Villainess Want To Turn Over...

By SWEETCORNIce

11.8K 1.1K 28

Lin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
Chapter 80
Chapter 81
Chapter 82
Chapter 83
Chapter 84
Chapter 85
Chapter 86
Chapter 87
Chapter 88
Chapter 89
Chapter 90
Chapter 91
Chapter 92
Chapter 93
Chapter 94
Chapter 95
Chapter 96
Chapter 98
Chapter 99
Chapter 100
Chapter 101
Chapter 102
Chapter 103
Chapter 104
Chapter 105
Chapter 106
Chapter 107
Chapter 108
Chapter 109 (Ekstra Chapter)
Chapter 110 (Ekstra Chapter)
Chapter 111 (Ekstra Chapter)
Chapter 112 (Ekstra Chapter)

Chapter 97

104 9 0
By SWEETCORNIce

Selepas bersarapan pagi, Lin Feilu memutuskan untuk bersiar siar disekitar kawasan istana seperti yang dilakukannya kelmarin.

Tapi tiba tiba dia menerima kunjungan daripada pembantu Maharani yang mengarahkannya untuk memberi salam kepada ibu Song Jinglan itu.

"Puteri Kelima, lebih baik kita khabarkan perkara ini kepada Yang Mulia terlebih dahulu sebelum awak pergi bertemu dengan Maharani", saran Songyu.

"Tidak perlu. Kamu gantikan sangkar Xiaobai kepada yang lebih besar agar ia merasa selesa. Saya akan bawa Tingchun dan Shixia kesana".

Ketiga tiga mereka segera mematuhi arahan yang diberikan oleh Lin Feilu.

Istana Chonghua terletak dikawasan terpencil. Dari istana Yong'an untuk kesana memerlukan masa selama setengah jam berjalan kaki. Disepanjang perjalanan, Lin Feilu bertanya serba sedikit kepada Tingchun dan Shixia berkaitan dengan Maharani agar dia lebih memahami wanita itu jika mereka bertemu nanti. Malangnya, kedua dua mereka tidak dapat memberi informasi yang banyak kepada Lin Feilu.

"Sebelum ini, mantan Raja mempunyai gundik yang ramai. Walaupun Maharani terdiri daripada empat gundik utama tapi dia tidak berapa disukai oleh mantan Raja. Perkara ini bertambah buruk apabila Raja kita yang sekarang telah terpilih untuk menjadi putera tawanan di Dalin sehingga menyebabkan Maharani terpaksa hidup dengan sangat rendah diri!" ucap Shixia panjang lebar.

"Tapi saya dapati hubungan diantara Yang Mulia dan Maharani tidak begitu baik kerana Yang Mulia jarang mengunjungi istana Chonghua. Malah baginda juga telah mengabaikan gundik pilihan Maharani dan yang lebih buruk Yang Mulia pernah menghukum mati seorang gundik yang juga merupakan sepupu baginda sendiri", tambah Tingchun pula.

"Huh? mengapa gundik tersebut dihukum mati?" soal Lin Feilu ingin tahu.

"Gundik tersebut telah merasuah seorang pembantu di istana Yang Mulia untuk meletakkan sesuatu ke dalam makanan tuanku", ucap Shixia.

Lin Feilu tergamam dengan cerita tersebut kerana tidak menyangka seorang wanita sanggup mengambil jalan yang berisiko semata mata untuk mendapatkan zuriat Raja.

"Kesemua mereka yang terlibat dalam perkara itu telah dijatuhkan hukuman yang berat. Abang dan ayah gundik terebut telah dilucutkan jawatan dan di usir keluar dari bandar Lincheng. Manakala para pembantu dan doktor yang berkerjasama dijatuhkan hukuman mati bersama sama dengan gundik itu".

Gundik tersebut berasal dari keluarga Rong dan tidak mustahil kesemua tindakannya diketahui dan dipersetujui oleh Maharani namun siapa sangka Raja langsung tidak memandang ibunya semasa menjatuhkan hukuman.

Disebabkan itulah, ramai orang yang takut dengan kedinginan yang ditunjukkan oleh Song Jinglan.

"Setelah gundik dari keluarga Rong meninggal dunia, Maharani datang bertemu dengan Yang Mulia bagi meminta penjelasan darinya tapi Yang Mulia berkata.." Tingchun teragak agak untuk meneruskan ucapannya.

"Jika Maharani sangat menyukai gundik tersebut, Maharani boleh..boleh menemankannya bersama di alam yang baru".

Bagaimana Maharani boleh mengharapkan kasih sayang dari anak yang tidak dibesarkan olehnya,  dan anak itu juga telah membunuh ayah dan saudaranya sendiri dengan kejam!

Semenjak peristiwa itu, Maharani sudah tidak pernah berkunjung lagi ke istana Lin'an.

Sebenarnya dalam beberapa tahun terakhir ini, Song Jinglan telah berusaha untuk bersikap baik terhadap ibunya kerana memikirkan jasa Rong Yan yang telah banyak membantunya selama ini. Malah ketika Maharani memberikan dia beberapa orang gundik sekaligus, Song Jinglan tidak pernah menolak mahupun mengeluh tapi dia tidak boleh menerima seorang wanita yang licik dan melanggar batas yang telah ditetapkan olehnya.

Nampaknya Lin Feilu mula memahami serba sedikit sikap Rong He iaitu ibu kepada Song Jinglan.

Sewaktu meninggalkan kerajaannya, Song Jinglan baru berusia tujuh tahun namun dia dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang sangat asing buatnya. Perkara itu bermaksud, tentu sebelum ini kehidupan Song Jinglan semasa dinegaranya juga bukan mudah!

Keluarga Rong merupakan keluarga bangsawan yang sangat terkenal malah beberapa orang Permaisuri terlahir dari keluarga Rong namun malangnya tahun demi tahun keluarga diraja telah menekan keluarga mereka dari melebarkan kekuasaan. Seteleh beberapa tahun mencuba, akhirnya keluarga Rong berjaya menghantar ibu Song Jinglan yang jelita ke istana untuk dijadikan gundik Raja.

Keluarga Rong berharap Rong He dapat menarik perhatian Raja dengan kecantikan yang dimiliki olehnya. Setelah Rong He dinaikkan gelar menjadi empat gundik utama, keluarga Rong semakin bersemangat apatah lagi setelah kelahiran Song Jinglan. Harapan mereka agar Song Jinglan dapat menjadi putera yang paling menonjol dan disukai oleh ayahnya.

Semenjak kecil lagi, pemikiran Song Jinglan telah ditanamkan dengan idea untuk mendapatkan takhta diraja kerajaan Song.

Lin Feilu serta merta teringat akan masa kecil mereka. Song Jinglan pernah menyatakan bahawa sewaktu dia terpilih menjadi putera tawanan tiada siapa yang peduli akan nasibnya dinegara orang, kecuali pakciknya sahaja iaitu Rong Heng.

Keluarga Rong dan ibunya hanya memikirkan kuasa mereka yang akan hilang setelah kepergiannya nanti.

Meningglkan kampung halaman pada usia yang sangat muda dan kembali hanya setelah dewasa, seberapa besarkah kasih sayang yang ada untuk ibunya yang telah lama terpisah.

Kini Song Jinglan telah menaiki takhta dan menjadi Raja seperti yang mereka semua inginkan, tapi adakah ini yang dimahukan oleh Maharani. Memilik takhta dan kuasa namun kehilangan kasih sayang seorang anak.

Semasa Lin Feilu tiba di istana Chonghua, matahari baru sahaja memberikan sinarnya.

Istana Chonghua tidak sebesar istana yang disediakan oleh Song Jinglan buatnya tapi ia mempunyai keanggunan yang tersendiri. Semasa tiba disana, sida yang bertugas telah melarang Tingchun dan Shixia untuk masuk kedalam dengan alasan hanya Puteri Yong'an sahaja yang telah dipanggil.

Kedua dua mereka merasa khuatir tapi Lin Feilu menenangkannya dengan menyatakan tidak perlu merasa risau mahupun cemas.

Semasa melangkah masuk kedalam, Lin Feilu menghidu haruman bunga anggrik yang lembut. Walaupun Maharani sudah berusia, wajahnya masih kelihatan cantik.

Pasti ketampanan Song Jinglan diwarisi dari ibunya!

"Xiaowu, memberi salam kepada ibu Maharani", sambil Lin Feilu menundukkan kepalanya.

"Bangun"

Wajah polos Puteri Yong'an berbeza dengan gambaran yang terdapat didalam fikiran Maharani selama ini.

Sebentar lagi puteri dari kerajaan Dalin ini akan dinobatkan sebagai Permaisuri Kerajaan Song. Ianya disebabkan, Puteri Yong'an membesar bersama sama dengan Song Jinglan. Pasti beliau merupakan seorang puteri yang sombong serta bangga dengan sejarah yang dimiliki olehnya. Mungkin dia akan memandang rendah terhadap kedudukan Maharani, ini adalah sentimen yang bermain difikiran Rong He sejak beberapa hari ini.

"Berikan Puteri Yong'an tempat duduk".

"Saya mendengar kamu telah mengenali Yang Mulia semenjak beberapa tahun yang lalu".

"Ya, kami saling kenal sejak zaman kanak kanak lagi".

"Bagaimana kamu berdua boleh mengenali diantara satu sama lain?"

"Semasa berada di Dalin, Yang Mulia tinggal di Cuizhuju. Saya pula suka memancing di tasik, untuk sampai ke tasik tersebut saya harus melalui Cuizhuju. Apabila saya memperolehi hasil tangkapan ikan, saya akan berikan kepadanya separuh. Disebabkan itu, kami mula berkenalan dan bersahabat".

Maharani mula membayangkan kehidupan anaknya sewaktu menjadi putera tawanan di kerajaan Dalin. Mereka berdua telah terpisah dengan agak lama malah sewaktu Song Jinglan kembali semula ke kerajaan Song. Maharani langsung tidak mengenali anaknya itu.

Ianya disebabkan sewaktu baru kembali, keadaan politik kerajaan Song tidak stabil memandangkan mantan Raja sedang sakit tenat dan para putera yang lain saling berebut kuasa diantara satu sama lain. Maka ketika itu, mereka hanya fokus untuk mengambil alih kuasa pemerintahan dan tidak mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan yang telah lama terputus.

Setelah keadaan stabil, Song Jinglan sibuk memerintah sambil mengukuhkan kuasanya manakala dia pula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Maharani. Segalanya sudah terlambat, hubungan mereka yang renggang tidak dapat dipulihkan kembali.

Mereka berdua bagaikan orang asing yang mempunyai hubungan hanya pada nama sahaja.

Selama ini, Song Jinglan langsung tidak pernah membuka cerita berkaitan kehidupan yang dilaluinya semasa berad di Dalin.

Rong He tiada disisi Song Jinglan semasa anaknya itu sedang melalui proses tumbusaran

Penceritaan Lin Feilu dapat memberikan dia gambaran tentang kehidupan yang telah dilalui oleh anaknya sebelum ini.

"Cuizhuju terletak dikawasan hutan buluh. Setiap kali musim bunga, Yang Mulia akan menggali rebung di hutan buluh itu manakala saya pula akan memancing. Kami berdua saling bertukar hasil dan akan memasak serta menikmatinya bersama sama".

"Kami berdua juga duduk bersama dibaris belakang semasa sedang belajar di Taixue. Saya selalu mengantuk dan tertidur semasa pembelajaran dan Yang Mulia akan membantu saya secara sembunyi jika saya disoal oleh Taifu".

"Jika begitu Taifu akan menghukum kamu berdua", ucap Maharani menahan tawa.

Ucapan tersebut membuatkan Lin Feilu tersenyum malu.

"Berikan secawan teh kepada Puteri Yong'an".

"Terima kasih, tuanku".

"Patutlah Raja sangat menyukai awak".

Meskipun Puteri Yong'an menceritakan momen indah diantara mereka berdua. Namun Maharani tahu, pasti kehidupan yang dilalui oleh anaknya tidak mudah kerana statusnya sebagai seorang putera tawanan dari kerajaan yang lemah pada waktu itu. Mujur ia ditemani oleh seorang puteri comel yang polos dan baik hati.

Tujuan Maharani memanggil Puteri Yong'an pada hari ini adalah untuk melihat sendiri wajah seorang wanita yang sangat disukai oleh puteranya.

Walaupun anaknya itu merupakan seorang Raja yang memerintah dan keputusan berada ditangannya tapi dia tidak boleh mengambil sesuatu keputusan mengikut kata hatinya sahaja. Jika wanita yang ingin dinikahinya merupakan seorang wanita yang mempunyai niat yang tidak tulus maka Maharani akan menentang keputusan tersebut meskipun hubungan mereka anak beranak yang akan menjadi taruhannya.

Tapi setelah bertemu dengan Puteri Yong'an, Maharani menyimpulkan bahawa dia adalah seorang wanita yang baik hati dan sangat sesuai untuk menyandang gelar Permaisuri.

"Apa yang kamu perhatikan?"

"Sulaman bunga anggerik molan yang terdapat disapu tangan tuanku sangat indah".

Maharani sangat menyukai bunga anggerik, hampir setiap kawasan istana itu dihiasi dengan motif bunga tersebut.

Ibu Lin Nianzhi juga seorang yang sangat menyukai bunga anggerik. Melaluinya, Lin Feilu dapat melihat pelbagai jenis bunga anggerik yang berasal dari serata kerajaan.

"Kamu mengenali ini adalah bunga anggerik molan".

"Saya mengenali pelbagai jenis anggerik, ditirai ini menggunakan corak bunga anggerik jianlan dan busana tuanku pula ialah corak bunga anggerik hanlan".

"Bagaimana kamu boleh mengetahui pelbagai jenis bunga anggerik?"

"Kerana ibu saya dan seorang gundik istana ayah saya juga sangat menyukai bunga anggerik. Jadi saya mengenali bunga ini dari mereka.", ujar Lin Feilu sambil tersenyum senang.

"Jika kamu menyukainya, saya akan berikannya kepada awak".

"Xiaowu sangat menyukainya, terima kasih tuanku".

"Mengapa kamu bersedih", tanya Maharani setelah melihat wajah Puteri Yong'an yang bersedih.

"Tiba tiba saya merasa rindu terhadap ibu saya".

"Jangan merasa sedih, selepas kamu bernikah dengan Yang Mulia, saya juga akan menjadi ibu kamu!"

Continue Reading

You'll Also Like

37.5K 1.6K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
371K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
53.5K 3.5K 41
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...
34K 4.2K 5
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.