Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

016

228 34 12
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SENYUMAN KECIL tidak lekang daripada wajah Dayana. hati kecilnya berbunga - bunga sejak pagi tadi.

setidaknya, dia tidak perlu bersedih kerana mama lagi.

“hai, bintang. buat apa dekat luar ini?” tegur satu suara.

tidak perlu disangkal lagi. tiada siapa pun yang pernah memanggilnya bintang melainkan Ziyad. Dayana mengangkat wajahnya. Ziyad yang berdiri dihadapannya itu dipandang.

“usha cucu uwan Kalsom. cucu dia yang lelaki itu handsome.”

walaupun gadis itu tampak bergurau, namun dia tetap memanjangkan lehernya kearah rumah Puan Kalsom.

dia pun kurang pasti sama ada cucu lelaki Puan
Kalsom itu balik atau tidak. selalunya apabila dia balik Lakai, ada sahaja cucu Puan Kalsom itu.

“ouhlah, handsome sangat ke dia? cuba bagi saya pula yang usha. mana tahu berkenan dihati. boleh suruh umi masuk minang dia── aduh!”

sebatang pen dibaling tepat mengenai dada Ziyad. spontan lelaki itu memegang dada kirinya. tidak sakit tetapi lebih kepada terkejut.

“banyaklah. kalau umi tahu, silap - silap masak kau kena gulai dengan dia.” cebik Dayana.

“kemain melambung lagi awak puji dia. saya pun teringinlah nak tengok pujaan hati awak itu.” gumam Ziyad. lelaki itu mencebik.

mahu bergurau pun tak boleh.

“kenapa kau duduk jauh sangat?” soal Dayana.

dia perasan akan jarak diantara dirinya dan Ziyad. gadis itu duduk diatas buai kayu manakala Ziyad duduk dihadapannya. namun jarak diantara mereka agak jauh.

bahkan jika dia berbual dengan Ziyad, dia perlu meninggikan sedikit ton suara agar lelaki itu dapat mendengarnya.

“nanti mama marah awak lagi. saya tak berapa suka tengok awak menangis macam tengah hari tadi.” gumam lelaki itu.

“tak adalah. aku okay sahaja. terima kasih sebab cari aku.” ucap gadis itu, ikhlas.

“sama - sama, bintang. kasih diterima.”

laju sahaja Dayana mencebik. mulut lelaki bertubuh tinggi itu sentiasa manis. kalau macam ini, lama - lama dia boleh terkena diabetes.

“aku mahu masuk. kalau kau masih mahu duduk diluar, duduklah. aku baru lepas tinjau bintang. banyak juga bilangannya diatas sana.” ujar Dayana.

gadis itu bingkas bangun. beberapa barangan dibawa keluar tadi diangkut semula. dia mula membuka langkah meninggalkan kawasan garage.

“oh, ya. malam ini kau tidurlah dalam bilik Paklang. aku tidur dengan uwan.” pesan Dayana lagi.

gadis itu sempat menoleh kearah Ziyad. lelaki itu hanya mengangguk sebagai response.

selepas sahaja bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. dia berjala melebih kawasan berbumbung. seterusnya, kepala didongakkan keatas.

seperti malam sebelum, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. rupanya tetap indah dan cantik.

dia tidak akan pernah bosan bagi melihat langit malam. tambahan pula apabila langit tersebut dihiasa oleh bintang dan ditemani oleh bulan.

sama seperti malam ini.

laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan kearah langit.

snap!

sekeping gambar berjaya ditangkap. terus, lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.

atau mungkin, dia akan hantar gambar itu kepada Dayana.

senyuman kecil terukir pada bibir Ziyad. sama sahaja kedua - duanya. bintang dan Dayana. sama - sama cantik dan bersinar.

walaupun dalam keadaan yang gelap, dia masih cuba untuk bersinar dengan terang. walaupun jika dibandingkan saiznya dengan bulan, saiz bintang lebih kecil. namun masih menarik jika berada diatas sana.

suara seseorang berdehem menerjah telinga Ziyad. namun suara itu bukanlah milik Dayana. ia lebih kepada suara garau.

sontak Ziyad memusingkan tubuhnya. susuk tubuh yang berada diberanda rumah itu pandang. tidak lupa juga untuk mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit tubuhnya sebegai tanda hormat.

“boleh kita berbual?”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SERONOK BERFOYA - foya, Dayana Zhalifah?” sapa satu suara.

Dayana baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur. belum buka mulut lagi pun sudah ada yang menyakitkan hati.

“mama hantar kau ke Kuala Lumpur untuk belajar. sekarang ini, apa kau buat? bawa balik jantan jumpa uwan pula. dah gatal sangat ke, kakak?” soal Puan Dhalila lagi.

gadis itu mengeluh perlahan. inilah antara punca mengapa dia tidak mahu pulang ke kampung jika orang tuanya ada sekali.

kalau boleh setiap saat mahu bertelingkah.

“oh, menatang - mentang uwan menangkan sahaja kau, kau boleh buat sesuka hatilah?”

lagi - lagi Dayana diam. dia tidak mahu berbalah dengan Puan Dhalila ketika itu. dia tahu, pasti akhirnya akan buruk juga.

api dan api.

semakin marak keadaan nanti. jadi dia perlulah membawa peran air. sekurang - kurangnya, api itu tidak semakin marak jika dia berdiam diri.

Dayana melangkah kearah peti ais. pintu peti ais dibuka lalu sebotol air jernih diambil. baru sahaja gadis itu menutup peti pintu ais, Puan Dhalila sudah terlebih dahulu menolak tubuh Dayana.

prang!

botol kaca yang dipegang oleh Dayana tadi jatuh mencium lantai. bahkan kini, serpihan kaca mula berselerak diatas lantai mamar itu.

“kalau aku bercakap dengan kau, jawablah!” tengking Puan Dhalila.

“untuk apa? untuk mama cari lagi salah akak?” kali ini, Dayana memilih untuk bersuara.

namun suaranya tetap dikawal supaya kedengaran tenang. walaupun dadanya sudah turun naik menahan amarah.

astaghfirullahalazim. hati kecilnya mengucapkan sebaris ayat itu.

“maknanya kau memang salahkan? sebab itu kau tak mahu bersuara? kau takut semakin banyak kau bersuara, semakin banyak buruk kau ketahuan?” sarkastik Puan Dhalila bersuara.

entah kenapa dia dapat merasakan bahawa wanita itu sedang memancing amarahnya.

“ma, akak diam sebab akak hormatkan mama. boleh tak mama jangan pancing amarah orang? lepas itu, suka - suka mama sahaja label akak sebagai anak derhaka. sedangkan siapa yang berulah dahulu?” soal Dayana, tenang.

dia masih lagi cuba untuk mengawal dirinya.

“tak payah nak acah bagus sangatlah, Dayana! hormat apa bendanya kalau kau berani bawa lelaki kehulur - kehilir?! kau memalukan aku adalah.” tempelak Puan Dhalila.

“mama boleh tanya Ziyad sendiri atau uwan dan atuk. akak balik naik motor, ma. kalau akak datang sekali dengan dia, lebih baik akak tinggalkan sahaja motor itu dekat rumah sewa. membazir duit nak bayar minyak.”

“kalau aku cakap itu boleh tak kau jangan melawan? kau ingat aku bodoh ke? kalau ya pun kau datang berasingan, kau pasti ada tujuan utama, kenapa lelaki itu ada dekat sini!” lagi - lagi nada suara Puan Dhalila tinggi.

kali ini, beberapa bunyi derapan tapak kaki mula kedengaran. sempat Dayana menoleh kearah gerbang dapur.

wajah empat orang yang dia kenali sudah pun berada disitu. senyuman sinis terukir pada wajah Dayana.

semuanya semakin berantakan.

“along... dahlah itu. sobab inilah mak tak suko kau balik sini. ado ajo bondo yang ekau tak pueh hati dongan kakak itu. budak itu elok aja. kau yang molobih.” sampuk Puan Khalijah.

kini, pandangan Puan Dhalila beralih kepada Puan Khalijah yang berada digerbang dapur itu.

“mak jangan nak masuk campur. jangan nak menangkan sangat budak ini. makin dimanja, makin naik berang.”

Puan Dhalila mendengus kasar. dada wanita itu turun naik menahan amarah.

botolah apo yang anak ekau itu kato. den elok yo sambut kawan kakak ini ha. bukannya dio orang buat kojo buruk pun. dalam rumah ini ado aku dengan mak kau.” kali ini, Encik Jalani punya menyampuk.

“ah! boleh tak mak dengan ayah jangan nak menangkan sangat budak ini? baik mak beritahu along, apa yang budak ini sedang rancangkan?!” lagi - lagi Puan Dhalila berang.

fokus wanita itu kembali semula kepada anaknya. jari telunjuk ditunding tepat dihadapan wajah Dayana.

“kau── apa sebenarnya niat kau bawa jantan jumpa dengan uwan? betulahkan sangkalan aku? kau sebenarnya dah gatal──”

“iya, betulah itu. betulah apa yang mama fikirkan. akak minta Yad datang sini untuk jumpa dengan uwan dan atuk. memandangkan ada mak ayah tetapi rasanya seperti tak ada sahaja.”

Dayana jeda. sempat dia menoleh kearah Ziyad yang berdiri disamping papa.

“Yad datang sini untuk minta restu uwan dan atuk. puas hati, mama?” kali ini, suara gadis itu naik seoktaf.

seterusnya, dia mendengus kasar. lantaklah apa pun nak jadi lepas ini, dia sudah malas. malas mahu bertelingkah dengan mama.

hatinya sakit.

seraya dengan itu, Puan Dhalila menepuk tangan. senyuman kemenangan terukir pada wajah wanita itu.

“mak tengoklah cucu kesayangan mak ini. along dah cakap, dia ini mengada. belajar pun belum habis lagi, dah beria nak kahwin.” ujar Puan Dhalila sarkastik.

perkataan cucu kesayangan sengaja ditekankan.

“baiklah, kalau itu yang kau mahu. sebulan daripada sekarang, aku mahu kau berdua uruskan majlis perkahwinan. itu yang kau mahukan?” putus Puan Dhalila.

kali ini, Dayana pula tergamam. dia tidak menyangka bahawa mama bakal membuat keputusan terburu - buru.

sekali lagi, dia masuk ke dalam serkap sendiri.

“along...”

“baik. kalau mama rasa benda ini dapat puaskan hati mama, akak terima.” Dayana setuju. dia juga sama - sama naik dengan amarah Puan Dhalila.

gadis itu menoleh kearah Ziyad. jelas sekali lelaki itu nampak terkejut dengan pengumuman buru - buru itu.

sekali lagi Dayana mendengus kasar. kali ini, gadis itu melangkah keluar daripada dapur. kaki diatur kearah ruang tamu.

seterusnya, kunci motor dicapai.

Continue Reading

You'll Also Like

83.8K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...
50.7K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
1.3M 65.3K 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4...