ZAR

By tihatti

276K 18K 2.4K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42

BAB 10

6.2K 435 46
By tihatti

“Hang cuba sabar, sat la bagi Aku pilih jajan yang Aku nak dulu”

Aku mengeluh, ini sudah masuk ke berapa kali Zar berpusing pusing dalam kedai jajan ini, bukanya kedai ini besar mana pun, tapi haih, punya lama betul dia berfikir, nak beli coklat sesen pun payah ke?

“Ambik la banyak mana pun takpe, saya tak kisah, tapi cepatlah, panas ni”

Rungut diriku, iya panas, memang kedai ini terletak betul-betul di tepi pantai berdekatan rumah Nek Khadijah, cumanya kedai ini sempit dan punya banyak barangan, rambut yang melekit pada batang leher membuatkan rasa rimas bertambah berganda-ganda, diambil getah rambut di pergelangan tangan lalu diikat rambut dengan style messy bun,

“Hang cuba sabaq, kata nak belanja, orang kalau nak belanja mana boleh banyak songeh, hang cuba duk diam diam”

Aku jelirkan lidah kepadanya, dia cebikkan bibir, Aku ambil keputusan untuk menunggu dia di luar, sambil kena angin bayu dari pantai, jeling aku sekilas pada diri Zar yang masih membelek balang gula-gula, Dengan kopiah di kepala, baju t-shirt berwarna navy dan seluar pelikatnya, mana tidaknya sejurus dia tunaikan solat di masjid terus di ajaknya Aku datang ke sini,

“Mana boleh, tadi siang hang dah janji nak tapau Aku, hang nak jadi munafik ka? Takmau tunai janji?”

Itu kata-katanya tadi, dengan hati yang tidak rela, Aku turutkan juga permintaan dirinya, kelibat Dahlia juga sudah hilang entah ke mana, mungkin berjalan-jalan di tepi persisiran pantai,

Aku hirup udara malam, sungguh, rumah Nek Khadijah sangatlah tenang, dengan suasana kampung nya,
membuatkan Aku rindu dengan kampung Tok Abah dan Tok Ummi, mama dengan papa dekat UK sihat ke? Along macam mana? Makan ke dia? Amsyar itu kalau sudah mabuk dengan kerjanya sampai makan pun juga akan dilupakan, orang suruh kahwin taknak, haihh, sekurang-kurangnya kalau Along punya suri rumah, tidaklah Aku risaukan sangat diriya,

Seketika Aku tersenyum senget, tapi siapa sahaja yang mampu hadap perangai Abang sulung aku yang terkadang “ sewel” itu?

“Adwa, mai bayaq”

Suara Zar mengalihkan perhatian Aku, Aku hampiri dirinya, amboi, bukan main banyak lagi dia pilih, mentang-mentang Aku yang bayar,

“Awak taknak tambah apa-apa lagi?”

Perli Aku kepada dirinya, dia memandang aku sekilas lalu diambil lagi beberapa bar chocolate, Ya Tuhan, lelaki ini memang, Aku mengeluh perlahan, agaknya kalau lagi lama kami berada di kedai jajan ini, mau pokai poket Aku,

“Haihh Zar, lama tak jumpa, ni hang punya marka ka? Lawa noh hang pilih”

Suara Pak Cik pemilik gerai ini menerpa telinga, Aku pandang Zar sekilas, Aku, jadi gilfriend  dia? Apa pakcik ini terlalu rabun untuk melihat kah? Malas melayan Aku keluarkan beberapa not ringgit dan dihulurkan pada pakcik itu, senyuman tipis Aku pamerkan,

“Mana ada laa Pakcik Rostam, ni kawan si Dahlia tuu, mai singgah sini sebab depa cuti semester, takdaknya aihh, cheq pun kalau nak pilih bukan hat laguni”

Seusai dia berkata seperti itu, Aku angkat kaki sedikit lalu...

Aku jijak kaki Zar sekuat-sekuatnya, mukanya jelas berkerut menahan sakit, senyuman manis masih lagi Aku pamerkan pada Pakcik yang bernama Rostam ini,

“Ehh Zar, pasaipa hang buat muka lagutu?”

Zar tersenyum kelat, tangan nya mengambil plastik berisi jajan yang dipilih

“Mana ada aihh, kena ketik semut ni haa”

“Terima kasih yaa pakcik, saya beli”

Ucap Aku ikhlas lalu berjalan keluar daripada kedai jajan itu, Zar membontoti dari belakang,

“Nanti kalau ada masa, mai la singgah lagi naih”

“Yaa pakcik, Insyallah, kirim salam kat Makcik Munah”

Dia berjalan seiring dengan diriku, kakinya masih terjeket-jeket sebelah, padan muka, nasib Aku tidak memakai high heel lima inci, kalau tidak tahulah nasib dia, kepala Aku dia tolak perlahan, tidak kuat tapi cukup membuatkan Aku terteleng sedikit,

“Hang ni, awat hang pijak kaki Aku lagutu, sakit hang tau dak”

“Siapa suruh mulut awak tu tak bertapis sangat?”

“Awat betoi laa Aku cakap, Aku kalau nak cari aci buat bini, takdak nya Aku cari lagu hang, Hang tu cenge, Aku nak cari hat lemah lembut, ayu”

"Tu pun kalau ada perempuan nak kat awak, Dengan perangai awak yang macam ni, huh, dalam mimpi je lah Zar"

Pantas Aku mencatas ayatnya, dia mengguling matanya ke atas, mulutnya terherot kiri kanan mengata diri Aku, malas Aku melayan kerenahnya,

“Hang nak pi mana?"

Aku pandang ke arahnya, hairan, pergi mana lagi? Balik rumah Nek Khadijah lah, Aku sudah membeli jajan yang Aku janjikan padanya, lelaki ini mahukan apa lagi?

“Balik rumah Nek Khadijah la, tuu saya dah beli dah kan, awak nak apa lagi?”

Soal ku padanya, kening ternaik sedikit menanti jawapan darinya,

“Jom”

“Jom? Jom ke mana?’

Haa, parah, Zar Uzair ini sudah kenapa? Tiba-tiba sahaja mengajak diriku entah pergi ke mana, lama otak aku berfikir sebelum terlintas sesuatu di akal fikiran, serentak mataku membulat,

“Awak jangan macam-macam Zar, saya ni bukanya type perempuan macam tu tau, jangan sampai saya lapor polis!”

Serentak Aku rasa kopiahnya melambung tepat pada dahiku, tangan nya menjentik kuat telinga Aku,

“Hang ni awat otak lagutu, awat kuning sangat, tak hingin aku haih, tuu aku ajak hang duk tepi pantai, teman aku makan jajan, hang duk pikiaq apa?’

Seoktaf suaranya menjengah pendengaran telinga Aku, jelas mukanya cemberut memandang diriku, terkelip-kelip Aku dibuatnya sebelum terasa pipi membahang merah,

Aduhh Adwa Naila, apa yang engkau fikirkan tadi? Habis jatuh air muka engkau depan lelaki ini, tersengih kerang Aku dibuatnya, Aku kutip kopiah yang sudah terjatuh di pasir pantai lalu dihulurkan semula padanya,

“Lain kali cuba lah bagitau elok-elok, jangan pusing kiri kanan, mana la saya tahu, salah awaklah, tak bagitahu betul- betul”

Gerutu diriku, dia tersenyum menampakkan gigi,

“Muka punya baguih, tapi otak dekat kepala lutut”

Katanya sebaris, Pantas Aku mengejar langkah kakinya yang semakin dekat menghampiri persisir pantai, angin bayu terasa semakin kuat bertiup menampar muka, dia sudah melabuhkan punggung di tanah pasir pantai,

“Tak baik tau awak cakap macam tu, Allah dah cipta otak saya elok-elok, Awak pula dowgrade saya, ishh ishh”

Aku ambil tempat di sebelahnya, Aku pandang pada bahagian hadapan Aku, laut pada waktu malam, dengan bunyi ombak dan deruan angin yang cukup mendamaikan, Aku penjam mata seketika, ingin menikmati indahnya ciptaan tuhan, nyaman, ini yang aku rasakan,

“Cantik”

Suara garau Zar membuatkan Aku membuka kembali mata, Aku lihat ke arahnya yang memandang ke arah laut yang luas terbentang,

“Apa? Saya cantik? Terima kasih”

“Memang jenis angkat bakul sendiri ka, Aku tak kata hang, tuu Aku kata kat laut tuu, perasan sungguh”

Jarinya menunjuk ke arah laut, matanya tenang memandang arah hadapan, asyik dengan laut malam, Aku cebikkan bibir,

“Saya bukan perasan, tapi saya ni self love, hargai diri sendiri,’

Balasku padanya, dia ketawa perlahan, diggeleng seketika kepalanya, tangan nya ralit membuka satu plastik jajan yang Aku belikan padanya,

“Mampuih la kalau laki hang buat silap, mau setiap hari dia kena beletiaq ngan hang”

Aku tersenyum mengejek, fikiran Aku terbang menerawang pada wajah manis Zafran, haihh, rindu pula pada cinta hati yang satu, ketawa terletus di bibir merah delima,

“Taklah, kalau si Zaf tu, tak sampai hati saya nak beletir dekat diri dia, mana boleh, dia asyik buat saya tersenyum aje, mulut dia manis terlebih gula, lainlah kalau awak, mau sakit jantung saya hari-hari”

“Jadinya tunang hang tuu nama Zaf?”
Soalnya perlahan, mata masih asyik memandang ke arah hadapan,

“Correction, bakal tunang, yes nama dia Zafran, awak kenal ke? Dia sama macam awak, TLDM, kot lah awak pernah nampak dia”

Dia jongketkan bahu, dihulur jajan yang sudah siap dibuka olehnya padaku, Aku menyambut lantas jajan itu aku suapkan dalam mulut, manis!

“Tak pernah nampak, awat hang ingat dalam TLDM tu ada sorang ja kaa nama Zafran? Banyak lagi kerja aku nak buat dari cari hang punya boyfriend tu”

“Jeles ke? Awak kan single"

Laju kepalanya terteleng menghadap diriku, Ditolak sedikit bahu Aku kemudian matanya dibawa semula ke arah hadapan, digeleng kepala berkali-kali, rambutnya lembut ditiup angin malam, kopiah pula sudah elok diletakkan pada riba nya, sebelum bibirnya kembali menyambung kata,

“Aku ni kalau nak cari marka, nak cari bini, ni haa petik ja jari, tuu berlungguk mai beratoq nak kat Aku”

Jelas nada angkuh di intonasi suaranya, Aku ketawa perlahan, Zar...Zar,

“Yelah Encik Zar, untung betul siapa jadi bini awak”

“Hang tau pun takpa”

Jeda, lama kami berdiam diri, melayan angin pantai sambil mengunyah jajan di tangan, sebelum bibirnya kembali membuka bicara,

“ Maaf”

“ Untuk?”

“Sebab tak sengaja, Aku ulang tak sengaja sebab buat hang tertomoih dalam bendang, pi lempaq hang punya kasut dalam reban ayam, pi libaih pala hang guna ikan, tapi Aku tak benci hang, ingat tuu, Aku melawak, melawak kasaq”

Aku anggukkan kepala, iya, baru seminggu Aku berada di rumah Nek Khadiah, namun perilaku Zar Uzair ini terlalu banyak hendak dikira dengan jari,

“Saya tak terima maaf kosong”

Dia juihkan bibir, tangan nya menghulurkan lagi beberapa plastik jajan, Aku lantas menyambutnya tanpa banyak songeh, menyeringai dibuatnya, Aku belanja dirinya alih-alih lelaki ini berikan hampir kesemuanya kepada Aku,

“Banyak songeh betui la minah ni”

Aku cebikkan bibir, idea nakal mula tercetus di minda, diambil segenggam pasir pantai lalu diletakkan di atas kakinya, habis kotor dibuatnya, dilibas-libas kain pelikat yang dipakai untuk menghilangkan debu-debu pasir, membuntang matanya melihat ke arah Aku

“ Woi hang, melawak kasaq nampak”
Terasa butir butir pasir dibaling padaku, lantas aku bangun lalu berlari jauh darinya, tanganya masih membaling sisa-sisa pasir yang ada pada gengaman tangan nya

“Hang jangan duk lari, mai sini!”

“Awak pakai kain pelikat tau, mau londeh satgi sebab kejar saya, kalau kain pelikat awak jatuh bukan salah saya”

“Opahh, tengok Adwa ni”

Jeritnya kuat, ketawa yang terletus di bibir semakin galak, mengadu seolah-olah Nek Khadijah ada di sini, makin laju langkah Aku, makin deras dia mengejar diriku, tersenyum hingga menampakkan gigi dibuatnya, Aku melihat dia terkial-kial memegang plastik jajan dan kain pelikatnya,

Haihh Zar, Zar, selalu buatkan Aku tercuit hati,

Seusai Aku selesai membersihkan diri, Aku ambil tuala yang disangkut di tepi pintu untuk keringkan rambut yang basah dan masih menitik-nitik air, namun mata Aku tertarah pada satu bungkusan yang elok berbungkus di sebelah beg begasi Aku, Aku toleh ke arah Dahlia yang masih lagi ralit memandang telefon pintar,

“ Dahlia, you punya ke ni?”

Dahlia memandang pada bungkusan yang Aku tunjuk, kepalanya menggeleng laju,

“ Nope, bukan Aku punya”

Hairan, Aku pandang kembali pada bungkusan pink itu, tanpa banyak bicara Aku buka satu persatu helain kertas yang membaluti dan tangan ku terhenti,

Ianya kasut high heel Aku, high heel yang Aku pakai pada hari pertama Aku jejak ke kampung ini, high heel yang dibaling oleh Zar hingga selamat masuk ke reban ayam, Aku sangkakan kasut ini sudah hilang, hakikatnya Zar ambil semula, dibersih elok-elok lalu diletak pada kotak yang dibungkus rapi seolah-olah baru dibeli, ada secerbis kertas di situ, Aku ambil lalau dibaca,

“Zar mintak maaf sedalam lumpur di bendang Opah”

Aku ketawa perlahan, kali ini kertas itu Aku tidak ronyok malahan Aku letak elok-elok di kotak itu kembali, haihh Zar, Zar,

Terharu Aku dibuatnya.

Dari muka pintu yang tidak tertutup rapat itu, Zar mampu lihat senyuman Adwa Naila apabila menerima bungkusan berbalut kertas merah jambu itu, ianya kasut Louis Vuitton yang dilemparkan olehnya pada hari pertama gadis itu sampai di kampung ini, terasa di hati satu kelegaan apabila gadis itu menerima permintaan maafnya,

Permintaan maaf yang bukan olo-olok namun maaf yang tulus,

Benar, hari ini dia betul-betul maksudkan kata maaf yang dituturkan olehnya pada Adwa ketika mana mereka di pantai tadi, dan juga pada kata maaf yang ditulis pada kertas itu,

Setelah dia berpuas hati melihat reaksi Adwa yang senang hati, perlahan-lahan dia turun menuju ke tangga dapur ingin membersihkan diri,

Terimbas kembali situasi petang tadi, di mana dia terkial-kial mencari semula high heel gadis itu,

“Padan muka hang Zar, tulah sapa suruh hang pi baling kasut dia?’

Omelnya seorang diri, dengan langkah berhati-hati dia menapak masuk ke dalam reban ayam milik Nek Khadijah, matanya dibawa melilau ke kiri kanan mencari barang itu,

Shuhh Shuhh

Dicuba untuk menghalau beberapa ekor ayam yang duduk bertenggek elok di hujung reban, di sebelah adanya high heel milik Adwa, hampir lima minit dicuba untuk menghalau haiwan itu, bukanya Zar takut dengan ayam, namun di sebelah reban ayam itu wujudnya kewujudan makhluk yang Zar paling benci atas bumi ini,

Angsa!

Takut-takut digapai high heel itu dan apabila tangan nya sudah berjaya mencapai apa yang dihajati, lekas-lekas dia berlari keluar

Fuhh nasib baik gangster kampung tu tak kejaq cheq”

High heel yang sudah kotor itu dilihat, jelas kerutan di dahi semakin berkerut,

“Nasib laa hang Zar oii”

Dibersih elok-elok, dan setelah dia berpuas hati, ditulis kata maaf di atas kertas, pendek janji tulus niatnya, lalu lama Zar duduk termenung,

Takkan Aku nak bagi laguni? Tak suprise la”

Lalu dicari video di youtube, bagaimana hendak membalut hadiah, kertas pembalut berwarna merah jambu itu dirembat daripada bilik adiknya Dahlia, dengan corak teddy bears di atasnya, memang ketinggalan zaman design nya namun Zar peduli apa? Janji niatnya itu baik,

"Haa siap pun”

Setelah dirinya berpuas hati, perlahan-lahan dirinya menapak masuk ke dalam bilik kongsi Dahlia dan Adwa, kedua gadis itu sudah menghilang kemana, dirinya juga tidak tahu,  lalu matanya tertarah pada begasi berwarna merah jambu, dia tahu itu begasi Adwa, kebanyakan barangan gadis itu semuanya berwarna sama,

“Harap laa dia terima, kalau dak mau rabak poket cheq nak ganti hat baru”

Lalu diletakkan kotak bersaiz sederhana berbalut itu di sebelah begasi, tersengeh dibuatnya, ini, tidak pernah terlintas dek akal yang seorang Zar Uzair, iaitu dirinya akan bertindak sebergini demi seorang gadis, ini bukanya cinta, dia tidak yakin, namun gadis itu adalah gadis yang layak dilayan sebaik mungkin, dia tidak membenci cumanya entahlah

Kehadiran Adwa Naila dalam dirinya menyakinkan satu perkara,

Gadis itu buatkan hidupnya kacau bilau.

Itu, dia pasti!

Continue Reading

You'll Also Like

48.5K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...
201K 13.7K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
78K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
46.6K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024