Bintangku

By jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

023

254 38 13
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ NANTI AWAK balik kuliah pukul berapa?” soal Ziyad. lock kereta dibuka.

“pukul enam lebih macam itu. kenapa?”

“okay, nanti saya datang jemput awak. saya tunggu dekat sini juga. nanti cari kereta saya dekat sini.” pesan Ziyad.

Dayana menggumam kecil. pintu kereta dibuka sebelum berterima kasih kepada lelaki itu. pintu kereta dikatup semula.

namun Dayana masih lagi berdiri disamping kereta Ziyad── menunggu kereta lelaki itu meluncur keluar daripada falkutinya.

hampir seminit Dayana berdiri disitu dan kereta Ziyad masih lagi belum bergerak. Dayana mengerutkan dahinya. apahal Ziyad ini?

tingkap kereta disebelah bahagian penumpang diturunkan. Ziyad mendekatkan sedikit wajahnya dengan tingkap tersebut.

“awak tercegat apa lagi? masuklah dalam bangunan falkuti cepat. saya pandang awak daripada dalam kereta.” ujar Ziyad.

oh, patutlah tak gerak - gerak. tunggu dia masuk ke dalam bangunan falkuti rupanya.

Dayana mengangguk faham. cepat - cepat gadis itu berlari anak kearah bangunan falkuti. sebaik sahaja kakinya tiba dihadapan pintu masuk utama, dia menoleh semula kearah kereta Ziyad.

tinted pada tingkap kereta Ziyad tidaklah terlalu gelap untuk Dayana melihat wajah lelaki itu. Ziyad kelihatan sedang tersenyum kearahnya. tangan besar itu digunakan untuk melambai gadis pujaannya itu.

gadis itu senyum segaris. ditundukkan sedikit badannya sebagai tanda terima kasih sebelum dia berlari masuk ke dalam bangunan falkuti.

sesekali, dia menoleh kearah luar bangunan falkuti. kereta berwarna hitam itu sudah pun meluncur keluar daripada kawasan falkutinya.

senyuman lebar terukir pada wajah Dayana. entah kenapa sikap prihatin Ziyad itu berjaya mengusik hatinya.

dia suka akan keprihatinan Ziyad terhadapnya.

lengan Dayana direntap kasar daripada belakang. terus terdorong tubuh gadis yang sedang berlari itu. seterusnya, dia mencuba untuk mengstabilkan tubuhnya.

gerangan yang menarik lengannya itu dipandang.

Irisy Zhulaiqa!

buk!

laju sahaja bahu gadis berambut paras pinggang itu ditumbuk, “gila ke? aku sikit lagi mahu tendang kau.”

sorry ah, aku cuma penat nak kejar langkah kau. laju sangat berlari.” ujar Irisy.

sebenarnya, dia sudah mengikuti langkah Dayana sejak daripada awal gadis itu masuk ke dalam bangunan falkuti. dia juga sempat melihat kereta milik Ziyad dalam kawasan falkuti itu.

Dayana mencebik. ruas dahi Irisy disentil kasar. ada - ada sahaja perangai gadis kecil itu.

“ya, kalau penat... laung nama aku. macamlah aku ini pekak.”

“kau memang pekak pun.” bidas Irisy pantas.

“wah, penghinaan nampak.”

“eh, aku nak masuk dewan dah ini. nanti balik ini kita berbual lagi.” ujar Irisy. bahu Dayana ditepuk lembut.

Dayana hanya mengangguk. memang sudah masuk musim peperiksaan penggal semester. wajarlah jika kesemuanya tergesa - gesa sekarang.

selepas sahaja bayang Irisy hilang, gadis itu mula menyambung langkahnya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BARU SAHAJA dia menapak keluar daripada pintu utama falkuti, kereta milik Ziyad sudah pun kelihatan.

lelaki itu berdiri diluar keretanya sambil bersandar pada pintu kereta tersebut. kedua - dua belah tangannya disilangkan pada dada.

senyuman kecil mula terukir pada wajah Dayana. Ziyad ini seorang yang menepati masa juga ya?

belum sempat gadis itu menapak, suara - suara bisikan pelajar perubatan disitu mula menyapa gegendang telinganya.

“weh, kacaknya lelaki itu. sudahlah tinggi, tampan lagi. kau pernah nampak dia dekat area sini?” soal salah satu daripada mereka.

“tak pernah pula. tetapi sumpah kacak gila! rupa macam oppa oppa yang ada dalam k-drama.” puji seorang lagi daripada mereka.

“kau agak - agak dia tengah tunggu siapa? nampak macam tengah tunggu someone aja.” tembak gadis yang ketiga pula.

“harap - haraplah bukan kekasih. aku baru nak minta nombor telefon dia.” ujar gadis yang pertama tadi dengan penuh girang.

namun pada Dayana, ketiga - tiga mereka kedengaran sangat gedik.

dia memandang kearah Ziyad. dengan serta- merta, anak mata mata kedua - duanya bertaut. senyuman manis terus dikuntumkan buat Dayana.

omg, dia senyum! handsome gila!” ujar gadis yang pertama tadi, girang.

“dia senyum arah aku ke? oh my god, oh my god! rambut aku okay tak? ada terkeluar atau tak kemas ke?” soal gadis itu lagi. rambutnya diurus menggunakan tangan.

“kau dah okay sangat, Naira! kau memang tip - top! ” puji sahabat Naira itu.

lagi - lagi Dayana berasa jengkel. gelenya deh kamu.

kemudian, Ziyad memanggil Dayana menggunakan tangannya. mungkin terlalu jauh jika lelaki itu ingin melaung namanya.

Dayana senyum segaris. baru sahaja dia ingin menapak, Naira sudah pun terlebih dahulu menapak satu langkah.

guys, dipanggil aku. tak silap lagi!” ujar Naira bangga.

bola mata, Dayana julingkan keatas. gadis itu kembali membuka langkah. cepat - cepat gadis itu melangkah mendahului Naira.

kejap lagi retilah malu minah keleper itu.

senyuman kecil diukirkan buat Ziyad. langkah dihentikan tepat dihadapan lelaki tinggi lampai itu. kepala dilagutkan keatas.

“hai, bintang. lamanya berdiri depan pintu falkuti. buat apa?” soal Ziyad. senyuman kecil diukirkan buat gadis itu semula.

“saya panaslah, abang. boleh tak masuk kereta cepat? saya rasa macam nak pengsan.” ujar Dayana bersama dengan nada yang dibuat - buat manja.

hujung lengan baju Ziyad turut ditarik oleh gadis itu.

hampir jatuh rahang Ziyad. apa dia tidak salah dengar? Dayana ini demam ke apa?

“aw─awak cakap apa ini?” soal Ziyad. dia agak ragu ketika itu.

Dayana mencebik. dia menoleh semula kearah Naira dan kumpulannya. senyuman nakal diukirkan buat sekumpulan gadis itu.

“SAYANG panaslah ABANG. boleh tak kita masuk kereta?” soal Dayana ulang. perkataan abang  dan sayang sengaja ditekankan.

hampir ternganga - nganga Naira mendengarnya. wajah mulus Naira berubah merah. dia malu!

“bo─boleh. kejap saya bukakan pintu.” penyakit gugup mula menyerang Ziyad.

senyuman kecil diukirkan buat Dayana. lelaki itu mula membuka langkah kearah pintu penumpang── diikuti dengan Dayana dibelakangnya.

sempat - sempat aja gadis itu menoleh kearah Naira kembali. wajah berang Naira dapat dilihat dengan jelas.

seronoknya dapat malukan Naira.

pintu kereta dibuka oleh Ziyad. seterusnya, Dayana cepat - cepat melangkah masuk ke dalam perut kereta lelaki itu.

selepas menutup rapat pintu Dayana, Ziyad menapak semula kearah side pemandu. sempat dia memandang kearah sekumpulan gadis yang berada dihadapan pintu falkuti itu.

oh, jadi inilah punca utama sikap Dayana berubah.

wajah datar dipasang lalu lelaki itu melamgkah kearah pintu kereta. daun pintu dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam perut kereta tersebut.

selepas sahaja dia selamat masuk ke dalam perut kereta, wajah Dayana dipandang penuh bingung.

“apa?” soal Dayana bersama kekehan yang tertahan. dia tahu yang Ziyad mahukan penjelasan daripadanya.

you owe me an explanation, bintang.” tegas Ziyad bersuara.

nothing to be explains.”

“oh, Aya. come on. saya tak nak kawan dengan awak.”

okay then, tak payahlah berkawan dengan aku.”

“Ayaaa.”

makin galak Dayana mentertawakan Ziyad. lucu melihat wajah polos lelaki itu. rasa seperti mahu cubit sahaja.

“awak cemburu ke, bintang?” sangkal Ziyad.

terus Dayana menggelengkan kepalanya, “mana ada! memang taklah aku nak cemburu.”

“dah itu? kenapa tiba - tiba lain sahaja awak tadi?” soal Ziyad lagi.

dia sengaja mahu main tarik tali dengan Dayana. bukannya dia tak tahu apa puncanya gadis itu memanggilnya ‘abang’.

“sahaja mahu tengok reaction Naira. gedik semacam sahaja perempuan itu. dengan baju macam balut nangka── ketat gila.” seloroh Dayana.

“macamlah kau mahu sangat dengan dia. kemain gatal lagi dia pandang kau.” tambah Dayana lagi.

perlahan - lahan senyuman terukir pada wajah Ziyad. kata tak cemburu. habis itu, ini apa? suka ke?

“macam mana awak tahu saya tak mahu dekat dia?” soal Ziyad. keningnya dijungkitkan buat menyakat Dayana.

habis berubah air muka Dayana apabila soalan itu diajukan oleh Ziyad. gadis itu mencebik. kedua - dua belah tangannya dilipatkan ke dada. wajahnya dibuang keluar tingkap.

“kalau kau mahu, ngorat sahajalah dia.” tutur Dayana perlahan.

kekehan kecil terbit daripada bibir Ziyad. jejaka itu turut menggelengkan kepalanya beberapa kali. ini ke yang katanya tak cemburu tadi itu?

“tak apalah. dia bukan ideal type saya.”

Dayana kembali menoleh kearah Ziyad. dapat dilihat sinar daripada anak mata bulat gadisnya itu.

“habis, ideal type kau macam mana?” soal Dayana. entah kenapa dia mahu bertanya tentang ini.

“macam awak.”

deg.

jantungnya mula mengepam darah dengan laju. gadis itu kembali membuang pandangannya keluar tingkap. dapat dilihat daripada biasan kaca itu, wajah Dayana mula merona.

“awak pun dah cukup untuk untuk saya, bintang. jaga awak pun dah cukup pening untuk saya.” ikhlas, Ziyad menuturkan ayatnya.

Dayana hanya diam. tidak ada hati untuk membalas Ziyad. dia terlalu malu untuk semua ini. rasanya mahu terjun keluar melalui tingkap kereta Ziyad.

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 147K 68
▪️Mafia/Gang au ▪️Soulmate au ▪️"Only fools fall for you."
Flick By ✰Eva✰

Teen Fiction

890K 28.5K 34
"We fought an uphill battle. One we had no hope of winning." ~~~ Felicity-Flick as most call her-Carter, has learned a thing or two in her 12 years o...
44.5K 1.6K 19
Celestina Ashdown is a side character in the novel "The Prince Lives For Me". She's the character that Liliana love the despite being a side characte...
65.2M 1.5M 39
Completed! This isn't the first time love had a roommate. It's been five years since the death of her parents and 19-year-old Lillian Camel still mou...