Bintangku

By jaeryana

16.8K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

032

268 36 23
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KUNCI MOTOR yang tergantung elok pada tempat khas kunci itu diambil. belum sempat tombol pintu dipulas, suara Ziyad terlebih dahulu menerjah telinga.

Dayana memusingkan tubuhnya. lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya itu dipandang.

“nak ke mana?” soal Ziyad. jam di dinding, dia kerling.

“kerja.”

“tak perlulah. lepas ini awak berhenti sahaja kerja.” tegas Ziyad. pergelangan tangan Dayana ditarik supaya mengikuti langkahnya.

tubuh kecil itu ditolak lembut kearah sofa. kemudian, ruang kosong yang berada disamping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh.

“kalau awak nak apa - apa atau ada kehendak, beritahu saya. saya boleh belikan atau tunaikan. tak perlulah buat kerja sambilan lagi.”

Dayana menggumam perlahan. sebenarnya dia segan mahu meminta pada Ziyad. tak kisahlah suami ke keluarga ke, dia tetap segan mahu meminta.

“aku tak mahu menyusahkan kau. aku boleh belanja sendiri.” cantas Dayana.

“bintang....” kedua - dua belah bahu Dayana dipegang lembut oleh Ziyad. tubuh si isteri dipusingkan supaya menghadap kearahnya.

pandangan redup diberikan kepada si gadis.

“berhenti berlagak kuat, bintang. mungkin dahulu mama dengan papa tuntut awak untuk jadi sempurna sehinggakan awak perlu kelihatan serba boleh dihadapan semua orang.”

“tetapi bintang... sekarang awak ada dengan saya. berhentilah berlakon dan berlagak kuat bila berada dekat dengan saya. jadilah diri awak sendiri. bergantung pada saya, mengadu, bercerita dan bergurau senda dengan saya.”

“saya suka bila awak bersikap manja dan mengada. that's mean awak selesa berada disekitar saya.” ucap Ziyad panjang lebar.

wajah Dayana yang berada dihadapannya ditatap terus. tiada sebarang reaksi daripada wajah gadis itu. seketika kemudian, wajahnya dilagutkan.

gadis itu memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Ziyad, “aku perlukan sedikit masa untuk selesa bercerita. aku──”

Dayana jeda. kepalanya ditundukkan. entah kenapa ayat yang ingin diungkapkan seterusnya terasa berat.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“dia pernah ungkapkan perasaan suka pada awak?” soal Nuha.

Dayana menggelengkan kepalanya. sontak dengan itu, sepasang mata kecil itu membulat. dia faham akan makna disebalik ayat Nuha itu.

“dia── tak akanlah...”

“sekarang fahamkan maksud saya? dia tak pernah sukakan awak. oleh sebab itu, dia tak pernah ungkapkan perasaan dia pada awak. dia cuma cemburu lihat kawan - kawan dia ada pasangan sedangkan dia masih lagi tiada pasangan.” jelas Nuha. sedikit pun tiada rasa bersalah pada wajah gadis cantik itu ketika menuturkan ayatnya.

“oleh sebab itu juga dia tak suka dengarkan awak. saya tahu awak ada pelbagai cerita yang mahu diceritakan kepada Ezham tetapi dia tak mahu dengar, kan?”

Dayana hanya diam. walaupun daripada mula dia sudah mengagak semua ini bakal berlaku tetapi dia tidak menyangka semuanya bakal berlaku secepat ini.

“dia juga ada mengadu pada saya tentang penampilan awak. awak gemuk dan kulit awak gelap. katanya, tak cantik.” tambah Nuha lagi.

lagi - lagi hatinya terasa seperti dicarik - carik. sakit mendengarkan semua kebenaran yang keluar daripada ulas bibir Nuha.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“bintang? hei, kenapa ini?” soal Ziyad khawatir.

kedua - dua belah pipi Dayana dipegang lembut. wajah gadis itu diangkat supaya memandang kearahnya.

tangan kekar milik Ziyad ditepis lembut. air mata yang jatuh pipinya itu dikesat kasar. terus gadis itu bangun.

“a─aku mahu tidur. kau jangan tidur lewat.” ucap si gadis. kaki mula dihayunkan kearah bilik tidur.

daun pintu dibuka lalu dikatup semula apabila dia berjaya melangkah masuk ke dalam bilik. keluhan kecil terlepas daripada bibirnya.

seburuk itukah dia dimata orang sekelilingnya?

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ISI LACI yang berada diruang tamu, Ziyad selongkar. kunci pendua bagi bilik tetamu dicari oleh lelaki tinggi lampai itu.

hampir sepuluh minit juga Ziyad mencari kunci pendua tersebut. namun langsung tidak dijumpai. entah mana dia letak pun dia tidak pasti.

keluhan kecil dilepaskan. langkah mula diatur kearah bilik tidurnya. kali ini, dia akan cuba mencari kunci tersebut dalam biliknya pula.

mana tahu kunci itu ada dalam bilik tidurnya. maklumlah, pelupa itukan antara sifat manusia. kalau bukan manusia, lain ceritalah.

selesai mencari, Ziyad mengambil jeda sebentar. lelaki itu duduk pada birai katilnya. kemudian, seekor beruang coklat menarik pandangan matanya.

senyuman kecil terbit pada wajah kacak Ziyad. patung beruang yang berukuran 100 centimeters itu, diambil. idea nakal menerjah masuk ke dalam akalnya.

Ziyad memeluk erat patung beruang bernama Jamal itu. lelaki itu bingkas bangun lalu berjalan kearah bilik tetamu. daun pintu berwarna putih itu, dia ketuk.

tiada balasan daripada Dayana. sekali lagi Ziyad mencuba nasib dan balasannya tetap sama. gadis itu langsung tidak menyahut.

“bintang, Jamal awak ada pada saya ini.”

dia tahu yang Dayana tidak boleh tidur tanpa patung beruang itu. harap - haraplah isterinya itu bakal membuka pintu buat mengambil Jamal semula.

klak.

tombol pintu dipulas. namun hanya sedikit sahaja gadis itu menarik daun pintu. wajah Dayana turut tidak dapat dilihat dengan jelas oleh Ziyad. hanya tangan sahaja yang terjulur keluar daripada celah pintu.

“bak sini Jamal itu.” pinta Dayana. suara gadis itu kedengaran terendam.

senyum kecil dikuntumkan. rencananya berjaya! laju sahaja tangan Dayana ditarik oleh Ziyad. secara tidak langsung, gadis itu terdorong keluar daripada bilik tetamu itu.

“Jie!”

lelaki itu terkekeh perlahan. pintu bilik tetamu terus dikatup rapat. pegangan pada lengan Dayana semakin dieratkan.

langkah mula dibuka. tangan gadis itu ditarik supaya mengikuti langkahnya. selesai berjaya membawa Dayana masuk ke dalam bilinya, pintu bilik terus ditutup. tidak lupa juga buat mengunci pintu tersebut.

“berdosa tahu tidur asing dengan suami tanpa sebab? awak nak dosa itu mengalir sepanjang kita berumah tangga ke?” soal Ziyad. wajah yang berada dihadapannya itu dipandang lembut.

Dayana menggumam kecil. patung beruang yang berada dalam dakapan Ziyad, dia rampas kasar. sejurus itu, cubaan untuk melarikan diri bermula.

cubaannya gagal apabila Ziyad lebih pantas mendepakan tangannya. laluan gadis itu berjaya dihalang.

“ha, tengok itu.” kelutuk Ziyad.

“tepilah, Jie.”

“tak mahu.”

“tepilah.”

“tak mahu.”

“sekali lagi, Jie. tolong ketepi.”

“tak mahu, tak mahu dan tak mahu.”

“habis, apa yang kau mahu?” bentak Dayana. wajah Ziyad dipandang tidak puas hati.

“perempuan pendek memang degil ya? sudahlah pendek, ego tinggi pula. padanlah pendek, terbeban dengan ego rupanya.” kutuk Ziyad. lelaki itu bercekak pinggang. wajah Dayana turut dipandang tidak puas hati.

“hei! apa bezanya dengan kau? badan sahaja tinggi, tetapi hati kecil. bawa basikal pun tak reti.”

Ziyad mati kata. dia tidak tahu ingin membalas apa pada gadis itu. Dayana sudah pun meludahkan fakta yang bagus. jadi, dia kehabisan kosa kata untuk membidas si gadis.

“sudahlah, ke. te. pi!”

“tak. ma. hu!”

terus tubuh kecil itu dicempungnya. gadis yang berada dalam dakapannya yang sedang memberontak itu dibiarkan sahaja.

perlahan sahaja tubuh Dayana diletakkan keatas katil. seterusnya, selimut tebal yang berada diatas katil Ziyad gunakan untuk menyelubungi tubuh kecil itu.

“Jie, lepas! rimaslah!”

rungutan Dayana itu dibiarkan sepi.

selesai menyelubungi Dayana, dia baring disamping si isteri. tubuh munggil itu didakap erat. dibiarkan sahaja Dayana yang masih memberontak itu.

“saya bukannya makan orang pun, bintang.” keluh Ziyad. pelukan pada tubuh Dayana semakin dieratkan.

“memanglah kau tak makan orang tetapi potensi untuk kau makan── humphh humph!”

tangan besar itu menekup kasar mulut Dayana. banyak pula bunyi budak kecil ini. gigit karang baru tahu.

“tidurlah, bintang. saya mengantuk ini.”

“tidurlah! tak ada siapa nak marah.” cebik Dayana.

“macam mana saya nak tidur kalau awak memberontak? cuba baring diam - diam sahaja.”

“kau tidurlah. aku mahu keluar. kipas dengan lampu bilik tetamu pun belum tutup lagi.” dalih Dayana. gadis itu masih lagi mencari alasan.

“esok saya tutuplah.”

“membazir bil elektrik, Jie.”

“tak apa, bukannya awak yang bayar bil.”

“Jie!”

Ziyad kembali membuka kelopak matanya. wajah Dayana dipandang kecil. sungguh dia sudah mulai ngantuk ketika itu.

“tidurlah, bintang. esok kita sambung bergaduh lagi.” tutur Ziyad perlahan. pelukan pada Dayana semakin dikemaskan.

“aku rimaslah, Ziyad.”

“tak mahu, nanti esok pagi entah kemana hilangnya awak.”

“Jie──”

“iya, iya. saya buka. kejap.” akhirnya, Ziyad mengalah.

pelukan diantara mereka dileraikan. lelaki bertubuh tinggi itu membantu Dayana melepaskan selimut yang terlilit pada tubuh gadis tersebut.

selesai membuka lilitan itu, selimut ditebarkan supaya tubuh kedua - duanya dapat ditutupi dengan selimut.

“jangan peluk. letak Jamal dekat tengah - tengah.” tegas gadis itu. patung beruang berwarna coklat itu turut diletakkan diantara Ziyad dan dirinya.

Ziyad mengangguk kecil. dia terlalu mengantuk untuk beradu mulut dengan isterinya itu. pada penghujung cerita nanti, pasti Dayana akan menang juga.

Continue Reading

You'll Also Like

36K 781 16
I've discontinued this story because of writer's block and because I've lost the book with all my planing for this book If you would like to rewrit...
46.6K 1K 51
ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ 𝚈𝚘𝚞𝚛 𝚟𝚒𝚜𝚒𝚝 𝚝𝚘 𝙹𝚊𝚙𝚊𝚗 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚋𝚎𝚜𝚝 𝚏𝚛𝚒𝚎𝚗𝚍 𝚘𝚗 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚊𝚜𝚝 𝚢𝚎𝚊𝚛 𝚘𝚏 𝚑𝚒𝚐𝚑𝚜𝚌𝚑𝚘𝚘𝚕 𝚕𝚎...
44.5K 1.6K 19
Celestina Ashdown is a side character in the novel "The Prince Lives For Me". She's the character that Liliana love the despite being a side characte...
2.1M 54.7K 14
"fuck you" "fuck me" "w-what?" *smut* short chapters but that's the style of the book.