Bintangku

נכתב על ידי jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... עוד

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

015

221 33 1
נכתב על ידי jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ KENAPA UWAN tak beritahu yang mama dengan papa balik?" soal Dayana. gadis itu seolah - olah tidak suka dengan kehadiran mama dan papa.

"uwan pun tak tahu mama kau nak balik. tahu - tahu sahaja dah ada luar pagar." ujar Puan Khalijah.

"tak sukalah, akak." gumam gadis itu.

dia duduk dibangku yang berada diluar dapur basah. sungguh dia rimas akan kehadiran dua orang itu disini.

"mama dengan papa duduk sini sampai hari apa?" soal Dayana lagi.

"lama juga. seminggu macam itu."

"kalau macam itu nanti hari Ahad akak balik Kuala Lumpur nanti. malas nak duduk sini lama - lama. nanti berkelahi aja." putus Dayana.

belum sempat gadis itu melangkah masuk ke dalam dapur kering, bayang Ziyad sudah terlebih dahulu berada dimuka pintu.

hampir sahaja gadis itu berlaga dengan tubuh Ziyad.

"nak ke mana, bintang?" soal Ziyad. kepalanya ditundukkan sedikit bagi melihat wajah Dayana.

"keluar. aku rimas duduk dalam rumah ini." datar sahaja gadis itu berucap.

"kakak... janganlah macam itu. pergilah bercakap dengan mama dan papa. tak baik tahu buat mama dengan papa macam itu." tegur Puan Khalijah lembut.

gadis itu mengetap bibir. hujung bajunya digenggam erat. rasanya seperti ingin menangis sahaja ketika itu.

tanpa berlengah, gadis itu memusingkan tubuhnya. laju sahaja dia berlari kearah bahagian depan rumah── memandang dapur basah berada dibelakang rumah Puan Khalijah.

"kalau Yad nak kejar dia, pergilah. biasanya Nana ada dekat sungai bawah tanah perkuburan sana." ujar Puan Khalijake

Ziyad mengangguk faham. tidak mengambil masa yang lama lelaki itu melangkah keluar daripada dapur basah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TANGISAN GADIS itu mulai pecah. sungguh dia sudah lama tidak menangis seperti itu. sepanjang beberapa tahun kebelakang ini, dia mencuba pelbagai jenis cara untuk mengelak bertembung dengan mama dan papa.

jujur, dia tidak kuat untuk berhadapan dengan mama dan papa. setiap kali dia melihat wajah kedua manusia itu, hatinya sakit.

perasaan tidak adil mula menghantui dirinya. pelbagai jenis perasaan turut bercampur baur apabila gadis itu mendengar, melihat atau bercakap tentang mama dan papanya.

semakin lama, semakin kuat tangisan Dayana. malah dia turut tersedu - sedan. bahkan uwan juga tidak membenarkan dia membenci mama dan papa.

sedangkan dia sangat mahu untuk membenci dua susuk itu dalam hidupnya. namun seperti yang dia katakan, perasaan tidak adil mula menyerang dirinya.

"bintang..." seru satu suara.

kejung habis tubuh Dayana yang sedang duduk diatas jeti itu. tangannya naik menyeka air mata yang masih bersisa. selepas menyeka air mata, dia menoleh kebelakang.

tepat sangkaannya. Ziyad sudah pun berdiri dibelakang. senyuman nipis dikuntumkan buat Dayana.

"dekat sini rupanya awak, bintang." gumam Ziyad.

tanpa dipelawa, ruang kosong yang berada disamping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh.

"kenapa kau ke sini?" soal Dayana. suaranya dikawal agar tidak kedengaran bergetar.

"sahaja. uwan kata dekat bawah tanah perkuburan ada sungai." tutur Ziyad.

"lagian pula, bukan susah pun nak cari awak. awak kan jenis orang yang suka akan air. kalau bukan laut, sungai. kalau tidak, tasik." tambah Ziyad lagi.

kali ini dia menoleh kearah Dayana. namun laju sahaja gadis itu melarikan wajahnya.

"awak tak mahu berkongsi dengan saya?" soal Ziyad. kali ini suaranya kedengaran lembut.

Dayana diam. gadis itu sedikit pun tidak menoleh kearah Ziyad. dia leka bermain dengan air sungai yang berada dihujung kaki gadis itu.

Ziyad mengukir senyum kecil. lucu melihat Dayana ketika itu. gadis itu kelihatan seperti anak kecil yang sedang merajuk.

"kau dengarkan apa yang mama cakap tentang aku sewaktu kita tiba dirumah uwan tadi?" soal Dayana.

Ziyad mengangguk. sejujurnya, walaupun mama Dayana tidak bercakap tentang Dayana dihadapannya, dia tetap dapat mendengar pertelingkahan dua manusia itu dengan jelas.

"sejak bila aku ajar kau keluar berdua dengan lelaki? atau kau sudah lupa diri? murah sangat ke diri itu, Dayana Zhalifah?" tempelak Puan Dhalila

"mama panggil aku murah hahaha." perlahan sahaja gadis itu menuturkan ayat. tidak lupa juga dengan tawa hambar pada hujung ayat gadis itu.

"apa yang murah pun aku tak tahu." tambah Dayana lagi.

"saya minta maaf. sepatutnya saya tak perlu ikut awak ke──"

"bukan salah kau. bahkan jarak diantara diantara kita boleh dikatakan jauh. tambahan lagi dengan beg sandang... aku rasa sudah cukup." bidas Dayana.

sedikit pun tubuh diantara mereka bersentuhan.

"dia memang suka cari buruk aku. akulah manusia paling buruk yang dia pernah jumpa dan dialah manusia paling suci yang hidup atas muka bumi ini."

"bintang, awak tak boleh cakap macam itu. seburuk mana pun mama, dia tetap mama awak."

Ziyad jeda. dia rasa seperti tersalah mengeluarkan.

"tetapi saya tak boleh nak cakap macam itu. mungkin ada benda yang mama dan papa buat pada awak hinggakan awak terasa dengan mereka." tambah Ziyad lagi.

"iya, aku tahu. aku tahu mama dan papa tetaplah keluarga aku. bukan keluarga angkat atau tiri malah keluarga kandung."

"aku benci mereka. walaupun pada dasarnya, perkataan benci itu hanya dapat diungkapkan pada mulut sahaja." gumam Dayana.

ya, hanya pada mulut. namun jauh disudut hatinya, dia tidak boleh membenci mama dan papa. sedikit pun dia tidak boleh menanam rasa itu walaupun setelah dicuba berulang kali.

"daripada dulu lagi, Jie. semua yang buruk, semua ada pada aku. mama tak pernah nak nampak baiknya aku. semuanya tentang, buruk dimata mama. aku pun tidak tahu perkara baik apa lagi yang aku perlu buat bagi menampakkan baiknya aku kepada dia." luah Dayana.

keluhan kecil dilepaskan. dia tidak boleh meneruskan sesi luahan ini. dia tahu, air matanya bakal keluar kembali.

dan dia tidak suka apabila ada yang melihatnya menangis.

"mungkin pintu hati mama masih belum terbuka lagi untuk menerima awak. teruslah berdoa pada Allah. minta pada-Nya untuk lembutkan hati mama. biar dia boleh terima awak seadanya." Ziyad menyatakan pandangannya.

lelaki itu mengukir senyuman kecil, "saya tak boleh nak peluk awak. Nur kata awak suka bila orang peluk awak. lagi - lagi apabila awak menangis."

"tetapi 'dia' boleh." lagi - lagi Ziyad bersuara.

Dayana hanya menggumam kecil. Ziyad yang sudah bangun daripada duduk itu dipandang. bahkan hingga lelaki itu melangkah kearah keretanya, Dayana masih lagi memandang kearah lelaki itu

selang beberapa saat, Ziyad membawa keluar sesuatu daripada perut kereta. seterusnya, lelaki itu berjalan kembali kearah Dayana.

Ziyad menghulurkan seekor anak patung beruang berwarna coklat. anak patung itu tidak asing lagi bagi Dayana.

kedua - dua belah tangan anak patung itu didepakan. seolah - olah ingin merangkul tubuh Dayana.

"saya wakilkan Jamal untuk peluk awak, boleh? lagipun bau dia sama sahaja macam saya." ujar Ziyad bersama dengan sengihan kecil.

"mengada."

Dayana menyambut huluran lelaki itu. Jamal dipeluk erat olehnya. bau tubuh Ziyad menguar daripada anak patung itu.

Dayana mengerutkan dahinya. bukan ke semalam baunya tidak sekuat ini?

"kau sembur perfume pada Jamal ke?" soal Dayana dan Ziyad mengangguk.

"biar bau dia sama macam saya."

laju sahaja tangan Dayana menguis air sungai lalu direnjiskan kepada Ziyad.

"busuklah, Jamal aku." ujar Dayana berbau bergurau.

"wangi okay? mahal tahu saya beli perfume itu." nafi Ziyad.

kini gilirannya pula merenjiskan air kepada Dayana.

meletus tawa Dayana apabila melihat wajah cemberut gadis itu. Jamal diletakkan pada tiang jeti. tanpa berlengah, dia turun ke dalam sungai.

tidaklah terlalu dalam air sungai tersebut. hanya separah luturnya sahaja.

air sungai dikaut ke dalam tangan lalu dibaling kearah Ziyad. membulat mata Ziyad apabila bajunya terasa basah.

dia juga turut turun ke dalam sungai. susuk kecil itu dikejar olehnya.

"Dayana, habis basah baju saya!" geram Ziyad.

"alah, nanti kau boleh tukar baju bila pulang ke rumah."

"baju saya bukannya banyak pun." dalih Ziyad.

"tak apa. nanti pinjam baju atuk."

sekali lagi Dayana merenjiskan air kearah Ziyad. selepas sahaja gadis itu mengenakan Ziyad, dia terus berlari menjauhi lelaki itu.

kedua - duanya melepas tawa. lelaki itu terus mengejar Dayana yang sudah mula menjauh itu.

sekurang - kurangnya, rasa sedih yang menerjah Dayana sudah pun beransur pergi.

dan sudah tentu Ziyad syukur akan itu.

המשך קריאה

You'll Also Like

83.8K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
3.3K 574 39
Poetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...