Bintangku

jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... Еще

PROLOGUE
001
002
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

003

357 44 9
jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AYA! IBU suruh kau beli ais batu!” laung Nur.

Dayana yang kebetulan lalu diluar bangunan itu melangkah laju kearah muka pintu.

“kau ini daripada mana?” soal Nur pelik.

“daripada dapur. kenapa kau?”

“ibu suruh kau beli ais batu. katanya ais batu dalam peti itu dah habis.” ujar Nur seraya mengulangi semula permintaan Puan Iftah.

“aik, kenapa aku? mana perginya jejaka - jejaka dalam rumah ini?” soal Dayana. sebenarnya, gadis itu sedikit tidak puas hati.

“Raiz ada keluar beli tepung dengan apatah tadi. lepas itu, ibu ada call dia tetapi dia kata dia dah nak sampai rumah── ha, itu!”

Nur menundingkan jari kearah sebuah kereta yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan pagar rumah. langsung sahaja Dayana mengeluh.

“memang ada Raiz je ke dalam rumah ini? Aidan tak nak keluar ke?” soal Dayana. masih lagi mencuba untuk mengelat.

“Aidan kan bakal pengantin esok. kau ini──”

“tak apalah, Iman. biar saya nak keluar.” sampuk satu suara.

spontan Dayana menoleh kebelakang. hampir sahaja dahinya berlaga dengan tubuh lelaki tersebut. setapak Dayana melangkah kehadapan── marapatkan dirinya dengan Nur.

“eh, tak apalah Yad. biar si Aya ini pergi beli ais. mengada betul.”

alamak Nur ini, ada yang aku sengkeleng karang. bentak Dayana di dalam hatinya. pandangan tidak puas hati diberikan kepada Nur.

okay then, kau pergilah. terima kasih sebab dah menawarkan diri kau.” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya.

tanpa menunggu balasan daripada Nur ataupun Ziyad, gadis itu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Nur mengeluh perlahan. kepala digelengkan beberapa kali. kesal dengan perangai sahabatnya itu.

“maaflah, Yad. Aya itu memang macam itu. nanti aku suruh──”

“tak apalah. lagipun dah malam. tak elok untuk dia keluar malam - malam macam ini. dia perempuan.” potong Ziyad.

Nur hanya mengangguk. ada betul juga apa yang dikatakan oleh Ziyad itu.

Dayana seorang perempuan.

dan seorang perempuan tidak sepatutnya keluar pada waktu malam. lebih - lebih lagi apabila keluar tanpa teman.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI SIULAN keluar daripada bibir lelaki itu. pintu peti ais ditolak lalu diambil seguni ais. guni ais tersebut dibawa keluar lalu diletakkan pada samping peti sejuk itu.

Ziyad mendiamkan diri sejenak.

okay, so ais batu ini nak berapa guni?” monolog lelaki itu.

Nur tak ada pula mentioned nak seguni ataupun dua guni.

Ziyad menjauhkan dirinya daripada peti ais tersebut. kemudian tubuhnya disandarkan pada sebuah rak makanan yang berada berhadapan dengan peti ais tersebut.

poket seluar jeans diseluk lalu telefon pintarnya dibawa keluar. kontak Aidan dicari. namun niatnya untuk membuat panggilan mati.

“kalau call abang Aidan karang, tak ke mengganggu dia?” gumam Ziyad.

jejaka itu kembali memasukan telefon pintarnya ke dalam poket seluar semula. dia mengambil keputusan untuk membeli ais lebih.

“ambil jelah lebih. umi kata biar lebih jangan kurang──”

“berapa lama lagi kau nak berbual dengan peti ais itu?” sergah satu suara.

terhincut sedikit bahu Ziyad apabila disergah daripada belakang. tubuhnya dipusingkan supaya dapat menoleh gerangan tersebut.

kelihatan seorang gadis bertubuh kecil yang sedang berdiri dilorong diantara dua rak. gadis itu mengenakan varsity jacket dan baju-T berwarna putih di dalamnya.

“awak──”

belum sempat Ziyad menghabiskan ayatnya, gadis itu terlebih dahulu mencuba untuk mengambil seguni ais itu── seguni ais yang disandarkan pada tepi peti sejuk oleh Ziyad.

Ziyad juga tidak kalah lincah. guni ais itu ditarik oleh Ziyad supaya gadis itu tidak dapat mencapai guni ais tersebut.

“hei!” berangnya.

“saya boleh angkat ais ini. yang awak ke sini kenapa? bukan ke awak yang bising - bising tak mahu ke kedai runcit tadi?” soal Ziyad berbau sindiran.

“memang aku tak mahu ke sini pun. ini semua sebab Nur yang paksa kau tahu?” bentak gadis itu lagi.

“okay.” sepatah sahaja Ziyad menjawab.

lelaki itu kembali melangkah kearah peti ais. seguni lagi ais diambil lalu dibawa keluar. kini, ada dua guni ais.

pintu peti ais dikatup rapat oleh Ziyad. seguni ais diambil menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya pula memegang seguni ais laginya.

“meh sini aku bawa satu.”

belum sempat Dayana merampas seguni ais daripada tangan Ziyad, lelaki itu terlebih dahulu melarikan tangannya.

“tak perlu.”

“tak perlu berlagak budiman. mari sini seguni ais itu.” Dayana masih lagi mencuba nasib.

“tak perlu, Aya.” tolak Ziyad lembut.

langkahnya dilajukan supaya Dayana tidak dapat membuat cubaan untuk merampas guni ais itu lagi.

Dayana mendengus kasar. kaki diatur mengikut langkah lelaki bertubuh tinggi lampai itu.

apalah, Nur ini. aku dah cakap... tak akan ada gunanya untuk ikut lelaki ini. omel Dayana di dalam hatinya.

setiba sahaja dikaunter pembayaran, Dayana terlebih dahulu mengeluarkan beberapa keping not duit. duit tersebut terus dihulurkan kepada penjaga kaunter.

dalam masa yang sama, Ziyad turut melakukan perkara yang sama. lelaki itu mengeluarkan sekeping kredit kad lalu dihulurkan kepada si penjaga kaunter.

kedua - duanya saling bertukar pandangan. Dayana mendongak dan Ziyad menunduk.

“simpan duit itu, Aya. biar saya yang bayar.” tegas Ziyad.

“simpan sahaja kad kau itu. biar aku yang bayar. lagian pula majlis esok adalah sebelah Nur.” bidas Dayana.

“saya tak kisahlah sebelah abang Aidan ataupun sebelah Nur. biar saya yang bayar. awak simpan sahaja duit awak itu.”

“aku tak mahu.”

degil. itu yang dapat diungkap apabila bersua dengan seorang Dayana Zhalifah. sifat degil dan Dayana berpisah tiada.

bagaikan isi dan kuku aja!

kepingan not tersebut dihulurkan kepada penjaga kaunter. pekerja gadis itu hanya menayangkan sengih paksa. agaknya pelik melihat kelakuan dua manusia dihadapannya itu.

Ziyad mengeluh kecil. kad kreditnya dimasukan semula ke dalam dompet. dia beralah sahajalah pada malam itu. dia malas mahu melanjutkan pergaduhan dengan Dayana.

ada yang sampai esok pagi mereka berdua masih lagi berdiri dihadapan kaunter kedai runcit tersebut.

selepas sahaja membuat bayaran, Ziyad mengangkat kedua - dua guni ais itu. seperti tadi, Dayana tetap mahu mencuba untuk membantu Ziyad mengangkat guni ais tersebut. namun tetap tidak dibenarkan oleh Ziyad.

gadis itu mendengus kasar. pintu kedai runcit ditolak bagi memudahkan Ziyad lalu. lelaki itu menundukkan sedikit badannya sebagai tanda terima kasih kepada gadis berambut pendek itu.

Ziyad mengatur langkah kearah kereta berpacuan empat roda itu. butang pada kunci kereta ditekan. seterusnya bonet kereta dibuka lalu dimasukan dua guni ais itu ke dalamnya.

“awak datang sini naik apa?” soal Ziyad sebaik sahaja menutup rapat bonet keretanya.

“naik kuda.” selamba Dayana menjawab.

“so where's the kuda?” Ziyad sama - sama selamba dengan gadis itu.

“dekat kerajaan pemaisuri. kena call dulu baru sampai.”

Ziyad terkekeh perlahan. lucu pula mendengar ayat sarkastik Dayana itu. walaupun gadis itu seperti mahu tidak mahu sahaja bercakap dengannya, namun Ziyad seronok dapat mendengar jawapan sarkastik dan selamba Dayana Zhalifah.

“okay, saya akan teman awak sehingga kuda awak sampai.” ujar Ziyad.

tubuhnya disandarkan pada bonet keretanya. seterusnya, kedua - dua belah tangannya disilangkan pada dada. kepalanya ditolehkan kearah Dayana. kening kirinya dijungkitkan beberapa kali tanda menyakat gadis itu.

“bengap.” umpat Dayana. jelingan tajam diberikan kepada Ziyad.

gadis itu mula membuka langkah kearah sebuah motor berkuasa tinggi yang elok diletakkan bersebelahan dengan kereta Ziyad.

helmet yang tergantung pada pedal motor itu diambil lalu disarungkan pada kepalanya. visor helmet ditolak keatas. tubuhnya dipusingkan kebelakang supaya dapat bertengang mata dengan Ziyad.

entah apa motif dimenoleh kearah Ziyad pun dia tidak tahu. kemudian, gadia itu memusingkan tubuhnya kembali kearah motor.

Dayana mula melangkah naik keatas motornya. enjin motor dihidupkan.

sekali lagi gadis itu menoleh kearah Ziyad, “kuda aku dah sampai. jadi kau dah boleh balik.”

spontan Ziyad tergelak apabila mendengar sebaris ayat daripada gadis itu. dia. mengangguk kecil.

“jangan bawa laju sangat. saya follow awak daripada belakang.” pesan Ziyad sebelum lelaki tinggi lampai itu berjalan kearah bahagian kanan kereta.

pintu kereta dibuka. seterusnya, dia melangkah masuk ke dalam kereta tersebut.

Продолжить чтение

Вам также понравится

9M 274K 51
Sadie's secretly in love with her best friend Connor. When the lights go off at a party, she kisses him in the dark. The next day, Connor enlists her...
168K 4.5K 63
" i don't have time for thi-" he cut you off and come closer " be my girlfriend wait i mean fake girlfriend" he said while looking into your brown ey...
L'Arte dell'Amore (Not Edited) 🦢🎀☕️

Любовные романы

3M 68.5K 38
Lavender has lived her entire life sheltered developing extreme anxiety, what happens when she moves away alone, and meets a professor who sees to he...