Bintangku

By jaeryana

16.7K 2.2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

001

595 54 18
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LAMBAT! DIA sudah lambat!

macam mana dia boleh terlebih masa berada dikawasan Pusat Perubatan Universiti Malaya? walhal dia sudah berjanji dengan Nur untuk datang ke malam merewang majlis kahwin rakannya itu.

buk!

sedang asik gadis itu berlari, tubuhnya berlaga dengan seseorang yang kebetulan lalu dikawasan lobi PPUM itu.

skrek.

lututnya bergeser dengan lantai mamar itu. sungguh perih rasanya. tanpa menoleh kearah belakang, gadis itu kembali bangun lalu meneruskan lariannya.

ah, lantaklah apa pun nak jadi! yang dia tahu, dia sudah lambat sekarang ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DISEBELAH LAINNYA pula, seorang jejaka bertubuh tinggi lampai sedang berlari masuk ke dalam bangunan PPUM.

dia perlu berjumpa dengan seseorang dalam kadar yang segera. selepas itu, dia ada urusan lain yang perlu diuruskan pula.

buk!

tubuhnya berlaga dengan seseorang. Ziyad menggunakan kedua - dua belah tangannya bagi menumpang diri daripada terjatuh.

paling penting sekali, dia perlu memastikan wajahnya tidak mencuim lantai.

Ziyad menoleh kearah belakang. belum sempat lelaki itu membuka mulut, gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi sudah pun bangun dan melarikan diri.

dia menggelengkan kepalanya sebelum bangun. baju kemejanya dikibas beberapa kali bagi membersihkan habuk yang melekat.

lelaki bertubuh tinggi lampai itu menyambung semula langkahnya. namun langkahnya mati apabila hujung kasutnya berlaga dengan sesuatu.

terus dia menundukkan wajahnya. sebuah objek berbentuk segi empat tepat itu dipandang bingung. seterusnya, objek tersebut diambil oleh Ziyad.

dia menilik telefon pintar yang berada dalam pegangannya itu. retak habis keadaan phone tersebut. butang hidup, ditekan.

“aduhai, tak menyala pula.” gumam Ziyad.

berkali - kali butang on ditekan namun hasilnya tetap sama. telefon pintar itu tetap tidak dapat dihidupkan.

“Ziyad Nufa'el!”

spontan Ziyad mengangkat wajahnya. susuk tubuh seseorang yang sedang berlari kearahnya itu diamati.

telefon pintar yang dipegangnya tadi terus dimasukan ke dalam poket seluarnya.

“kau termenung apa? kau tahu tak berapa lama abang tunggu kau dalam pejabat?” bebel lelaki bertubuh sederhana tinggi itu.

“ah, tadi Yad ada kerja dekat sekolah. tiba - tiba pengetua suruh bawa balik semua kertas ujian. katanya ada pembersihan bilik guru tetapi entahlah.”

lelaki itu menggelengkan kepalanya. ada - ada sahaja alasan si Ziyad ini.

“maaflah kalau Yad buat abang Haiqhaf lama menunggu.” ujar Ziyad lagi. kali ini disertai dengan kekehan kecil dibelakangnya.

“tak apalah, aku maafkan. tetapi ingat── esok belanja aku Apacaba Coffee.”

Ziyad mengangkat tangan kanannya lalu dibawa ke dahi. seolah - olah lelaki itu sedang memberi tabik hormat kepada Dean Haiqhaf.

“baik, Sir!”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ YA ALLAH, Aya! lamanya kau menghilangkan dirii.”

tiada muqhadimah awal, Nur terus berlari menerjah Dayana. tubuh yang agak tinggi sedikit daripadanya itu dipeluk erat.

sorry lah, tadi aku ada urusan dekat PPUM. lagian pula majlis kahwin kau esok, bukan malam ini.” selamba sahaja Dayana menjawab.

“ish! memanglah bukan malam tetapi esok. kau ingat esok pagi sempat ke nak merewang bagai?” soal Nur sarkastik.

Dayana ini asal ada sahaja modal, mulalah nak menjawab. orang macam ini layak kena humban dalam laut aja.

bagi jerung makan.

“iyalah, makcik. inikan aku dah sampai. jadi marilah kita masuk ke dalam. nanti aku tolong apa yang patut, ya?”

Nur tersenyum manis. tubuh Dayana ditolak supaya gadis itu berjalan terlebih dahulu. seterusnya dia mengikuti langkah gadis itu daripada belakang.

anyways, malam ini ada keluarga belah Aidan juga.”

Dayana mengangguk kecil. kasut berjenama Converse itu dibuka lalu disusunkan pada rak kasut yang telah disediakan.

“Aidan ada adik── adik lelaki. boleh tahan handsome jugalah aku tengok.” tambah Nur lagi.

“aku dah tanya Aidan, adik dia available tak... dia kata ya. kau tak nak try masuk line ke, Aya?” lagi - lagi Nur bersuara.

“aku tak berminat nak kenal orang buat masa ini. jadi kau boleh kenenkan dia dengan orang lain. terima kasih.” direct Dayana menolak.

“alah, Aya. tetapi dia handsome lah. tak akan aku nak let go kat orang lain pula. aku tengok dia padan tahu dengan kau.”

“kau yang tengok. aku belum tengok dia lagi. aku tak berminatlah, Nunur. kau kenenkan sahajalah dengan orang lain.”

rancak sangat berbual sehinggakan kedua - duanya sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah.

Dayana mengukir senyuman manis. ibu kepada Nur yang sedang duduk bersila dilantai ruang tamu itu dihampirinya.

gadis itu melutut dihadapan ibu Nur. senyuman manis masih lagi terukir pada wajah Dayana. tangan kanan ibu Nur dicapai untuk disalam.

“assalamualaikum, ibu.”

Puan Iftah mengukir senyum lebar. tangan kirinya naik mengusap kepala gadis dihadapannya itu.

“waalaikummussalam. lambatnya Aya sampai. ibu ingatkan Aya tak datang tadi.” ujar Puan Iftah.

Dayana mengangkat wajahnya. tangan kanan Puan Iftah dibawa keatas ribanya. diusap lembut tangan ibu Nur itu.

“tak adalah, ibu. Aya ada kerja dekat PPUM tadi. itu yang lambat sikit ke sini itu. lepas itu Aya ke kedai runcit yang Aya kerja itu. nak maklumkan pada pekerja malam ini yang Aya cuti.” jelas Dayana.

“Aya pergilah naik rehat. suruh Nur sediakan baju mandi dan kelengkapan untuk bermalam. kesian anak ibu ini, mesti penatkan?”

Dayana hanya tergelak kecil. kepalanya digelengkan bagi memberitahu Puan Iftah yang dia baik - baik sahaja.

“tak ada maknanya tak penat. pergi naik atas dan berehat. janganlah tiba - tiba segan pulak. Aya pun anak ibu juga.” tegas Puan Iftah.

Dayana semakin geli hati. gadis itu tertawa kecil sebelum mengangguk. dilepaskan pegangannya pada tangan Puan Iftah.

kemudian, Dayana menoleh kearah gerangan yang berada disamping Puan Iftah. kini, tangan wanita paruh baya itu menjadi target Dayana.

disalami tangan wanita tersebut, “jadi makcik ini mesti ibu kepada Aidan bukan?”

wanita paruh baya itu mengangguk. senyuman terukir pada wajah ibu Aidan itu.

“panggil aja umi. janganlah panggil makcik, nanti tak akrab.” ujar wanita itu. bahu Dayana ditepuk lembut.

Dayana mengukir senyuman manis. gadis itu mengangguk kecil. kini dia terkekeh perlahan.

“Aya naik dulu ya, ibu?” pinta Dayana.

Puan Iftah mengangguk. membenarkan anak gadis itu naik keatas untuk merehatkan dirinya. senyuman manis turut diukirkan buat Dayana.

selepas mendapat keizinan Puan Iftah, Dayana bangkit daripada melutut. susuk tubuh Nur terus dirangkul.

“kemain eh kau ber'ibu - ibu dengan ibu aku?” tegur Nur. daripada nada suara, gadis itu sepertinya tidak puas hati.

“biarlah. ibu kau, ibu aku juga.”

“kalau macam itu... uwan kau, uwan aku. deal?

terus sahaja Dayana menarik wajahnya. tubuh Nur ditolak ketepi, “tak ada istilah berkongsi uwan eh? aku bantai kau kejap lagi kang.”

“samalah dengan aku. tak ada istilah berkongsi ibu. sepak karang baru tahu.”

kedua - duanya kini saling berlaga dahi. anak mata saling menikam. keadaan disekitar gadis berdua itu mulai tegang.

pap!

sebiji bantal hiasa dilemparkan tempat mengenai sisi wajah Nur dan Dayana. kedua - dua gadis itu mula menjauhkan dahi mereka.

arah bantal dilemparkan tadi dipandang oleh kedua - duanya.

kelihatan Puan Iftah sedang memandang kearah dua anak gadis itu. wajahnya digelengkan beberapa kali tanda kesal. namun wajah Puan Iftah tetap tidak lekang daripada senyuman.

“apalah nak jadi dengan anak dara yang berdua ini. umur dah 24 tetapi perangai macam 4 tahun! aduhai, pening ibu.” omel Puan Iftah.

sontak Dayana dan Nur tergelak. lucu melihat Puan Iftah yang sedang berlakon pening kepala itu. mana tidaknya, kepalanya elok dilentokkan keatas bahu ibu Aidan.

“yang seorang itu nak kahwin dah esok. yang seorang lagi calon tak akan tak ada?” soal ibu Aidan, bergurau.

Dayana menggelengkan kepalanya, “belum jatuh daripada langit lagi, umi. tunggulah setahun dua lagi. agaknya flight delay itu.”

kini keseluruhan ruang tamu mula tertawa mendengar lelucun Dayana. Nur juga turut serta geli hati dengan sahabatnya itu.

“sudahlah, pergi naik berehat. dekat atas ada Imani dan Amani itu.” ujar Puan Iftah.

“wah, bila budak berdua itu balik asrama?” soal Dayana.

“petang tadi. Nur dengan Aidan yang pergi menjemputnya.”

Dayana mengangguk faham. kini dia sudah sedia untuk membuka langkah bagi menaiki tangga.

sungguh dia rindu akan adik kembar Nur itu. Imani dan Amani!

Continue Reading

You'll Also Like

194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
227M 6.9M 92
When billionaire bad boy Eros meets shy, nerdy Jade, he doesn't recognize her from his past. Will they be able to look past their secrets and fall in...
1.3M 49.1K 10
jisung moves into a new apartment where he meets his neighbor, minho who keeps him up at night with his moans minsung not quite smut but not quite f...
1.6M 92K 27
in which a hot boy transfers to jisung's high school. but, jisung 'hates' hot boys.