telefon pintar yang terletak elok pada meja itu, diambil.

walaupun tiada apa yang menarik untuk dibelek, sekurang - kurangnya dia tidak perlu berbual dengan Juhaina dan Ezham.

so... how's life? ” soal Juhaina. serentak dengan itu, Dayana mengangkat wajahnya.

good. how about you? dah kahwin ke?”

“belum lagi. maybe this year kita orang kahwin. kan, by? ” bahu Ezham, Juhaina senggol.

lelaki itu hanya mengangguk. mengiyakan sahaja apa yang dibicarakan oleh kekasihnya itu.

“Dayana dah habis belajar ke? atau masih belajar lagi?” soal Juhaina lagi.

“belajar lagi. tahun depan baru graduate.”

“so betulah yang you still study medical?

Dayana mengangguk.

“tak ada tempat kosonglah, bintang.” ujar Ziyad daripada tepi.

gadis berambut paras tengkuk itu mencebik. macam mana boleh tak ada tempat kosong pula? punyalah besar dewan ini, satu kerusi kosong pun tak ada.

“tak akan tak ada langsung?” soal Dayana sekali lagi.

“tak ada, bintang.”

boleh tak kalau dia mahu menangis? kenapalah dia perlu semeja dengan dua ekor malaun ini? apalah dosanya sehinggakan kerap bertemu dengan dua ekor itu?

“oh ya, Ziyad. you kerja apa?” soal Juhaina tiba - tiba.

serentak Dayana dan Ziyad memalingkan wajahnya kearah Juhaina.

“kerja biasa - biasa sahaja. im a teacher.”

“really? samalah dengan Ezham kalau macam itu. cuma Ezham ini ada side income lain. dia join ayah dia usahakan restoran.” ujar Juhaina. terselit nada riak disitu.

“baguslah kalau ada side income. ada duit lebih sikit.” tutur Ziyad. tangan lelaki itu naik mengusap tengkuknya, janggal.

“macam mana you boleh kenal dengan Dayana?”

gadis yang disebutkan oleh Juhaina itu berdecit perlahan. banyak pula bunyi perempuan ini.

“kenal - kenal macam itu ajalah. she's a kind person. that's why i fall for her.” ucap Ziyad, ikhlas. bahu isterinya itu dirangkul daripada tepi.

that's so sweet of you. maybe you baharu kenal dengan dia baru - baru ini. cuba kalau you kenal dia daripada zaman sekolah. she's totally changed!

“ya ke? Aya dahulu waktu zaman sekolah macam mana?” soal Ziyad. entah kenapa soalan itu terlintas difikirannya.

“urgh, she's a terrible person. kerja dia keluar masuk bilik kaunseling sahaja. you know? she's have scars on her hand. i pun tak tahu kenapa orang - orang sanggup kelar - kelar tangan ini. disgusting.” ayat Juhaina itu diakhiri dengan kekehan.

Ziyad hanya diam. mendengarkan sahaja cerita yang keluar daripada mulut Juhaina itu. entah betul, entah tidak. nampak daripada gaya macam direka - reka sahaja.

“dahulu Dayana tak macam ini pun. dia gemuk dan berkulit gelap. that's why──

“Jie, boleh tolong jagakan beg tangan saya? saya mahu ke ladies kejap.” pinta Dayana. beg tangannya dihulurkan kepada Ziyad.

selesai menyerahkan beg tangan, gadis itu bingkas bangun. langkahnya dihayun laju keluar daripada dewan besar tersebut.

euw, orang baharu cerita sikit dah merajuk. benda betul kot. i bukannya karang cerita pun.” kutuk Juhaina.

but you are too much, Juhaina. Dayana ada perasaan juga.” sampuk Ezham. lelaki itu bingkas bangun.

langkahnya juga turut dihayunkan keluar daripada dewan besar itu.

“Juhaina, saya minta diri dahulu.” izin Ziyad. lelaki tinggi itu turut bangkit daripada kerusi.

beg sandang Dayana disandang pada bahu kirinya. kaki dihayunkan kearah pintu keluar dewan.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

APA HAK kau mahu burukan aku depan, Jie?” kelutuk Dayana.

biasan wajahnya pada cermin itu dipandang. air mata yang bersisa pada pipi dikesat. Juhaina yang dahulu dan Juhaina yang sekarang sama sahaja.

masih lagi suka memalukan orang dihadapan orang lain.

gadis itu mendengus kasar. daun pintu bilik air dibuka lalu dia melangkah keluar. seketika, perasaan takut menyerang diri.

keadaan lorong diluar sunyi. sudahlah tandas berada agak jauh daripada pintu masuk dewan utama.

waktu datang ke sini tadi tak adalah dia rasa takut sangat. mungkin kerana perasaan marah telah menguasai diri.

tetapi kini, dia mulai takut. dia langsung tidak membawa apa - apa bersama. telefon pintar gadis itu berada dalam beg tangannya. sudah tentu beg tangannya berada pada Ziyad.

nafas ditarik dalam - dalam. kemudian, dihembuskan. chill, Ja. selama ini elok sahaja kau jalan sendiri di medical center. tak ada hal pun. tak akanlah setakat lorong nak ke dewan kau takut?

segaris senyuman dipaksa menghiasi wajahnya. langkah seribu mula dibuka. kakinya berlari laju supaya dapat meninggalkan lorong itu dengan lebih cepat.

grep.

pergelangan tangannya direntap kasar daripada belakang. tubuh kecil itu mula terdorong beberapa langkah kebelakang. spontan Dayana memusingkan tubuhnya.

“Dayana.”

sangkaannya meleset. dia fikir gerangan itu ialah Ziyad. namun orang lain pula yang muncul dihadapannya ketika itu.

pergelangan tangan direntap kasar oleh Dayana. gadis itu mengundur beberapa langkah.

“saya minta maaf kalau yang Juhaina cakap itu menyakitkan hati awak. tolong maafkan Juhaina.” ujar lelaki yang berada dihadapannya itu.

“aku tak kisah pun. lagipun aku sudah lali dengan semua itu. bukan ke kau pun selalu ungkapkan benda yang sama?” sinis, Dayana bersuara.

“Dayana... saya minta maaf tentang itu. saya mengaku yang saya cemburu dengan Rizky. tetapi Dayana perasaan saya pada awak... ikhlas.”

“aku tak kisah dan tak akan kisah. aku dah berkahwin dan aku mahu kau tahu yang aku jauh lebih bahagia dengan Ziyad. jadi berhentilah minta maaf.” tutur Dayana tenang.

Ezham menggelengkan kepalanya beberapa kali. lelaki itu menapak beberapa langkah kehadapan. belum sempat Dayana mahu mengundurkan langkahnya, bahu gadis itu dipegang kasar oleh Ezham.

buk!

spontan penumbuk dilayangkan tepat mengenai wajah Ezham. dia mencuim lantai. pipi yang ditumbuk oleh Dayana tadi dipegang.

“bintang!”

tubuh kecil yang itu dirangkul kemas oleh Ziyad. wajah Dayana dibenamkan pada dadanya. seterusnya, tangan Ziyad naik mengusap kepala Dayana.

dapat dia rasakan dada Dayana turun naik menahan amarah. tangannya turun pada belakang tubuh Dayana. dielus lembut belakang tubuh isterinya itu.

you! how dare you tumbuk Ezham?” tempelak Juhaina. gadis itu mula melangkah menghampiri Dayana.

tubuh Ziyad, Dayana tolak menjauh. lelaki itu ditolak supaya berdiri dibelakangnya.

plak!

sebuah tamparan hinggap pada wajah Dayana. terteleng wajah gadis itu akibat tamparan Juhaina.

“Juhaina──”

tangan didepakan oleh Dayana── menghalang Ziyad daripada menyerang gadis yang berdiri dihadapannya itu.

“kau rasa aku akan bertindak sesuka hati tanpa sebab?” soal Dayana, sarkastik.

of course! kau marah sebab aku cerita tentang kau pada Ziyad kan? tetapi semua itu benar. dia patut tahu perangai ‘kind’ isteri dia.”

and the world need to know your behavior too, Juhaina Raeez.” ujar Dayana. jarinya ditundingkan kearah Irisy.

jelas Irisy sedang memegang sebuah telefon pintar ditangannya.

he touch me, Juhaina! tak akan aku mahu biarkan sahaja dia sentuh aku?”

liar!

he is, Juhaina. kau fikir orang lain tak nampak ke?” sampuk Irisy daripada belakang.

he won't touch her!

“kalau kau pun dia boleh sentuh sesuka hati, tak akanlah dia tak boleh buat benda yang sama pada perempuan lain?” sarkastik Irisy.

“lainlah kalau lelaki itu tak pernah sentuh bukan mahramnya. sudah tentu dia masih punya perasaan malu.” tambah gadis berambut paras pinggang itu lagi.

“semua orang nampak Juhaina. kau sahaja yang masih mahu bela lelaki ini.” Dayana bersuara.

keluhan kecil dilepaskan. nafas berat turut dibuang oleh Dayana.

“aku maafkan kau berdua.”

gadis itu menarik lengan Ziyad. langkah mula dihayunkan. sedikit pun dia tidak menoleh kearah belakang.

dia mahu pulang dan berehat.

Continue Reading

You'll Also Like

27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...
542K 68 1
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...
979 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...