Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

005

306 35 61
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ CUBA TENGOK cermin. lawa tak?” soal Nur seraya menghalakan cermin kearah Dayana.

gadis itu terdiam. tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana. jujur, solekan pada wajahnya kelihatan cantik dan menarik. walaupun tidaklah secantik Nur tetapi masih kelihat ringkas dan menawan.

“cantik.” ikhlas Dayana menuturkan ayatnya.

“kalau orangnya cantik, pakai apa pun cantik!” girang Nur memuji sahabatnya itu.

“okay, jom pakai tudung!” Nur bersuara lagi.

kini gadis itu berjalan kearah papan seterika. sehelai tudung berwarna dark blue itu diambil lalu dibawa kearah katil.

Nur melipat bawal tersebut menjadi bentuk segi tiga sebelum dibawa keatas kepala Dayana. selang beberapa minit, Nur berjaya menggayakan bawal tersebut.

“waktu akad nikah ini kau pakai warna biru. nanti sanding waktu malam, warna grey pula.” ujar Nur.

bahu Dayana ditepuk lembut. dia agak berpuas hati dengan gaya tudung gadis dihadapannya itu.

“cantiknya, Aya!” girang gadis itu bersuara. tubuh Dayana didakap erat.

sorry sebab tak boleh suruh mak andam itu solekan kau. tak tahu pula kena tambah harga lain.” tutur Nur kesal.

“tak apalah. aku rasa lagi beruntung bila kau yang solekan muka aku. lagi lawa tahu?”

Nur menjarakan diri mereka kembali. senyuman lebar diukir buat sahabatnya itu, “aku takutlah, Aya.”

“tak payah kahwin. kau batalkan aja majlis hari ini.”

“Aya!” bahu Dayana dipukul kasar. geram dengan sikap selamba Dayana itu.

“gurau ajalah. aku nak turun dahulu. 2 minit lepas itu, kau menyusul ya?”

Nur mengangguk faham. Dayana menolak sedikit tubuh Nur ketepi supaya dia lebih mudah untuk bangun.

seterusnya, Dayana melangkah kearah pintu bilik. ditarik perlahan pintu bilik tersebut lalu dia melangkah keluar.

sebaik sahaja keluar daripada bilik Nur, bunyi riuh - rendah daripada ruang tamu mula kedengaran.

entah kenapa dia pula yang terasa gugup. seperti dia pula yang mahu berkahwin hari ini.

“kak Iman ada dekat dalam?”

Dayana tersentak. wajah dua orang gadis yang cantik berbaju biru muda itu dipandangnya. Imani dan Amani.

“Nur ada dekat dalam. dia suruh akak turun dahulu. nanti baharu dia menyusul.” jawab Dayana.

“okay, akak Aya turunlah dahulu. nanti Imani dengan Amani iring kak Iman.”

anyways, akak Aya nampak cantik hari ini.” ujar Amani.

Dayana mengangguk. sempat lagi dia mengusap kepala kedua - dua adik kembar Nur itu sebelum dia melangkah turun.

“Amani dan Imani pun cantik juga. macam tuan puteri.” puji Dayana.

seterusnya, langkahnya untuk menuruni anak tangga disambung.

Dayana gugup. baharu separuh jalan menuruni anak tangga, kesemua mata yang berada didalam rumah itu sudah pun tertumpu padanya.

alahai, tiba - tiba lemah lutut pula rasanya.

anak matanya terus bertaut dengan anak mata milik Ziyad. entah kenapa dalam ramai - ramai manusia yang memandang kearahnya itu, matanya lebih memilih untuk bertembung dengan Ziyad.

lelaki itu mengukir senyuman buat Dayana manakala gadis itu terus sahaja membuang pandangan kearah lain.

kalau boleh berlaku jujur, Ziyad nampak jauh lebih tampan apabila mengenakan baju melayu. siap lengkap bersamping lagi.

“Ya Allah, Aya ke? ibu ingatkan Nur tadi. cantik sangat sampai ibu fikir kamulah pengantinnya!” puji Puan Iftah.

wajah Dayana mula membahang. malu apabila dipuji oleh Puan Iftah. apatah lagi bila dipuji depan khalayak ramai.

anak matanya kembali berlari kearah Ziyad. lelaki itu masih lagi memandang kearahnya. masih lagi bersama dengan senyuman manis lelaki itu.

cepat - cepat Dayana menghabiskan langkahnya menuruni anak tangga. susuk tubuh Puan Iftah dicari lalu dipeluk daripada belakang.

“eh eh, kenapa ini?” soal Puan Iftah terkejut apabila tiba - tiba sahaja Dayana memeluknya daripada belakang.

“malu. kenapa semua orang pandang Aya?” bisik Dayana. hanya Puan Iftah sahaja dapat mendengarinya.

“Allah... sebab itu je ke? sudah tentulah sebab anak ibu ini cantik. lain sangat penampilannya daripada biasa.” ujar Puan Iftah.

Dayana menggelengkan wajahnya. sungguh dia terasa malu apabila dipuji oleh orang - orang.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DARIPADA JAUH, Ziyad masih lagi memerhatikan tingkah Dayana. baginya, gadis itu terlihat berjuta kali ganda cantiknya daripada semalam.

sudahlah manis berbaju kurung. dipadankan pula dengan gaya tudung yang sesuai dengan wajah gadis itu── memang cantiklah!

pap! bahu Ziyad ditepuk kuat daripada belakang.

“kau ini mengajar subjek Pendidikan Agama Islam ke Bahasa Tamil? tak baik tahu tenung anak dara orang macam itu.” tegur satu suara daripada belakang.

Ziyad menoleh. kelihatan Aidan dan Raiz sudah siap berbaju melayu. Aidan mengenakan baju melayu berwarna putih dan Raiz mengenakan baju melayu berwarna biru lembut.

laju sahaja Ziyad menggelengkan kepalanya. astaghfirullahalazim, apa yang baharu sahaja dia lakukan ini?

betulah kata Aidan itu. tak manis tengok anak dara orang bagaikan nak tembus anak orang itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KINI, TIBANYA masa yang dinanti - nantikan oleh semua pihak iaitu acara membantalkan air wudhu'.

Dayana yang berada disebelah Nur itu beria menenangkan sahabatnya. nampak sangat yang Nur benar - benar gugup.

gadis itu daripada tadi bermain dengan hujung baju. bahkan peha Dayana menjadi mangsa cubitan Nur.

namun Dayana hanya pasrah. membiarkan sahaja Nur memperlakukannya begitu. dia faham akan perasaan Nur ketika itu.

anak mata Dayana meliar keseluruhan ruang tamu. memandangkan ruang tamu rumah Puan Iftah agak besar, jadi Nur mengambil keputusan untuk mengadakan majlis akad nikah diruang tamu sahaja.

tak adalah leceh dia mahu menjemput orang - orang. lagian pula rumah Puan Iftah bukan rumah taman. rumahnya sebuah sahaja tanpa jiran.

anak matanya bertaut dengan anak mata Ziyad. sungguh dia lelah. hari ini sahaja sudah berapa kali dia bermain mata dengan lelaki tinggi lampai itu.

rasa berdosa pula usha anak teruna orang.

cepat - cepat Dayana melarikan padangan. dia menolehkan wajahnya kearah Nur. entah sejak bila, Aidan sudah pun berada dihadapan Nur.

setiap gerak - geri Aidan dan Nur diperhatikan Dayana. rasa mahu tertawa sahaja melihat Nur yang sedang gugup itu.

bahkan ketika menyalami tangan Aidan, tangan gadis itu kelihatan menggigil.

dagu Nur dipagut lembut oleh sang suami. perlahan - lahan wajah manis itu ditolak keatas bagi bertentang mata dengan Aidan.

Nur gugup. tangan kanannya cepat aja memukul peha Dayana. malah dicubit lembut peha sahabatnya itu──menyalurkan rasa gugupnya.

perlahan - lahan wajah Aidan merapati Nur. bersamaan dengan itu, Nur memejamkan matanya. merasakan hangatnya kucupan Aidan pada dahinya.

selepas sahaja adegan membantalkan wudhu' dilakukan, bunyi kamera terus kedengaran. orang - orang mula memberikan tepukan gemuruh kepada pasangan mempelai itu.

Dayana tidak tinggal diam. dia turut mempamerkan perasaan gembiranya pada pagi itu.

selepas ini, tiada lagi rakan melepaknya. rakan bergurau dan rakan bergaduhnya.

selepas ini, rakannya itu bakal mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. menjadi seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ SEORANG AJA? tak makan ke?” sapanya.

lelaki itu mengambil tempat bersebelahan dengan Dayana. namun dia masih meninggalkan jarak yang agak jauh dengan gadis itu.

“sekampung. tak nampak ke?” sinis Dayana bersuara.

Ziyad hanya terkekeh perlahan. ditangan lelaki itu mempunyai dua cawan air sirap. secawan air sirap langsung dihulurkan kepada Dayana.

Dayana tidak menolak── menerima sahaja huluran lelaki itu.

“terima kasih.” ucap Dayana.

“kasih diterima.”

Dayana mencebik. geli mendengar ayat yang keluar daripada mulut manis Ziyad itu. dasar sweet talker.

“malam semalam, awak ada turun ke ruang tamu ke?” soal Ziyad.

“tak ada. kenapa?”

“tak ada apa - apa sebab saya mimpi ada orang itu tolong selimutkan saya. cuma saya tak pasti siapa orang itu.” ujar Ziyad.

serta - merta wajah Dayana dibuang ke tempat lain. tidak mahu melihat wajah Ziyad ketika itu.

Ziyad tertawa halus. ya, dia tipu. dia tahu siapa yang menyelimuti dirinya semalam. dia masih belum lena lagi ketika itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SILING KOSONG yang menghiasi permandangannya itu dipandang dengan harapan dia bakal lelap.

kenapa dia memilih untuk tidur diruang tamu?

sebab bilik tidur penuh. dia tidak mahu menyelit diantara umi, Aidan dan abah.

bahkan Raiz juga tidur diruang tamu bersama dengannya. cuma Raiz sudah terlebih dahulu dibuai mimpi dan dia masih lagi mencuba untuk tidur.

bunyi derapan kaki menuruni anak menyelinap masuk ke dalam gegendang telinganya. Ziyad langsung menoleh kearah tangga.

seorang gadis, berbaju sweatshirt berlengan panjang sedang menuruni anak tangga. kemudian, dia melangkah kearah kabinet yang berada dibawah tangga.

selepas mengambil sehelai selimut, gadis itu berjalan kearah dapur. mungkin dia mahu minum air.

selang beberapa minit, gadis itu melangkah keluar daripada dapur. separuh jalan sebelum sampai kearah tangga, gadis itu menoleh kearah ruang tamu.

Ziyad dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. spontan bibirnya melengkung, mengukir senyuman kecil.

mata dipejamkan apabila Ziyad perasan akan kehadiran Dayana. sepertinya gadis itu sedang melangkah kearah ruang tamu.

lama dia rasa akan kehadiran Dayana disampingnya. entah apa yang gadis itu tenung pada dirinya pun dia tidak tahu.

seterusnya, tubuhnya terasa seperti diselimutkan.

selepas sahaja bayang Dayana menjauhi ruang tamu, Ziyad membuka matanya. selimut yang sudah selamat membaluti tubuhnya itu disentuh lembut.

perlahan - lahan senyuman terukir pada wajahnya.

Continue Reading

You'll Also Like

979 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
542K 68 1
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
44.5K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...