Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

028

222 35 7
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TAP! TAP! tap!

Dayana menoleh kebelakang apabila terasa bahunya diketuk menggunakan jari - jemari halus. wajah Puan Aida yang pertama menyapa pandangan matanya. terus segaris senyuman terbit pada wajah gadis itu

“muncungnya, anak umi ini. rindukan Ziyad ke?” soal Puan Aida berbau gurauan.

laju sahaja gadis itu menggelengkan kepalanya. lengan Puan Aida ditepuk halus.

“umi ada nampak Ziyad hari ini?” soal Dayana.

“belum lagi tetapi uwan dengan atuk Aya dah ada dekat bawah.”

membulat mata Dayana apabila mendengar nama uwan dan atuk. terus gadis itu bangun daripada duduknya.

“siapa yang hantar uwan dan atuk?”

“itu umi tak tahu. umi belum sempat tanya pada mereka. apa kata Aya turun dan pergi tanya sendiri pada uwan dan atuk. alang - alang kita dah boleh terus gerak ke masjid.” ujar Puan Aida.

gadis yang sudah lengkap berbusana pengantin itu mengangguk. senyuman manis terukir pada wajah cantik Dayana.

“umi meh la turun dengan Aya sekali.” tutur Dayana. gadis itu menghulurkan tangan kepada wanita paruh baya itu.

huluran tangan Dayana disambut oleh Puan Aida. wanita paruh baya itu bingkas bangkit daripada duduknya.

kedua - dua wanita itu mula berjalan kearah pintu keluar bilik. selepas ini, dia perlu ke masjid Sri Sendayan bagi urusan akad nikah.

semoga Ziyad berpegang pada janjinya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SUDAH HAMPIR  20 minit menunggu. namun bayang Ziyad masih belum kelihatan.

keadaan masjid itu mula dipenuhi dengan suara bisikan tetamu yang diundang. masing - masing mula mempersoalkan tentang keberadaan Ziyad.

Puan Aida melangkah kearah beranda masjid. wajah pucat wanita paruh baya itu dipandang khawatir oleh Dayana.

Puan Aida menggelengkan kepalanya, “Ziyad tak dapat dihubungi.”

“hah?!” serentak kesemua tetamu bersuara.

“saya ada juga cuba untuk menghubungi Aidan, namun anak lelaki saya yang seorang itu pun tak menjawab panggilan saya.” tambah Puan Aida lagi.

Dayana mula cuak. gadis itu sudah tidak senang duduk. wajah Nur yang duduk disampingnya dipandang.

“Nunur, mana suami kau?” soal Dayana, perlahan.

“aku tak tahu. semalam dia keluar pergi cari Ziyad. semalaman dia tak balik ke rumah umi. aku call pun dia tak angkat.”

telefon pintar yang berada diatas riba diambil. nombor peribadi Aidan didail. laju sahaja panggilan tersebut masuk ke peti suara.

sekali lagi Nur mencuba. tindak balasnya tetap sama. panggilannya disambungkan kepada peti suara.

“Aidan tak angkat.” gumam Nur.

Dayana mengeluh perlahan. pelbagai anasir - anasir pelik sudah pun bersarang dimindanya. walaupun dia sudah sehabis baik menolak fikiran negatif itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TAP! TAP! tap!

dia sudah lambat! macam mana dia boleh terlambat untuk menghadiri majlis kahwinnya sendiri?

“hoi, Yad! lari itu perlahan sikitlah! londeh samping kau karang!” laung Aidan daripada belakang.

lelaki itu turut mengejar langkah Ziyad. mentang - mentang kaki panjang, bolehlah berlari laju sikit. habis dia yang kaki pendek ini macam mana?

Ziyad tidak mengendahkan laungan Aidan. sungguh dia menyesal drive daripada Kuala Lumpur ke Jelebu dan patah semula ke Kuala Lumpur. kemudian, baharulah dia tiba di Seremban.

kawasan beranda masjid yang dijadikan tempat buat akad nikah itu dihampiri. terus dia berlari masuk ke dalam kawasan beranda.

spontan ke semua mata - mata tertumpu kepadanya. susuk tubuh yang pertama menyapa pandangannya adalah Dayana.

gadis itu elok duduk disamping Nur. wajahnya jelas kelihatan bingung. matanya langsung tidak berkelip memandang kearah Ziyad.

Ziyad membetulkan semula posisi tubuhnya. lelaki itu mula berdiri dengan benar. seterusnya, dia melangkah maju kearah meja Tok Kadi.

suara bisikan tetamu dibiarkan begitu sahaja. dia terus duduk berhadapan dengan Encik Zahrin. wajah bakal mertuanya itu dipandang.

“lambatnya, Yad. ke mana?” soal Encik Zahrin.

“ada urusan sikit yang perlu diuruskan. tak tahulah pula sampai drag masa.” ujar Ziyad, perlahan. dia tidak mahu yang lain mendengarkan mereka.

Encik Zahrin menggelengkan kepalanya beberapa. senyuman nipis terukir pada wajah lelaki berumur itu.

lelaki yang bergelar ayah itu memandang kearah tetamu. kemudian dia mengukir senyuman manis, “boleh kita mulakan?”

kesemua tetamu mengangguk yakin. kini, fokus keseluruhan masjid itu tertumpu kepada Ziyad dan Encik Zahrin.

senak pada perut kini terasa. wajah Ziyad sudah pun berubah pucat. dia gerun. cepat sahaja perasaan gerun dia buang jauh - jauh.

Encik Zahrin mengukir senyuman nipis, “rileks, jangan gabra. nanti salah sebut lafaz akad.”

spontan lelaki itu muda itu menggosok tengkuknya. alamak, tertangkap pula.

lelaki yang bergelar ayah kepada Dayana itu memberi jeda sebentar kepada Ziyad. memberi masa buat lelaki itu bertenang.

kemudian, selepas memastikan Ziyad sudah tenang, Zahrin menghulurkan tangannya kepada Ziyad.

terus reaksi wajah Ziyad berubah. lelaki itu kembali cuak! perlahan - lahan nafas ditarik lalu dihembuskan. huluran Zahrin disambut oleh Ziyad.

“aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Dayana Zhalifah binti Mohammad Zahrin dengan emas kahwinnya berjumlah RM 1000 tunai.”

kini, tibalah giliran Ziyad pula buat melafazkan ayat ijab kabul tersebut. sekali lagi dia menarik nafas panjang.

“aku terima nikahnya Dayana Zhalifah binti Mohammad Zahrin dengan emas kahwinnya berjumlah RM 1000 tunai.”

“sah?”

“sah!”

Ziyad berjaya melafazkannya dengan sekali lafaz. lelaki itu mengukir senyuman lebar. terus kepalanya ditolehkan kearah Dayana.

gadis itu nampak terkejut apabila mata kedua - duanya bertemu. laju sahaja Dayana melarikan pandangannya kearah lain.

wajah Dayana sudah merona merah!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

WAJAHNYA DITUNDUKKAN memandang kearah lantai. dia tahu bahawa langkah Ziyad sudah pun semakin hampir tetapi dirinya terasa lebih malu sekarang ini.

kalau dia tak mahu lihat muka Ziyad sekarang ini, boleh tak? malunya, Ya Allah.

Ziyad barusan sahaja selesai mengejarkan solat sunat sebagai tanda syukur atas hubungan yang baharu sahaja terjalin itu.

lelaki itu melutut dihadapan Dayana. wajah Dayana yang sedang menunduk itu dipandang.

“saya dengar, ada orang itu menangis sebab rindukan saya.” sakat Ziyad.

“mana ada.” nafi Dayana. terus sahaja tangan kecil gadis itu naik mencubit lengan Ziyad, kuat.

Ziyad berdecit kecil. lengannya yang telah menjadi mangsa cubitan tadi diusap lembut. tangan kecil tetapi pijar rasanya apabila kena cubit.

lelaki itu terkekeh perlahan. tangan kekarnya dibawa naik ke dagu si isteri. dipagut lebih dagu gadis itu. perlahan - lahan dia menolak wajah Dayana.

seterusnya, mata kedua - duanya mula bertaut. senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. alahai, menangis rupanya.

“salam dulu suami itu.” sampuk Nur. sengaja perkataan suami ditekan kuat.

spontan Dayana memukul kasar peha Nur. sibuk betul perempuan yang berada disebelahnya itu.

sekali lagi Ziyad terkekeh perlahan. tangannya naik menyeka air mata yang masih bersisa diwajah Dayana.

kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada sang isteri. tanpa ragu, Dayana menyambut huluran Ziyad. kekura tangan lelaki itu dikucup lembut.

kemudian, Ziyad kembali memagut lembut dagu Dayana. ruas dahi gadis itu dikucup, lama.

bunyi kamera mula kedengaran disekitar mereka. Nur yang disebelah pula sudah bersorak kecil. menzahirkan rasa gembira akan perkahwinan sahabatnya itu.

selang seminit, Ziyad menjauhkan semula wajah mereka. anak mata mereka kembali bertaut. secara tak langsung air mata Dayana kembali bertakung.

terus Ziyad menarik tubuh gadis itu ke dalam dakapannya. diusap lembut belakang badan gadis yang baru sahaja bergelar isterinya itu.

“janganlah menangis. nanti tak lawa. hari ini awak cantik tahu?” bisik Ziyad perlahan.

jujur, Dayana kelihatan sangat cantik pada hari ini. mungkin kerana gadis itu mengenakan tudung pada kepalanya.

ditambah pula dengan rias alat solek pada wajah si gadis, bertambah cantiklah apabila memandang. nampak manis sahaja.

“Aya, nanti kotor baju melayu Yad. baju dialah warna putih.” tegur Nur.

mendengarkan sahaja Nur, Dayana menolak tubuh kekar Ziyad menjauh. pandangannya jatuh pada bahagian dada Ziyad.

terdapat sedikit kesan alat solek milik Dayana yang melekat pada baju melayu lelaki itu.

“maaf.”

Ziyad mengukir senyuman kecil. dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum tangannya naik mengusap kepala Dayana yang masih lagi berlapik tudung itu.

“tak apa. tak nampak sangat pun.” pujuk Ziyad.

Continue Reading

You'll Also Like

4K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
943 47 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...