RUNA

Por dynnazain

4K 609 128

Reminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gad... Mais

1 | Mahu Runa
2 | Runa Ishika
3 | Seroja, Kesayangan Runa
4 | Runa Jatuh Lagi
5 | Terima Kasih Runa
6 | Kaktus dan Sukulen
7 | Happy Birthday Tok Abah
8 | 5 years
9 | Nasi Lemak Sambal Udang
10 | Lelaki Gerai Nasi Lemak
11 | Kad Nama
13 | Pathetic Little Runa
14 | Family Gathering
15 | Luminee X BAMAS
16 | Aiskrim Kacang Merah
17 | An Open Book
18 | Pangkor Laut Resort
19 | Ikan Pari Bakar
20 | Kolam Renang
21 | Raungan
Baca Kejap Je
22 | Dua Rasa

12 | CEO of BAMAS

174 28 4
Por dynnazain




Kad berwarna hitam hijau itu ditilik berulang kali. Kemudian dibaca lagi isinya.

Bais Mudasir Bin Aslan.

CEO of BAMAS

BAMAS, sebuah syarikat yang langsung tidak familiar di telinga Runa. Tetapi sebaik sahaja dia mencari nama itu di internet, dia sedikit terperanjat. Bukan kerana jawatan yang disandang oleh lelaki itu tetapi kerana jenis perniagaan yang lelaki itu jalankan.

Syarikat permainan video yang agak baru tetapi satu-satunya permainan video yang mereka cipta telah mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pemain permainan video. Lebih-lebih lagi salah seorang pemain itu adalah Aqiff sendiri.

Kepalanya menggeleng. Kecilnya dunia. Semudah itu dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai kaitan dengan orang terdekatnya.

Jam sudah mengetik angka 11 malam tetapi Runa masih di balkoni menghirup kopi hitamnya. Pegangan pada kad nama itu masih utuh. Memuji rekaan yang Bais gunakan pada kad itu. Minimalis tetapi masih punya nilai estetika tersendiri pada kadnya.

Tak menunggu lama, nombor yang tertera pada kad itu dimasukkan ke dalam telefon. Ikon berwarna hijau ditekan lalu ditekapkan pada telinga.

"Bais speaking." Suara garau dari Bais kedengaran seperti baru sedar dari lena.

Runa diam.

Tak lama selepas itu telinganya menangkap Bais merungut, sedikit jauh dari gagangannya. "Astaghrifullahal'adzim. Dah pukul 11..." Kemudian suasana menjadi sepi untuk seketika. Mungkin Bais seakan tersedar telefonnya masih bersambung dengan talian, pemuda itu berdeham kecil.

"Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?"

"Ru..."

"Wait." Lelaki itu mendengus tawa.

"Didn't expect you would call me... Runa." Sambungnya.

Entah mengapa, apabila namanya meniti di bibir adonis itu bibir Runa turut menjongket senyuman kecil.

"So... Kenapa you call I? At this hour?" Bais berkerut melihat jam pada dinding.

Bimbang pun ya. Risau esok tiba-tiba pejabatnya diceroboh kerana menelefon dengan isteri orang lain semata.

"You ada curfew ke?"

"Eh, tak ada lah. I risau you kena tangkap aje call lelaki lain tengah malam macam ni." Bais bersandar pada kepala katil, kaki dilunjur dan kepala didongak memandang siling bilik.

"Tangkap dengan siapa?"

"Em... Seroja?"

"She's fine."

"What about her father?"

Jeda.

Talian terputus ke? Bais kalihkan telefon dari telinga. Dilihatnya panggilan masih bersambung.

"Hello?"

"Hm."

"I ada salah cakap ke?"

"Tak ada."

"You tak selesa dengan soalan I?"

"You have the answer, Bais."

Langsung Bais terjumud. Entah mengapa jantung yang tadi sedia berdegup santai, tiba-tiba mengepam darah sangat laju sebaik sahaja namanya disebut oleh Runa. Cukup ringkas dan pendek suara itu menujah gegendang telinga ini. Tetapi mengapa begitu sekali impaknya?

Bais berdeham kecil. "I don't have the answer."

"Yes, you do." Tenang Runa tetap membalas dengan respon yang sama.

Bais garu kening. "I tanya sebab I tak ada jawapannya, Runa."

"Good night, Bais."

Bip.

Panggilan dimatikan begitu saja, meninggalkan Bais dalam keadaan tercengang sendiri. Tak sampai beberapa saat kemudian, ada satu mesej dari nombor yang sama masuk.

Assalamualaikum. Bungkuskan 3 nasi lemak sambal udang, esok. Terima kasih.- Runa.

Bais raup wajah. Rasa segar baru bangun tidur jadi berlipat kali ganda selepas soalannya dibiarkan tergantung begitu saja. Dek terlalu penat seharian di pejabat, pulang saja tadi terus dia terlantar selepas mengerjakan solat Maghrib.

Lama dia tersandar merenung siling. Telefon diangkat, dilihat senarai panggilan telefon pada baris yang paling atas.

Sesaat.

Dua saat...

Bibir itu melebar, menayangkan lesung pipit yang melekuk terbentuk di kedua belah bahagian tepi bibirnya. Tersengih seorang diri sehingga baris giginya kelihatan. Indahnya rasa ini. Jujurnya dia tak pernah sekali pun menyangka Runa akan menelefonnya. Lebih-lebih lagi pada waktu lewat malam begini.

Tiba-tiba Bais teringatkan perbualan mereka tadi. Apa maksud Runa dengan dia sudah ada jawapannya? Patut ke dia bertanya kepada Hijaz tentang perkara itu?

Bais menggeleng. Tak gentle namanya tu.

Sambil memikirkan cara untuk mendapatkan jawapan, mesej dari Runa dibalasnya.

You nak I bungkuskan atau Acik Mah bungkuskan? – Bais.

Sepi. Siapa sangka hanya dengan mesej bertanda biru dari Runa sudah lesapkan sengih Bais sebentar tadi. Rengus halusnya terbit sebelum nama Acik Mah pula dicari untuk menyampaikan pesanan Runa.

Agak-agak esok Runa datang pukul berapa ya?








JAM sudah menunjukkan pukul 8 pagi dan kelibat Runa masih belum kelihatan. Bais jadi gusar memikirkannya. Banyak kali dia membuka perbualan mereka di aplikasi WhatsApp, berniat mahu menghantar mesej tapi sampai ke sudah tak dibuatnya.

Tarmizi sudah cop dia gila, sanggup tak ke pejabat semata-mata ingin berjumpa Runa. Lagipun Bais memang sudah kosongkan jadual paginya memandangkan ada kecemasan pagi tadi. Alang-alang tu, dia kosongkan terus sampai dia boleh berjumpa dengan Runa.

Resahnya seperti tidak berpenghujung, akhirnya nombor Runa ditelefonnya.

"Hello? You dekat mana sekarang?" Seperti biasa, Bais yang mulakan perbualan. Nak tunggu Runa, memang sampai tahun depan dia membisu.

Lama Runa ambil masa untuk menjawab. "Rumah lagi." Sedikit mengah nadanya pada hujung bicara membuatkan Bais duduk tegak.

"You tak sihat ke?"

"Sihat."

"You ambil cuti hari ni?"

Diam seketika, kemudian bunyi keluh kecil Runa. "Kereta rosak."

Sekelip mata rasa gusar tadi terbang pergi. Tersandar sekejap Bais. Mulut tersenyum sedikit. "Dah call mekanik?"

"Tak. I boleh buat sendiri." Kemudian keluhan kecil Runa menyapa telinga Bais lagi.

Dalam kepala Bais, dia sudah terbayang wajah masam mencuka Runa berhempas pulas di sebelah keretanya.

"Rumah you dekat mana?"

"Bawah jambatan."

Bais ketawa. "I bukan nak rompak rumah you pun."

"Tak payah sibuk nak tahu." Runa masih kedengaran sedang berpayahan seorang diri.

"Umi lama lagi ke?" Suara Seroja kedengaran dari hujung talian.

"Seroja duduk dalam rumah dulu. Umi tengah baiki kereta umi kejap."

"Seroja lapar..."

"Iya, kejap ya sayang. Kejap lagi kita pergi makan ya."

Bais senyum sambil menjeling plastik nasi lemak di bahagian tempat duduk belakang. "Alang-alang I bawakan nasi lemak you je, Runa. Seroja pun tengah lapar tu."

"Hm."

"Kalau Seroja tak makan, mesti you pun tak makan lagi. You tak lapar ke? I minta Acik Mah letak udang lebih."

Runa gigit bibir bawah. Terduduk dia di atas kerusi dek kepenatan setelah berpanasan di luar rumah. Dengan bateri kereta yang kering. Tayar pun pancit sampai dua biji. Perut pun kosong, semata-mata nak penuhkan perut dengan nasi lemak sambal udang.

Badan pun boleh tahan gigil dah ni.

"Nanti I send location." Akhirnya Runa kalah dengan nasi lemak sambal udang.

Lagi lebar sengihan Bais. "Okay."








LOKASI yang dihantar oleh Runa akhirnya membawa Bais ke sebuah restoran masakan thai berdekatan di sebuah taman perumahan. Bingung rasanya sekejap. Apa fungsinya bagi lokasi ke tempat lain sedangkan kereta yang rosak itu di rumah Runa?

Tak lama selepas Bais sampai di depan restoran itu, kelibat Runa sedang berjalan dari jauh bersama Seroja di dukungan. Lantas Bais keluar dari perut kereta dan mendapatkan mereka.

Runa nampak mengah dan berpeluh, mungkin kerana mendukung Seroja terlalu lama.

"Need a hand?" Bais bersedia mahu mengangkat Seroja.

Terkenangkan dia sudah jauh berjalan sambil mendukung Seroja, Runa hanya mengangguk sebagai jawapan sebelum Seroja bertukar tangan. Beriringan mereka ke kereta Bais.

Apabila Seroja diletakkan di bahagian tempat duduk belakang, Runa masih setia berdiri di belakang Bais. Tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan duduk di dalam kereta. Bais toleh dengan wajah yang berkerut.

"Tak nak naik?"

"I naik Grab."

Bais jadi tak senang mendengarnya. "So you prefer naik kereta dengan pemandu Grab yang you tak kenal daripada I yang belikan nasi lemak untuk you?" Keningnya terangkat.

"Haluan tempat kerja I berbeza dengan Arluna."

"So?"

Runa palingkan wajah ke arah lain. "You might be late for work because of me."

"Runa..." Bais hela nafas. Ditenung sisi wajah Runa dengan senyuman lega. "I'm the CEO. Why would people judge me if I'm late?"

Anak mata Runa bergerak menjeling Bais. Menghantar pandangan dengan makna dia sedang menghukum perbuatan Bais sebagai seorang majikan yang salahguna kuasanya.

"Plus, Hijaz tak sihat. Jadi I memang ambil cuti pun hari ni untuk jaga dia."

Mendengarkan itu barulah pandangan Runa berubah membundar. Leher dia panjangkan, melihat Hijaz yang lena di tempat duduk depan. Wajahnya pucat lesi, diselubungi selimut Naruto.

"So, how?"

Untuk seketika, mereka saling beradu mata. Terpancar keikhlasan lelaki itu pada raut wajahnya yang bersih. Sekilas, Runa kalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Fine."

"Good choice. Have a sit then."

Continuar a ler

Também vai Gostar

87.9K 8.5K 45
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
21.9K 2.1K 14
'True love doesn't exists' Mencari cinta yang sudah tidak lagi wujud? Mengapa? C.I.N.T.A? Dia, lelaki yang tidak percaya akan cinta. Dunianya hanya...
350K 30.7K 69
Aidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai y...
434K 27.6K 61
Under 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 1 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjad...