[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

بواسطة Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... المزيد

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔

155 3 0
بواسطة Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "CIK Iris, ada kawan cik dekat depan rumah tu katanya dah sampai nak ambil cik." Mak Anum memaklumkan pada anak majikannya.

"Oh terima kasih Mak Anum. Boleh tolong bukakan pintu sekejap tak? Saya nak pakai kasut sekejap."

Mak Anum lalu mengikuti arahan Iris.

Tidak lama selepas itu, Iris keluar dan menghampiri kawan yang dikatakan oleh Mak Anum tadi, Arjuna.

"Nih." Arjuna menyuakan helmet pada Iris. Selama dua minggu ini Iris perlu meminta tolong pada Arjuna untuk ke sekolah memandangkan pemandunya ada urusan peribadi. Iris juga sudah tahu mengenai di mana Arjuna tinggal.

Sepanjang mereka berkawan sudah lebih seminggu ni, banyak yang dia sudah tahu dari Arjuna. Daripada keluarga dan tentang Arjuna sendiri.

     SESAMPAINYA di sekolah, mereka berdua terus mengundang perhatikan dari ramai orang untuk memerhatikan mereka berdua. Mikhael yang ada di situ terus mencampakkan kotak minuman yang diminumnya ke lantai tanpa mengiraukan pandangan orang lain.

"TAK GUNA KAU BUDAK INDO!!" Mikhael dengan tidak matangnya datang ke arah Arjuna yang sedang membuka helmet .

BUK!

Tumbukan dari Mikhael hinggap di bibir Arjuna. Terus pecah bibir milik lelaki itu.

"EH! KAU DAH KENAPA!?" marah Iris pada Mikhael tentang tindakan biadap Mikhael.

"TINDAKAN KAU NI DAH MEMALUKAN BANGSA KITA DEPAN DIA TAU!!" tengking Iris lagi.

Mikhael memandang wajah Iris saja ingin membuat Iris gerun dengannya.

"APA!? Kau nak sangat back-up mamat ni daripada aku!?" Mikhael pula yang menengking Iris.

"Brother! Nggak usah nambah zalim personaliti lo. Lo urusannya sama gue. Jadi jangan kek gitu dia." Arjuna masih lagi cool reaction menghadap Mikhael.

"Tak Juna saya boleh handle sendiri."

"Heh! Dengan mamat ni kau boleh awak saya, kalau dengan aku?" soal Mikhael sinis.

"Apa? Kau ingat aku akan hormat kau macam dulu lepas apa kau fitnah dekat aku dulu? Lepas apa kau dah sebarkan yang buruk tentang aku? Urusan personal kita tak ada kena mengena dengan sekolah. Aku pun tak nak kau lah!! Kalau bukan sebab keluarga, aku tak terima kau!!"

Yassin yang baru tiba datang berniat untuk menghentikan mereka bertiga. Iris yang melihat kelibat Yassing datang dari Mak Rimau terus bertukar jadi Mak Kucing. kemarahannya mengendur.

"SUDAH!!"

"Kau jangan masuk campurlah! Ini bukan urusan kau!" Mikhael tambah naik angin.

"Aku cikgu dekat sini dan ni kawasan sekolah. Semestinya aku kena campur urusan kau!" tegas nada yang digunakan oleh Yassin sampai terdiam Mikhael.

"Iris Rayhana, Arjuna Narendra balik kelas. Now!" setelah itu Iris menarik beg Arjuna untuk pergi dari situ.

"Kau! Kau nak malukan nama papa? Cukuplah dia ada anak macam kau ni" kata Yassin perlahan.

"Kau diam! Kau tu cuma anak pungut je. Tak payah nak acah melebih." dengan biadap Mikhael meninggalkan Yassin di situ.

Dalam hati Mikhael berfikir.

"Apa maksud Iris?"

     "KAYAKNYA dia binggung deh sama apa yang dimaksud oleh lo." Arjuna menghentikan lamunan Iris.

Arjuna sudah tahu mengenai pertunangan Mikhael dan Iris. Dia tak kecewa sebab dia tahu Iris tak cintakan Mikhael dan langsung tiada perasaan kepada  Mikhael.

"Mean?"

"Ya.. Maksud gue... Barangkali besar dia tu nggak tahu soal pertunangan kalian ini. Mungkin juga di situasinya dia dipaksa oleh ortu nya dia." Jelas Arjuna lagi.

"Udah pas kalian bertunang ada nggak di ngeclaim elo tu ceweknya dia? Nggak ada kan?" sambung lelaki itu untuk meyakinkan teorinya.

"Betul juga apa yang awak cakap. Huft... Eloklah... Nanti kalau dia tahu, habis muka aku viral dekat akaun sekolah." keluh Iris.

"Kau memang dah viral pun Iris... Kau tengok ni." Farhana menghulukan telefon miliknya untuk Iris tengok.

Tersebar gambar waktu kejadian 30 minit yang lepas di Tweet, X, Insta dan WhatsApp sekolah.

"Ya Allah... Apalah nasibku..."

"Sabar beb... Kau suruhlah admin tu buang." Farhana menenangkan Iris. Arjuna pula hanya berdiam diri.

Dia hanya akan bercakap bila perlu. Tapi kalau dengan Iris, tak payah suruh dia dah ada topik nak bercakap. Tak macam mereka mula kenal dulu.

"Sudahlah, jom pergi makmal nanti lambat masuk kelas Sir Yassin pula."

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     SEKARANG, Iris bersama dengan Arjuna untuk menjalankan latihan persiapan mereka ke MSSD. Iris asyik memerhatikan Yassin yang menyediakan peralatan latihan mereka. Lelaki itu tampak maskulin sekali. Jantung Iris selalu berdegup tidak keruan.

"Lo suka sama Sir?" dengan berani Arjuna bertanya.

"Eh... T-tak.. Mana ada." panik Iris. Hanya Farhana buat masa sekarang tahu mengenai perasaannya terhadap Yassin yang bukan main-main.

"Nggak usah bohong kali.. Gue tahu tatapan penuh arti cinta itu gimana Ray..." walau sesak rasa hati Arjuna, dia tutup dengan senyuman dia.

Iris menangkup pipinya sendiri dan memandang Arjuna.

"Nampak sangat ke?"

"Iya..."

"ATLET... BERKUMPUL." laung Yassin.

"Jom." ajak Iris lalu mereka bangkit dan berbaris di padang.

     JAM menunjukkan pukul 3 petang. Terik cahaya matahari di padang membuatkan Iris yang hanya memakan roti terasa ingin pusing kepalanya namun dia tidak menghiraukan kesakitan yang dialami oleh nya. Dia terus saja meneruskan larian berpagarnya.

"Atlet, rest!" laung Yassin mengarahkan para atlet berehat.

Iris mengeluh lega.

"Kita sambung lagi 30 minit. Panas terik sekarang." kata jejaka itu lagi.

Iris berjalan ke arah di mana terletaknya beg dia dan Arjuna berada. Air diteguk guna untuk menghilangkan rasa hausnya.

Anak matanya hazelnya tertumpu pada pasukan bola sepak Akedemik Bangsa yang juga turut membuat latihan di padang sekolah. Ada Mikhael yang sedang berlatih di sana juga. Iris terfikir dengan apa yang dikata oleh Arjuna siang tadi.

"Tak mustahil juga apa yang Juna cakapkan tu." monolognya dalam hati.

Tanpa Iris sedar, Yassin memerhatikannya. Nota yang sering kali diberikan oleh Iris di dalam kotak pensilnya dia pegang. Meskipun nota itu tidak menyatakan siapa pengirimnya, Yassin tahu Iris orang yang telah menulisnya.

Itupun dia perasan bila dia menanda buku latihan para pelajarnya. Tulisan Iris unik, sedikit berangkai dan kecil.

Sambil menjamu coklat yang berada di tangannya, dia melirik ke arah Arjuna yang masih berlatih sendirian tidak mahu berehat.

Tekun juga mamat ni.

Arjuna merasa ada yang memandangnya, dia terus meliarkan matanya untuk mencari siapa yang sedang memandangnya itu. Apabila dia tahu siapa orangnya, dia mengukirkan senyuman manis pada si pemandang.

Terus Arjuna meninggalkan tempat latihannya dan menuju ke samping Iris.

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa.. Hari panas, duduk lah rehat dulu. Nanti pitam."

"Kalau nanti misalnya gue pitam kan ada elo." Arjuna sekadar bergurau.

"Ceh." balas Iris.

"Lo nggak papa kan? Lo kelihatan pucat gitu." Arjuna yang perasan akan fizikal Iris dia bertanya.

"Okay ajelah. Ni sebab saya lupa nak pakai lip balm. Sebab tulah nampak pucat sikit." dia menepis tanggapan Arjuna.

"Benar? Nggak bohong ni?"

Iris mengangguk.

"Yaudah kalau gitu, gue nggak mau maksa lo."

Arjuna give up. Iris pula tersenyum.

TO BE CONTINUED

mcm yg saya janjikan, saya comeback 20 hb

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

272K 7.8K 133
"𝑻𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒏𝒐 𝒘𝒂𝒚 𝒐𝒇 𝒘𝒊𝒏𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒇 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒆𝒊𝒓 𝒆𝒚𝒆𝒔 𝒚𝒐𝒖'𝒍𝒍 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒂 𝒅𝒖𝒎𝒃 𝒃𝒍𝒐𝒏𝒅𝒆."
217K 5.1K 55
❝ i loved you so hard for a time, i've tried to ration it out all my life. ❞ kate martin x fem! oc
164K 3.7K 63
imagines as taylor swift as your mom and travis kelce as your dad
103K 1.4K 51
𝐈𝐭𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐝𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 , 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐢𝐧 𝟏𝟎𝐭𝐡 𝐠𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐰𝐡𝐢𝐥𝐞 𝐬𝐡𝐞𝐬 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐬𝐡...