{7}Shhh...√

By 321OriginalmE

893 50 11

Sila baca. Update : Rabu/Wednesday More

A K A N D A T A N G
B A B 1
B A B 2
B A B 3
BAB 4
BAB 5
B A B 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15 (Final)

BAB 6

42 4 0
By 321OriginalmE

Hospital

Hairul mendapat panggilan daripada ayahnya petang itu. Tak mengambil masa yang lama dia terus mengangkat.

"Hello, ye ayah. Takpe. Banyak je nurse kat sini ni. Tak payah risaulah. Okay. Bye!" panggilan pun di tamatkan. Hairul menyambung kembali menelaah nota yang dipinjamkan oleh rakan-rakanya.

Masa berlalu dengan cepat. Kini jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Hairul mengemaskan nota-nota itu, sebab dia nak membersihkan diri.

Malam itu berlalu seperti biasa sahaja. Jururawat menyapu ubat pada lukanya yang semakin pulih. Dia makan malam dan berbaring semula. Leka bermain telefon, tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10:45 malam. Waktu ni lah Hairul rasa nak buang air kecil.

"Masa ni jugaklah kau nak keluar," katanya lalu meletakkan telefonnya di tepi katil. Kemudian, dia turun dari katil dan menuju ke tandas yang agak jauh daripada wadnya.

Suasana malam tu sedikit sunyi berbanding malam sebelumnya. Hairul berhenti melangkah apabila merasa ada sesuatu yang mengekorinya. Maklumlah hospitalkan.  Dia pandang ke belakang secara perlahan-lahan. Dia menghela nafas lega. Tak ada apa sebenarnya.

"Kalaulah dari kecik aku tak diperkenalkan dengan cerita hantu ni. Mungkin taklah aku takut sangat macam ni." Bisiknya lalu melangkahkan kakinya dengan besar supaya cepat sampai ke tandas dan cepat jugak balik ke wadnya semula.

Namun, ada sepasang mata yang memerhatikannya dengan senyuman di balik gelapnya lorong menuju ke tandas tersebut.

Sekolah

Seminggu kemudian,

"Selamat kembali bro!" sambut Azif dengan gembira. Hairul hanya membalas dengan senyuman lalu terus melabuhkan punggungnya.

Izzy dan Nessa berdiri daripada tempat duduk mereka dan menuju ke arah Hairul.

"Macam mana? Dah okay?" soal Nessa.

"Syukur Alhamdulillah, dah okay," balas Hairul.

"Weyh, lepas ni kau tak payah takut dengan geng Si Fitri tu dah. Mereka kena warning dengan pengetua," Izzy memberitahu.

"Eh! Darimana pengetua tau mereka yang belasah aku?" Hairul bertanya dengan nada yang pelik. Kerana seingatnya, dia tak memberitahu kepada sesiapa.

"Xiao Ning yang bagitahu. Masa tu dia kebetulan tengok kau kena belasah," jawab Izzy.

"Oh. Kalau macam tu baguslah. Biar mereka insaf," kata Hairul.

"Err...tak masuk kes polis kan?" Nessa bertanya dengan teragak-agak. Hairul tertawa kecil.

"Takdelah, aku taklah jahat sangat. Yang penting mereka ambik pengajaran," Hairul menjawab. "Patutlah waktu masuk sekolah tadi mereka jeling-jeling aku. Rupanya kena warning," katanya lagi.

"Tak payahlah awak kesah fasal mereka lagi Hairul. Yang penting sekarang awak dah sembuh kan?" ujar Nessa seraya tersenyum.

Ring Ring

"Kelas dah nak mula ni. Duduklah tempat korang balik nanti bising pulak Cikgu Jamal." Hairul mengarahkan. Mereka berdua pun akur dan balik ke tempat duduk masing-masing.

Kelas pengajian am pun dimulakan sebaik sahaja Cikgu Jamal masuk. Tapi, Cikgu Jamal jugak tidak ketinggalan bertanya khabar tentang Hairul. Hairul hanya menjawab dengan jujur.

Selepas kelas Cikgu Jamal tamat. Cikgu Qistina pulak masuk untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Seperti biasa mereka akan bangun dan mengucapkan salam sejahtera kepada cikgu-cikgu yang mengajar.

Habis sahaja kelas Bahsa Melayu, mereka pun dibenarkan berehat.

"Jomlah pergi kantin. Perut aku dah lapar ni," kata Izzy sambil menepuk-nepuk perutnya.

"Korang pergilah dulu. Aku nak pergi tandas kejap," beritahu Hairul.

"Kau ni aku panggil mat tandas karang baru tahu. Rehat je tandas. Balik je tandas. Kau dah kenapa eh?" tanya Azif.

Hairul tertawa sekejap. "Bongoklah kau ni Azif. Aku bukan macam kau, waktu kelas nak pergi tandas je. Aku ni jenis yang tak suka pergi tandas waktu kelas. Sebab tulah aku pergi tandas sebelum atau selepas kelas habis," Hairul menerangkan.

"Yelah...yelah...malas aku nak dengar kau membebel. Jangan lama sangat. Hari ni aku belanja. Kau lambat, aku tak nak belanja!" kata Azif.

"Terbaiklah Azif!" puji Izzy dan Nessa.

Mereka pun berpecah. Hairul pun melangkahkan kakinya ke dalam tandas. Kosong. Sebaik sahaja Hairul menolak pintu tandas yang pertama dia terus terduduk. Tangannya bergetar.

Kantin

"Lamanya Hairul ni. Dia buat apa kat tandas tu?" Izzy bertanya sambil mengunyah mee goreng.

Nessa mengerling jam tangan miliknya. "Ha'ah, dah dekat sepuluh minit," katanya.

Tak lama selepas itu seorang pelajar lelaki datang ke kantin dalam keadaan yang semput. Dia kemudiannya, membuat pengumuman, lebih kepada memberitahu sebenarnya.

"Korang! Fitri kena bunuh!" pemberitahuan itu membuat satu kantin terkejut.

"Hah?! Kau biar betul Fakhri. Fasal bunuh ni bukan main-main tahu tak!" sahut salah seorang daripada pelajar perempuan di situ.

"Betul ke Fakhri? Kat mana? Apa dah jadi?" tanya seorang pelajar perempuan yang lain pulak.

"Betul! Aku tak tipu. Sekarang ni pihak polis tengah menuju ke sini." beritahunya lagi sebelum berlari semula meninggalkan kantin. Akibat daripada itu, mereka semua pun beramai-ramai menuju ke tandas. Mereka bertiga pun tidak ketinggalan.

Sampai sahaja di tempat kejadian, terdapat beberapa cikgu yang ada di dalam tandas termasuk Hairul yang di soal oleh Cikgu Yakob.

"Apa yang dah jadi ni sebenarnya Hairul? Benda ni tak main-main tau. Ini kes bunuh!" kata Cikgu Yakob selaku penolong kakitangan hal ehwal murid.

"Saya masuk je dia memang macam tu Cikgu. Percayalah!" balas Hairul.

"Kamu Taufik?"

"Saya masuk tandas je, saya nampak Hairul dah terduduk kat depan pintu tandas nombor 1 tu Cikgu. Betul saya tak tipu," Taufik menjawab siap buat gaya ikrar lagi.

Tak lama selepas itu bunyi siren pun kedengaran. Pihak yang tertentu terus melakukan tugas mereka masing-masing. Manakala, Taufik dan Hairul disoal siasat. Begitu jugak dengan kawan-kawan Fitri yang lain.

Di saat suasana yang begitu sibuk, ibu kepada Fitri datang tepat sewaktu jasad anaknya yang hendak dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Fitri! Anak ibu...siapa yang bunuh dia!!!" ibu kepada Fitri menjerit seperti orang terkena histeria. Ayah kepada Fitri dan pihak ambulan pun cuba menenangkan Ibu Fitri. Kemuadian mereka pun bergegas ke hospital.

Ahmad yang ikut berada di tempat kejadian, sedaya upaya mencari dan mengumpul segala bukti. Dia jugak sempat melihat anaknya yang disoal siasat dengan rakan sekerjanya.

Kejadian hari itu, mengundang perasaan takut dalam kalangan penghuni sekolah tersebut. Walaupun begitu, sekolah tetap dijalankan seperti biasa sehinggalah habis waktu sekolah pada hari itu. Pihak sekolah semua di minta berjaga-jaga oleh pihak polis.

Rumah Hairul,

Malam. Jam menunjukkan pukul 12:30. Ahmad baru balik daripada tempat kerja. Selepas mengunci pintu utama, dia terus melangkahkan kakinya menuju ke bilik Hairul dan mendekati anaknya yang tengah lena itu.

"Ayah harap Hairul tak terlibat dalam hal ni," bisik Ahmad seraya mengusap kepala Hairul perlahan sebelum keluar daripada bilik Hairul. Dia tidak lupa untuk menutup kembali pintu bilik anaknya.

Lepas sahaja Ahmad keluar. Hairul membuka matanya dengan perlahan lalu memandang pintu biliknya yang baru sahaja ditutup oleh ayahnya. Dia menghela nafas berat.

"Hairul tak terlibat ayah," bisiknya. Namun, baru saja dia menutup mata beberapa minit. Telinganya menangkap bunyi ketukan pada tingkap sliding di biliknya. Hairul dengan pantas membuka matanya kembali.

Tanpa sengaja matanya menyaksikan sebuah bayang-bayang hitam yang berhoodie berdiri di tingkapnya yang ditutupi oleh langsir yang sedikit tipis. Bayang-bayang itu tetap berdiri di situ sambil perlahan-lahan menggerakkan tangannya ke atas lalu melambai-lambai ke arahnya.

Mata Hairul membesar melihat kejadian itu. Dia pun terus menyelubungi dirinya dengan selimut dan memaksa matanya untuk terlelap.






Terima Kasih

Bersambung


Continue Reading

You'll Also Like

KailAziel By amalia

Teen Fiction

60.3K 2.5K 10
[ Follow Sebelum Membaca -! ] Kaila Adelyn Anandyta, seorang gadis cerdas dengan sifat angkuh dan sombongnya. Kaila sangat di idolakan oleh para guru...
19K 424 46
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
KEJAM By Previn Previn

Mystery / Thriller

33.2K 950 20
Apa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini un...
103K 1.8K 60
"Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu...