[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

6.8K 250 36

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟏

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒

199 7 3
By Antashcya

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     "SIR Yassin sebenarnya dia ada satu posting dekat IG dia. Posting tu tahun zaman dia belajar dekat Universiti dulu. You know what pasal apa?"

Iris menggelengkan kepala.

"Posting dia dengan seorang perempuan. I think Sir Yassin ku tu buayalah. Kau tengoklah situation di macam mana. Perempuan keliling pinggang kot nak dekat dia." ujar Farhana. Kata-katanya membuatkan Iris sedikit rasa cemburu.

"I don't think so.. Sebab muka dia jenis yang jual mahal. Kau tengoklah ada ke dia layan perempuan? Ya, memang ramai keliling pinggang perempuan dia." dia memback-up crush nya itu.

"So kau nak teruskan untuk mencintai Sir tu lah? Okay, up to you la.."

"Yeah. Of course. Dah sekarang jom kita pergi main game. Kita ajak abang Irfan. Kalau game abang Irfan tak akan tolak."

Terus naik kepala Farhana apabila nama Irfan disebut. Sukalah tuw!

"Eh mana diorang dapat IG dia?"

"Dari Sir Mirul." jawab Farhana bersahaja.

     "ALONG! Farhana ajak main game!" laung Iris dari luar bilik abangnya.

"Eh! memandai aje cakap aku ajak."

Iris tersengih.

Pintu bilik terbuka terus terpantul susuk Irfan yang separuh bogel tidak memakai baju. Rambutnya habis serabai. Baru bangun tidur gamaknya laki ni. Farhana pula terus membulatkan matanya dan memaling arah lain. Tidak aman jantung.

"Far.. mengucap Far.. Kau dah ada bakal tunang Far.."

"Along! Pakailah baju Ya Allah... Ada Farhana lah." kata gadis itu lalu menempik dada sasa lelaki itu.

"Oh aku lupalah. Ada apa?" lelaki itu masih lagi mamai.

"Kita main game. Jomlah along. At least tutorial lah kitorang yang masih mentah ni." Iris menyatukan kedua tangannya lalu membuat muka bersinar.

"Hm.. Yelah. Nak main apa? PUBG? FF? ML? COD?"

"Yeay! Tapi along ajar main Mario."

Terus poker face yang ditayangkan oleh Irfan.

"Kalau main Mario baik tak payah kau panggil aku." lalu jejaka itu menutup pintu. Namun dengan pantas Iris menahan.

"Long.. Orang gurau jah. Jangan marah. Ni, tutor orang nak dapatkan chicken dinner."

"Dah cepat nanti aku nak bersiap pergi kerja." lelaki itu akhinya bersetuju.

"Okay. Tapi pakaiah baju sembur minyak wangi juga. Bau kepam!" lalu gadis itu menolak abangnya masuk ke dalam bilik.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

5:00

Mimun petang yang baru disediakan oleh Mak Anum di atas meja dipandang oleh Iris. Farhana baru sahaja pulang apabila ayahnya yang menjemput tadi manakala Iris duduk berhadapan dengan ibu bapanya. Teh dihirup setelah itu tepung pelita dan sudu kecil diambil dan di santapnya kuih itu.

"Tadi ibu dan ayah ada bincang dengan Datin Fairah dan Dato Malique. Bincang pasai pertunangan Iris dengan anok dia hok nama dia Miki? Ha Mikhael tu" tutur Puan sri Nadiya memandang anaknya yang enak menikmati tepung pelita.

PUFT...!

Tersembur keluar tepung pelita yang dimakan oleh Iris tadi.

Apo ponyo anok dara?

"Gapo!? Mikhael? Bu orang belum habih SPM bu... Sekarang baru bulan empat. Iris baru habis exam awal tahun." sambil tersedak gadis itu. Teh tadi cepat diteguk.

"Apo ni? Jadi anak dara tak senonoh makan ni. Dah lambat Iris hujung minggu ni Datin Fairah datang mai hantaq cincin sekali sarung dekat kamu."

Iris memandang ke arah ayahnya untuk meminta simpati.

Ayahnya hanya mengangkatkan bahu.

Iris pasrah. Dia dah agak benda ni akan jadi.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SMK AKADEMIK BANGSA

"Nanti kau bagitahu cikgu yang seterusnya eh aku ada perjumpaan untuk MSSD." ujar Iris. Farhana mengangguk lalu keluar dari kelas.

"Iris! Kejap tunggu." Ammar yang dari belakang mengejar langkah Iris.

"Kau nak apa?" soal Iris agak kasar.

"Tu tali kasut awak. Lagipun destinasi kita sama apa salahnya gerak sesama kan?" lelaki itu senyum lebar pada Iris.

Ammar ni handsome juga, atlet sekolah, pandai dan soft spoken. Tapi sayang dia tu terlalu riak dengan muka dia dan poyo. Bila Si Iris ni pandang aje Ammar pasti dia raup rambut ke belakang dan buat muka handsome yang dingin. Erghh!

Tak pun bila berlatih dengan dia waktu ada competion. Minum air acah hot. Yaampun... Setiap zaman perekolahan pasti ada jenis yang macam tu kan? Sekolah mana aje yang tak ada?

Barada di astaka sekolah, Iris pelik dengan bisikan-bisikan para atlet sekolah. Pandang ke depan Iris melihat kelibat Yassin tapi pandangan mereka buka arah Yassin tapi lain. Apa ya?

"Semua dah?" tanya ketua penasihat yang merupakan Encik Nazrimi.

"Dah cikgu!" laung semua atlet olahraga dari semua tingkatan kira-kira dalam 40 hingga 50 orang campur lelaki perempuan.

"Baik! Macam yang kamu semua tahu, kita punya latihan memang akan bermula dari sekarang memandangkan peperiksaan awal tahun sudah tamat. Ini untuk. persediaan kta ke MSSD bulan tujuh nanti."

"Kenapa kita buat awal? Sebab nanti akan ada banyak program sukan dan masa banyak diambil untuk program tu semua. Para senior, kamu kena alert memandangkan tahun ni tahun terakhir kamu. Peranan kamu semua penting untuk jadi teladan adik-adik kamu dan jangan buat hal!" sambungnya lagi dengan nada yang tegas.

"Cikgu dengar ada banyak kes batch form 5 buat tahun ni. Ingat peraturan sekolah kita apa?" suaranya digantung untuk mendengar jawapan dari anak muridnya .

"Ingat cikgu!"

"Kalau ingat apa dia peraturan kita sebagai atlet kalau ada buat jenayah sekolah!?" suara Encik Nazrimi meninggi

"Serta-merta tidak layak untuk mewakili sekolah cikgu!" sahut mereka dengan serius.

"Bagus. sebelum kita lanjutkan lagi perjumpaan kita, dekat sini ada atlet baru daripada SMA Raya. Dia akan melanjutkan pelajaran dia di sekolah kita. Jadi layan dengan baik." Encik Nazrimi perkenalkan seorang murid baru lelaki yang berada di sampingnya tadi.

Barulah Iris faham apa yang dibisikkan oleh para atlet tadi. Terlebih lagi para lelaki. sepertinya mereka rasa tercabar dengan kehadiran dia.

"Salam kenal. Gue Arjuna Narendra." lelaki dikenali Arjuna itu memperkenalkan namanya lalu turun.

"Haha.. Agak-agak budak Indo ni faham tak bahasa kita?"

"Kita reti bahasa diorang tak kan bahasa kita tak reti?"

"Dia handsome juga kan? Kau rasa antara lelaki-lelaki handsome batch form 5 Mikhael, Ammar dengan Raja mana handsome kalau banding dengan dia?"

Itu suara yang berkata mengenai Arjuna. Iris cuma diam.

"Orang sekolah kita ni memang toksik ke?" getus Iris. Lalu dia memandang ke samping melihat Arjuna yang duduk tepat di sisinya.

Lelaki itu tetap dengan wajah ketatnya. Manakala Iris pula tiada riak di wajah.

Mereka fokus mendengar apa yang disampaikan oleh Encik Nazrimi hinggalah Yassin dipanggil untuk menerangkan tentang hal yang selanjutnya.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk latihan kita akan bermula esok. Waktu pukul 2 petang sampai 6 petang. Untuk atlet sesi petang latihan pukul 8 sampai pukul 12. Petang belajar macam biasa. Balik tidak dibenarkan sama sekali." dengan datar Yassin menerangkan pada murid di hadapannya lagi. Iris apa lagi?

Memang sah-sah dia pandang aje Sir dia tu.

"Minuman pihak sekolah yang akan sediakan. Makanan pandai-pandai kamu semua untuk handle. Para atlet tidak dibenarkan ponteng latihan kecuali sebab yang tidak dapat dielakkan. habis belajar sesi 12:50 tu makan dan solat. Pelajar dibenarkan keluar hanya untuk membeli makanan di luar bukannya melepak."

"Jika ada pelajar yang melepak di luar semasa rondaan dibuat akan digantung perlawanannya. mengenai gadjet, cikgu tak akan bertanggungjawab jika kehilangan harta benda. Jadi jaga dengan elok. Saya percaya kamu dari golongan B20 jadi bawa duit yang lebih untuk keperluan memandangkan cuaca agak panas." Sambung Yassin lagi.

Tapi memang betul. SMK Akedemik bangsa untuk golongan elit yang mampu. Sekolah swasta yang terkenal dan antara yang terbaik. Ada pelajar dari dalam mahupun luar negara.

"Ada apa-apa soalan?" akhir bicara ditutup dengan sesi soal jawab.

"Sir, macam mana kalau ada kelas tambahan waktu petang?"

"Kelas tambahan buat masa sekarang ni belum bermula." jawab Yassin.

"Anything else?"

"Tak ada sir!"

Setelah itu mic diserahkan kepada Encik Nazrimi.

"Okay boleh bersurai. Masuk kelas masing-masing. jangan marayau!"

Semua bersurai. Atlet sesi petang pula bersiap untuk sesi persekolahan mereka dan berbaris di dewan sekolah.

Baru sahaja Iris ingin mengorak langkahnya, dia tertahan dengan suara di belakangnya.

"M-maaf. Lo tau ngak di mana STT? G-gue tadi udah nanya ke lain tapi mereka tidak membalasnya."

Ya, dia Arjuna. Arjuna terpaksa bertanya ke Iris kerana dia dipulaukan oleh yang lain. Dia terpaksa menurunkan egonya.

"Sini." singkat jawapan Iris.

Mereka berdua berjalan menuju ke kelas STT. Iris agak terkejut kerana lelaki ini sama kelas dengannya.

Kekok. Itu yang dirasakan oleh mereka berdua.

Sampai di kelas, pintu diketuk. Tiada cikgu patutlah dari bawah boleh dengan suara beruk tu.

"BAH!" sergah Iman yang berada di tepi pintu bersamaan dengan kertas yang ditaburkan di hadapan mukanya.

Terkejut beruk Iris lalu terlompat kebelakang merempuh Arjuna.

"Iman Shah! Kau pahal!?" marah Iris

"Yang engkau tu Haziq. Jagalah kelas!" lagi-lagi Iris membebel.

Arjuna dibelakang pula hanya jadi pemerhati.

"Lo menarik. Gue suka altitude lo."

"Sorrylah. Masuk. Tempat kosong cuma ada satu je." pelawa Iris dan menukar  mode dia dari mak-mak ke normal.

"Iris dia siapa?" Haziq datang ke meja Iris.

"Budak baru. Dah blah kau tu jaga kelas. kau tengok kelas kita dah macam kapal pecah." halau gadis itu.

Jaga kelas liat. Menyibuk laju.

"Goodlooking juga budak tu." Farhana membuka suara sambil memandang ke arah Arjuna di belakang. Tepatnya di mej abelakang Iris.

"Sudah woi! Sudah... kau da ada Abang Irfan dengan putera kau tu sekarang kau nak dekat dia?" cegah Iris. Far ni memang, pantang ada yang elok rupa mesti nak sauk. Nasib tak suka dekat Sir Yassin.

Katanya cuma minat yang seumuran dan tua setahun aje. Sebab kalau lebih macam bapak orang. Tapi masalahnya dia minat abang aku yang 28 tahun tu apa cita?

TO BE CONTINUED

Next part kita buat dia kenal dengan Arjuna ya... Mana satu ni? typo? fhm2 kan

Continue Reading

You'll Also Like

3.4K 78 7
-This story is Completed- Check the other book first before you read this or else you'll be confused. It's in my other account, ElenaC186.
177K 15.7K 30
"သူက သူစိမ်းမှ မဟုတ်တာ..." "..............." "အဟင်း..ငယ်သူငယ်ချင်းလို့ပြောရမလား..အတန်းတူတက်ခဲ့ဖူးတဲ့ အတန်းဖော်လို့ ပြောရမလား...ဒါမှမဟုတ်..ရန်သူတွေလို...
93.8K 1.9K 23
It's also a male reader story but the reader is on side of DEM. Date a Live is not owned by me every credit goes to the the creator of this masterpie...
27.6K 1.6K 22
┊ ˚➶ 。˚ ☁️ A twist of fate occurs when two peculiar boys enter Binna's world. One asserts to be her son, while the other mysteriously intertwines his...