Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

006

280 39 17
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TERGOPOH - GOPOH gadis itu berlari kearah pintu rumah Puan Iftah. tombol pintu dipulas lalu ditolak daun pintu tersebut.

dahi dikerutkan tanda bingung, “kenapa pintu tak berkunci?” gumam Dayana.

kasut berjenama Converse itu dibuka lalu dibiarkan sahaja dihadapan pintu rumah. penyapu yang tersandar elok pada samping pintu rumah Puan Iftah diambil── berjaga - jaga sekiranya ada perompak atau penyangak didalam.

boleh terus bantai sahaja nanti.

suis lampu yang berada dibelakang pintu itu dihampiri. salah satu suis tekan lalu dibiarkan sahaja lampu dibahagian ruang tamu hidup.

kaki diatur kearah ruang tamu. telefon pintar milik Nur dicari. katanya telefon pintar itu berada diantara ruang tamu dan dapur.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SUIS LAMPU bilik air ditekan. langsung terpadam lampu LED yang berada dalam bilik air itu. seterusnya, samping yang berada diatas kerusi makan diambil.

langkahnya diatur kearah ruang tamu. perasaan bingung mula menyerang dirinya apabila keadaan ruang tamu terang - benderang.

siapa pula yang buka lampu ruang tamu ini? bukan ke tadi dah padam? detik hati Ziyad.

perasaan takut juga mula menyerang dirinya. bukannya takutkan hantu atau makhluk halus malahan perompak atau penyangak.

perlahan - lahan kaki dihayunkan kearah ruang tamu. susuk tubuh seseorang menyapa pandangannya.

hembusan nafas lega dilepaskan. senyuman kecil mula terukir pada wajah jejaka itu. langkah mula diatur menghampiri gerangan tersebut.

setiba sahaja dibelakang sofa, Ziyad merendahkan sedikit tubuhnya── biar menyamai ketinggian gerangan itu. wajahnya dirapatkan pada daun telinga si dia.

boo.

spontan gerangan itu memutarkan tubuhnya. sebuah tumbukan dilayangkan tepat pada abdomen Ziyad.

“akh...” Ziyad mengerang kesakitan. perutnya ditekan kuat. rasa nyeri mula menjalar keseluruhan tubuhnya.

“Allahu, Ziyad.”

Dayana mula berlari kearah Ziyad yang sudah jatuh terduduk itu. namun selepas itu, dia bingung. dia tidak boleh menyentuh Ziyad.

Ziyad bukanlah mahramnya.

so─sorry, Jie. aku tak perasan.” ucap Dayana.

Ziyad menggelengkan kepalanya, “tak apa, saya faham. salah saya juga sebab sakat awak.”

Dayana mengeluh perlahan. sebenarnya, dia turut rasa bersalah akibat menumbuk jejaka itu. semuanya terjadi secara spontan. dia terkejut.

“kau boleh bangun sendiri?” soal Dayana. lagi - lagi gadis bertudung nude itu khawatir.

Ziyad mengangguk. dengan bantuan sofa, lelaki itu berjaya berdiri dengan stabil. abdomennya diusap lembut.

sakit.

“kenapa kau belum keluar rumah lagi? aku mati - mati fikir kau pencuri.”

“perut saya memulas. jadi saya masuklah tandas sekejap. bila saya keluar, semua dah mula bergerak ke dewan.” jelasnya.

Dayana hanya mengangguk faham.

“awak kenapa patah balik? bukan tadi awak dah gerak dengan Iman ke?” soal Ziyad.

“oh, tentang itu... Nur tertinggal phone. jadi dia minta aku tolong ambilkan.”

Ziyad mengangguk faham. kepalanya ditundukkan sedikit buat melihat wajah Dayana. sama sahaja seperti pagi tadi, gadis itu kelihatan menarik dan cantik.

senyuman manis terukir pada wajah Ziyad. Dayana mengenakan tudung lagi pada malam itu. jujur gadis itu jauh lebih manis apabila bertudung.

“aku mahu gerak dahulu. nanti jangan lupa kunci rumah.” pesan Dayana. gadis itu mula membuka langkah.

belum sempat Dayana melintasi Ziyad, jejaka itu mendepakan tangannya.

“apa lagi, Ziyad?” geram gadis itu.

“awak datang sini naik motor ke?”

“tak, naik kuda.”

Ziyad menyungging senyuman sinis. terkadang sakit hati juga dengan sarkastikus gadis ini. rasa nak jentik aja si Dayana ini.

“tinggalkan kuda awak itu dekat garage. naik dengan saya. kita ke dewan sama - sama.” tegas Ziyad.

“kenapa aku kena naik dengan kau pula?”

“sebab dah malam, Aya. awak itu perempuan.”

Dayana diam. pandangan redup yang diberikan oleh Ziyad itu mula meluluhkan pendiriannya. gadis itu melarikan anak matanya. tanpa menunggu balas daripada Ziyad, dia berlalu kearah pintu utama rumah Puan Iftah.

“aku naik dengan kau.”

Ziyad mengukir senyuman kemenangan. terus lelaki itu mengambil sampingnya.

ego tinggi betul. getus hati Ziyad.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ NUR MULA gelisah. gadis itu jadi tidak senang duduk apabila bayang Dayana dan Ziyad masih lagi belum kelihatan.

katanya mahu pergi ambil telefon pintarnya sekejap aja tetapi ini sudah hampir 15 minit. jarak rumah Puan Iftah dan dewan seberguna ini tidaklah jauh. hanya memakan masa 5 minit sahaja.

“ha, itu pun Ziyad.” tegur Puan Aida seraya menundingkan jari kearah kereta milik anak lelakinya itu.

namun itu belum cukup meredakan lagi gusar dihati Nur. motor berkuasa tinggi Dayana masih belum memasuki kawasan dewan.

Honda Civic berwarna hitam itu diletakkan elok bersebelahan dengan sebuah Toyata Vios berwarna putih.

selesai meletakkan kereta, Ziyad keluar daripada perut kereta. seterusnya, lelaki itu berjalan kebahagian penumpang. pintu kereta dibuka.

mata - mata mula tertumpu kepada gadis yang berada di dalam kereta tersebut.

“patutlah lambat. datang berdua rupanya.” ujar Puan Iftah. senyuman menyakat ditayangkan kepada sepasang manusia itu.

“itulah orang kata, jangan bergaduh sangat. nanti──”

“ibuu.” belum sempat Puan Iftah menghabiskan ayatnya, Dayana terlebih dahulu memintas.

cepat - cepat gadis itu melangkah keluar daripada perut kereta. sempat dia menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda terima kasih kepada Ziyad.

Dayana berjalan mendekati Nur. gadis yang manis berbusana merah gelap itu sudah mula menayangkan sengih kepada Dayana.

terus pinggang Nur dicuit kasar. geram dengan usikan Nur itu.

“aku dah bau nasi minyak.” bisik Nur sebaik sahaja Dayana berdiri disampingnya.

“memanglah, dah kau tempah dekat catering nasi minyak.”

“bukanlah. maksud aku, nasi minyak kau. kuat betul bau dia.” ujar Nur lagi. sengaja mahu menyakat Dayana.

“ish, Nur! kau ini dah kahwin pun masih biul.” geram Dayana. sekali lagi pinggang Nur dicuit kasar.

Nur hanya tertawa kecil. lucu melihat wajah Dayana yang kian berubah merah.

malulah itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

BOLEH TAK rapat lagi?”

Dayana mula merapatkan dirinya dengan Nur manakala gadis itu merapatkan lagi jaraknya dengan Aidan.

“okay, cun. satu, dua, tiga!”

klik!

cahaya daripada kamera mula menerangi wajah masing - masing.

“okay, sekali lagi.” ujar juru gambar itu lagi.

masing - masing mengangguk. kedudukan kembali diatur. senyuman mula terukir pada wajah keempat - empat manusia yang berada diatas pentas itu.

klik! satu lagi gambar berjaya ditangkap.

“boleh tak kalau saya nak ambil gambar pengapit lelaki dan pengapit perempuan?” soal juru gambar itu.

“boleh!” serentak Nur dan Aidan bersuara.

Dayana mula memandang kearah Nur. wajah mogok mula dipaparkan kepada pengantin perempuan itu.

namun Nur hanya buat bodoh. malah gadis itu mula menarik tangan Aidan supaya meninggalkan pentas── membiarkan Dayana dan Ziyad sahaja yang berada disitu.

Ziyad menunduk dan Dayana mendongak. kedua - duanya saling bertukar pandangan── sama - sama bingung dengan keadaan ketika itu.

“okay, boleh tak rapat sikit? kalau tak nanti tak masuk frame.” pinta juru gambar tersebut.

Dayana akur. dia menapak beberapa langkah bagi mendekati Ziyad. namun masih lagi menyisakan sedikit jarak diantara mereka.

“rapat sikit lagi.” lagi - lagi juru gambar itu bersuara.

kali ini bukan Dayana yang menapak tetapi Ziyad. hampir sahaja tiada lagi jarak diantara mereka apabila lelaki itu mendekatinya.

tempo jantung gadis bertudung nude itu mulai berubah. dia juga bingung dengan keadaan jantungnya. setiap kali dia berada dekat dengan lelaki itu, detak jantungnya mulai berubah.

“okay, bagus. satu, dua, tiga!”

klik!

“satu lagi.”

Ziyad melentokkan sedikit tubuhnya kearah Dayana. seolah - olah kepalanya bakal bertindih dengan kepala gadis itu.

klik!

“okay, cantik!” puji juru gambar lelaki itu.

Dayana dan Ziyad sama - sama mengucapkan terima kasih kepada juru gambar tersebut. seterusnya, langkah diatur menuruni anak tangga.

“nanti makan dengan saya.” bisik Ziyad sebelum lelaki itu berjalan terlebih dahulu.

sempat juga sekuntum senyuman diukir buat gadis bertudung nude itu.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 313 18
-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwaja...
17.8K 518 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
542K 68 1
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...
7.1K 663 31
Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal...