Lelaki Tulen Terakhir

By QadibQawiun2

27K 644 19

Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di... More

Bab 1 : Kaset
Bab 2 : Koma
Bab 3 : Sedar
Bab 4 : Straight
Bab 5 : Mula mengerti
Bab 6 : Meloloskan diri
Bab 7 : Nostalgia
Bab 8 : Perancangan
Bab 9 : Rumah pusaka
Bab 10 : Catatan di diari
Bab 11 : Mencari lokasi
Bab 12 : Professor Hamid
Bab 13 : Teknologi canggih
Bab 15 : Koleksi CD
Bab 16 : Menyambut ulangtahun
Bab 17 : Terganggu
Bab 18 : Serangan
Bab 19 : Tangki besi
Bab 20 : Diserang
Bab 21 : Tewas
Bab 22 : Mengorbankan nyawa
Bab 23 : Sendirian
Bab 24 : Diselamatkan
Bab 25 : Merawat luka
Bab 26 : Menghilangkan kerisauan
Bab 27 : Misi terakhir
Bab 28 : Merentas masa

Bab 14 : Megat Razmie

562 21 0
By QadibQawiun2


"Maksud kau Zamie? Megat Razmie tu Zamie?" Soal Jefri seperti tidak percaya.

"Ya, PM negara sekarang ni iaitu Megat Razmie adalah Zamie kawan baik kita satu ketika dulu." Jelas Hamid.

"Ya Allah, kenapa boleh jadi macam tu? Negara kita sekarang ni hancur adalah disebabkan Zamie? Aku tak boleh nak percaya Zamie sanggup buat semua tu?" Jefri tidak dapat menerima kenyataan.

"40 tahun dah berlalu Jef, memang aku tahu kau tak boleh nak terima kenyataan. Malangnya ni semua adalah realiti dan kita terpaksa tempoh semua dugaan tu." Jelas Hamid lagi.

"Tapi kenapa boleh jadi macam tu? Mesti ada sebab Zamir boleh berubah macam tu sekali." Jefri inginkan jawapan.

"40 tahun tu terlalu panjang masanya. Sedangkan dalam masa setahun pun orang boleh berubah, apatah lagi 40 tahun. Terlalu banyak faktor yang boleh membuatkan orang berubah." Hamid tidak tahu jawapan apa lagi perlu diberi.

"Aku pun tak tahu apa yang terjadi dekat Zamie, tapi disebabkan aku koma selama 40 tahun, aku masih terasa lagi yang kau dan Zamie masa muda seperti beberapa bulan lepas." Ujar Jefri.

"Aku masih lagi ingat bila hujung bulan lepas dapat gaji, kita pergi ke KL untuk tengok konsert rock dekat funfair. Sambil tunggu konsert waktu malam, jadi waktu siang kita ke Pertama Kompleks belek kaset." Tambah Jefri lagi.

"Kalau tak ke Pertama, kita ke Campbell. Aku ingat lagi hujung tahun 80-an dulu banyak band metal dari luar negara lancarkan album. Metallica And Justice for All, Megadeth So Far So Good, So What!" Hamid mencelah.

"Tak lupa juga dengan scene muzik rock tanah air masa tu. Banyak band-band tempatan yang keluarkan lagu-lagu muzik keras masa tu macam XPDC dan FTG. Rindunya nak balik ke ke zaman asal aku." Jefri mula terkenang.

"Kau nak balik ke masa lepas ke?" Soal Hamid.

"Maksud kau guna mesin merentas masa kau tu ke? Boleh ke mesin tu berfungsi?" Jefri menjadi teruja.

"Mesin rentas masa aku tu bukanlah macam dalam movie yang boleh buat kau rentas masa sesuka hati. Penggunaan mesin tu ada limit." Jelas Hamid.

"Limit macam mana tu?" Jefri ingin tahu lagi.

"Setiap kali aku pergi ke masa lepas, aku cuma boleh spent beberapa hari je dekat sana sebelum automatik dihantar kembali ke masa kini. Lagi satu yang paling susah adalah energy sources." Jelas Hamid lagi.

"Kenapa dengan energy sources?" Soal Jefri.

"Mesin ni menggunakan liquid hydrogen dan juga liquid oxygen sebagai energy sources." Jelas Hamid lagi.

"Benda apa tu?" Jefri tidak mengerti.

"Liquid hydrogen dan juga liquid oxygen juga adalah energy sources yang digunakan pada roket. Benda ni susah nak dapat, tu lah sebabnya penggunaan mesin ni sangat terhad." Terang Hamid lagi.

"Kau memang takde lagi lah liquid hydrogen dan liquid oxygen untuk digunakan pada mesin rentas masa tu?" Wajah Jefri seperti agak kecewa.

"Aku pun tak tahu kalau simpanan aku tu dah dirampas kerajaan ataupun belum. Tempat aku simpan liquid hydrogen dan liquid oxygen ni dulu adalah di kampung kita tu hahh." Balas Hamid.

"Aku baru pergi kampung kita tu. Tempat tu dah macam padang jarak padang tekukur, dah jadi tinggalan usang dah. Aku tak rasa ada apa-apa lagi yang tinggal di kampung tu." Ujar Jefri.

"Untuk kau balik ke masa silam, kau perlu dapatkan liquid hydrogen dan liquid oxygen ni. Itu saja satu-satunya jalan, tu lah sebabnya aku cuma berjaya rawat 119 hyper dari zaman silam." Jelas Hamid.

"Apabila kampung kita kena gempur sepuluh tahun lepas, aku dah tak lagi gunakan mesin rentas masa ni untuk rawat pesakit di zaman silam. Tu lah sebabnya aku tak berjaya follow up korang punya perkembangan." Tambah Hamid lagi.

"Apa yang terjadi dekat kampung kita tu sepuluh tahun lepas?" Jefri ingin tahu.

"Tiga bulan juga aku dan pengikut-pengikut aku menyorok di kampung tu. Macam aku bagitahu tadi, Zamie dapat agak yang kitorang bersembunyi dekat kampung tu selama ni." Ujar Hamid.

"Satu hari tu lebih 300 anggota polis datang dan kepung seluruh kampung. Mereka meminta kami serah diri dan memaksa orang-orang kampung untuk menerima idealogi LGBT, tapi kami semua membantah." Tambah Hamid.

"Jadi semua anggota polis terus melancarkan serangan ke atas kami. Nasib baik aku ada simpan banyak senjata api dekat ladang ayah aku, jadi kami gunakan senjata tu untuk melawan balik." Tambah Hamid lagi.

"Tapi sayang memandangkan orang-orang kampung tu semua dah tua termasuk mak ayah aku dan mak ayah kau, jadi satu demi satu orang-orang kami tumbang. Kami boleh dianggap tewas sepenuhnya." Tambah Hamid lagi.

"Aku juga hampir-hampir mati setelah terkena beberapa tembakan, namun aku bernasib baik diselamatkan oleh ayah aku dan ayah kau. Mereka suruh aku melarikan diri dari kampung tu." Tambah Hamid lagi.

"Walaupun aku taknak, tapi mereka paksa juga. Mereka cakap aku dan teknologi ciptaan aku tu mampu menyelamatkan kembali negara ni. Mereka cakap biar mereka terkorban, yang penting aku terus hidup." Sayu kedengaran suara Hamid.

"Jadi kau berjaya loloskan diri?" Soal Jefri.

"Walaupun aku tak sanggup nak tinggalkan mereka, namun aku dipaksa oleh yang lain. Salah seorang daripada pengikut aku telah bawa aku yang masa tu tengah cedera teruk lari dari situ." Ujar Hamid.

"Pengikut aku yang bawa aku lari tu adalah seorang doktor. Dia bawa aku ke sebuah klinik rahsia miliknya untuk merawat aku sehingga sembuh. Setelah aku sembuh, dia bawa aku ke secret base ni." Tambah Hamid lagi.

"Jadi mana pengikut kau yang bawa kau ke sini tu sekarang ni?" Jefri ingin tahu.

"Lepas dia hantar aku ke sini, dia cakap nak balik semula ke kampung kita tu untuk tengok keadaan rakan-rakan kami yang lain. Namun sayangnya tulah kali terakhir aku bertemu dengan dia." Balas Hamid.

"Tak lama dari tu, aku dapat berita yang dia ditahan ketika cuba melarikan diri dari roadblock. Selepas ditahan, dia dipenjara dan diseksa sehingga mati." Kedengaran suara Hamid ketika ini sungguh sedih.

"Tak sangka sampai macam tu teruk sekali hukuman orang yang taknak sokong hubungan sejenis ni. Kenapalah Zamie boleh jadi macam tu sekali?" Jefri hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Eh, kau taknak tidur lagi ke? Aku yakin yang kau sekarang ni letih sangat kan?" Hamid cuba mengagak.

"Ya, mata aku pun rasa mengantuk sangat ni. Sebelum aku tidur, lupa aku nak tanya pasal ni. Kau masih lagi dengar lagu rock dan metal?" Jefri inginkan kepastian.

"Mestilah lah aku dengar sampai ke hari ni. Setiap kali aku dengar, mesti aku teringat zaman kita muda-muda dulu pergi konsert dekat funfair." Kini wajah Hamid tersenyum apabila teringatkan kisah lama.

"Kawan aku yang nama Kahar tu banyak juga CD dan kaset lagu-lagu rock dulu, tapi hari ni dia tak bawa lah semua koleksi dia. Kalau dia bawa, boleh lah kita dengar sama-sama. Ujar Jefri.

"Kau tahu tak yang simpan lagu-lagu rock dan metal di zaman ni boleh dipenjarakan?" Soal Hamid.

"Kitorang ni hyper, memang dah jadi buruan polis dah pun. Jadi kitorang tak kisah langsung kalau diorang buru kitorang hanya disebabkan kitorang simpan koleksi-koleksi lagu rock dan metal." Tegas Jefri.

"Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Jom ikut aku sekejap." Hamid kemudian bangun.

"Nak pergi mana?" Soal Jefri.

"Jom jelah, jangan banyak tanya." Tegas Hamid.

Jefri menuruti lalu bangun dan mengekori Hamid menuju ke sebuah bilik yang berada paling hujung. Apabila bilik itu dibuka, alangkah terkejutnya apabila melihat ribuan CD tersusun rapi di dalam bilik itu.

"Masa zaman kita dulu, tak wujud lagi CD macam ni. Kita cuma ada kaset je zaman tu. Aku terkejut juga bila kau sebut pasal CD tadi." Ujar Hamid.

"Aku pun tahu pasal CD bila Kahar tunjukkan koleksi dia je." Balas Jefri.

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

7K 86 8
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
29.6K 288 2
kerana terlalu mencintai seorg lelaki
435K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
12.6K 54 1
hamba sex