ZAR

Od tihatti

276K 18K 2.4K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... Více

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42

BAB 16

6.2K 448 70
Od tihatti

Hello

Saat suara itu terdengar di cuping telingaku, Aku merasa kaku. Seolah-olah adanya magik yang mampu membuatkan sekujur tubuh ini merasa longlai. Suara pula terasa tersekat di kerongkong. Apa yang tidak kena dengan engkau Adwa Naila? Tadi bukan main gatal lagi hendak menelefon dirinya, sudahnya bila Zar membalas panggilan, Aku pula yang terasa kaku seperti patung cendana.

“ H...hell...hello” Tersekat-sekat Aku menjawab salamnya.

“Pasaipa Cik Adwa saya ni call tengah-tengah malam?” Suara garau itu bertanya.

Ahh sudah Aku hendak jawab apa ini?, Takkan la hendak mengadu bahawa Zafran meninggalkan Aku seorang diri petang tadi? Zar Uzair ini bukanya konsultan hal cinta. Dia hanya sahabat yang tidak sengaja melangkah masuk dalam kamus kehidupan Aku. Hentam sahajalah Adwa Naila.

“Saja saya call awak, lagipun awak yang bagi nombor dekat saya kan, Awak sendiri yang cakap boleh call awak anytime saya nak”

“ Hahahahaha” Ketawa nya di hujung talian, Dapat Aku tangkap ketawa halusnya, Aku kerutkan kening, betul lah Apa yang Aku tuturkan, Dia sendiri yang beritahu hari itu.

“ Perempuan memang tak mau kalau kan?’

“Dah betul awak cakap macam itu, kalau awak tak suka, sekarang ini jugak saya letak call” Ugutku, namun tidak sampai beberapa detik pantas sahaja dia mencantas suara Aku.

“Ehh hang ni, tak boleh melawak langsung, sensitif sungguh la. Aku gurau ja pun, haa cepat gitau pasaipa hang call Aku, pukul sebelas lebih dah ni oii Cik Adwa’

Itu. Dia sudah mula membebel, kalau diberikan kesempatan oleh tuhan, ingin sahaja Aku lumurkan sambal ataupun cili, biar mulut itu berhenti daripada potpetpotpet walaupun hanya untuk satu hari.

“ Saja nak tanya khabar, awak sihat ke?’ Soalku padanya.

“ Awat, hang risau kat cheq ka? Uishh terharu sungguh la ada marka lawa duk pikiaq kat cheq”

Aku gulingkan mata ke atas. Malam-malam pun masih lagi dengan perangai sengalnya.

“ Tak, saya langsung tak fikirkan awak, saya tanya sebab saja-saja, Tak ada maknanya saya nak risaukan awak, awak bukanya boyfriend saya pun”

“Hang yakin?” soalnya dengan nada sinis.

Aku bawa badanku ke arah meja solek, lalu dilabuhkan punggung di situ, Sebelah tangan mula mencari produk skincare dan sebelah tangan lagi masih erat memegang telefon pintar di telinga. Soalan daripada Zar membuatkan Aku juihkan bibir.

“Iyalah Zar oii, dah kenapa awak soal saya macam itu pula?”

“Kita ni tak tau perancangan tuhan lagumana, buatnya tuu hang punya laki nama apa? Zaw? Zaq? Zoq? Pasai la nama macam mana pun kalau tuhan cakap dia bukan ditakdirkan untuk hang? Hang nak kata apa?”

Soalan daripada Zar membuatkan tangan yang ralit mencari sesuatu terhenti. Benar, sejak kebelakangan ini Aku dan Zafran banyak bergaduh, walhal ianya hanya disebabkan perkara yang remeh temeh. Hati yang mula berdetak laju cuba untuk ditenangkan. Aku telan air liur namun nada suara masih cuba dikawal.

“ Habistu kalau bukan Zafran siapa yang nak jadi lelaki saya? Awak cuba bagitahu”

Aku ambil botol mineral lalu dibuka dan diteguk rakus. Niat Aku menelefon dirinya untuk menenangkan hati, namun makin panas pula Aku rasakan. Zar pun satu, langsung tidak memahami hati  perempuan.

“ Laa hang duk buat kalut pasaipa, takyah buat kepala pening Aku kan ada, hang cakap ja bila hang nak, la tu jugak Aku pi kat hang.”

Terus tersembur air yang diminum. Cepat-cepat Aku ambil tisu lalu mulut dilap. Aduh sakit kerongkong dibuatnya. Sungguh, Zar ini lelaki yang terlalu overconfident.

“ Hang ok dak?’

“Awak laa, nak buat jenaka pun agak-agak la, saya dengan awak? Memang tak lah”

Hampir sahaja Aku keluarkan kata makian terhadap dirinya. Hendak bergurau tidak kena gaya si Zar Uzair ini.

“ Laa betul la apa hat Aku cakap hang ngan Aku sesuai apa, hari-hari hidup hang ceria, takdak stress, Aku ni handsome, kerja pun bagus, perangai pun elok, akhlak, bukan cheq nak puji la, tapi setakat ni Alhamdullilah, ibarat Aku ni macam Mr Perfect 10, hang nak apa lagi?”

Aku hemburkan tawa hinggakan ada air mata yang mengalir dari tubir mata. Aduh senak perut dibuatnya, bukan main melambung lagi dia memuji dirinya. Bukan main susah lagi hendak berjumpa manusia yang suka memuji kelebihan diri di hadapan insan lain tanpa rasa malu, tapi Zar Uzair ini dengan lagak selambanya, malah dengan nada bangga pula itu.

“ Awak angkut bakul sendiri ke?”

“ Laa pasaipa nak angkut bakul, Aku bagitau hang semua tu fakta tau, fakta bukan auta, buat apa aku nak bohong hang?’

“ Dah la Zar, lagi lama saya layan awak, lagi sakit perut saya sebab tergelak”

Ayat Aku jeda seketika, baru teringat sesuatu. Alang-alang Aku sudah menjemput Dahlia, tidak salah kan Aku menjemput dirinya juga.

“ Zar” panggilku

“ Hmm?”

“ Sebelum saya terlupa, sebab dah alang-alang call awak ni kan, saya nak jemput awak datang ke majlis pertunangan saya awal bulan depan, saya ada ajak Dahlia juga, kalau awak segan, Awak boleh datang dengan dia, nanti saya bagi location dengan invitation letter”

Namun yang terdengar di hujung talian hanyalah desahan nafas, Ehh dia ini dengar atau tidak suara Aku tadi.

“ Hello Zar, awak dengar tak ni?”

“ Haa, Aku dengar Cik Adwa oii, Insyallah kalau Aku tak sibuk Aku mai, dah lewat ni, hang tak mau letak call ka?”

Aku kerling jam di dinding, patutlah dia berkata sudah lewat, jarum jam hampir mencapai angka dua belas malam, tidak terasa masa berlalu apabila berbual denganya. Tidak dinafikan, berborak bersama Zar sedikit sebanyak dapat melegakan rasa kurang enak di hati, seolah dia adalah tempat  yang menyamankan untuk berbicara.

“ Saya letak call dulu, awak datang tau nanti sebab saya dah jemput awak ni, Assalamualaikum”

“ Aku janji Aku mai, bila ja masa Aku mungkir janji ngan hang?

"Waalaikumussalam”

Lalu panggilan telefon itu diputuskan. Aku senyum kecil, terasa segala masalah dan perasaan negatif sudah hilang entah ke mana. Aku letakkan telefon pintar di almari kecil sebelah katil, lalu ditarik gebar selimut menutupi tubuhku. Mata mula terasa mengantuk dan lama-kelamaan Aku hanyut dibuai mimpi.

Waalaikumussalam Cik Adwa sayang”

Balasnya perlahan seolah-olah wanita itu masih mampu mendengar ucapan sayang yang dituturkan walhal dia tahu panggilan telefon itu sudah diputuskan.

Dia hela nafas panjang lalu dibawa langkah menuju ke luar biliknya, kawasan itu sudah sunyi, kalau ada pun hanya beberapa kerat anggota yang masih sibuk melaksanakan tugas. Lalu dia berhenti pada tembok batu yang sederhana tinggi yang memisahkan laut dan pangkalan mereka. Dilangkah ke atas lalu dihenyak punggung nya di kawasan rata atas tembok itu.

Zar pandang ke hadapan, terasa wajah ditampar lembut oleh bayu laut, langit malam menghiasi segenap permandangan di hadapanya. Sekali lagi dia hela nafas yang panjang. Seolah-olah adanya beban di bahunya.

Saya jemput awak ke majlis pertunangan saya, Awak mesti datang tau”

Kata-kata daripada Adwa bermain di kotak fikiran. Dia sangka dia mampu untuk menjadi laki-laki teruntuk Adwa, namun siapa sangka, wanita itu sendiri yang menjemput nya ke majlis pertunangan dengan lelaki yang bernama Zafran itu.

“ Hang memang leceh la Zar” gumamnya perlahan.

Tidak kah Adwa tahu yang dirinya sudah terjatuh cinta dengan wanita itu. Bukan sekali, namun berkali-kali dia memberikan petunjuk kepada wanita itu. Namun masih tidak difahami, malah dia berikan nombor dirinya kepada Adwa, tetap sahaja wanita itu tidak dapat menangkap inti pati hatinya.

“ Hang kan orang luar, lainlah kalau hang dah jumpa dia lama, ni mak pak dia pun hang tak kenal, ada hati nak kahwin dengan dia, pirahh”

Dibuka tin minuman lalu diteguk air gas itu. Zar senyum senget.

"Hang ni mimpi tinggi sungguh la Zar, Ada hati nak gantikan tempat boyrfriend dia tu? Dalam mimpi pun belum tentu la Zar, dia baru kenai hang sebulan, si Zaf tu bertahun-tahun Zar” katanya perlahan, menyinis dirinya sendiri.

Hakikat yang perit dia harus terima. Hati sudah terlalu suka, namun dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memiliki Adwa Naila.

Langit malam yang gelap, hanya disimbah dengan cahaya purnama sedikit sebanyak menyamankan dirinya, Ketawa lemah dia hemburkan. Biarlah orang lain katakan dia angau atau tenggelam dalam cinta yang tak pasti, selama ini tidak pernah walau sekali hati dia tertarik dengan mana-mana wanita, namun saat ini yang dia inginkan hanya satu, Adwa Naila.

“ Ya tuhanku, serkiranya dia memang ditakdirkan untuk diriku, maka jadikanlah dia satu-satunya Hawa untukku dan Aku adalah Adamnya, namun serkiranya dia milik insan lain, Aku pinta padamu, buanglah perasaan ini, lemparkanlah ia ke dalam jurang yang paling dalam” Doanya dalam hati.

Benar, itu yang terbaik, dia serahkan sepenuhnya pada Tuhan. Antara dia dan Adwa, biarlah masa yang menentukan, namun serkiranya dia diberikan kesempatan, Akan dia kejar cinta wanita itu hingga dia memilikinya.

Kerana hatinya sudah terlalu cinta. Cinta yang membahagiakan dan meyesakkan jantung nya.

Tuan, family tak mai ka?”

Soalan daripada Arthar menyebabkan Zar bawa tatapanya menghadap sahabat yang satu itu. Dia pamerkan senyuman manis lalu dia gelengkan kepalanya, Tanganya masih ralit mengilat kasut kulitnya,

“ Macam biasa la Arthar, mami kat Penang tu bukanya larat mana, takmau la Aku susahkan dia, Si Dahlia tu pun baru ja habis belajar, tengah cari kerja partime la ni, hang bukan tak tau” balasnya perlahan.

“ Ayah tuan masih sama?”

Arthar ambil tempat di sebelah Zar, jelas mata itu terbias rasa kasihan pada nasib insan sebelahnya ini. Zar Uzair, pada sesiapa yang tidak mengenali lelaki ini sedalamnya, mereka akan sangka bahawa dia adalah lelaki yang periang orangnya, namun pada hakikatnya dia adalah lelaki yang terlalu memendam kesemuanya.

Macam sekarang.

“ Hang tau lah Pak Aku tu lagumana, Aku sendiri pun hilang akal dah haih tak tau nak buat apa”

Arthar mengangguk faham, dapat dia tangkap senyuman kecil di hujung bibir Zar. Ditepuk bahu kawanya itu perlahan.

“ Saya ni tak lah pandai nak bagi nasihat, sebab diri saya pun kadang-kadang biul jugak, tapi saya nak Tuan tahu satu perkara”

Zar kerutkan kening, perhatian yang tertumpu pada kasut yang digilap terhenti, kening ternaik sebelah menunggu ayat seterusnya yang bakal dituturkan Arthar.

“ Al-Baqarah ayat 286, Allah berfirman bahawa DIA tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Saya tak boleh cakap yang saya faham perasaan tuan sebab saya tak duduk dekat tempat tuan, tapi saya nak tuan tahu bahawa ujian yang tuan sedang hadapi sekarang ini Insyallah ada hikmah, ada sebab kenapa Allah uji tuan macam ni, saya cakap macam ni sebab saya tahu, Tuan ni kuat”

Terpampang seketika Zar, lama dia berkeadaan sebergitu sebelum dia ukirkan kembali senyuman semanis gula, dipeluk seketika tubuh Arthar dan dia lepaskan,

“ Hang memang kemaih ustaz” pujinya lalu kasut kulit yang sudah siap digilap diletak tepi, dia pandang semula ke arah Arthar.

“ Yang hang duk tanya Aku family aku mai ka dak, hang punya family mana?’

“ Sebab ni la Saya datang dekat tuan, jom mai ikut saya”

Sekali lagi kening Zar berkerut,

“ Hang nak suruh Aku pi mana pulak dah?”

“ Hari ni Tuan jadi family saya, jom mai lepak dengan kami, Ummi dengan Walid saya ada bawa makanan lebih dekat tuan, lagipun tak best kalau kami bertiga aja, Tuan pun dah dikira sebagai sebahagian daripada keluarga saya, Ummi saya tu ha asyik bertanya dekat saya tuan macam mana, khabar baik ke tak, lagi senang kalau tuan jumpa ummi saya sendiri, boleh borak panjang-panjang nanti”

Tersentuh Zar dibuatnya, sepanjang dia berkhidmat sebagai anggota tentera laut diraja ini, jarang sekali malah boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja Ibu terutamanya ayahnya datang menjenguk dirinya.

“ Betul ni, family hang tak kisah ka?’

“ Laa, nak kisah pasaipa pulak Tuan, depa yang ajak Tuan, cepat-cepat satgi Walid saya beletiaq sebab kita lambat”

Arthar sengih lagi, ekor matanya mengisyaratkan supaya Zar cepat mengekori dirinya. Zar gelengkan kepala perlahan. Betul, memang dirinya diuji dengan insan yang dia sayangi, namun Tuhan juga kirimkan orang yang baik di sekeliling dirinya. Lantas dibawa langkah kakinya mengekori Arthar yang sudah jauh di hadapan.

“ Ummi, Wallid, cuba tengok siapa yang Arthar bawa ni”

Sapaan daripada Arthar menyebabkan Puan Fatimah dan Tuan Khalish memandang ke arah anak lelaki mereka. Satu-satunya anak tunggal yang mereka ada. Zar di belakang sudah tersipu malu. Segan kerana menumpang kasih sayang daripada keluarga lain.

Kalau Arthar tidak mengajak dirinya tadi, memang confirm dia akan keseorangan.

“ Makcik, pakcik...” sapa Zar dengan senyuman terlebih gula, tangan menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Perasaan segan mula menebal di dalam diri.

“ Laa hang ka Zar, lama sungguh makcik tak tengok, hang sihat ka?’ Soalan daripada Puan Fatimah dibalas dengan anggukan.

“ Macam biasa la makcik, kalau tak kat sini, saya balik rumah opah” balasnya perlahan. Tangan Tuan Khalish digapai lalu disalam. Tidak disangka salamanya itu akan dibalas dengan pelukan daripada Tuan Khalish, bahunya ditepuk-tepuk lembut.

“Haa, alang-alang hang dah kat sini, tuu hang tengok makcik hang bawak bekal apa, punya laa dia bangun awal pagi duk  tongtang dekat dapur, masak lebih sikit sebab Arthar bagitahu yang hang pun ada sekali, pakcik pun tak tau laa punya la banyak sampai pakcik takut tak celuih dalam kereta”

Arthar siku perlahan pinggang Zar, dengan nada yang melawak dia berkata,

“ Tuan, nampaknya Tuan dah rampas takhta saya sebagai anak tunggal, mulai sekarang saya kena panggil tuan Abang ka?”

“ Abang tengkorak hang” Lagi galak Arthar ketawa. Ditolong bapanya untuk menghampar tikar.

Nasib sahaja rumah orang tua nya tidak jauh daripada pangkalan dia bekerja, bila ada masa yang terluang Puan Khadijah dan Tuan Khalish memang akan menjenguk dirinya dan bertanya khabar. Dikerling sekilas ke arah Zar, sedang ralit berbual dengan umminya.
Arthar ukirkan senyuman, bukan setahun namun bertahun lamanya Zar menahan rasa di hati akibat layanan bapanya. Jadi Arthar rasakan, ia adalah satu tanggungjawab bagi dirinya untuk tidak membiarkan Zar merasa lelah seorang diri, hanya ini yang dia mampu lakukan, merapatkan hubungan kedua orang tuanya dengan Zar. Setidaknya lelaki itu tidak merasa keseorang.

“ Haa haritu Arthar ada bagitahu dekat makcik yang Zar mengidam nak makan gulai rebung kan? Nasib baik dekat belakang rumah ada, alang-alang tu makcik ambil la buat gulai buh sekali dengan udang, Arthar ni dia jenis macam mana pun takpa, sumbat ja semua, janji bukan kayu batu”

Puan Fatimah hulurkan satu mangkuk tingkat kepada Zar, dalam itu sudah siap berisi nasi putih, ulam-ulaman dan gulai rebung, Zar telan air liur, lambat-lambat dia menerima pemberian Puan Fatimah.

“ Saya...lain kali makcik toksah la susah payah laguni, segan saya lagipun saya ni bukanya keluarga makcik pun, saya...tak tahu nak balas apa”

Jujur dirinya. Terasa bahu dipegang oleh seseorang. Zar toleh wajahnya dan dia lihat muka redup Tuan Khalish.

“ Kami tahu, Arthar dah bagitahu kami semuanya, kalau Zar rasa Zar tiada tempat nak meluah, Pakcik dengan Makcik ada, Arthar ni pun bukan setahun dua berkawan dengan kamu, dah lama kan”

“ Betul, memang kita ni tak ada pertalian darah, tapi dalam Islam kita saudara kan, lagipun Pakcik dan Makcik memang dah anggap kamu macam anak sendiri dah, tak payah duk malu-malu dah naih”

Zar pejam mata seketika, Allah. Terasa kata-kata itu menusuk tepat ke dalam hati. Pedih matanya, air mata yang hampir mengalir itu ditahan supaya tidak tumpah, gengaman pada mangkuk tingkat itu semakin erat. Dengan senyuman yang menampakkan gigi dan kata-kata yang paling ikhlas daripada lubuh hati, Zar berkata,

“ Terima kasih, Demi Allah saya hargai”

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

77.9K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
48.5K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...
201K 13.7K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
3.1K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...