Bintangku

By jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

035

247 38 12
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   PAP!

BAHU kecil itu ditepuk kasar daripada belakang. spontan gadis itu menoleh kebelakang. wajah Ziyad menerpa pandangannya.

“termenung jauh nampak? teringatkan siapa?” tegur Ziyad daripada belakang.

Dayana hanya menggelengkan kepalanya. otaknya kosong. dia pun tidak pasti dengan apa yang difikirkan ketika itu.

“petang ini, awak ada apa - apa jadual? pergi ke medical center ke atau dewan kuliah ke?” soal Ziyad.

sekali lagi Dayana menggelengkan kepalanya.

“awak tak ada idea ke nak ke mana petang ini? saya bosanlah duduk rumah.” gumam Ziyad perlahan.

lelaki itu mula mengambil tempat kosong disebelah Dayana. kepalanya dilentokkan pada bahu si isteri.

“kau ada allergic dengan kucing?” soal Dayana dan Ziyad menggelengkan kepalanya.

“apa kata kita pergi tasik buatan itu petang ini? aku dengar ada festival dekat sana.” cadang Dayana.

“festival apa?”

“tak tahu tetapi ada macam - macam aktiviti nanti.”

Ziyad menompang dagu pada pundak Dayana. wajah gadis itu dipandang daripada tepi, “mana awak tahu?”

“Nur dengan Aidan pergi situ semalam. nampak macam best aja.” jawab Dayana. kekehan kecil kedengaran daripada bibir gadis itu.

“saya ingatkan awak mahu ajak saya ke pet shop tadi.” Ziyad mencebik. kepalanya kembali direhatkan pada bahu si gadis.

“bila pula aku mention pet shop? ” soal Dayana, bingung.

“dah itu, kenapa awak tanya perihal saya allergic kucing atau tak?”

“sahaja.”

“ingatkan nak bela seekor tadi.” cebik Ziyad. lengan Dayana dipeluk daripada tepi.

“nanti ajalah kalau mahu bela. daripada beli dekat pet shop lebih baik kau ambil sahaja street cats. kucing mahal ini leceh kalau mahu bela.”

“mana awak tahu kucing mahal leceh kalau mahu bela? awak pernah bela kucing ke?” soal Ziyad. menarik pula isu kucing ini.

“dekat rumah mama dengan papa ada seekor. nama dia kuah kari. tetapi dia kucing jalanan sahaja. cuma manja. lepas itu mengada dan kuat berak.” cerita Dayana.

senyuman kecil terbit pada bibir gadis itu. tiba - tiba dia rindukan ‘kuah kari’ pula.

“kenapa nama dia kuah kari pula?” lagi - lagi Ziyad bertanya.

“oh, sebab waktu aku fikirkan nama dia, aku tengah sarapan roti canai dengan kari kambing. kalau nak letak kari kambing karang, buruk pula.” jelas Dayana. kedua - dua bahunya dijungkitkan.

“tetapi papa approved apa nama dia.” tambah Dayana lagi.

bertambah lebar sengihan gadis itu. good old days, i guess?

“pelik - pelik sahaja awak ini.” gumam Ziyad perlahan.

dan perbualan mereka tamat disitu sahaja. tiada lagi celoteh daripada kedua - dua manusia itu. hanya bunyi kipas sahaja kedengaran.

“ha!” tiba - tiba sahaja Dayana menegakkan badannya. secara tidak langsung, kepala Ziyad terlorot jatuh.

Dayana menolehkan kepalanya kebelakang. Ziyad yang separa baring sambil menompang wajah menggunakan tangan itu dipandang.

“lagi beberapa hari, Irisy bertunang. teman aku ke majlis dia boleh?” soal Dayana. gadis itu mengubah kedudukannya.

dia duduk bersila disamping sofa berbentuk L itu. tubuhnya dipusingkan menghadap Ziyad yang sudah pun terbaring itu.

“hari apa?”

“Ahad, tetapi jangan risau! bukannya budak sekolah hari Ahad pun.” seloroh Dayana. senyuman senget terukir pada wajahnya.

“boleh ya, Jie?” soal Dayana lagi. matanya dikerdipkan beberapa kali.

Ziyad mencebik. pandangan dibuang kearah lain, “kalau saya kata tak boleh?”

laju sahaja air muka Dayana berubah. wajah cemberut dijadikan reaksi, “kenapa tak boleh pula?”

“sebab tak bolehlah.”

“bolehkan.”

“tak boleh.”

“bolehkan.”

“tak mahu. tak boleh is tak boleh.”

“Ziyadd.” gadis itu mula merengek. tubuh Ziyad digoncangnya.

“iya - iya. boleh, bintang. saya bergurau sahaja.” ucap Ziyad. tiada langsung rasa bersalah ketika menyakat gadis itu.

“tetapi ada syarat.” tegas Ziyad.

tiba - tiba sahaja lelaki itu merapatkan wajahnya dengan Dayana. pipi kirinya ditepuk lembut menggunakan jari telunjuk.

kiss dulu.”

euw, tak mahu!” wajah Ziyad ditolak menjauh. muka meluat ditayangkan kepada lelaki itu.

Dayana turut mengesot beberapa centimeters kebelakang.

“tak mahu kiss, saya tak mahu teman awak.”

wah, ini satu ugutan.

“okay, aku pergi sendiri tetapi jangan tanya kenapa aku masuk dengan lelaki lain as my plus one.” dalih Dayana.

walaupun Irisy tidak memberi tahu perlu membawa plus one, dia tetap mahu memancing Ziyad.

ingat Ziyad seorang sahaja boleh main ugut - ugut? dia pun bolehlah!

“awak itu mahu bercakap dengan lelaki pun takut. tak akanlah nak masuk dengan lelaki asing pula.” tenang sahaja Ziyad menuturkan ayatnya.

dang, he got the point.

“mana ada. aku boleh sahaja pair dengan lelaki lain.”

okay then, cubalah. macamlah saya kisah. dia mampu jadi plus one awak sahaja. dia tak mampu jadi suami awak macam Ziyad Nufa'el.” tutur Ziyad, bangga. dadanya ditepuk.

nadanya kedengaran riak sekali.

“malaslah mahu bercakap dengan kau. aku mahu study. bercakap dengan buku jauh lebih bagus.” akhirnya, Dayana mengalah.

gadis itu menumbuk kuat dada Ziyad. seterusnya, dia bingkas bangun── berlalu kearah bilik belajar. tidak lupa juga untuk menghentakkan kakinya.

ah! nanti difikirkanlah cara lain untuk pujuk Ziyad.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LEPAS INI mahu main apa pula?” soal Ziyad. aiskrim kon milik Dayana dirampas daripada tangan gadis itu.

aiskrim berperisa vanilla itu digigit sedikit oleh Ziyad sebelum aiskrim tersebut dipulangkan semula kepada Dayana.

“tak tahulah. aku cuma mahu tengok festival makanan sahaja. sahaja mahu ambil bau.” acuh tidak acuh sahaja gadis itu bersuara.

“awak nak makan apa? nanti beritahu saya. biar saya belanja.”

Dayana hanya mengangguk. kalau orang dah offer, kita kena terima. rezeki jangan ditolak bak kata Nur.

“nanti kalau ada gerai ayam gunting, kita berhenti situ, ya?” pinta Dayana.

agak lama juga dia tidak makan ayam gunting. craving pula jadinya.

“boleh, bintang.”

gadis itu mengukir senyuman kecil. genggaman pada jari Ziyad dieratkan. keadaan di tasik itu sudah mulai sesak. jadi dia tidak mahu hilang Ziyad.

sudahlah Dayana sejenis yang takut akan kesesakan.

lelaki itu bertubuh tinggi itu hanya diam. pandangannya jatuh pada tangan kecil yang menggenggam jarinya itu. gadis itu hanya menggenggam jari tengah dan jari manisnya sahaja.

mungkin dek kerana perbezaan saiz tangan yang besar. lagian pula, tangan Dayana tidak sampai ukuran separuh tangannya.

tangan lelaki itu ditarik oleh Dayana. Ziyad hanya mengikuti sahaja langkah gadis kecil itu. akhirnya langkah mereka mati dihadapan sebuah gerai.

Ziyad melagutkan kepalanya kearah papan tanda gerai itu. ternyata gerai tersebut ialah gerai ayam gunting yang dimaksudkan oleh Dayana tadi.

lelaki itu setia dibelakang Dayana. sementara Dayana sibuk memesan ayam gunting yang dia mahukan.

seketika kemudian, Dayana memalingkan wajahnya kebelakang. wajah Ziyad dipandang olehnya, “kau mahu ayam gunting juga?”

Ziyad menggelengkan kepalanya. sempat - sempat pucuk hidung gadis itu dicuit olehnya, “tak mahu. kita kongsi sahaja nanti.”

gadis itu kembali memusingkan tubuhnya. selesai membuat pesanan, jari Ziyad kembali digenggamnya. seterusnya, lelaki tinggi itu ditarik supaya mengikuti langkahnya kearah meja menunggu.

“kau tak mahu beli apa - apa?” soal Dayana. dia perasan Ziyad tidak membeli apa - apa sepanjang mereka berada disana.

lelaki itu hanya setia membontotinya kemana - mana sahaja.

“tak apa. nanti kalau makanan yang awak beli tak habis, saya boleh tolong habiskan.”

“belilah sesuatu. aku rasa macam tengah kikis duit kau pula.” gumam gadis itu.

“mana ada awak kikis duit saya. lagipun apa salahnya kalau awak kikis duit saya. awak kan isteri saya. bukannya berdosa pun.”

“tetapi aku rasa bersalah──” ayat Dayana mati disitu. suara seseorang lebih menarik perhatiannya.

“cik, pesanan ini Puan yang duduk dekat meja sana punya. cik kena buat pesanan terlebih dahulu.”

sontak Dayana dan Ziyad menolehkan wajahnya kearah truck ayam gunting tadi. lelaki yang mengambil pesanannya tadi memandang kearah mereka.

terdapat seorang gadis berambut paras bahu dan seorang lelaki berdiri dihadapan truck itu juga.

seperti faham dengan pandangan si pekerja, Dayana bingkas bangun. kaki hayunkan kearah truck tersebut. diikuti dengan Ziyad dibelakangnya.

“ha, ayam gunting ini── Puan ini punya.” ujar pekerja itu. ibu jarinya dihalakan kearah Dayana.

seriously? i dah buat pesanan awal tadi. tak akan pula dia punya?” soal gadis berambut separas bahu itu.

spontan Dayana mengerutkan dahinya. suara ini sepertinya biasa didengari. pantas wajahnya ditolehkan kearah gadis itu.

“Juhaina?”

gadis berambut separas bahu itu menoleh. membulat mata gadis itu apabila melihat susuk tubuh Dayana.

oh my god, it's you Dayana? ” soalnya kepada Dayana.

segaris senyuman diukirkan buat Juhaina, “ya, akulah ini.”

“you buat apa dekat sini?” soal Juhaina. mata gadis itu tertancap pada Ziyad. atas bawah, atas bawah dia menilik Ziyad.

nak repair basikal. tak nampak ke dia sedang angkut basikal ini? detik hati Dayana. namun senyuman masih lagi terukir pada wajah gadis itu.

“tentulah beli ayam gunting. tak akanlah aku nak repair basikal pula hahahaha.” selamba sahaja Dayana menjawab.

“oh, ya tak ya juga kan? hahaha.” gadis itu turut menghamburkan tawa.

“siapa sebelah you ini? i tak tahu pun you ada abang?” soal Juhaina lagi.

“oh, lupa pula nak kenalkan pada kau. abang ini Juhaina, kawan lama saya. Juhaina ini suami aku, Ziyad.” sengaja perkataan kawan lama itu ditekannya.

sejak bila dia berkawan dengan Juhaina pun dia tidak tahu.

oh my── bila you kahwin, Dayana? tak ajak i pun?”

Dayana hanya mengukir senyuman kecil. Ezham yang berdiri disamping Juhaina sempat dikerling, “aku buat kecil - kecilan aja. tak ramai pun aku jemput.”

bukannya tak ramai dijemput. cuma kau sahaja yang tak diundang. kelutuk hati kecil Dayana.

“sampai hati you, ya? kata kawan.” gadis itu mencebik.

Dayana hanya menghamburkan tawa. kemudian gadis itu menoleh kearah pekerja ayam gunting itu, “eh, ayam itu berikan sahaja pada dia.”

bukan Juhaina yang terkejut tetapi Ziyad. laju sahaja lelaki itu menunduk memandang Dayana. biar betul budak kecil ini?

“tak apa ke, Puan?” soal pekerja itu. Dayana mengangguk yakin.

hilang pula selera nak makan lepas jumpa dua ekor malaun ini.

“tak apa. awak bagi sahaja pada dia.” ujar Dayana.

“tetapi bintang... bukan ke awak──”

“tak apalah, abang. nanti kita masak sendiri kat rumah, ya?” bidas Dayana.

senyuman lebar diukirkan buat Ziyad. berkali - kali dia mengangguk kecil supaya Ziyad faham akan maksudnya.

dia. mahu. segera. pergi.

“nanti kita berbual lagi ya, Juhaiana, Ezham? need to go.” izin Dayana.

sempat gadis itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum lengan Ziyad ditarik.

aduhai, apalah dosanya sehingga perlu bertemu dengan dua ekor malaun itu malam ini.

“bintang.” panggil Ziyad perlahan.

Dayana hanya menggumam kecil. pelukan pada lengan Ziyad semakin dieratkan.

“tak apa ke? bukan ke awak nak makan ayam gunting tadi?” soal Ziyad, khawatir.

“tak apa, nanti kita boleh masak dirumah. aku tak kisah pun. benda kecil sahaja.” jawab Dayana yakin.

“aik, hilang dah ‘saya awak’ tadi?” sakat Ziyad.

“gelilah.”

“tadi tak geli pula.”

“tadi itu tadi. sudahlah. aku mahu balik. nak tidur.” ujar gadis itu. lengan Ziyad ditarik.

entah kenapa, pelukannya pada lengan Ziyad terlepas. lelaki itu terlebih dahulu berlari kehadapan.

“siapa lambat, dia kena tinggal!” laung Ziyad yang sudah pun jauh kehadapan itu.

terlopong mulut Dayana mendengarkan suaminya itu.

“hei! mana boleh macam itu! kaki kau panjang bolehlah cerita!”

kurang asam. ini dah dikira sebagai main tipu!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ


ᶻ 𝗓 𐰁 : here's double update for Bintangku. happy 600 readers and 300 votes. makasih semuaa

Continue Reading

You'll Also Like

46.6K 1K 51
ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ 𝚈𝚘𝚞𝚛 𝚟𝚒𝚜𝚒𝚝 𝚝𝚘 𝙹𝚊𝚙𝚊𝚗 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚋𝚎𝚜𝚝 𝚏𝚛𝚒𝚎𝚗𝚍 𝚘𝚗 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚊𝚜𝚝 𝚢𝚎𝚊𝚛 𝚘𝚏 𝚑𝚒𝚐𝚑𝚜𝚌𝚑𝚘𝚘𝚕 𝚕𝚎...
913K 38.7K 91
𝔾𝕒𝕟𝕘 𝔸𝕌 Being a young heiress, Park Soomin is often the victim of many abductions, where she is then exchanged for compensation from her father...
136K 5.9K 36
"ᴵ ᶜᵃⁿ'ᵗ ˢᵗᵒᵖ ᵇˡᵃᵐⁱⁿᵍ ᵐʸˢᵉˡᶠ ⁱᵗ'ˢ ᵃˡˡ ᵇᵉᶜᵃᵘˢᵉ ᵒᶠ ᵐᵉ ⁱᵗ'ˢ ᵃˡʷᵃʸˢ ᵐʸ ᶠᵃᵘˡᵗ" What would do if you decided to run away but you always get caught? We all...