Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.8K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 2

2.8K 121 1
By nurflnh


" aku mula mengaguminya wahai Tuhanku. Apakah ini namanya jatuh cinta?"
- Nur


Aku memandang lama kertas sticky note yang tertampal di dalam kitab yang dipinjam Zulfan siang tadi.

" terima kasih, orang baik. Moga kebaikanmu dibalas oleh Allah." 

tulisan cantik dari Zulfan menyentuh hatinya. Sticky note tu dia jumpa sebaik saja menyelak kulit kitab. Dia teringat petang tadi ketika lelaki tu memulangkan semula kitab kepadanya.

" terima kasih sebab sudi pinjamkan saya kitab ni. Nah, saya pulangkan balik." hampir-hampir waktu asar masuk, Zulfan mengembalikan kitab yang dia pinjamkan dariku.

Aku memandangnya sekilas sebelum kembali menundukkan pandangan. ya Allah, perasaan apakah ini. desis hatinya perlahan.

" ya, sama-sama. dah siap ke kerjanya?" soalku saja berbasa-basi dengannya.

" belum tapi part rujukan kitab dah settle." jawab Zulfan.

" baguslah kalau macam tu. kalau tak ada apa lagi, saya dah nak balik asrama." aku ingin meminta diri. Tak betah nak berlama dengan Zulfan. Dia dapat rasakan hatinya sedang merasakan perasaan yang tak sepatutnya.

" baik, hati-hati Safiyyah." pesan Zulfan lembut. Bukan ingin mengayat tapi tak salah kot untuk dia kata macam tu.

" terima kasih, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." aku berlalu pergi sebaik saja mendengar balasan salam dari Zulfan.



" pya." bahuku ditepuk kuat dari belakang. Berkecai lamunannya siang tadi dek tepukan kuat di bahu. Lama-lama boleh mati sakit jantung dia sebab selalu sangat disergah dari belakang.

" kau ni tak sah kalau nak bagi aku mati cepat kan?" marahku apabila Najwa duduk di sebelah mejanya.

" kau tu yang kuat mengelamun sangat. Mana tak aku sergahnya." balas Najwa selamba.

" okey ke movie Mallbat tu?" soalku membuka topik.

" best doh. rugi kau tak ikut. Lakonan shaheizy sam mantap siot." Najwa keluarkan bunga-bunga nak buat kawannya tu merasa menyesal.

" takpe lah nanti aku tengok. Aku mana minat tentera-tentera ni, kau pun tahu benda tu." balasku.

" aku tengok dari tadi kau tenung sticky note tu macam nak tembus. dah kenapa? siapa bagi note tu?" Najwa panjangkan lehernya, ingin mencuri tengok tapi laju saja aku menutup tulisan Zulfan.

" takde apa lah. Nota biasa je." dalihku tak ingin beritahu. 

" eleh kau, ada secret admire bagi ke?" Najwa tetap nak mengorek dari aku.

" takdenya secret admire, gila. dah la kau, pergi main jauh-jauh." halauku sebelum lagi jauh dia mengusik.

" hahahahaha, halau aku yer. Takpe, takpe." Najwa mencebik. Najwa bingkas bangun menuju ke katilnya tak menunggu lama. Mungkin penat siang tadi turut menguasai dirinya.

" ya Allah, jadikanlah hati aku mencintaiMu dan rasulMu terlebih dahulu sebelum mencintai insan lain." doaku di dalam hati. Nota tadi dilekatkan di buku notanya yang lain. Entah kenapa, dia terasa nak menyimpan nota yang Zulfan bagi. 

Kepalanya kembali fokus mendengar kuliah maghrib online yang disampaikan Ustaz Ahmad Rizam Ghazali beberapa hari yang lalu. 

" takde ke perasaan takut dengan Allah." suara lemah lembut ustaz sangat menyentuh hati-hati pendengar.

Salah satu sebab dia suka ceramah Ustaz Rizam adalah percakapannya yang lemah lembut selembut sutera dan ceramahnya banyak yang menyentuh hati.





" weh, Is. kau pergi library kan tadi?" Haziq menyoal orang di sebelahnya yang kusyuk menaip di laptop.

" haah, kenapa?" jawab Zulfan. Kepalanya menoleh memandang sekilas Haziq sebelum kembali menatap skrin laptop.

" asal tak pinjam tafsir Al-Munir?" Haziq menukar posisi tubuhnya menghadap Nuzhan.

" bukan tak nak pinjam. Dah habis dah kena rembat." beritahu Zulfan. Tiba-tiba dia teringat gadis yang pinjamkan dia kitab tadi.

" dah tu tadi kau kata dah siap part rujukan. Mana kau rembat pulak tafsir tu?" Nak dibandingkan dia dan Zulfan, Zulfan lebih suka ke library dari dia. Selalunya dia akan gunakan saja kitab-kitab dan rujukan yang dipinjam Zulfan.

" ada orang bagi aku pinjam kejap sebab aku mintak nak pinjam kejap." beritahu Zulfan jujur. Esok dia bercadang nak ke library lagi, nak menghulur salam perkenalan kepada Safiyyah dengan lebih dalam. 

" nak tengok rujukan kau macam biasa." mintak Haziq tak tahu malu. Member member katakan.

" sorry bro. Kali ni aku tak nak bagi kau tengok. Pergi cari sendiri." tolak Zulfan dengan sengihan. Dia tak nak usahanya kali ni ditiru orang. Rasa seolah-olah usahanya menyiapkan assignment kali ni lain dari yang lain.

" alah kau ni. boleh la. Aku janji ni last aku tengok." rayu Haziq.

" sembang kari last. Takde, kau pergi cari sendiri. Malas aku nak tolong kau dah." Zulfan tetap menolak.

" ye lah kau. Tolong sikit pun tak nak." rungut Haziq perlahan. Tubuh dipusingkan ke hadapan kembali.

" kau tu dah nak grad dah pun, sampai bila nak makan usaha orang lain. Tak takut ilmu tak berkat ke? Tak takut nanti dapat gaji tak berkat?" bidas Zulfan laju.

" makan dalam sobak." Haziq meletak tangan kanannya di jantung seolah-olah terasa dengan kata-kata Zulfan.

" hahahahaha, dah tahu makan dalam lepas ni usaha sendiri. Jangan nak harap orang sangat." Zulfam meneruskan perliannya.

" sikit-sikit dah la perli tu. kau ni." selar Haziq.

Zulfan terlepas tawa kuat. Senang dia bila dapat kenakan kawan baiknya yang satu ni.

" aku nak tidur dah, kau jangan tidur lewat sangat." pesan Zulfan ketika dia dah selamat bersatu dengan katilnya.

" ye lah. Goodnight, princella." balas Haziq. 

Zulfan ketawa sekali lagi. Panggilan princella tu sebab dia selalu tidur sebelum pukul 12 seolah-olah dia akan bertukar jadi katak pulak kalau tidur lebih pukul 12.

" Goodnight, pak tiri." balas Zulfan selamba. Tiba-tiba bayangan Safiyyah keluar bermain di mindanya. Kepalanya digeleng berkali-kali bagi menghilangkan bayangan gadis itu.

" kau dah kenapa tergeleng-geleng. Gila pulak ke?" tegur Haziq bila tengok Zulfan yang asyik menggeleng. Kata nak tidur dah, ni geleng-geleng kepala pulak.

" takde apa lah. pening sikit." tipu Zulfan.

" nak panadol ke?" tawar Haziq prihatin.

" tak yah la. Tak kuat pun peningnya." Zulfan menolak. Dia cuba memejamkan matanya sekali lagi berharap kali ni bayangan Safiyyah tak muncul.








Bunyi alarm menganggu halwa telingaku. Tangan mengagau mencari arah bunyi di sebelahnya.

4:30 pagi

Mata digosok-gosok bila sedar dia dah kena bangun. Mata beralih melihat katil Najwa di sebelahnya. Dengan telefonnya yang berada di atas telinga dia yakin malam tadi gadis tu oncall dengan boyfriendnya.

Kaki bergerak menuju ke katil kawan baiknya itu. hari-hari dia akan mengajak Najwa bangun buat tahajud kadang-kadang ada yang dia buat kadang-kadang dia hanya buat tak peduli dengan ajakanku.

" Wa, bangun. tahajud jom." kejutku perlahan. Tangan naik menepuk bahu Najwa perlahan.

" hmm, kau pergi la dulu. Nanti aku bangun, okey?" balasnya dengan mamai. 

" ikut kau lah. Aku dah ajak eh." kataku sebelum mencapai tuala yang tersangkut di besi katil.  Sempat aku tutup panggilan telefonnya, takut orang di sebelah sana mendengar apa-apa di tempat dia dan Najwa.



" Ya Allah bagi-Mu-lah segala puji, Engkaulah yang mengurus langit dan bumi serta semua makhluk yang ada pada keduanya. Dan bagi-Mu segala puji, Engkau Raja langit dan bumi beserta semua makhluk yang ada pada keduanya. Dan bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi beserta semua makhluk yang ada pada keduanya. Dan bagi-Mu segala puji, Engkau Maha benar, janji-Mu adalah benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, ucapan-Mu adalah benar, surga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar dan Nabi Muhammad SAW adalah benar serta hari kiamat adalah benar. 

Ya Allah hanya kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu-lah aku beriman, kepada-Mu-lah aku bertawakal, hanya kepada-Mu-lah aku kembali (bertaubat), kepada-Mu-lah aku mengadu, dan kepada-Mu-lah aku meminta keputusan, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang kemudian serta apa yang kusembunyikan dan yang kulakukan dengan terang-terangan dan apa yang lebih Engkau ketahui dariku, Engkau yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, dan tiada daya (untuk menghindar dari kemaksiatan) dan tiada kekuatan (untuk melakukan ibadah) kecuali dengan pertolongan Allah."

Aku membawa kedua tangan menyapu wajah setelah selesai membaca doa lepas tahajud. Matanya merenung Najwa yang sedang diulit mimpi lagi.

" ya Allah, berikanlah dia hidayah dan petunjuk untuk mengikuti segala ajaran agamaMu." doanya perlahan.

" kerana sejatinya, hanya Engkau pemilik hidayah." sambungku lagi. 

Al-Quran di sisi diambil lalu dibuka.






" dengan mengenalinya, aku lebih dekat denganMu, ya Allah." 

-Nur







Continue Reading

You'll Also Like

23.5K 2.2K 30
[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang...
53.2K 1.4K 53
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...
571K 19.6K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
22.1K 1.3K 28
HAWA DALILA × HARRAZ DZAQWAN