Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

008

268 34 25
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ALAHAI, AYA. tak boleh ke kalau tidur sini malam ini? esok baru balik rumah sewa balik.” soal Puan Iftah.

dapat dilihat raut wajah sayu wanita paruh baya itu.

“tak bolehlah, ibu. esok pagi Aya ada kelas. takut tak sempat pula nak gerak daripada sini ke universiti.”

“macamlah universiti kamu itu jauh bebenor. sini - sini aja.” pujuk Puan Iftah lagi.

“nanti ada masa Aya datanglah tengok ibu lagi.”

Puan Iftah hanya mengangguk. senyuman kecil terukir pada wajah wanita itu selepas dia mengeluh kecil. tubuh Dayana ditarik ke dalam dakapannya.

“bawa motor itu elok - elok. dah malam ini. kalau dah sampai rumah sewa nanti call ibu ya?” pesan Puan Iftah.

gadis berambut separas tengkuk itu mengangguk. tangan kanan Puan Iftah dicapai lalu disalami. dikucup lembut kekura tangan wanita paruh baya itu.

seterusnya, gadis itu beralih pula kepada Puan Aida. tangan kanan wanita itu dicapai lalu disalami.

bahu Dayana ditepuk lembut oleh Puan Aida. senyuman kecil turut merekah pada bibir wanita itu, “bawa motor itu hati - hati. jangan laju sangat. malam - malam ini bahaya.”

“baik, umi. nanti ada rezeki kita jumpa lagi.” ucapnya.

“ada itu rezeki. mana tahu nanti dia jadi menantu umi yang seterusnya.” sampuk Nur. tubuh Dayana ditolak sedikit kasar.

gadis itu tidak diam. ditolak kembali tubuh Nur. kesannya, Nur terdorong sedikit kehadapan. namun lekas sahaja Aidan menyambut isterinya itu.

wlerk.” Nur menjelirkan lidahnya. seronok dapat menyakat Dayana.

Dayana mendengus kasar. wajah Nur dan Aidan dipandang silih ganti── geram. mentang - mentang dah kahwin, kemain lagi perangai.

“umi janganlah ambil berat sangat dengan gurauan Nur ini. budak ini bergurau mana kena tempat.” berang Dayana.

pijak juga si Nur ini karang.

kedengaran tawa halus keluar daripada bibir Puan Iftah dan Puan Aida. ibu kepada Aidan itu menggelengkan kepalanya beberapa kali. kelakar melihat gelagat Nur dan Dayana itu.

“kalau Aya jadi menantu umi pun apa salahnya. itu── anak umi yang seorang itu belum ada buah hati lagi. umur dah masuk 25 tahun. bayang kekasih pun... umi belum nampak lagi.” ujar Puan Aida, seolah - olah bersetuju dengan usikan Nur.

spontan Dayana memusingkan tubuhnya. susuk tubuh tinggi lampai yang sedang merehatkan tubuhnya pada pintu itu dipandang. tidak lupa juga untuk menyilangkan kedua - dua belah tangannya pada dada.

jejaka itu mengukir senyuman buat Dayana. nampaknya, Ziyad juga tidak mahu membantah lelucon umi.

Dayana mencebik. terus dia menoleh semula kearah Puan Aida. tidak mahu bertentang mata dengan Ziyad terlalu lama.

“Aya minta diri dululah. nanti takut lewat pula sampai ke rumah sewa.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  MOTOR BERJENAMA Honda Cbr15 itu mula memasuki ke kawasan bandaran. entah kemana perginya motor itu pun dia tidak pasti.

pastinya, gadis itu tidak balik ke rumah sewa. nampak daripada gaya macam kearah lain sahaja.

motor berkuasa tinggi itu diberhentikan dihadapan sebuah kedai. kemudian, pemilik motor tersebut melangkah turun daripada motornya.

Ziyad memberhentikan keretanya berdekatan dengan kedai tersebut. setiap gerak - geri Dayana dapat dilihat daripada dalam kereta.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

HATI - HATI jaga kedai. kalau ada apa - apa call aja si Shazreen itu. dia shift malam dengan kau kan?” soal Omar.

“ha'ah, dia sama shift dengan aku hari ini. dia tak sampai lagi ke?”

“tak tahulah aku. belum nampak lagi bayang Areen malam ini.” ujarnya.

Dayana mengangguk faham. selesai mengikat apron pada pinggangnya, gadis itu mula mengenakan topi pada kepalanya.

“kau nak aku teman sehingga Areen sampai ke?” soal Omar lagi.

“tak susahkan kau ke? bukan malam ini kau kena gerak ke hospital untuk jaga ibu kau?”

“iya tetapi bahayalah kalau perempuan duduk seorang diri macam ini. sudahlah hampir lewat malam.” tambah Omar lagi.

“aku okay jelah. macamlah ini kali pertama aku kerja sendiri.” tolak Dayana. niatnya tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

“memanglah bukan kali pertama tetapi sebelum - sebelum ini kau kerja sendiri waktu siang. ini malam, Dayana.”

“ha, itu Areen. panjang umur dia.”

Dayana menundingkan jarinya kearah seseorang. gerangan itu kelihatan seperti sedang berlari kearah mereka.

“okaylah, Dayana. aku gerak dulu. jumpa esok malam.” Omar mengundurkan diri.

Dayana mengangguk. gadis itu mengukir senyuman lebar buat rakan sekerjanya itu. selepas sahaja motor milik Omar meluncuru pergi, baharulah gadis itu melangkah masuk ke dalam kedai.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DISEBELAH YANG lain, Ziyad masih lagi ralit memerhatikan gadis itu. otaknya mulai bingung dengan Dayana.

katanya mahu pulang ke rumah sewa. namun apa yang dikatakan oleh Dayana berbeza sekali dengan apa yang dilihat oleh Ziyad.

perasaan ingin tahu membuak - buak dalam diri lelaki itu. akhirnya, setelah hampir lima minit berperang dengan diri sendiri, dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai tersebut.

pintu kereta dibuka lalu lelaki itu melangkah keluar daripada perut kereta. seterusnya, pintu kereta dikatup rapat.

kaki dihayun kearah pintu masuk kedai tersebut. sebelum melangkah, sempat juga dia membaca nama yang tertera pada kedai itu.

CU Mart.

pintu kedai ditolak. selepas itu, Ziyad melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. langkah dilajukan kearah rak makanan── tidak mahu Dayana perasan akan kehadirannya.

selepas sahaja memilih beberapa jenis makanan ringan, Ziyad terus mengatur langkah kearah kaunter. barang makanan yang diambil olehnya tadi diletakkan keatas kaunter tersebut.

target Ziyad mengenai sasaran. Dayana terlebih dahulu bangun sebelum rakan sekerjanya itu.

“ada nak tambah apa - apa lagi ke?” soal Dayana. tangannya lincah mengira harga barangan milik Ziyad.

“ada.”

“nak tambah apa?” soal Dayana.

“awak.”

serentak dengan itu, dia mengangkat wajahnya. mata separa sipit milik Dayana dengan serta merta berubah bulat. terkejut melihat susuk tubuh yang berada dihadapannya itu.

“Ziyad?”

lelaki itu mengoyak senyuman manis. kepalanya dilentokkan sedikit ke kanan.

“saya dengar ada orang itu kata nak balik rumah sewa tadi.” ujar Ziyad lembut. namun masih lagi berbau sindiran.

terus sahaja Dayana mendengus kasar. semua barangan milik Ziyad tadi dimasukan ke dalam plastik lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

“RM 24.50” datar sahaja gadis itu menuturkan ayatnya.

“letak dahulu plastik itu. saya ada benda nak bualkan dengan awak.”

Dayana akur. plastik berisi kudapan milik Ziyad itu diletakkan keatas kaunter. seterusnya, kedua - dua belah tangannya dilipat pada dada.

“kau ikut aku ke?” sangkal Dayana.

“tak adalah. saya ke sini sebab nak beli makanan. tak tahu pun awak buat kerja sambilan dekat sini.” tipu Ziyad.

sedangkan tadi, umi dan Puan Iftah yang memintanya mengikuti Dayana sehingga gadis itu tiba dirumah sewa.

Dayana menggumam kecil. dia percayakan sahaja apa yang keluar daripada mulut lelaki itu.

“dah lama ke awak kerja?”

“lama.”

“berapa lama dah?”

“empat tahun.”

“bukan ke awak tengah study sekarang ini?” lagi - lagi Ziyad bertanya. tak puas hati pula apabila gadis itu menjawab soalannya sepatah - sepatah.

“jadi?”

“tak penat ke?” soal Ziyad. pandangan redup mula diberikan kepada Dayana.

Dayana mendongak dan Ziyad menunduk. kedua - duanya saling bertukar pandangan.

“tak.” dalih Dayana.

Ziyad mengeluh perlahan. dia masih lagi belum mendapatkan jawapan── kenapa Dayana bekerja disitu.

tetapi daripada gaya, gadis itu sepertinya tidak mahu melayan Ziyad. seolah - olah tidak suka dengan kehadiran Ziyad pada malam itu.

dompet dikeluarkan daripada poket. sekeping kad kredit dihulurkan kepada Dayana. terus sahaja Dayana menyambut huluran Ziyad itu.

selesai membuat bayaran, kad kredit milik Ziyad kembali dihulurkan semula bersama dengan sehelai resit.

“jangan beritahu ibu yang aku tak balik ke rumah sewa.” ujar Dayana separa berbisik.

“kalau saya beritahu?”

tanpa kompromi, iPhone model 7 plus pemberian Ziyad itu dikeluarkan daripada poket. seterusnya, telefon pintar itu dihulurkan kepada Ziyad.

“ambil semula.”

langsung sahaja tawa Ziyad meletus. huluran Dayana itu ditolak lembut, “okay, saya tak akan beritahu Puan Iftah tetapi ada syarat dia.”

Dayana mendengus kasar. sebelah keningnya dijungkitkan── membawa maksud ‘apa dia?’

Ziyad mengukir senyuman senget. senyuman yang lebih kepada mempunyai perkara tersirat disebaliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
27.2K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
30.3K 2.6K 15
𝟎𝟓 | 𝘵𝘦𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘦𝘴𝘮𝘦𝘳𝘢 𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢 • 𝘳𝘺𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯 - 𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘭𝘰𝘷𝘦𝘴 𝘮𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘩𝘶𝘳𝘵 𝘶𝘴 - Jatuh cinta deng...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...