Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

019

223 33 3
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    AIR SUSU suam yang berada dalam cawan itu dimain oleh Ziyad. lelaki itu hanya bermain dengan air tanpa sedikit pun ingin menyisip susu suam itu.

keluhan kecil dilepaskan.

“minumlah, Yad. umi buatkan Yad air untuk minum, bukan dimainnya air susu itu.” tegur Puan Aida.

Ziyad hanya tersenyum tawar. gelas itu diambil lalu dibawa ke ulas bibir. seterusnya, dia menyisip air susu tersebut.

“bila Yad nak bawa Aya jumpa umi?” soal Puan Aida spontan.

pft──

“astaghfirullahalazim, Ziyad Nufa'el.”

bingkas Puan Aida bangun untuk mengambil beberapa helai tisu. kemudian, wanita itu kembali semula kearah Ziyad. tisu tersebut dihulurkan kepada anak lelakinya itu.

laju sahaja Ziyad menyambut huluran si ibu. sehelai tisu dibawa ke mulut bagi mengesat sisa air susu. manakala beberapa helai tisu lagi digunakan untuk mengelap sisa air susu yang terperecik.

“Yad tak tahulah, umi. macam yang Yad kata ke umi, Aya buat semua ini bersebab. umi rasa keputusan Yad ini tepat ke?” soal Ziyad bagi menanyakan pendapat si ibu.

Puan Aida mengukir senyum manis buat anak terunanya itu. bahu Ziyad diusap lembut.

“Yad dah besar. Yad dah boleh buat keputusan sendiri. umi hanya boleh bagi pandangan dan pendapat sahaja. kalau untuk tentukan alur hidup Yad, itu urusan Yad. umi tak boleh masuk campur.”

Puan Aida jeda. senyuman semakin dilebarkan.

“kalau Yad rasa, Yad dah bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami, silakan. umi tahu Yad mampu untuk galas tanggungjawab dengan baik. tak kisahlah sebagai seorang anak, guru, adik mahupun kawan.”

“kalau betul Yad mahukan Aya, berbincanglah baik - baik dengan dia. walaupun keputusan Aya hanyalah disebabkan dia mahu menggertak mama dia tetapi kalau Yad betul - betul mahu, usahalah.” tambah Puan Aida lagi.

kali ini, bahu lebar anaknya itu ditepuk beberapa kali.

“umi rasa... Yad boleh ke pikul tanggungjawab sebesar itu? Yad takut, umi.” gumam lelaki itu perlahan.

“macam yang umi cakap, pilihan dekat tangan Yad. umi hanya boleh berikan pandangan dan pendapat sahaja.” Puan Aida mengulangi semula hujahnya.

“makin lama Yad kenal dengan Aya, makin Yad jatuh cinta dengan dia. Yad tahu salah kalau keluar ke sana, ke mari bawa anak dara orang. Yad cuma mahu sentiasa bersama dengan dia.”

nafas berat dilepaskan oleh Ziyad. sungguh dia mahu memiliki gadis itu tetapi ada beberapa perkara yang dia masih ragukan.

“Yad cubalah tanamkan niat yang baik dalam hati itu. kalau niat Yad baik, In Sya Allah... Allah itu akan bantu Yad.” lembut sahaja Puan Aida menasihati anak terunanya itu.

tubuh sasa milik Ziyad itu dirangkul oleh Puan Aida. diusap lembut belakang tubuh anak lelakinya itu.

Ziyad menyembamkan wajahnya pada bahu Puan Aida. dia turut membalas pelukan si ibu.

“Yad sungguh mahukan Aya, umi. umi tolong Yad, ya?”

Puan Aida mengangguk. ditepuk - tepuk lembut belakang tubuh tegap anaknya itu.

“iya, umi tolong Yad. nanti ada masa, bawalah Aya berjumpa dengan umi. sebulan itu tak lama, Ziyad.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SUMPAHLAH── HUMPP!”

“perlahanlah sikit suara awak itu, sayang oi. nanti umi dengan Ziyad dengarlah.” ujar Aidan separa berbisik.

telapak tangannya masih lagi ditekup pada mulut sang isteri. Nur mendengus kasar. kepala lutut si suami ditendang kasar.

terus terlepas tangan besar Aidan daripada mulutnya.

“abang rasa betul ke yang Ziyad nak masuk minang Aya? ke abang salah dengar?” soal Nur seolah - olah tidak percaya.

“betulah, sayang. abang dengar Yad cakap macam itu dengan umi tadi. tak akanlah tipu pula. pernah ke abang tipu awak?”

Nur menggeleng. laju sahaja gadis itu memberikan response kepada sang suami.

“tetapi kenapa tiba - tiba? Aya tak cakap apa - apa dengan saya pun.” gumam Nur.

bahkan beberapa hari kebelakang ini, dia langsung tidak berhubung dengan Dayana. dia faham gadis itu pasti sedang sibuk mengulangkaji memandangkan ujian semester hampir tiba.

“manalah abang tahu. kelmarinkan Yad ada pergi ke Jelebu. katanya nak jumpa dengan uwan dan atuk Aya.”

“hah?! Yad pergi ke Jelebu? bila masa pula?”

okay, kali ini sumpah dia tidak tahu. Dayana juga langsung tidak memberi tahu tentang hal ini kepadanya.

“3 hari lepas. beberapa hari lepas Yad langsung tak balik ke rumah. dia ke Jelebulah. tidur sana.” jelas Aidan.

“kenapa saya tak tahu pun?” cebik Nur.

“sebab awak itu mana nak ambil tahu hal sekitar.”

pap!

bahu Aidan dipukul kasar. geram dengan Aidan. dah macam Dayana kuasa dua. sindir orang aja kerja.

sontak Aidan tertawa.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  PINTU RUMAH ditolak daripada luar. seorang gadis berkemeja flannel melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan sepasang kasut ditangannya.

kasut tersebut diletakkan keatas rak sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

keluhan kecil dilepaskan. hari ini terasa panjang. bahkan rasa penatnya berbeza dengan hari - hari sebelum ini.

sofa kosong yang berada diruang tamu menjadi sasaran gadis itu. terus sahaja dia merebahkan badannya keatas sofa tersebut.

kepalanya pusing. matanya juga turut terasa berat. kalau dapat lelap lima belas minit pun jadilah ini.

“Ja, Ziyad datang ini.” seru satu suara.

daripada matanya kuyu, terus segar bugar apabila mendengar sebaris nama itu. spontan gadis itu terduduk.

anak matanya sudah mula berlari melihat sekeliling rumah. namun bayang Ziyad langsung tidak kelihatan.

“dia pergi naik solat. sementara tunggu kau balik daripada fakulti, dia solat dahulu. aku suruh dia solat dalam bilik kita.” tambah Dianah lagi.

gadis bertudung bawal itu mengambil tempat kosong disebelah Dayana. wajah teman sebiliknya itu kelihatan pucat.

“kau okay tak ini, Ja? pucat aja muka itu.” tegur Dianah.

Dayana mengangguk, “pening sikit sahaja. hari ini panas sangat kot.”

“pergilah makan ubat.”

“kejap lagilah. aku mengantuk sebenarnya ini.”

Dayana merehatkan kepalanya pada bahu Dianah. mata gadis itu turut terkatup rapat.

“mana yang lain?” soal Dayana.

“ada itu dekat dapur. tengah mengumpat kau.”

gadis itu berdecit kecil. mulalah budak berempat itu. ada sahaja benda yang mahu diumpatkan oleh mereka.

bunyi derapan kaki menuruni anak tangga mula mengalihkan perhatian Dianah dan Dayana. kedua - dua gadis itu menoleh kearah tangga rumah dengan serentak.

susuk tubuh yang tidak asing lagi bagi Dayana itu dipandang. segaris senyuman diukirkan buat lelaki itu sebelum dia kembali menoleh kehadapan semula.

peha kiri Dayana ditepuk lembut oleh Dianah. gadis bertudung bawal itu bangun lalu berjalan kearah dapur.

meninggalkan Dayana dan Ziyad berduaan disitu.

“ada apa kau datang sini?” soal Dayana malas.

rasa kantuk sudah pun menguasai dirinya.

“bila awak free? ” soal Ziyad. senyuman masih lagi tidak lekang daripada wajah tampan lelaki itu.

Dayana mencebik, “lebih baik kau bertanya melalui WhatsApp sahaja.”

setakat nak tanya soalan mudah seperti itu, rasanya boleh sahaja berhubung melalui telefon pintar.

“kalau hantar pesan, tak dapat tengok awak.”

sekali lagi Dayana mencebik. bantal hiasan yang berada disisi gadis itu dicapai. laju sahaja bantal tersembut dilemparkan kepada Ziyad.

kasar.

“saya nak bawa awak berjumpa dengan umi. kalau hari ini awak ada masa terluang, kita pergi hari ini.”

Dayana hanya menggumam kecil. dia sungguh mahu terlelap sekarang.

“tetapi awak nampak macam penat aja. saya tak tahu pula hari ini awak ada kuliah. saya bawa awak berjumpa dengan umi hari lain sahajalah. awak pergilah berehat.” tambah Ziyad lagi.

terus Dayana menggelengkan kepalanya, “boleh tetapi aku belum mandi lagi.”

“pergilah mandi, saya tunggu.”

Dayana mengangguk. bingkas gadis itu bangun dan mula menapak kearah tangga. namun seketika, dia menoleh semula kearah Ziyad.

“kau selesa ke duduk dekat ruang tamu itu? kalau tak selesa, kau naiklah bilik aku. nanti──”

cepat sahaja menyilangkan tangannya dihadapan wajah. membawa maksud dia menolak pelawaan Dayana.

“lagilah saya tak selesa.”

“aku tak habis cakap lagi. kau naiklah ke bilik aku. aku mandi dekat bilik tetamu bawah ini.” ujar Dayana seraya menghabiskan ayatnya sebentar tadi.

“ouh, tak apalah. saya tunggu dalam kereta dekat luar. nanti dah sudah mandi, awak keluarlah.” putus Ziyad.

Dayana hanya mengangguk.

Continue Reading

You'll Also Like

411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
3.3K 574 39
Poetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun...
83.8K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...