[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓

181 3 0
By Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "WEYH! Far cepatlah kau ni pun." gesa Iris pada sahabatnya. Bukan cepat nak balik rumah tapi cepat nak pergi stalk Sir Yassin mengajar Form 4 English untuk kelas tambahan.

Kata para pelajar, sir Yassin tampak lebih maskulin apabila mengajar subjek bahasa itu.

"Aish kau ni pun... Ingat harini kau naik bas. Nanti ada yang kena tinggal kang lepas tu balik lambat tunggu bas pukul 3." bebel Farhana.

"Biarlah. Grab kan ada." dalih Iris lagi.

Demi Sir Yassin dia akan buat apa sahaja.

BRAK!

Kepala Iris terlanggar dagu seseorang ketika baru sahaja ingin keluar dari kelas.

"DEY MU NI BUTA KE APA?" marah Iris dengan loghat Kelantan.

"Sush sayang janganlah marah."

Terdonggak kepala Iris. Bila dah tahu siapa yang dia terlanggar, dia mengulingkan matanya ke atas. Siapa lagi orang yang panggil dia sayng kalau bukan Mikhael yang sewel tahap babun tu?

"Kau nak apa!?" soalnya dengan kening berkerut seribu.

"I nak you."

"Gila!" setelah itu Iris dan Farhana berlalu pergi. Mikhael senyum kambing.

"Dia dah tahu ke aku ni bakal bertunang dengan dia hujung minggu ni? Dia tak tanya apa-apa pun." monolog Iris dalam hati. Dia mahu bertanya tapi takut Mikhael tu ingat dia tergila balik dekat lelaki tu.

Setibanya Iris di dekat kelas 4 Ekonomi 1, yang merupakan kelas yang diajar oleh Yassin kelas luar jadul harini. Dia bersembunyi di sebalik dinding tangga tingkat 2 itu sambil memerhatikan gerak-geri Yassin.

Siapa yang tak pernah mengintai cikgu muda atau praktikal dulu dia baik. Eh?

Farhana hanya pasrah dengan sikap sahabatnya itu. Dalam hatinya hanya mampu berkata.

Asalkan kau bahagia~

"Sudahlah weyh... kau kata dua minit aje. Kau kena ingat bas tu tak semestinya tepat datang pukul 2 ni." Farhana cuba memujuk Iris. Jam di tangan dikerling menunjukkan sudah pukul 1:55. Harini mereka lewat pulang oleh kerana kelas luar jadual subjek Addmath.

"Yelah jom gerak." gadis itu akur. Terlalu dia syokkan Sir Yassin nya itu sampaikan jalan pun pandang belakang sampai hilang kelibat jejaka itu di matanya.

Haish...

Keluar dari pagar sekolah sambil berlari disebabkan ingin mengejar bas Rapid yang berhenti di pondok bas berdekatan sekolah, menyebabkan duit milik Iris tercicir tanpa dia sedar.

"BAS WEYH! BAS!" laung dua sekawan ini serentak.

Dan ya, bas hanya berlalu.

Iris menampar dahinya. Cuai!

"Itulah kau.. Degil! Sekarang ni kau nak balik naik apa? Driver aku tu dah sampai tu ha." Farhana sekali lagi mula berleter. Iris hanya buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Tak apa, kau baliklah dulu. Ni aku ada handphone aku tempahlah Grab." lalu dia menayangkan telefonnya dan tersenyum arah sahabatnya.

"Betul ni?" gadis itu teragak-agak ingin melepaskan kawannya sendirian. Ingin dia menumpangkan Iris pulang tapi pasti gadis itu menolak dek kerana laluan rumah mereka bertentangan.

"Ya.. Betul dah bye." cuba meyakinkan sahabatnya itu.

"Bye. Take care. Nanti call kalau sampai rumah."

Farhana akur dan Iris hanya memandangnya dengan senyuman manis.

iPhone 11 miliknya dikeluarkan. Aplikasi grab dibuka.

"Eh, duit aku ni cukup ke nak tempah Grab? Nanti kalau Grab masuk dalam kawasan rumah aku mana dibenarkan kalau duit tak cukup." Iris berakap sendirian. Dan dia mula menyelongkar kocek seluarnya.

Tiada.

Kemudian, begnya pula yang diselongkar.

Tiada.

Tika ini Iris sudah hampir menangis. Dia tidak sanggup ingin menunggu bas sendirian selama satu jam.

"Allah... Apa nasib aku harini? Pagi tadi kena baling dengan sampah. Lepas tu waktu rehat tadi makanan yang aku nak beli habis. Waktu nak balik kena langgar dengan babun sewel tu. Sekarang? Duit hilang." keluhnya lalu meraup kasar rambutnya kebelakang.

Dia mundar-mandir.

"Nak aku pergi lepak dekat kedai dulu tak ada duit. Huft." Iris mengeluh panjang dan kembali duduk di pondok bas itu.

Mahu tidak mahu dia duduk di sini selama satu jam.

10 minit masa berlalu, tidak ada tanda-tanda bas akan masuk ke kawasan SMK Akedemik Bangsa. Iris mula pasrah dengan hidupnya. Main telefon rasa tak tenteram hatinya.

Iris bangun sambil mengalas beg hitam miliknya. Dia bergerak sisi pondok bas. Tiang bas dipeluk.

Iris ada satu habit dimana dia suka memeluk tiang jika sedang menunggu sesuatu.

"Tinggi dan keras macam Sir Yassin. Astaga... Apa kena dengan mulut gatal aku ni?" kemudian dia menampar lembut mulutnya.

VROOM! VROOM!

"EYY MU NI ADO YANG KENA LEPUK DENGAN AKU KANG! AKU TENGAH LAPAR NI KAU KACAU." latah Iris spontan. Dia memandang ke arah Yamaha YZF R6 dan perlahan-lahan naik ke atas melihat pemiliknya.

Kacak! Lelaki auto nampak cool bila naik bike!

"Lo lagi ngapain nggak pulang? Nungguin pacar?" soalan dilontarkan oleh Arjuna. Ya lelaki Yamaha YZF R6 yang gempak, berat dan laju itu adalah Arjuna Narendra!

"A'aa saya?" tiba-tiba gagap. Percakapan pun sopan sikit bahasanya.

"Emangnya disini ada orang selain kita?" lelaki itu mengajukan soalan yang menyentapkan Iris.

Dingin suaranya.

"Erk.. Tunggu bas?"

"Sini gue yang anterin. Lagian lo tuh cewek." katanya sambil memandang tempat duduk belakang.

"Betul?" Iris rasa was-was takutnya dia salah dengar. Nanti naik atas motor orang sebab salah dengar tak ke malu?

"Gue terlihat bercanda gitu?"

Iris mengeleng lalu cepat mendekati ke arah Arjuna. Arjuna menghulurkan helmet ke arah Iris.

Iris menyarung helmet ke kepala tapi tak tahu cara ingin menyimpul tali helmet itu. Arjuna tersenyum dibalik helmet namun cepat dia buang emosi.

"Sini."

"Ha?"

"Malah bengong."

Berkerut dahi Iris. Dia nak cakap aku ni benggong ke?

Arjuna menyimpul helmet Iris.

KRIUK...

Perut Iris berbunyi. Terus malu seketul Iris. Dia membuang pandangan ke arah lain. Tebal seinci mukanya ingin menatap Arjuna. Sudahlah lelaki tu baru aje dekat sekolah ni. Tanggapan pertaama itu penting! Tiber.

"Haihlah kau ni perut. Waktu macam ni lah kau bunyi minta diisi." keluh Iris dalam hati memandang perutnya.

Arjuna tergelak dalam hati. Comel.

"Lo lapar?"

Sudah terang lagikan bersuluh nak juga tanya!

Getus Iris.

"Cepat naik."

Dengan malas Iris naik ke atas Yamaha Arjuna. Tinggi

"Pegangnya yang benar. Nanti ada yang kebabas" perintah jejaka itu. Iris berpegang di sisi motor itu.

"Cewek keras kepala." umpat Arjuna dalam hati.

Bergerak aje Yamaha itu, Iris terdorong ke depan. Kepalanya terhantuk pada belakang helmet yang tersarung di kepala Arjuna.

"Udah gue bilang tadi." Iris tersengih.

     "KITA buat apa dekat sini?" soal Iris pada Arjuna apabila mereka berhenti di CU Mart.

"Katanya lapar. Gue juga lapar yaudah kita makan di sini aja." tuturnya sambil membuka helmet.

Setelah itu Iris juga turut turun dari motor Arjuna. Arjuna tahu Iris juga tidak reti membuka helmet lalu terus dia membantu tanpa Iris minta tolong.

Jadi cowok itu harus peka. Tiber..

Masuk di CU mereka mengambil terus mengambil tempat yang paling hujung. Mereka berdua berpecah untuk mencari makanan yang bakal diisi dalam perut.

Tidak mengambil masa yang lama, makanan yang dipilih sudahpun tersedia untuk dimakan.

Iris memilih Samyang Carbonara manakala Arjuna hanya mengambil Onigiri Tuna mayo dua dan Salmon Gimbap. Air pula masing-masing lebih memilih ice lemon tea.

"Terima kasih sebab tolong saya-"

"Juna. Panggil aja Juna."

"Erm.. Terima kasih Juna. Saya Iris Rayhana." giliran Iris pula yang memperkenalkan diri.

"Pantesen?" gumam Arjuna tapi boleh didengari oleh Iris.

"Ha?" Iris blur. Dahlah dia memang blur orangnya. Sekarang kenal dengan orang bukan sebangsa.

"Nggak ada apa-apa." jejaka itu mula berdalih. Padahal dia berkata dalam hati patutlah nama Iris, iris mata unik.

"Saya tanya awak soalan eh?" meminta izin.

Arjuna mengangguk.

"Kenapa awak pindah Akedemik Bangsa? Awak tahu ke walaupun sekolah tu terbaik di mata dunia, tapi tersangatlah toksik persekitarannya."

Bukan niatnya mahu mengutuk sekolahnya sendiri. Tapi ini memang kenyataan.

"Keluarga" balasnya singkat. Iris hanya meng'oh'kan sahaja.

"Macam mana awak boleh-"

"Erk... Tak ada apa-apalah. Banyak tanya pula-"

"Nggak papa. Lo tanya aja kalau misalnya punya soalan." tutur Arjuna beriak dingin.

"Gue suka cewek tipe lo. Dan gue yakin juga pilihan hati gue nggak salah."

Juna falling love?

     "SELESAI? Sekarang kasih tau gue rumah lo dimana." Arjuna memandang Iris yang baru sahaja duduk di seat belakang motor kesayangannya itu.

"Dekat Elite Bangsa."

"Oh gampang." ucap Arjuna.

Iris berkerut seribu dahinya.

"Ey mamat ni mencarut ke dekat aku?" guman Iris dalam hati memandang side eyes Arjuna.

"What do you mean?" Iris bertanya soalan entah yang keberapa pada Arjuna hari ini.

"Gampang? Maksud gue senang, easy, mudah. Apa lagi nggak gue sebut?"

Iris terdiam. Jadi tu maksud dia... Bukan carut...

"Lain kali jangan sebut perkataan tu kalau duduk Malaysia. Nanti ada kang kena pukul." nasihat Iris. Arjuna hanya mendengar tanpa membalas atau berkata apa-apa. Motor dihidupkan.

     "TERIMA kasih sebab tumpangkan saya." ucap Iris dan menanggalkan helmet lalu menyerahkan pada tuannya.

"Iya." singkat jawapan lelaki itu.

"Lambat akak balik." suara Irwan menyampuk dari belakang. Iris dan Arjuna menoleh serentak.

"Dia adik lo!?" soal Arjuna. Iris mengangguk tapi dia pusing aje kebelakang terus kelibat Irwan yang berlari masuk ke dalam rumah dipandang.

"KAK AKU MASUK RUMAH DULU!"

BUM

Pintu rumah ditutup hingga bunyi kuat terhasil.

"Dah kenapa budak tu?" gumam Iris sendirian.

"Lo bilang ya ke adik lo tu. Pulangin kembali uang yang udah dia ambil dari gue."

Terbuntang mata Iris.

"Irwan curi duit awak?" Iris tidak percaya. Mana taknya, kitorang adik beradik belanja 20 ringgit sehari. Aponyo yang tak cukup lagi?

"Saya masuk ajar dia. Awak baliklah dulu. Saya bayar balik duit awak dekat sekolah esok." terus Iris memecut laju masuk ke dalam rumah.

Arjuna turut pulang ke rumahnya selang beberapa baris kebelakang dari rumah milk Iris. Sama kaasan perumahan dan sebab itulah tadi dia kata 'gampang'.

Senang sebab dia tak payah gerak jauh sangat untuk balik ke rumah dia.

"IRWAN!" nama adiknya dilaung. Suara usah dikata, memang keluar suara jantan dia tu. Sudahlah dia memang kasar orangnya.

"Iris Rayhana! Apa yang duk terpekik terlolong macam gitu. Cuba sopan sikit." tegur Puan Sri Nadiya pada satu-satunya puterinya.

Memang susah sikit nak didik anak perempuan jadi lembut kalau membesar dengan adik-beradik lelaki yang lain.

Keluh Puan Sri Nadiya.

"Hahaha." Irwan tergelak apabila dia keluar disebalik belakang ibunya.

"Ibu dah balik? La... Kenapa ibu tak cakap? Kalau ibu bagitahu tak lah Iris balik lambat." omel Iris pada ibunya.

Tak juga dia susahkan Arjuna.

"Lah, lelaki yang hantar kamu tu siapa? Bukan boyfriend?"

"Bukanlah. Iris mana ada boyfriend." berkerut wajahnya.

"Baguslah. Tak adalah ibu susah-susah nak batalkan pertuangan kamu dengan Mikhael. Ibu dengan Auntie Fairah pun boleh naik tahap ke berbesan." tutur Puan Sri Nadiya bahagia.

"Ibu... Iris belum nak tunanglah bu. Ibu tunangkanlah Abang Irfan. Irwan ke dengan anak dia. Abang Irzan ke kalau dah tak ada pilihan." Iris cuba lagi untuk membantah.

"Amboi Abang Irzan kamu tu dah ada tunang Iris. Lagipun Dato Malique mana ada anak perempuan dia ada seorang aje anak lelaki... Semua persiapan Auntie Fairah dah buat. Tinggal datang dan sarung cincin aje." Puan Sri Nadiya berucap sambil bercekak pinggang. Lengan baju usah dikatalah, memang dah naik ke atas.

Mak-mak kan?

"Baiklah ibuku. Anakanda mu ini akan menerima pertunangan ini."

Pasrah.

"Meskipun dengan orang yang pernah anakanda sayangi sebelum ini." sambung dia dalam hati.

"Terima kasih Iris sebab tunaikan permintaan ibu. Lepas ni ibu tak akan minta apa-apa dari Iris. Cucu pun ibu berserah pada Iris dan rezeki Allah." katanya. Iris terus memeluk lengan ibunya yang sudah jauh berfikir.

"Apa ibu ni dah fikir sampai ke cucu?" muncung mulut Iris mengayunkan lengan ibunya.

"Oh, jauh sangat eh ibu memikirnya." tergelak Puan Sri Nadiya.

Iris berpusing memandang adik lelakinya.

"Kau! Kau pulangkan balik duit yang kau dah ambil dari Juna."

"BU!! KABUR." Irwan berlari tapi Iris mengejarnya.

"Biashee dia ni! Pandang nak jadi pembuli dekat sekolah! Kau tu baru je Form 3 jangan nak tunjuk belang!" Iris menarik telinga adik nya itu.

"Kau salah dik nak main kejar-kejar. Kau lupa kakak kau ni atlet acara pecut?"

"Ampun kak! Ampun kak jago!"

Puan Sri Nadiya mengeleng dengan tingkah kedua anaknya.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "NAH duit awak." sekeping not 10 ringgit dihulur pada Arjuna. Iris mengambil tempat di samping Arjuna.

"Makasih." duit disambut.

Mereka sekarang berada di padang sekolah menanti jam yang cukup untuk berlatih. Belum ada ramai lagi atlet yang berkumpul.

"Juna, awak tak ada kawan ke?" dengan berani dia bertanya.

"Nggak."

"Saya? Bukan kawan awak?" dia menunjukkan dirinya sendiri.

Arjuna berfikir sejenak.

"Lo teman pertama gue."

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     SEKARANG Iris Rayhana sudah rasmi bergelar tunang kepada Mikhael Shah. Cincin yang baru disarung dipandang lama.

"Betul ke benda ni jadi? Aku jadi tunang kepada orang yang pernah fitnah aku?"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "APANI mama? Mama tak cakap dekat Mikha pun mama nak tunangkan Mikha. Kenapa majlis tu dah berlangsung baru mama bagitau?" amuk Mikhael. Ya dia baru tahu bahawa dia ditunangkan. Tapi dia tidak tahu siapa tunangnya.

"Mikha tak nak bertunang." muktamad keputusannya. Apa yang dia mahu, hanyalah Iris Rayhana meskipun tunang yang tidak dia ketahui tunangnya adalah orang yang dia inginkan kembali.

TO BE CONTINUED

Happy new year korang yang membaca. Part kalini panjang sikit dari biasa sebab entah tiba banyak benda nak campak masuk. Anyway, typo? Abaikan

Continue Reading

You'll Also Like

728 74 9
Sekumpulan pelajar UM telah masuk ke dalam hutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Professor mereka. Namun jalan keluar tidak ditemui. Ada...