OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

4.8K 666 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan
53 + dulu terasa bahagia

2 + hantu sesat

170 25 31
By -ayrain

2 + hantu sesat

"TUAN muda cantik sekali. Tengok kulit putih melepak ni, bulu mata lentik, benar-benar sempurna!" puji pelayan yang sedang menyisir rambut Halilintar.

"Terima kasih," balas Halilintar datar. Apa abang akan menyukai penampilannya? Dia harap begitu.

Tiba-tiba Halilintar mengingat sesuatu.

"Aku dengar aku punya tunangan. Siapa dia?" Halilintar menyoal ingin tahu. Terangkat kening pelayan yang bernama Amelyn, tiba-tiba sahaja tuan mudanya bertanya.

"Masa kecil tuan muda pernah bertemu dengan tunangan tuan muda, tuan muda tak ingat?"

Apa dia sudah bertunang sejak kecil? Entah kenapa ingatannya samar-samar. Halilintar tidak masalah punya tunangan asalkan perkara tersebut diinginkan Gempa, di dunia yang tidak adil ini Halilintar hanya ada abangnya.

"Aku tak ingat." Tersenyum kecil Amelyn mendengarnya.

"Cik Alette setiap tahun kirim hadiah untuk tuan muda bila tuan muda ulang tahun."

Terangkat kening Halilintar mendengarnya. Hadiah? Ternyata hadiah misteri yang selalu dia dapat setiap ulang tahun daripada Alette, tunangannya sendiri. Suasana kamar mulai jeda, membiarkan angin masuk ke kamar dengan sendiri.

Kalau keluarga ini tidak pernah mengambilnya sebagai anak angkat, mungkin dia sudah mati di luar sana. Halilintar memikirkannya, apa dia sudah benar-benar bahagia? Apa boleh dia meninggalkan masa lalu? Apa boleh dia hidup seperti orang lainnya?

Halilintar pernah membenci warna matanya.

"Tuan muda, ada surat untuk tuan." Amelyn berpaling memandang gerangan yang mengatakan ada surat datang. Halilintar hanya menatap si penghantar melalui pantulan cermin, apa surat luahan cinta lagi?

"Berikan surat tu kat aku," suruh Halilintar kekal duduk tidak bergerak. Lelaki itu cepat-cepat pergi ke arah Halilintar lalu menyerahkan surat.

Tiada nama pengirim. Surat tersebut dibukanya.

Pergi mati! Mati kau! Kau seharusnya mati! Jangan bermimpi untuk hidup bahagia!

Dan keputusan bodoh terlintas dalam fikiran Halilintar saat membaca surat tersebut.

Amelyn yang perasan riak Halilntar sedikit berubah, mengangkat keningnya. Peluh tiba-tiba keluar di dahi Halilintar, seakan-akan lelaki itu tidak baik-baik sahaja setelah membaca surat. Dahi diurut Halilintar perlahan, entah kenapa berasa pening.

"Tuan... tuan muda? Tuan muda okey tak ni? Panggil doktor, cepat!"

"Ugh..." Sakit. Semakin sakit buat Halilintar tidak dapat menahannya. Dia yang tadi kekal duduk mula berdiri buat Amelyn semakin cemas.

Dapat dirasakan sentuhan Amelyn pada kedua-dua bahunya suruh bertenang.

"Tuan muda... tuan muda okey? Kenapa dengan tuan muda?"

Kasar Halilintar menepis Amelyn hingga tubuh gadis itu jatuh terduduk. Apa dia tidak baik-baik sahaja setelah membaca surat tadi? Surat itu menyuruhnya mati. Katanya tidak berhak bahagia.

Tapak kaki yang mendekatinya seperti tidak kedengaran. Fikirannya entah ke mana. Kedua-dua lutut jatuh mencium permaidani merah, tidak lama itu mata terpejam sehingga tubuhnya rebah tanpa sedar. Suara-suara yang memanggil.

Tidak kedengaran.

+++

Tahun 2023, tanggal 16 Disember,

ADA suara. Halilintar tersedar, mula memandang sekeliling. Ini bukan kamar tidurnya. Bahkan dunia ini tidak pernah dilihat Halilintar. Dia cuba berjalan mendekati sesuatu ingin membuat kepastian.

Membeliak matanya.

"Aku... tembus?" Sesuatu yang melanggar Halilintar tersebut merupakan kereta. Lelaki itu memandang sekeliling, dia di mana? Banyak sekali bangunan, sebenarnya ini dunia seperti apa?

Syurga? Atau pun neraka?

Halilintar berjalan saja ingin melihat dunia baru ini. Tangannya menembus kepala orang yang baru lalu, ternyata dia tidak kelihatan di mata mereka, ya? Apa dia keluar dari badan dan rohnya tersesat di dunia ini? Kalau benar begitu, Halilintar ingin cepat-cepat balik.

"Kau serius nak belanja aku?"

"Apa yang kau nak, aku belikan semua. Ini Hayes la." Sempat Hayes membanggakan dirinya di hadapan Miguel. Miguel sangat tahu bahawa kawannya yang satu ini banyak duit, tetapi tiba-tiba sahaja nak belanja.

Hayes spontan berbisik di telinga Miguel.

"Pelayan perempuan dekat cafe yang aku pergi masa tu cantik gila!" Memerah telinga Miguel dibuatnya. Hayes hanya tersengih-sengih, ternyata itu tujuannya.

Syung...

Hayes tiba-tiba perasan seseorang baru sahaja melewatinya. Lantas lelaki itu berpaling ingin memastikan. Miguel yang perasan Hayes bertingkah aneh, turut menandang apa yang Hayes lihat. Tiada apa-apa. Apa si Hayes ni lihat hantu lagi?

"Jap. Kenapa hantu ni bukan dari dunia ni?" soal Hayes tertanya-tanya. Terangkat kening Miguel.

"Apa maksud kau? Hantu mana kau jumpa kali ni? Cantik tak?" soal Miguel ingin tahu, mana tahu Hayes jumpa hantu cantik.

Jelas-jelas bukan dari dunia ini. Bagaimana hantu itu boleh tersesat masuk di dunia ini? Kedua-dua kakinya mula bersedia menyalurkan kuasa, tidak lama itu sepantas kilat Hayes meninggalkan Miguel. Miguel terlopong.

"Hayes!"

Mana hantu itu pergi? Langkahnya laju sekali. Hayes berdecit kesal. Tidak sedar dia sudah berlari hingga ke kedai kek. Hantu itu sedang menatap kaca luar kedai kek, sepertinya terliur melihat kek di dalamnya.

Halilintar menelan liurnya. Apa dia boleh curi kek? Tetapi kek sahaja dapat dia tembus, memandang kek tersebut buat perutnya berasa lapar.

"Oi, hantu!" Terangkat kening Halilintar. Hantu?

Tercungap-cungap nafas Hayes mencari si hantu ini. Dia kena membawa hantu ini pulang ke dunianya semula, boleh jadi hantu ini akan membawa kemusnahan. Tajam mata merahnya memandang hantu tersebut.

Halilintar terkebil-kebil. Apa lelaki di hadapannya ini dapat melihat?

"Aku akan bawa kau balik. Ikut aku."

"Siapa kau? Kenapa aku kena ikut kau?" Halilintar menyoal curiga. Sempat dia mengundur ke belakang buat Hayes tidak percaya.

Hayes cuba mendekatinya.

"Aku orang baik, maybe. Apa pun kau tak boleh ada dekat dunia ni. Aku akan bawa kau balik semula, jadi ikut aku," pinta Hayes. Laju Halilintar menggeleng buat Hayes terangkat kening.

Lelaki itu jelas berniat ingin melakukan hal buruk! Halilintar mengetap bibir, sekelip mata dia lari daripada Hayes buat Hayes terlopong. Tidak menyangka hantu lari daripadanya, boleh pula hantu takut manusia.

Ah, benar-benar menyusahkan.

"Yah! Hantu, jangan lari!" Kenapa lelaki itu terus mengejarnya? Halilintar dapat merasakan niat tidak baik Hayes, dia perlu cepat-cepat keluar dari dunia ini. Secepat mungkin.

Hantu ini sedang main kejar-mengejar dengannya, ya? Hayes berdecit kecil, matanya naik memandang atas bangunan. Gulungan kain yang selalu dibawa dikeluarkan dari beg sekolahnya secepat mungkin.

"Satu minit." Tangga dinaikinya agar sampai ke atap bangunan. Kuasa kilatnya buat langkah Hayes menjadi lebih laju. Dia tiada masa.

Setelah sampai, matanya mencari sejauh mana hantu sudah berlari. Ikatan gulungan kain mula dibuka, lantas kedua-dua tangan menyalurkan kuasa kilat. Cara ini memang agak aneh, tetapi Hayes menganggap caranya pasti berhasil.

Ah, itu dia hantu!

"Hantu!" Mendongak kepala Halilintar saat suara itu datang dari atap bangunan.

Hayes mengetap bibir. Miguel pernah menganggapnya gila kerana tidak takut apa-apa. Terjun dari atap bangunan semata-mata ingin menangkap hantu? Halilintar tergamam, tidak sangka lelaki yang baru sahaja mengejarnya melompat keluar dari atap bangunan dengan kedua-dua tangan memegang kain.

Apa dia ingin mati awal? Lelaki itu boleh menembusnya.

"Kau fikir kau dapat tembus aku? Aku dah tangkap banyak hantu, jangan remehkan aku, hantu dari dunia lain." Untuk seketika, Halilintar sempat bertembung dengan sepasang mata milik Hayes.

Mata itu, mata yang pernah dibencinya. Mirip sepertinya.

Kain itu jatuh menimpa Halilintar, segera Hayes berundur ke belakang. Dalam beberapa saat, muncul kepala Halilntar setelah dibaluti kain seperti pocong sahaja kelihatannya.

"Pahal kain ni dapat balut aku?" soal Halilintar ingin tahu. Dia benar-benar dibalut seperti pocong.

Hayes tersenyum kecil.

"Kain ni khas untuk tangkap hantu. Yeah, aku beli dia cukup mahal. Berapa ratusan ribu? Mungkin dah masuk juta. Tapi benda ni bagus, hahahah." Sempat Hayes memberitahu harganya, entah niat nak menjelaskan atau nak berlagak.

Tangannya mula menarik tubuh hantu yang dibalut. Ingin membawa hantu ini balik ke dunianya semula. Tanpa sedar Halilintar jadi lama memandang Hayes. Apa perasaannya sahaja?

"Macam mana kau boleh tersesat?" soal Hayes. Hantu ini bila lihat-lihat semula ternyata kacak.

"Kenapa kau nak tahu?" Decitan keluar dariapda bibir Hayes. Hantu ini tidak ramah betul. Lihat tatapan tajamnya.

Hayes memandang kiri dan kanan memastikan tiada siapa yang lalu. Dia sudah meletakkan pelindung kilat agar tiada siapa yang dapat masuk ke dalam kawasannya. Hayes mula menunduk meletakkan kedua-dua lutut di atas tanah, tingkah lelaki itu buat Halilintar tertanya-tanya.

"Kau buat apa?"

"Aku berdoa agar kilat datang menyambar kau." Tersentak Halilintar. Apa lelaki ini ingin dia mati? Andai dia boleh lari jika kain ini tidak membalutnya, sudah lama Halilintar lari.

Jeda. Tiada kilat langsung.

"Apa nama kau? Sebenarnya kau siapa?" Halilintar menyoal setelah lama berdiam diri. Sampai bila kain ini ingin membalutnya?

Hayes terangkat kening.

"Shhh. Kenapa kau nak tahu? Kau suka aku? Aku tahu aku kacak, tapi hati aku cuma untuk Kim Yerin. Faham? Baik kau diam, aku tengah sungguh-sungguh berdoa ni." Panjang lebar Hayes membalas buat Halilintar akhirnya terdiam. Siapa pula Kim Yerin ini?

Apa kilat benar-benar akan menyambarnya?

+++

"HALI... Hali!"

Perlahan-lahan Halilintar mencelikkan matanya. Pandangannya kabur, perlahan-laham menjadi jelas. Dapat dirasakan hangat tangannya digenggam Gempa. Mata merahnya jadi bertembung dengan sepasang mata kuning keemasan milik Gempa.

Apa tadi kilat menyambarnya? Ternyata membawanya semula ke dunia asal.

"Kau dah sedar? Ingat aku tak?" tanya Gempa meminta kepastian. Halilintar hanya angguk kecil.

"Abang tak tidur lagi? Dah malam." Gempa menggeleng laju. Dia benar-benar takut mendengar berita bahawa Halilintar pengsan.

Kalau Halilintar meninggalkannya, apa yang harus Gempa lakukan? Halilintar berpaling memandang kaca tingkap yang memperlihatkan malam berbintang. Dia teringat lelaki dalam mimpinya. Apa itu benar-benar mimpi?

Terasa nyata.

Tawa kecil tidak sengaja keluar dari bibir Halilintar menarik perhatian Gempa. Perasaan apa ini? Hatinya senang kerana berjumpa dengan lelaki di dalam mimpinya.

Gempa mendiamkan diri. Entah perasaannya sahaja, untuk pertama kali dia mendengar tawa kecil Halilintar.

Lelaki yang bahkan tidak pernah tersenyum.

Finished on Monday, 8 January 2024
Published on Wednesday, 31 January 2024

1542 words

Continue Reading

You'll Also Like

17.8K 1.8K 115
NOOROO'S TOUCH ... A Cover Book Shop ❁❁❁ Rasa cover tidak cantik? Rasa macam perlukan orang buatkan cover? Eh tapi sebolehnya nak yang percuma Banya...
21.7K 2.2K 25
MISTERI ASRAMA M.A.T.A. _____________________________ Ejen Ali Book 1 : Misteri Asrama M.A.T.A Book 2 : Misteri Asrama Rintis 💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀�...
4.6K 523 13
Kembar yang tinggal sebatang kara selepas kejadian tragik yang berlaku dalam hidup mereka. Hali sebagai abang kembar perlu menjaga adiknya Solar yang...
1.1K 75 9
☆ Apabila mereka dapat bertemu secara bersemuka dan meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti selepas 2 tahun bersemuka online , dengan niat h...