Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

013

238 35 19
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HUJUNG BIBIR si gadis terjungkit sedikit. panas pula ruang tamu pada malam ini.

“alahai, Yad. mesti penatkan drive daripada KL kesini?” soal Puan Khalijah.

“tak adalah makcik, saya okay sahaja.” ujar Ziyad bersama dengan kekehan kecil diakhir ayat.

“eh, janganlah panggil makcik. panggil uwan. Yad sebaya dengan Nana kan?”

“tak adalah. saya tua dua tahun daripada Aya.”

“ouhlah, ingatkan sebaya tadi. macam mana boleh kenal? satu universiti ke?” soal Puan Khalijah lagi.

Dayana berada dihujung ruang tamu mulai rimas. kenapalah Ziyad mesti datang ke sini? kemana dia pergi, disitu juga ada Ziyad. ingat tak rimas ke?

gadis itu bangun daripada duduknya. langkah diatur kearah bilik tidur. tidaklah jauh, bilik tidurnya terletak diruang tamu juga.

pintu bilik ditolak. belum sempat dia melangkah masuk ke dalam, uwan lebih pantas memanggil namanya.

“kakak nak ke mano itu? mehlah sini duduk berbual dengan Ziyad.” ujar Puan Khalijah.

Dayana mengetap rahang. niatnya mahu melarikan diri daripada Ziyad jadi terbantut. daun pintu kembali ditutup. seterusnya, tubuh dipusingkan menghadap kearah dua manusia itu.

“kau dah makan? kalau belum aku boleh tolong sediakan.”

“belum lagi. awak dah makan?” giliran Ziyad pula menyoal.

“dah.”

Ziyad kembali menoleh kearah Puan Khalijah, “Yad pergi makan dahululah, uwan. nanti kita berbual lagi.”

Puan Khalijah mengangguk. senyuman kecil diukir buat jejaka bernama Ziyad itu. kemudian, wanita paruh baya itu menoleh kearah cucunya pula.

“kakak ini janganlah garang sangat. takut si Ziyad itu nanti.” ujar Puan Khalijah.

Dayana mencebik. seketika kemudian, dia mendongak untuk melihat Ziyad yang berdiri disampingnya itu. seterusnya, Dayana kembali memandang kearah Puan Khalijah.

“mana ada. akak elok aja.”

iyolah itu. caro bocakap pun kasar uwan dongar eh. cubolah panggil Ziyad itu abang ko, awak ko. lombut sikit dongar eh.”  ” tambah Puan Khalijah lagi.

laju sahaja Dayana pasang wajah geli. memang tidaklah dia mahu memanggil Ziyad dengan panggilan abang.

geli.

“tak mahulah, uwan. goli sei mondongar eh.” bidas Dayana.

sempat dia menjeling Ziyad sebelum dia membuka langkah. Ziyad juga membuka langkah bagi mengikuti Dayana kearah Dapur.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PINGGAN YANG berisi nasi itu dihulurkan kepada Ziyad. lelaki itu terus meletakkan telefon pintarnya ketepi lalu menyambut huluran Dayana.

“cukup tak nasi itu? kalau tak cukup aku boleh tambah lagi.” soal Dayana.

“cukup. saya bukannya makan banyak sangat pun.”

Dayana mengangguk. kerusi yang berada dihadapan Ziyad ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.

tablet dikeluarkan lalu diletakkan keatas meja. sementara menemani Ziyad makan, bolehlah dia mengulangkaji sedikit.

“awak duduk sini berapa lama?” soal Ziyad.

“dua minggu sampai cuti semester habis.”

“lamanya.” gumam Ziyad.

Dayana hanya mengangguk. membiarkan sahaja Ziyad menghabiskan makannya. manakala dia boleh membuat ulangkaji sementara menunggu Ziyad habis makan.

“boleh saya tanya sikit?” soal Ziyad.

sekali lagi Dayana mengangkat wajahnya. gadis itu baharu sahaja ingin mengulangkaji. nampaknya jika berada dekat dengan Ziyad, niatnya untuk mengulangkaji terus mati.

“tanyalah.”

“kenapa cuti semester awak tak balik ke rumah parents awak?” soal Ziyad.

gadis itu diam. dia kembali memandang kearah layar tablet.

“kalau awak rasa tak selesa untuk berkongsi, tidak apa. saya minta maaf sebab tanya soalan itu pada awak──”

“sebab rumah mama papa aku jauh. aku malas mahu ride sampai ke rumah mereka.” senada sahaja Dayana menjawab.

“ouh, rumah mama papa awak dekat mana?”

“Seremban.”

“ah, macam itu── eh, tetapi bukan ke Seremban lebih dekat dengan KL berbanding Jelebu?” soal Ziyad.

setahunya, kawasan Jelebu sudah pun sangat jauh ke dalam. bahkan kawasan disini lebih dekat dengan sempadan Pahang.

“iya tetapi aku malas mahu pulang ke sana. aku balik ke, aku tiada ke, sama sahaja. bukannya dapat mengubah apa - apa pun.” perlahan sahaja gadis itu menuturkan ayatnya.

seterusnya, tablet dimatikan lalu tablet tersebut ditolak ketepi. kini fokusnya beralih kepada Ziyad.

“Nur ada cerita apa lagi?” soal Dayana. seolah - olah dapat menyangkal sesuatu.

uhuk! ” Ziyad tersedak. jejaka itu mula terbatuk - batuk akibat tekaknya terasa perit.

dalam masa yang sama, Dayana terus bangkit untuk mengambil segelas air. gadis itu kembali semula ke meja makan bersama dengan gelas ditangannya. terus gelas tersebut dihulurkan kepada Ziyad.

laju sahaja gelas air itu dicapai laku diteguk. selepas sahaja tekaknya terasa lega, dia kembali menyambung makan.

“maknanya, betulah Nur ada buka cerita pada kau?” soal Dayana lagi.

Ziyad mengangguk kecil. ingatkan tak pecah tembelangnya, rupanya pecah juga.

“apa aja yang Nur cerita pada kau? senang aku mahu cepuk budak itu.”

“dia kata awak ada masalah dengan keluarga awak... tetapi! jangan risau. dia tak beritahu pun masalah itu secara terperinci. dia suruh saya sendiri yang tanya pada awak.” jelas Ziyad.

“jadi kau datang sini semata - mata nak korek rahsia aku ke?” sangkal Dayana.

“eh, tak adalah. kan saya dah beritahu awak, saya datang sini sebab nak tengok bintang.”

cepat sahaja Dayana melarikan pandangan matanya. dia tidak ingin bertentang mata dengan Ziyad.

“baik kau tengok bintang dekat Kuala Lumpur sahaja.” tutur Dayana.

walaupun dia tahu bintang yang dimaksudkan oleh Ziyad merupakan bintang yang berbeza dengan apa dia fikirkan.

“tak mahu. bintang dekat sini jauh lebih indah.”

spontan Dayana berdiri. namun sedikit pun dia tidak memandang kearah Ziyad. ya, dia malu.

“a─aku mahu ke depan. kalau kau dah selesai makan, cuci tangan dan panggil aku. nanti aku mahu kemas dapur.” pesan Dayana. penyakit gagap sudah kembali.

kerusi disorong lalu dia mula membuka langkah untuk ruang tamu.

“tak mahu teman saya makan ke?” soal Ziyad berbau usikan.

“tak! nanti kau merapu lagi. lebih baik kau makan sendiri.” ujar Dayana.

dia tidak boleh terus - menerus duduk bersama dengan Ziyad. kalau tidak, jantungnya akan mula kehilangan tempo asal.

“eleh, malulah itu.” sakat Ziyad lagi.

“bukanlah! lebih baik kau sambung makan. lepas itu panggil aku dekat depan. nanti aku tolong kemaskan.” ujar Dayana.

sebelum Ziyad mulai lagi, gadis itu sudah terlebih dahulu berlari keluar daripada dapur.

Ziyad terkekeh perlahan. lucu melihat reaksi wajah Dayana. bukannya tidak perasan kulit cerah gadis itu mulai berubah merah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ NANTI SURUH Yad tidur dalam bilik mama. kakak poie tidur dokek bilik Paklang sano.” ujar Puan Khalijah.

“eh, kenapa akak pula yang kena tidur dekat bilik Paklang? tak mahulah.” bantah Dayana.

wah, belum sampai sehari lagi Ziyad berada disini. namun cara uwan melayani Ziyad sudah seperti puluhan tahun mengenali lelaki itu.

siapa cucu uwan sebenarnya? dia ke Ziyad?

“Ziyad kan tetamu. kakak itu penghuni totap. hayolah, bukannyo ado hantu pun dokek bilik Paklang sano itu.” lagi - lagi Puan Khalijah memenangkan Ziyad.

Dayana memasang wajah cemberut. mahu tak mahu, dia perlulah tidur dalam bilik Paklang malam ini.

“tak apalah, uwan. biar Yad yang tidur dalam bilik Paklang itu.” tawar Ziyad.

yes! ini yang dia mahukan. Ziyad beralah dengannya.

“tak bolehlah macam itu. kakak poie sano tidur dokek bilik Paklang.”

iyolah. nak poie lah ini.”  Dayana mengalah.

cakap macam mana pun, uwan tetap akan memenangkan Ziyad. maklumlah, orang dah ada cucu baru. kita ini siapa sahaja.

Dayana berlalu kearah pintu bilik mamanya. daun pintu dibuka lalu gadis itu hilang disebalik pintu. selang seminit, Dayana keluar semula dengan sehelai selimut.

“masuklah tetapi jangan usik apa - apa barang yang ada dalam bilik itu.” ujar Dayana.

sempat dia mencuri lihat wajah Puan Khalijah. kemain sakan lagi dia senyum.

“tetapi Aya──”

“tidur jelah. nak tidur pun bising.” bidas Dayana.

tanpa menunggu, gadis itu mula melangkah pergi. bilik Paklang berada agak jauh daripada ruang tamu utama── dimana bilik mamanya berada.

bilik Paklangnya itu juga agak dengan pintu keluar yang berada diruang tamu sampingan. jadi dia agak takut tentang itu.

“ha, Ziyad. poie lah masuk tidur. uwan nak tidur dah ini.” ujar Puan Khalijah.

Ziyad mengangguk. selepas sahaja Puan Khalijah masuk ke dalam biliknya, lelaki itu turut melangkah masuk ke dalam bilik yang berada bersebelahan dengan bilik wanita paruh baya itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENDENGUS kasar. macam mana dia boleh lupa untuk mengambil Jamal di dalam bilik mama? sudahlah dia tidak boleh tidur tanpa Jamal kesayangannya itu.

pintu bilik yang menjadi tempat beradu Ziyad itu diketuk kasar. selang beberapa saat, daun pintu dibuka daripada dalam.

“iya, bintang?” soal Ziyad. suara lelaki itu kedengaran berat.

Dayana mengundur kebelakang setapak. wajahnya didongakkan bagi melihat wajah Ziyad.

lelaki itu berpeluk tubuh. bahu kirinya disandarkan pada pintu. muka Ziyad kelihatan pisat. rambutnya kelihatan messy.

jujur, Ziyad nampak lebih kacak waktu itu.

“aku mengganggu kau tidur ke?” soal Dayana.

Ziyad menggelengkan kepalanya.

“awak nak apa, bintang?” soal Ziyad lagi.

“nak ambil barang. boleh kau keluar dulu?”

Ziyad mengangguk. lelaki itu melangkah keluar daripada bilik. sofa yang berada diruang tamu menjadi target Ziyad.

tanpa berlengah, Dayana terus berlari masuk ke dalam bilik mamanya itu. teddy bear yang berukuran lebih kurang 100 cm itu dipandang lama.

“Jie! kau peluk Jamal ke?” soal Dayana. bergegas gadis itu melangkah ke ruang tamu.

“Jamal? siapa Jamal?” soal Ziyad bingung.

“itu── bear bear chocolate.”

“ouh, teddy bear ke? manalah saya tahu. saya mana boleh tidur tak peluk bantal guling. dalam bilik itu mana ada bantal guling.”

Dayana mengeluh kecil. gadis itu melangkah masuk ke dalam kamar semula. patung beruang yang berada diatas katil itu diambil lalu dipeluk erat.

seterusnya, dia melangkah keluar daripada bilik. sempat dia menjeling Ziyad.

“kesian Jamal aku ternodai.” kutuk Dayana.

tanpa berlengah, Dayana berlari semula kearah bilik Paklang. tidak mahu berlama - lama dengan Ziyad. takut lain pula jadi nanti.

lelaki ini bukan boleh percaya.

Continue Reading

You'll Also Like

3.3K 574 39
Poetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun...
76.7K 396 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
30.3K 2.6K 15
𝟎𝟓 | 𝘵𝘦𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘦𝘴𝘮𝘦𝘳𝘢 𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢 • 𝘳𝘺𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯 - 𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘭𝘰𝘷𝘦𝘴 𝘮𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘩𝘶𝘳𝘵 𝘶𝘴 - Jatuh cinta deng...
4.1K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...