Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

022

220 34 4
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  PINTU UTAMA rumah Puan Aida ditolak oleh lelaki tinggi lampai itu. kemudian, sepasang kasut berjenama Skechers itu dibuka lalu diletakkan pada tempat kasut.

dia meneruskan langkah kearah meja makan yang berada di dapur. kerusi kosong ditarik lalu dilabuhkan punggungnya pada kerusi tersebut.

keluhan kecil dilepas oleh Ziyad. dia baru sahaja selesai menghantar Dayana ke rumah sewa gadis itu. namun katanya, malam ini dia perlu bekerja.

sebenarnya, dia masih lagi terfikir mengapa Dayana beria - ria bekerja. sedangkan uwan dan atuk gadis itu bukanlah orang susah. bahkan orang yang berada kerana mempunyai ladang kelapa sawit dan tebu sendiri.

harga sawit sekarang bukannya biasa - biasanya. kemain masyuk lagi pengusaha kelapa sawit zaman sekarang.

seketika, fikirannya melayang kembali sewaktu dia berada dikampung gadis itu. malam dimana Encik Zahrin mengajak dirinya berbual.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELEPAS SAHAJA bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. dia berjalan melebih kawasan berbumbung. seterusnya, kepala didongakkan keatas.

seperti malam sebelum, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. rupanya tetap indah dan cantik.

dia tidak akan pernah bosan bagi melihat langit malam. tambahan pula apabila langit tersebut dihiasa oleh bintang dan ditemani oleh bulan.

sama seperti malam ini.

laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan kearah langit.

snap!

sekeping gambar berjaya ditangkap. terus, lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.

atau mungkin, dia akan hantar gambar itu kepada Dayana.

senyuman kecil terukir pada bibir Ziyad. sama sahaja kedua - duanya. bintang dan Dayana. sama - sama cantik dan bersinar.

walaupun dalam keadaan yang gelap, dia masih cuba untuk bersinar dengan terang. walaupun jika dibandingkan saiznya dengan bulan, saiz bintang lebih kecil. namun masih menarik jika berada diatas sana.

suara seseorang berdehem menerjah telinga Ziyad. namun suara itu bukanlah milik Dayana. ia lebih kepada suara garau.

sontak Ziyad memusingkan tubuhnya. susuk tubuh yang berada diberanda rumah itu pandang. tidak lupa juga untuk mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit tubuhnya sebegai tanda hormat.

“boleh kita berbual?”

Ziyad mengangguk. telefon pintarnya dimasukan semula ke dalam poket seluar. langkah mula diatur kearah beranda rumah Puan Khalijah dan Encik Jalani.

sebelum melangkah masuk, kasutnya ditanggalkan lalu disusun terlebih dahulu. kemudian, baharulah lelaki itu menapak masuk ke dalam rumah.

meja makan yang berada ditengah - tengah beranda itu dijadikan tempat berbual kedua - dua lelaki itu.

Ziyad mengambil tempat kosong berhadapan dengan Encik Zahrin.

“dah berapa lama Yad kenal dengan Dayana?” soal Encik Zahrin sebaik sahaja Ziyad melabuhkan punggungnya.

“tak adalah lama sangat. dalam sebulan dua macam itu.” jawab Ziyad.

“saya pun bukan nak cakap panjang pun dengan Yad. saya cuma nak ucap terima kasih sebab tolong jagakan anak perempuan saya.” ucap lelaki itu ikhlas.

“selama ini saya bukannya tak perasan dengan perubahan Dayana. cuma, saya dah terlalu lambat untuk ambil hati dia balik. dia sudah terlalu terasa hati dengan kami.”

Encik Zahrin jeda. keluhan kecil dilepaskan oleh lelaki itu.

“saya rasa bersalah sebab dia terpaksa membesar dengan cara macam ini. membesar salam keadaan yang berantakan tetapi dia masih lagi mampu berdiri dengan sendiri. masih lagi mahu berkuliah dan kejar cita - cita dia.” sambung lelaki itu lagi.

Ziyad hanya diam. tekun mendengar cerita Encik Zahrin. peluang juga baginya untuk mengetahui latar belakang Dayana dengan lebih lagi.

“dia pernah cakap yang dia nak jadi doktor berjaya sebab ayah dia seorang doktor. dia mahu jadi macam papa dia. tambahan lagi bila uwan dia cakap yang, uwan dia suka tengok doktor perempuan. lagilah dia bersemangat mahu kerja impiannya itu.”

“tetapi dia kerja impian itu sendiri. sedangkan anak - anak lain yang sebaya dengan Dayana, impian mereka disokong oleh orang tua mereka. jadi, saya rasa bersalah dengan dia.” luah Encik Zahrin panjang lebar.

sekali lagi keluhan dilepaskan oleh Encik Zahrin. lelaki itu benar - benar kelihatan kesal,

“saya bersyukur bila dia nampak gembira dengan Yad. dia tak pernah segembira itu dengan lelaki lain. dia juga belum pernah berani kenalkan lelaki pada uwan dan atuk. Ziyad adalah yang pertama.” senyuman kelat terukir pada wajah Encik Zahrin.

“terima kasih sebab layan dia dengan baik. saya betul - betul berterima kasih.” lagi - lagi Encik Zahrin mengucapkan terima kasih kepada Ziyad.

“tak apalah, encik. saya memang seronok berkenalan dengan Dayana. lagian pula dia jenis yang baik dan tak banyak tingkah.”

Encik Zahrin mengukir senyum. semuanya berakhir disitu apabila bunyi gelas pecah menerjah telinga mereka.

kedua - dua jejaka itu bingkas bangun lalu bergegas masuk ke dalam rumah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ZIYAD TIDAK pernah menyangka bahawa gadis itu menyembunyikan pelbagai jenis masalah. bahkan sedikit pun dia tidak pernah bercerita dengan Ziyad.

mungkin, waktu itu mereka baharu sangat berkenalan.

pap!

meja jenis marmar itu ditepuk kuat oleh seseorang. spontan Ziyad mengangkat wajahnya. kelihatan Nur sedang bercekak pinggang bersama dengan sebelah tangannya yang berada diatas meja.

“jauhnya kau termenung. fikirkan apa?” soal Nur.

Ziyad menggelengkan kepalanya. sibuk sahaja minah kepochi ini mahu tahu. adalah itu benda yang mahu dikorek untuk dijadikan bahan bualan dengan Aidan nanti.

Nur mencebik. kerusi kosong berhadapan dengan Ziyad ditarik lalu Nur melabuhkan punggungnya disitu.

“aku buka slot dengan kau. tanya aku beberapa soalan tentang Dayana tetapi kau kena belanja aku novel baharu lepas itu. lima soalan, sebuah novel. amacam? ” tawar Nur. keningnya dijungkitkan beberapa kali.

“okay deal.” laju sahaja Ziyad bersetuju dengan tawaran Nur itu.

apalah sangat sebuah novel. tak sampai lima puluh pun sebuah novel.

“ingat, lima soalan, sebuah novel.” ulang Nur semula.

“iya, aku tahu. kau nak lima pun aku boleh beli.”

“cis, tahulah kaya. berlagak betul pemegang syer kedua syarikat Tuan Amran ini.” cebik Nur.

Ziyad dengan Aidan sama sahaja. dua - dua berlagak kemain. yang seorang itu pemegang syer utama manakala seorang lagi pemegang syer kedua.

tetapi dua - dua tak mahu pegang jawatan sebagai CEO dan COO syarikat. seorang jadi pensyarah. seorang lagi pula jadi guru.

“aku sebenarnya dah lama nak tanya soalan ini.” gumam Ziyad.

“soalan apa?”

“kenapa Dayana buat kerja sambilan? bukan ke uwan dan atuk dia usahakan ladang kelapa sawit dan kebun tebu?” soal Ziyad.

Nur mengukir senyuman. oh, jadi inilah soalan yang sentiasa mahu ditanyakan oleh Ziyad kepada Dayana.

“sebab dia tak mahu menyusahkan uwan dan atuk. dia itu tak suka menyusahkan orang - orang sekelilingnya. jadi disebabkan dia tak mahu minta duit dengan uwan dan atuk, dia kerja. at least, dia ada duit sendiri.” jelas Nur.

“oh, kenapa pula dia boleh segan macam itu?” soal Ziyad lagi.

“sebab waktu zaman sekolah dahulu, mama dengan papa dia susah nak turuti permintaan dia. alik - alik, adik - adik yang lain sahaja mama dan papa turuti. asal dia minta, mama selalu berkira.bila dia semakin membesar, dia jadi takut untuk minta sesuatu dengan orang - orang disekelilingnya.”

“uwan dengan atuk bukannya tak bagi dia duit poket── bagi cuma, dia tak guna. dia simpan dalam akaun bank. katanya boleh guna lain kali.” jelas Nur.

Ziyad menggumam kecil. patutlah waktu telefon Dayana rosak beberapa bulan kelmarin, gadis itu kelihatan bingung.

“urm, kenapa dia cenderung untuk pilih kedoktoran?” soal Ziyad lagi.

“pada mulanya, Aya nak ambil bidang pendidikan tetapi dia admire papa. papa dia doktor. dia kata, papa dia nampak hebat dengan jawatan itu. dia kata nak jadi hebat macam papa juga. uwan pun suka tengok doktor perempuan. jadi dia pilih untuk jadi doktor.”

Ziyad mengangguk faham.

“bukan ke dia ada masalah dengan parents dia? kenapa dia admire papa pula?”

sudah masuk soalan keempat.

“dia tak ada masalah sangat dengan papa. dia cuma terasa hati dengan papa sebab kisah silam dia. kalau kau mahu tahu yang itu, pergilah tanya Aya sendiri.” jelas Nur.

“aku tak nak belanja kau lebih daripada satu novel. so, soalan terakhir. berapa umur papa dia?” soalan akhir dilayangkan.

sengihan turut terukir pada wajah Ziyad. baik dia tanya Dayana sendiri lepas kahwin nanti. tak adalah duit dia melayang dekat Nur. lebih baik duitnya dihabiskan pada Dayana nanti.

nampak sikit berfaedahnya.

“tadi kata kaya sangat. last - last satu juga novel kau mahu belanja. kalau aku tahu tadi, aku tawar tiga soalan, sebuah novel. untung - untung sekarang aku dah dapat dua buah.” rungut Nur, tidak puas hati.

“nanti kau pilihlah yang mahal sikit.”

Nur mencebik. mahu sahaja dia baling gelas yang berada diatas meja itu pada Ziyad. ciri - ciri kedekut macam inilah.

“umur papa dia 46 tahun.” jawab Nur senada. dia mahu merajuk dengan Ziyad dan adukan perkara ini kepada Aidan.

biar Ziyad kena debik dengan Aidan.

“mudanya papa Aya.” ujar Ziyad tidak percaya.

tetapi memang daripada tampak luaran, Encik Zahrin memang kelihatan muda. tak sangka pula umur lelaki itu belum mencecah 50-an.

“papa dia kahwin waktu umur 22 tahun. memang padanlah muda.” tambah Nur lagi.

“oh, patutlah. terima kasih sebab buat sesi soal jawab dengan aku. hujung minggu ini aku transfer duit pada Aidan. suruh dia bawa kau ke kedai buku.” ucap Ziyad.

lelaki itu bingkas bangun. kerusi yang diduduki tadi dimasukan semula ke dalam meja.

“aku nak naik tidur dahulu. kau jangan lama - lama dekat bawah nanti. nanti ada momok. dia telan kau.” ujar Ziyad selamba.

seperti mengetahui tindakan lanjut Nur untuk melemparkan sesuatu kepadanya, Ziyad terlebih dahulu berlari naik ke tingkat atas.

tak pasal - pasal berparut mukanya karang. sudahlah tak lama lagi mahu kahwin. buruklah dia nanti!

Continue Reading

You'll Also Like

9.7K 742 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
27.2K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1.6K 313 18
-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwaja...
76.6K 392 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...