๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐€๐ฌ๐ก'๐ฌ | ๐Ž๐†

By syqueenyana

3.4K 228 40

~โ™ก๏ธŽ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’–๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’€๐‘จโ™ก๏ธŽ~ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ฎ๐ง๐ฒ๐ข ๐€๐ณ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‹๐จ๐œ๐ž๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ... More

๐’๐‡๐„'๐’ ๐€๐’๐‡'๐’
๐๐‘๐Ž๐‹๐Ž๐†
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 1
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 2
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 3
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 4
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 5
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 6
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 7
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 8
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 9
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 10
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 11
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 12
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 13
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 14
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 15
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 16
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 17
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 18
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 19
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 20
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 22
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 23
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 24
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 25
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 26
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 27
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 28
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 29
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘จ๐‘ธ 30

๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 21

62 5 0
By syqueenyana

𝑆ℎ𝑒'𝑠 𝑚𝑖𝑛𝑒

    "QURATUL tahukan apa yang mama dan aunty Mawar rancangkan?"

Aku menganggukkan kepala. Siapa je yang tak perasan bila orang tua mereka memberi hint yang amat jelas!

Aku hela nafas perlahan.

"Abang Fateh.."

"Ye?" Sahutnya.

"Boleh tak kalau bagi Quratul masa dulu. Atul nak kita kenal saja dulu?" Pintaku perlahan. Entah kenapa aku tidak bersedia ingin membuka hatiku padanya.

"Mesti lah boleh, abang tahu bukan senang Quratul nak terima orang baru dalam hidup Quratul kan." Lembut tutur katanya.

"Thanks abang sebab faham Atul.."

"Sama-sama. Aku ambil lah masa sebanyak mana sekalipun kalau ada jodoh kita bersatu juga." Aku menekur kepala kebawah. Hanya lantai menjadi pandanganku sekarang ini.

"Lagipun abang tahu Atul tak pernah bercinta pun kan?" Aku senyum nipis seraya mengganguk. Tiada lagi yang berjaya membuka hatiku.

Selama ini hidupku hanya berkaitan keluarga, pelajaran dan pekerjaan. Tiada sedikit pun aku memikirkan tentang cinta. Aku mahu capai impianku dulu.

KAKI berjalan menyusul ke cafe kek Arissa. Memandangkan Arissa sudah menukarkan tempat jualannya bukan lagi di dalam Mall.

Semalam beria-ria menelefonku meminta tolong bersihkan kedainya dulu sebelum mulai kerjanya.

Aku hanya bersetuju saja memandangkan kerja sebagai seorang pengurus rumah yatim milik Abi tentu ada shifnya.

"QURATUL!!" Teriak Arissa. Aduh lah dia ni. Tak boleh ke slow down sikit suara tu.

"Ye, tak payahlah jerit kuat-kuat." Arissa hanya sengih. Aku menggelengkan kepala.

"Okay, sekarang ni kau nak aku tolong apa?" Soalku.

"Ouh. Kau tolong aku sapu lantai boleh? Aku nak buat dekat dapur." Aku mengangguk. Alah sapu lantai saja. Lagipun cafenya bukanlah besar mana. Tapi kalau besar, aku undur diri dulu la. Mahu patah tangan aku kalau buat seorang diri.

"Boleh tapi mana penyapu?"

"Ouh jap biar aku yang ambil." Pemergian Arissa dihantar melalui anak mata saja.

Aku memilih untuk duduk sahaja. Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi yang berada berhadapan dengan pintu kedai. Tangan pun mengambil telefon yang berada di dalam beg tangan itu.

Ralit aku bermain sebelum aku merasa ada pergerakan di hadapanku tambahan dengan bunyi kerusi ditarik. Pantas aku mengangkat muka untuk melihat gerangan itu.

Ash..

Terkejut aku apabila Ash yang tiba-tiba muncul dari entah mana datang ke sini. Eh jap. Mana dia tahu aku berada di sini.

"Eh awak buat apa dekat sini?" Tanyaku pelik. Boleh pening buatnya memikir tentangnya. Kang ada yang masuk hospital.

"Saja." Jatuh rahangku mendengarnya. Itu je? Sepatah perkataan tapi mampu membuatku geram yang teramat.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soalku lagi kerana masih keliru. Berkerut dahi aku saat ini.

"Saja. Nak tengok kau." Bertambah keliru aku saat mendengar jawapannya. Kenapa nak tengok aku?

"Aik? Kenapa nak tengok saya?" Tanya aku lagi. Tangan sedah menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Banyak tanya lah kau ni." Aku mencebik bibir. Alah orang tanya je. Itu pun nak marah. Siapa suruh datang dengan mengejut. Memang mendapat lah.

"Eh awak tak kerja ke?" Tanyaku lagi. Walaupun Ash menyuruhku diam tetapi jangan ingat aku mengikuti arahannya.

Larangan suatu perintah kan?

"Tak." jawabnya sepatah.

"Oh. Habistu kenapa awak datang sini?"

"Te extrano.." ( Aku rindu kau ) Dia berkata dalam bahasa sepanyol. Aku mengeluh. Dah banyak kali aku kata yang aku tidak faham. Bukannya nak mempertimbangkan tapi semakin buat ada lah. Para readers boleh tolong translate tak?

"Tampaknya saya memang kena belajar lah kan bahasa sepanyol." Sinisku. Ash hanya menggeleng kecil memandangku. Lama. Rimas pula aku merasa. Terus aku berpaling ke arah lain.

Tidak lama kemudian muncul Arissa dengan penyapu di dalam pegangannya. Perlahan Arissa mendekati aku dan Ash.

"Eh awak Ash kan?" Sapa Arissa apabila sudah dihadapan kami. Aku melihat mukanya yang berkerut itu. Pasti terkejut bagaimana Ash boleh berada di sini.

"Hm." Jawabnya sepatah. Arissa maju bergerak mendekatiku. Mukanya didekatkan di telinga aku dan berbisik sesuatu.

"Ada emas ke dalam mulut dia tu sampai susah nak cakap agaknya." Guman Arissa. Rasa nak hempuk je kepala Arissa.

Nak mengumpat tu perlahan lah ni dia ingat Ash tak dengar lah.

"Eh dah lah aku nak sapu lantai." Aku bangun dari kedudukan lalu mengambil penyapu yang berada di tepi dinding. Manakala Arissa sudah pantas ke belakang.

Belum sempat aku capai penyapu itu ada tangan lain yang mengambil dahulu.

Ash membuat selamba apabila aku memanggil namanya dan terus berlalu ke luar cafe. Aku mengejar langkahnya sebelum berhadapan dengannya.

"Eh awak buat apa ni?" Aku melihat tindakannya yang mulai menyapu di kawasan itu. Serba salah pula kerana menyusahkannya padahal sudah jelas itu kerja aku.

"Kau tengok baju kau macam mana?" Aku memandang baju yang dipakaiku. Kenapa pelik ke. Aku hanya memakai baju kurung kaftan bersama kasut tumit sederhana.

"Apa yang pelik?" Soalku.

"Eh kau nak menyapu pakai baju berkain macam tu ke hm?"

"Alah bukannya jadi masalah pun kan." Ujarku seraya menyuntal kain baju kurung itu.

"Dah pergi duduk sana. Biar aku buat nanti kotor baju kau." Ash menyambung kerja menyapu lantai itu.

Aku tidak berkelip melihatnya. Perasan dengan tingkah laku sendiri mula kesal. Ya Allah Quratul zina mata itu.

Lama juga aku menunggu Ash habis perbuatannya. Aku tersenyum sendiri.

Gila...

Mafia sedang sapu lantai?

Aduh lah author ni...

"Eh awak dah siap ke?" Ujarku apabila dia mula mendekati. Ash hanya mengangguk sepatah.

"Awak nak balik ke? Kalau nak balik lah saya nak duduk sini dulu." Kataku. Aku faham pasti dia ada kerjanya yang lain juga.

"Aku tunggu kau."

ARISSA mendekati kami dengan senyuman terukir di bibir.

"Eh dah siapkan?" Aku mengangguk.

"Terima kasih sebab tolong."

"Aa.. aku dah nak balik ni sebab Raff nak datang." Tersipu malu Arissa. Aku menyampah. Raff Zaim. Kawan Arissa Nabella. Kawan? Entah macam bukan kawan je mereka berdua.

Dulu Arissa memang benci dekat Raff sebab selalu ganggu dia, sekarang nampak macam sayang je.

"Okay aku pun dah nak balik ni." Putusku. Iya lah takkan nak duduk kat cafe ni. Arissa mengangguk.

Pemergian Arissa dihantar melalui mataku. Aku memandangnya sekilas sebelum mula berjalan.

"Tunggu." Aku terus berpaling ke arahnya.

"Teman aku makan." Aku kerut dahi kenapa aku pula?

Belum sempat aku bercakap Ash sudah menarik tali beg tanganku agar aku mengikutnya. Aku terdiam. Hanya mengikuti langkahnya.

Continue Reading

You'll Also Like

593K 36.3K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
666K 11.1K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
1M 42.2K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagiยฒ the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...
12.1K 271 6
"Mama tak nak menantu anak yatim piatu. Kita tak tahu macam mana keturunannya. Lagipun, dia tak berharta. Tak setaraf. Tak sekufu." - Puan Marini Tan...