Bintangku

By jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

034

246 38 10
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ TUNGGU CIK abang ke tu, Ja?” tegur Irisy. bahu Dayana dirangkul daripada tepi.

“tak adalah. hari ini aku balik sendiri. sahaja ambil angin dahulu sebelum balik ke rumah.”

“jangan ambil angin lama sangat. takut Naira dengan konco - konco dia datang menyemak.”

seraya dengan itu, Dayana menghamburkan tawanya. lama juga dia tidak dengad cerita tentang Naira. kena telan dengan paus ke?

“biarlah, Naira itu. malas aku mahu ambil tentang dia. lagipun apa dia boleh buat, yang kahwin dengan Ziyad itu aku. bukan dia. jadi tak perlu kot nak terhegeh - hegeh dekat suami orang.”

“cis, lepas kahwin ini aura bini orang terus terserlah.” kutuk Irisy.

“ini ke Jaja yang bising tak mahu kahwin dahulu? tahu - tahu dia kahwin paling awal.” sampuk satu suara.

serentak Irisy dan Dayana menoleh ke samping. susuk tubuh Iman menerjah pandangan.

“yang kau berdua masih lagi tercongok depan pintu masuk kampus ini kenapa?” soal Iman.

“sahaja melepak. kau ini daripada mana? apahal pula budak accountancy ada dekat blok ini?” soal Dayana. suara gadis itu jelas menunjukkan yang dia sedang menyindir.

“oh, aku ada urusan dengan Prof. Dean tadi. itu yang aku datang blok ini.”  jelas Nuriman.

Dayana dan Irisy hanya mengangguk. tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang pertemuan Iman dan Professor Dean.

“eh, ha. minggu depan majlis tunang kau dengan Hazael, kan?” soal Iman tiba - tiba.

“ha'ahlah. aku lupa nak beritahu Jie perihal majlis tunang kau. nasib Iman ingatkan.”

patutlah dia rasa seperti ada yang mahu dikatakan kepada Ziyad. perihal majlis tunang Irisy rupanya.

“datanglah nanti. aku buat dekat rumah ibu. malam itu pula aku buat dekat dewan. time itulah aku jemput budak - budak maktab.”

“kalau aku datang pagi je boleh tak? malaslah nak jumpa budak - budak maktab.” keluh Dayana.

sebenarnya, lebih kepada malas bersua dengan Ezham dan Juhaina.

“ah, kau! jangan nak mengada.”

laju sahaja Dayana mencebik. baru berniat nak larikan diri. tak lepas pula.

“nanti, sehari lepas majlis tunang kau, ada game F1 dengan Sepang. aku ingat nak pergi tengok. kau mahu ikut?” soal Dayana.

“tak mahulah. panaslah kalau duduk sana. kau ajaklah Ziyad pergi Sepang.” tolak Irisy.

“aku mahu pergi tetapi itulah. kalau kau ajak Ziyad, nanti aku jadi nyamuk pula.” Iman pula bersuara.

“alah, jomlah. nanti Hazaen main tahu? bila lagi aku mahu tengok Hazaen main?” cubaan memujuk diteruskan.

“tak mahulah aku tengok Hazaen itu. kau pergilah ajak Ziyad.” tolak Irisy lagi.

entah siapa - siapa sahaja lelaki bernama Hazaen itu. dia kenal pun tidak dengan lelaki yang sering menjadi buah mulut gadis - gadis disekitarnya itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   TOMBOL PINTU dipulas. daun pintu berwarna putih kosong itu ditolak. sejurus itu, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

gelap. satu patah perkataan itu cukup untuk menggambarkan keadaan rumah mereka.

Ziyad belum balik lagi ke? getus hati gadis itu.

kasut berwarna hitam itu ditanggalkan lalu disusun elok pada rak kasut yang berada ditepi pintu. langkah diatur kearah ruang tamu.

single sofa menjadi tempat gadis itu melabuhkan punggungnya. tubuh disandarkan pada sofa itu. kelopak mata turut dipejamkan.

dia penat. hari ini bagaikan terlalu panjang.

kelopak mata dibuka semula. jam di dinding, Dayana kerling. sudah hampir pukul 9 malam. pelbagai persoalan terlintas dalam kepalanya.

kemana Ziyad? mengapa lelaki itu masih belum pulang ke rumah? bukan ke guru boleh pulang lebih awal? sepatutnya Ziyad tiba dirumah lebih awal daripadanya.

tadi pun dia perlu bergegas ke medical center kerana ada urusan. itu yang pulang ke rumah lambat.

keluhan kecil dilepaskan. gadis itu bingkas bangun. bilik tidur menjadi destinasi seterusnya. dia mahu mandi dan keluar bekerja selepas ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ASSALAMUALAIKUM.” SEBARIS ayat itu ditutur perlahan oleh Ziyad.

daun pintu utama rumahnya ditolak. keadaan rumah kelihatan malap. hanya lampu dapur sahaja dinyalakan. manakala ruangan yang lain gelap gelita.

anak matanya jatuh pada rak kasut yang berada disamping pintu. sepasang kasut Converse milik Dayana tiada disitu.

isterinya itu belum pulang ke? motorsikal yang sering ditunggang Dayana juga tidak kelihatan dibahagian parking lot apartment.

kemudian, anak matanya dikalihkan kearah jam analog berwarna hitam yang tergantung elok. jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam.

lelaki bertubuh tinggi itu mengeluh. telefon pintar dikeluarkan daripada poket seluar. kontak Dayana dicari sebelum nombor gadis itu didail.

panggilan tidak berjawab. malah bunyi deringan telefon juga tidak kedengaran dalam rumah itu. maknanya, Dayana tiada di dalam rumah.

beg sandang berwarna hitam itu diletakkan keatas rak kasut. daun pintu kembali ditarik lalu dia melangkah keluar daripada rumah tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ALAMAK JANTAN ini. dimana Dayana berada, disitulah dia bakal muncul. kalau mahu lari, dia sedang bekerja pula.

nasib sahaja Shazreen ada malam ini. tidaklah dia berasa janggal sangat. kalau ada perkara yang pelik berlaku, sekurang - kurangnya Shazreen ada dengannya.

“tadi suami kau call.” ujar Shazreen. telefon pintar milik Dayana ditolak kearah gadis itu.

telefon pintar yang berada diatas kaunter itu dipandang kosong oleh Dayana. tiada sikit pun niat untuk mengambil telefon pintar pemberian Ziyad itu.

“biarlah dia.”

Dayana kembali menghadap tablet yang berada dihadapannya. seperti biasa, dia akan mengulangkaji semula topik yang dipelajari ketika kuliah pagi.

seketika, Dayana mengangkat wajahnya. anak matanya terus bertaut dengan anak mata milik Ezham. gadis itu mencebik. pandangan kembali ditundukkan pada layar tablet.

“kalau nak tanda kertas itu, buatlah cara tanda kertas. muka aku ini ada nampak macam skrip jawapan students dia ke?” omel Dayana, perlahan.

sontak Shazreen menoleh kearah Dayana. gadis itu dipandang bingung, “hah?”

“tak ada apa.”

ting!

bunyi loceng yang tergantung diatas pintu masuk kedai, berbunyi. mata - mata yang berada di dalam kedai itu mula menoleh kearah pintu masuk utama.

kemudian, Shazreen menoleh kearah Dayana. gadis berambut pendek itu sudah pun membenamkan wajahnya pada meja kaunter.

“hoi, laki kau itu.” bisik Shazreen. bahu Dayana disenggol daripada tepi.

“biarkan sahaja dia.”

Shazreen menarik muka masam, apahal dengan love birds baru menetas ini? tak akan baru kahwin dah bergaduh? kelutuk hati Shazreen.

bunyi derapan kaki yang terhasil daripada kasut Skechers Ziyad itu mula memenuhi ruangan kedai. langkahnya diatur kearah kaunter.

kepala Dayana yang tersembam elok pada permukaan kaunter itu dipandang. rasa macam nak cubit - cubit sahaja budak kecil ini. bertuah betul!

“bintang.” panggil Ziyad.

tiada response daripada Dayana. gadis itu masih lagi tidak mahu mengangkat wajahnya.

“bintang.”

“hoi, laki kau panggil itu.” bentak Shazreen. bahu Dayana ditolak kasar daripada tepi. hampir sahaja tubuh kecil itu terdorong jatuh.

nasib sahaja Ziyad lebih pantas menyambut tubuh kecil itu.

Dayana mendengus kasar. gadis itu menoleh kearah Shazreen, “ish, bising ah kau. jangan sibuk hal rumah tangga orang boleh tak?”

Shazreen menjelirkan lidahnya kearah Dayana. apalah masalah gadis disebelahnya ini?

“ha, nak apa?” soal Dayana kepada Ziyad. wajahnya dipalingkan kehadapan. wajah Ziyad dipandang bersahaja.

“nak bawa balik awak.”

“oh, kalau yang itu tak boleh.” ujar Dayana. jari telunjuknya digerakan ke kiri dan kanan.

“kenapa tak boleh pula?”

“sebab waktu kerja aku masih belum tamat.”

pandangan redup diberikan kepada Dayana. wajah gadis itu dipandang lembut, “bintang...”

“tak mahu. kalau kau mahu balik, baliklah sendiri.” tegas Dayana. tangannya dilipatkan ke dada.

“cuba beritahu saya apa lagi yang tertunggak dekat universiti itu? biar saya yang bayarkan.” tutur Ziyad lembut.

dang! he got the point.

“mana ada apa - apa.” tipu Dayana.

“dah itu? apa yang awak nak beli? beritahu saya, biar saya belikan.” ujar Ziyad lagi.

“tak ada.”

okay then, motor awak rosak ke? perlu diselenggara? okay, esok saya teman awak hantar ‘kuda’ itu ke workshop.”

“tak, motor aku elok aja.”

road tax motor awak mati?”

“tak, tak ada apa - apalah! yang kau beria sangat tanya aku ini kenapa?” soal Dayana. habis semua masalah gadis itu, Ziyad teka.

“bukan ke saya kata, tak perlu kerja dah. kalau awak mahukan apa - apa atau ada yuran universiti yang masih belum lunas, beritahu saya. saya boleh tolong lunaskan.”

“aku boleh lunaskan sendiri.” tegas Dayana.

senyuman sinis tersungging pada bibir lelaki itu. kedua - dua belah tangan dilipatkan ke bawah dada, “jadi betulah, ada yuran universiti yang masih belum lunas?”

“mana ada!” dalih Dayana. gadis itu bingkas bangun.

cubaan untuk lari keluar daripada kaunter gagal apabila Ziyad lebih pantas mendepakan tangannya── menghalang gadis itu daripada keluar daripada kaunter.

“tepilah, Ziyad.” bentak gadis itu. namun nada suaranya masih lagi dikawal.

“tak mahu. melainkan awak mahu pulang ke rumah dengan saya.” tegas Ziyad.

gadis itu mengeluh perlahan. wajah Shazreen dipandang sekilas.

sebenarnya dia tidak mahu membiarkan Shazreen bekerja seorang diri malam itu. tambahan pula dengan adanya Ezham pada malam itu, lagilah dia takut.

“nanti Shazreen kerja seorang malam ini. aku risau ada apa - apa yang terjadi nanti.” ujar Dayana perlahan.

“tak apalah, nanti aku call Omar. suruh dia datang malam ini.” Shazreen bersuara. senyuman kecil dikuntumkan buat Dayana.

“betul ini?” soal Dayana dan Shazreen mengangguk.

call Omar cepat. nanti dah confirm baru aku pulang ke rumah dengan Ziyad.” putus gadis itu.

kemudian, wajahnya ditolehkan kearah Ziyad. muka tidak puas hati diberikan kepada lelaki itu.

“tepilah!” tubuh Ziyad ditolak kasar. selepas mendapat sedikit ruang untuk keluar, gadis itu meloloskan dirinya. langkah diatur kearah rak makanan.

beberapa jenis kudapan yang tersusun pada rak itu diteliti oleh Dayana. selesai menilik, kepingan kentang berjenama Mister Potato diambil.

langkahnya kembali diatur kearah kaunter. sebekas kepingan kentang itu diletakkan keatas meja kaunter.

“tolong kirakan.” pinta Dayana bersama dengan sengihan.

gadis bertudung bawal itu berdecit perlahan. kepingan kentang milik Dayana dikira lalu dihulurkan semula kepada gadis tersebut.

“lima ringgit setengah.”

baru sahaja Dayana ingin mengeluarkan beg duit, Ziyad terlebih dahulu menghulurkan sekeping not duit berwarna merah.

langsung tak jadi dia mahu mengeluarkan beg duitnya. tak apalah, orang kata rezeki jangan ditolak.

“tak apa, baki itu simpan.” tutur Ziyad.

Shazreen mengangguk kecil, “aku dah call Omar. nanti sepuluh lagi dia sampai.”

“kau nak aku tunggu atau──”

“berambus cepat. shuh shuh, pergi balik dengan suami kau. aku yakin, kalau kau keluar, Ezham pun mesti keluar.” halau Shazreen.

Dayana hanya berdecit perlahan. Mister Potato yang berada diatas kaunter itu diambil. kemudian, dia menoleh kearah Ziyad yang berada disamping.

“terima kasih.” ucap Dayana, ikhlas.

my pleasure, bintangku.”

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 111K 62
➳ Mafia/Gang au ➳ "You're too innocent Areum, I'd ruin you."
649K 25.6K 76
» college au ❝ Our moments don't fade away ❞
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
2M 87.9K 54
☆Soulmate au ☆They were fated together Cover by @lor-beer