ZAR

By tihatti

260K 17.1K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 15

5.9K 419 48
By tihatti

Gambar wanita itu ditatap lama. Ada kalanya ibu jari mengelus lembut sekeping potret itu, senyuman kecil terlakar di hujung bibir lalu dengan berhati-hati dilekatkan gambar itu pada ruang dalam loker besinya.

Zar senyum lagi, baru dua minggu tidak berjumpa dengan Adwa Naila sudah cukup membuatkan hatinya menahan rasa.

Yaa, dia akui dirinya sudah terpikat dengan wanita itu. Hatinya tidak mampu menafikan bahkan janji beberapa ketika lalu seolah dilupakan. Huh munafik pada diri sendiri? Persetankan segala itu. Bukan selalu dia meminta itu ini, namun untuk memiliki Adwa Naila dalam hidupnya, akan dia lakukan segala cara.

Walaupun menjadi perampas milik insan lain.

Gambar itu ditenung lagi, wajah Adwa Naila yang masam mencuka. Ditangkap gambar itu ketika mana Adwa secara tidak sengaja mengulum coklat asam ketika di rumah Nek Khadijah. Tahu sangat dirinya bahawa Adwa bukanya wanita pengemar makanan masam,
tetapi sengaja diberikan kepada si dia  dengan olahnya, hasilnya berbakul-bakul kata
makian dilemparkan padanya namun adakah dirinya ambil pusing?

Jawapanya tidak! Dia lagi rela mengusik Adwa dengan perangai tololnya berbanding melihat Adwa bercintan cintun dengan lelaki yang bernama Zaf itu. Bernanah hatinya namun memikirkan kembali bahawa Adwa melihatnya sebagai teman yang baik, ditahan segala perangai syaitanya.

“Hai Zar, pasaipa tenung loker hang lagutu? Awat ada muka awek ka kat situ?”

Tersentak dirinya, kelam-kabut dia menutup loker besi miliknya hinggakan bunyi dentuman kecil terhasil.

“ Bumm”

Lalu dipusing badanya menghadap pemilik suara tersebut, Endika Ukasyah elok menyandar badanya di dinding, jelas senyuman sinis terlakar di hujung bibir merah delima itu. Lagi membuatkan Zar tidak sedap duduk, ini kalau kumpulanya tahu bahawa dia sedang angau, bukan seminggu, tapi ada potensi berbulan-bulan dirinya akan dibahan.

Bukanya dia tidak tahu perangai rakan-rakanya ini bagaimana, yang paling normal sekalipun Qa’id, itupun kalau keluar perangai tidak eloknya, mahu mengucap Zar dibuatnya.

“Hang ni jangan merepek aihh, mana ada Aku tenung loker ni, Aku tengah kemas ni hang tak nampak?”

“ Hang ingat Aku bodoh sangat ka Zar, kata kemas barang awat hang punya tangan tu tak bergerak pun, hang punya bibir tu jaa duk tersengeh-sengeh macam kerang busuk”

Temberang sudah pecah, Zar menggeleng kepala sambil tersenyum. Dibawa tubuhnya lalu dilabuhkan pada bangku panjang yang terletak di tengah-tengah bilik itu. Kasut spike boot dibuka lalu ditukar pada kasut yang lain, melecet kakinya kalau dipakai lama-lama. Endika menghampiri dirinya lalu mengambil tempat di sebelahnya.

“So marka yang hang berkenan tu elok ka?”

Tanpa dalih, terus Endika bertanya. Dia tahu bahawa Zar Uzair, team leadernya ini bukanya kaki perempuan seperti kawanya yang seorang itu, untuk melihat rakanya ini jatuh hati amatlah susah, jadinya kalau benar seorang Zar Uzair sudah berjumpa pujaan hati, dia sebagai teman yang baik harus menyokong dan memberi semangat.

Because every fighter who fights for world peace, even if they have seen the darkest side of people and make them as a monster, they still deserve and feel love even if it is not much.

Itu apa yang diberitahu bapanya, dan itulah yang membuatkan Endika merasa hidup walaupun pekerjaan nya ini tidak seindah yang dikhabar,

Dipandang ke tepi dan Zar masih lagi berdiam diri, disiku perlahan bahu sahabatnya itu.

“Lawa tu memang la lawa, tapi...”

Ayat Zar tergantung seketika dan ianya membuatkan kening Endika ternaik sebelah.

“ Tapi apa? Hang tak payah buat ayat sekerat-sekerat boleh dak? Nak buat ayat bagi habis terus, suka sangat buat orang laguni” omel Endika perlahan, terdengar keluhan di bibir Zar Uzair.

“ Dia tu bakal tunang orang hang tau dak, Aku nak masuk line lagumana? Hang cuba bagi akai kat Aku, takkan Aku nak terus pi rumah dia bagitau mak pak dia aku nak kahwin ngan dia, pastu alasan aku nak bagitau apa? Bagitau hat kami ni dah buat benda tak elok? Hang ingat Aku gila sampai lagutu ka?’

Melopong Endika dibuatnya, dalam banyak-banyak perempuan yang single, perempuan milik lelaki lain juga si Zar ini berkenan.

“ Hang jangan buat leceh”

“ Hang nampak Aku tengah main-main ka, Aku serius la, dia tu bakal tunang orang, tunang dia tu kerja kat tempat kita, lagila haru”

“Tapi hang cakap bakal tunang kan?”

Zar mengangguk perlahan, membiarkan Endika berfikir seketika. Pipinya membahang panas, tidak pernah walau sekali dalam beberapa tahun dia bekerja di unit ini, bersama ahli kumpulan yang lain, dia menceritakan masalah peribadi dirinya kepada orang lain. Tapi kali ini lain, kerana Adwa Naila dia buka segala kisah.

Benarlah bahawa Adwa Naila telah membuatkan hatinya huru hara tidak menentu.

“ Haa Aku ada idea”

Zar menoleh ke arah Dika, senyuman nakal juga menghiasi wajah rakan yang seorang ini, lagilah bertambah rasa hairan di hati.

“ Hang kata dia bakal tunang kan, tak kahwin lagi kan?”

“ Haa, tak kahwin lagi, pasaipa hang tanya?”

“Awat hang ni lembap sangat, hang ambikla peluang ni, pi kenal dengan dia, hang pi jumpa mak pak dia, jangan kata nak kahwin terus, gelojoh sangat slow-slow la, selebihnya hang serah pada tuhan, kalau tuhan cakap dia tu jodoh hang Insyallah takkan lari punya la”

Termangu seketika Zar, rentak jantung di hati bagaikan badai yang melanda, kata-kata daripada Endika terus tepat ke hulu hati.

Benarlah, kalau serkiranya Adwa Naila itu memang tertulis buat dirinya, cepat atau lambat dia akan menggapai wanita itu, tetapi kalau benar Adwa itu bukan takdirnya nya, seharusnya dia lebih mengetahui bahawa tuhanya itu sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya. Terasa sedikit rasa lega menghembus ke segenap pelusuk tubuh badan.

Kerana apa yang kita sangkakan terbaik buat diri kita, mungkin hakikatnya itu adalah yang terburuk, ada kalanya kita salahkan tuhan, bertanya mengapa dan mengapa, walhal tuhan itu sedang melindung kita.

Zar mengangguk perlahan, benar apa yang dikata oleh Endika,

“سُبۡحٰنَ الَّذِىۡ خَلَقَ الۡاَزۡوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۡۢبِتُ الۡاَرۡضُ وَمِنۡ اَنۡفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُوۡنَ‏”  - Yasin 36

Seusai menuturkan kalam suci Allah, Endika menepuk lembut bahu Zar, matanya biaskan rasa kasih pada insan yang bergelar sahabat di dunia dan Isyallah di syurga kelak, lalu dengan senyuman yang tersenyum simpul dia berkata,

“Aku tau hang jenis lagumana, bukanya hang suka usung anak dara orang sana sini, kalau Qa’id tu lainlah semua dia bedai, Aku ni berapa banyak kali kena cover perangai dia tu, tapi hang lain Zar, Aku tau hang ni jenis macam mana, Insyallah hang boleh dapat”

Lagi terharu Zar rasakan, Endika ini perangai nya suka melawak, berbuat jenaka, senang cerita dia adalah “Joker” dalam kumpulan GAMA, namun siapa sangka hari ini, Zar melihat satu lagi sisi lain seorang Endika Ukasyah, Endika yang tenang dalam melafazkan kata-katanya, Endika yang memberikan kata semangat dan dorongan padanya.

“Tapi kalau la perempuan hang nak tu tak dapat, tuu adik aku tu pun single jugak, lawa? Tengok Abang dia la bukan main handsome lagi, kot la satu hari nanti hang panggil Aku abang, perrr hari-hari Aku latu hang”

Zar gulingkan mata ke atas, sempat lagi Endika ini ingin kenalkan adik perempuan bongsunya, bukan sekali dua, namun berkali-kali walhal berbuih Zar ini menolak, malas melayan perangai tidak tentu hala Endika.

Dikerling sekilas jam di dinding, tepat pukul empat petang. Mesyuarat mengenai misi seterusnya akan bermula tidak lama lagi. Aktiviti penyeludupan dadah sekitar Laut China Selatan, dan pemerdagangan manusia terutamanya melibatkan kalangan wanita semakin meningkat semenjak dua bulan yang lalu, berdasarkan laporan yang mereka terima, Malaysia adalah laluan utama bagi aktiviti haram ini berlaku.

Dan yang paling menyulitkan keadaan, aktiviti ini juga melibatkan ahli-ahli kenamaan di negara ini. Identiti masih belum dikenal pasti, namun disebabkan ulah manusia berkedudukan tinggi ini juga adalah asbab mengapa kegiatan ini tidak dapat dihidu, malah segala bukti turut dihilangkan, lesap bagaikan tidak pernah berlaku.

Dasar tikus.

Beret berwarna unggu di kepala dikemaskan, kasut yang dilepaskan beberapa ketika lalu dipakai semula, pakain celoreng di badan dikemaskan, Zar bangun daripada kerusi lalu badan ditegakkan, Endika juga sama.

“ Tuan”

Panggilan formal daripada Endika membuatkan Zar tersenyum kecil, baru tadi mereka berbual seperti rakan biasa, namun kini panggilan itu berubah, dia mengangguk perlahan, rasanya ahli kumpulan yang lain juga sudah tiba.

“ Jom”

Tanpa lengah, kedua-dua lelaki bertubuh tegap itu melangkah menuju ke bilik mesyuarat, tidak boleh terlambat, harus sentiasa tepati waktu, kerana mereka adalah ahli GAMA, dan seharusnya mereka

Sentiasa terbaik.

Bintang yang menghiasi langit malam di renung lama, seharusnya itu mampu membuatkan hati Aku berasa damai namun tidak, lagi menambahkan sesak di dada,  Aku lepaskan keluhan kasar, dikerling sekilas pada barangan pertunangan yang berselerak di atas katil.

“ Tak guna betul” desis Aku perlahan.

Mana tidaknya, tadi petang ketika mana Aku dan Zafran sibuk membeli barangan pertunangan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi, boleh pula dia meninggalkan Aku , Alasanya kerana mendapat panggilan kecemasan daripada pangkalan, dihulurkan wang ringgit kepada Aku, dikucup dahi lalu terus meninggalkan Aku seorang diri!

Tercengang Aku dibuatnya, hampir sahaja Aku meraung di situ namun memikirkan air muka yang harus dijaga, Aku tahan rasa di hati.

Perbualan antara Aku dan Zaf dua minggu lalu berlegar kembali di ruangan kepala, menyebabkan Aku mengukirkan senyuman pahit sepahit hempedu.

“ I...nak you berhenti daripada jadi tentera”

“ Apa you cakap?’

Aku tidak buta, dapat Aku lihat riak tidak puas hati pada wajahnya, gengaman tangan pada diriku juga dilepaskan lalu dia meraup wajahnya, jelas serabut kerana ini bukanya kali pertama Aku mengusulkan cadangan ini.

“ Sayang, kita dah bincang kan fasal ni?”

“ Adwa tahu, tapi sampai bila? Takkan la Zaf akan selalu tinggalkan Adwa? Bukan setahun tapi bertahun-tahun Adwa pendam perasaan setiap kali Zaf pergi, Zaf ingat Adwa tak risau? Macam mana kalau nanti bukan Zaf yang balik tapi mayat Zaf?’

“ Look sayang, it's not gonna happen, Zaf dah janji kan?”

“ But still”

Aku tidak mahu menyerah kalah, kali ini biarlah Aku menjadi wanita yang ego, yang memetingkan diri, yang aku inginkan adalah Zafran ini sentiasa selamat

“ Zaf boleh kerja dengan syarikat papa Zaf, lagipun mesti ada position yang Zaf suka dalam tu, takpun dengan papa Adwa, lagi lumayan daripada kerja yang langsung tak menjaminkan nyawa Zaf”

Digeleng kepalanya perlahan, rambutnya dikusutkan, wajahnya pula semakin mendung. Tangan dikepal kuat namun Aku masih menayangkan riak wajah tenang, walhal hati sudah ingin tercabut.

Kerana ini kali pertama dia benar- benar marah akan diriku, mungkin tahap kesabaran mengenai isu ini sudah mencapai paras maksimun.

“ Adwa tahu Zaf tak suka macam tu, Adwa tahu yang Zaf sangat sayangkan kerja Zaf kan?”

"Lebih daripada Adwa?"

Dia bangun daripada duduknya, Mata yang indah itu mencerlung tajam ke arahku.

"Please stop Adwa Naila!" Desisnya perlahan.

“Tapi macam mana kalau Zaf mati? Macam mana kalau Zaf tinggalkan Adwa dengan anak-anak kita? I'm telling you this sebab Adwa tak sanggup!” Jerit Aku kepadanya, kali ini Aku benar-benar melampaui batas.

“Adwa Naila, watch your languages!”

Katanya perlahan, tidak memaki dan tidak menjerkah, namun jelas Aku lihat ada urat yang timbul di tanganya, dia menoleh ke arah lain, dadanya turun naik, lama dia berkeadaan sebergitu sebelum dia menatap Aku kembali, diraih tangan ku lalu dikucup lembut.

“ Zaf mintak maaf kalau dah takutkan Adwa, or sakitkan hati Adwa, but please sayang, tolong jangan sebut hal macam ni lagi, Adwa tahu kan betapa sayang nya Zaf dengan kerja Zaf ni, I willingly gave you everything, but please sayang, bukan yang ini”

Aku menghela nafas lemah, yaa, gagal lagi buat kesekian kalinya, Aku biarkan sahaja dia memeluk tubuh ini, malas lagi ingin bertekak dengan nya

“I'm sorry sayang, tapi bukan yang ini”

Bisiknya perlahan lalu dikucup ubun-ubunku.

Nak nangis, tapi untuk apa? Aku bawa langkah kaki ku ke arah katil, diambil satu-persatu barangan untuk majlis tunang kami lalu disusun elok di tepi dinding. Zaf...kalau betul dia sayangkan Aku, dia akan lakukan apa sahaja kan?

Tapi Aku ini ego sangatkah sampaikan menyuruh dirinya berhenti melakukan apa yang dia gemari? Aku ini boleh diketogorikan sebagai queen control untuk Zaf ke?

Tidak tahu! Betul-betul buntu Aku rasakan sekarang, menitik-nitik satu persatu air mata lalu jatuh  mengenai barangan pertunangan kami ini, sebal, benci, marah, semua perasaan negatif ini bersambung menjadi satu, lama Aku berkeadaan sebergitu sebelum tanggisan berhenti,

“ Zaf tak guna, perangai macam tokek, lipas, labah-labah, small small don't die, big big trouble other people” hembur Aku padanya, marah-marah sekalipun, masih Aku tidak sanggup gunakan perkataan yang jauh lebih kasar padanya.

Cinta. Cinta itu benar-benar aneh, mampu mencairkan, melukakan, dan malah menggembirakan sekeping hati.

Seusai Aku siap mengemas barangan tunangku, Aku lemparkan badan ke atas katilku ini, hari ini benar-benar meletihkan diri Aku, emosi tidak ubah seperti roller coaster, sekejap gembira, sedih, gembira dan sedih kembali. Ahh sangat melelahkan.

Aku pusingkan batang tubuh ini ke kiri dan kanan, Ishh hendak tidur pun susah jugak ke? Padahal badan sudah terasa terlalu penat. Hati mula terasa sebal,

“Ishhhh geram lah”

Scroll tiktok? Bosan semua content yang sama, X? Tiada isu yang menarik sekarang, Insta? Terlalu muak kerana setiap hari Aku membelek apps itu. Zar? Aduh, Apa yang Aku mengarut ini, mengapa namanya terlintas pula di kepalaku, Padahal hati sudah cukup sebal, ini kalau Aku telefon dirinya, melayan perangai Zar Uzair itu, mahu mental dibuatnya, namun

“Call Aku bila hang perlukan someone, then I will be with you selama mana yang hang nak’

Ayat yang dilontarkan padaku sebelum Aku pulang hari itu bermain di kepala, tidak ubah seperti pita filem yang rosak,

Aku kerling pada meja putih yang terletak bersebelah dengan katil Aku ini, rantai yang diberikan olehnya padaku juga masih Aku simpan elok.
Rantai yang tertera nombor 14643 yang masih lagi Aku tidak fahami maksudnya.

Tapi kalau Aku telefon dirinya sekarang, At least Aku tak payah telan semuanya bulat-bulat, At least Aku boleh mengadu pada dirinya walaupun Zar itu tidaklah rapat dengan diriku. Digapai telefon pintar di hujung katil, dibuka lalu dicari nombor Zar Uzair.
Teragak-agak Aku hendak melefon dirinya

“ Nak call ke taknak? Nak call ke taknak”

Gerutu diriku berkali-kali,

“Ishh bodoh la Adwa, call jelah bukanya engkau curang pun dengan Zaf, Zar ni kawan bukanya madu si Zaf tuu”

Aku bulatkan hati, lalu nombor yang tertera namanya Aku tekan, lama sebelum panggilan itu diangkat, terasa jantung mula berdetak melebihi tempo normal.

“ Hello”

Saat suara garau itu menyapa pendengaran telinga, terasa suara yang ingin Aku lontarkan tersekat di hujung kerongkong. Suara yang dua minggu sudah Aku tidak dengari.

Continue Reading

You'll Also Like

870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
491K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
489K 28.5K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023