Snow Witch and The Bitch.

Autorstwa fairwable

1.2K 150 31

❝Bukan si gadis putih salji, tetapi ahli sihir salju.❞ Antara orang yang lemah dan orang yang kuat. Kau akan... Więcej

introduction
prolock
1 : since this
2 : her
3 : help
4 : surprise
5 : negotiation
6 : evil plan started
7 : him
8 : run
9 : stare contest
10 : maggi talk
11 : officers
12 : stuck with you
13 : guarded
14 : munif's apple
16 : mr gangster
17 : floating in love
18 : gotcha

15 : melody and you

21 3 0
Autorstwa fairwable

cuti sebulan tapi aku busy. dapat update satu chap je kot. gosh (⁠╥⁠﹏⁠╥⁠)
nvm, enjoy!

11.00 p.m.

.

.

.

Aku melangkah keluar dari tandas dapur dengan hanya bertuala. Rambut aku menitik-nitik dengan air kerana masih basah. Suis lampu tandas aku tutup.

Berjalan ke ruang tamu, aku nampak Lia yang duduk atas kepala sofa sambil membelek-belek nintendo switch aku. Tersarung di tubuhnya baju pyjama aku yang nampak baggy nak mampus bila dia pakai.

"Woi." Sergah aku, mencekak pinggang. Lia tersentak sehingga terhinjut bahu dan duduk dia jadi hilang keseimbangan. Akhirnya dia jatuh ke belakang ke atas sofa.

"Pfft!" Aku tahan gelak!

"Erk..." Bersusah payah Lia nak bangun balik. "Hahahah! Tak sangka kau terkejut jugak ya?" Tawa aku pecah juga melihat dia terkial-kial.

Lia kembali duduk atas kepala sofa. Refleks, dia terpegang bahu aku, tak mahu terjatuh lagi.

"You!" Tubuh aku ditolak kasar. Lia menyilang tangan dengan riak wajah garang.

"Hah, main barang orang tak mintak. Mana switch aku?"

"Ugh, tak rosak pun lah! Ini. Seluar pyjama you besar sangat. Tak padan, longgar." Lia melempar sehelai seluar dekat aku. Aku sambut dengan tangkas.

"Alright." Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku. Seluar pyjama tadi aku pakai. Almari baju dibuka dan aku mengambil baju putih sleeveless sebelum disarungkan.

Aku capai hair dryer wireless milik aku seraya melangkah keluar dari bilik. Kelibat Lia tiada di ruang tamu. Aku menghenyakkan punggung atas sofa. TV dibuka sambil aku mula mengeringkan rambut.

"What the hell? I ingatkan bunyi apa tadi." Lia muncul dengan sepinggan penuh dengan roti jem. Sebelah tangan lagi air coklat panas.

"Wau, makan lagi? Banyak betul." Kata aku. Lia menjeling tajam. Dia meletakkan makanan dia atas meja depan sofa kemudian melabuhkan duduk atas lantai sebab sofa dengan meja yang agak jauh.

Aku memandang Lia dari belakang. Rambut dia masih nampak basah. Baju pyjama tersarung di tubuhnya sementara pasangan seluarnya aku yang pakai. Jadi Lia pakai seluar track dia yang biasa.

Bau tubuhnya wangi semerbak. Tak tahu pulak aku sabun mandi aku sewangi ni. Buat aku sakit jantung je nak kawal diri.

"Kau tak nak keringkan rambut ke? Takkan nak tidur dengan rambut basah?" Tegur aku.

"Malaslah." Lia menyuap makanan macam biasa. Air coklat dihirup. Keluhan keluar dari mulut aku. Selesai aku keringkan rambut aku, tempat duduk diubah sehingga aku berada di belakang Lia yang duduk atas lantai.

"Biar aku tolong kau."

"Apa?!"

Aku pasang hair dryer dan aku halakan dekat rambut dia. Lia pusingkan kepalanya, memandang aku macam nak bunuh. Aku hanya tersengih.

"Kalau tidur dengan rambut basah, nanti busuk." Ujar aku.

"Ish!" Lia pasrah dan sambung makan sambil menonton TV. Aku tersenyum sendiri. Rambut dia... begitu wangi sampai aku rasa nak kucup ubun-ubun dia. Sejak bila shampu aku bau sedap macam ni?

Berita Retro tiba-tiba tersiar tepat jam sebelas lima belas minit malam. Aku terkaku melihat apa yang terpampang di skrin. Tangan Lia terhenti dari mengambil roti.

'Cubaan membunuh di rumah anak yatim. Dua suspek disyaki bersubahat dalam satu percubaan membunuh, pada 27 November, jam sebelas setengah malam. Bahagian siasatan jenayah, Inspektor Megat-'

"Change." Lia bersuara. Mata aku tak berkelip merenung TV.

"Change the channel! I taknak tengok berita ni!" Tengking Lia tiba-tiba menyedarkan aku. Keluhan berat terbit dari bibir ini seraya menukar ke saluran lain dengan remote.

Aku belek sampai ke cerita Doraemon.

"Dah." Lia suruh aku berhenti. Aku letak hair dryer atas meja selepas rambut dia kering. Belakang badan bersandar ke sofa sambil melihat keletah Nobita yang clingy dengan Doraemon.

Khusyuk betul Lia tengok.

"You pandai main guitar ke?" Soalan Lia memecah kesunyian.

"Hah? Oh, yes. Jap aku show off." Mungkin dia tiba-tiba tanya pasal tu sebab nampak guitar elektrik aku dekat sebelah meja TV. Jadi aku bangun dan mencapai guitar mustang aku.

Hujung wayar kabel diletakkan atas meja, di hadapan Lia.

"You ni. I tanya je bukan suruh you main. Bodo." Lia buat muka menyampah. Aku sengih saja sebelum duduk semula. Posisi guitar aku betulkan atas riba aku.

"Pasangkan kabel dekat kotak tu." Arah aku selamba.

"Apa benda nih?"

"Amplifier."

"Apa jadah tah." Lia pasangkan saja.

Tawa kecil aku meletus. "Nak lagu apa? Aku goreng."

"Cis." Lia mengguling bola mata. Wajahnya aku tatap buat seketika. Melihat rambut dia yang berombak dek angin dari kipas yang menderu-deru.

Aku tarik gitar rapat ke dada.

Lia angkat sebelah kening. "So?" Bibir merahnya muncung membentuk satu perkataan itu. Kulit wajahnya pucat seolah-olah kesejukan.

"You're so white. Like a pale porcelain doll." Jari aku memetik tali menghasilkan beberapa kord. Aku tutup mata.

All of your friends
have been here for too long.

They must be waiting
for you to move on.

Girl, I'm not with it,
I'm way too far gone.

I'm not ready,
eyes heavy now.

Heart on your sleeve
like you've never been loved.

Running in circles,
now look what you've done.

Give you my word
as you take it and run.

Wish you'd let me stay,
I'm ready now.

Kepala sendiri didongak, menyandar. Pandangan aku gelap. Menghayati muzik yang ada alunan seninya. Itulah warna-warni yang aku sering nampak setiap kali aku petik gitar aku sambil pejam mata.

Bau wangi menjengah hidung. Debaran jantung menggila. Masih tak mahu buka mata.

Ruang sofa di sebelah aku memberat. Lia diam tak bersuara. Kelopak mata dibuka dan aku tersenyum nipis.

Lagu tamat.

"Were you listening and not just looking at me?" Tanya aku bila tersedar Lia yang tak berkelip memandang aku.

"I tak tengok you pun lah. Perasan." Dia berpaling ke depan dan memeluk tubuh.

"Ye ke?" Aku mendekatkan jarak kami rapat sehingga aku rasa kedinginan tubuhnya di bahu aku.

"Ee!" Lia terus tolak aku kasar!

Aku tergelak kecil. "Okay, next song. Dengar ya."

Lia menjeling tepi.

Aku petik gitar sambil menyanyi kecil. Daripada satu lagu ke lagu yang lain. Ya, main alat muzik yang satu ini memang salah satu hobi aku.

Sekali aku main, seluruh perhatian aku diragut dan hanya tertumpu pada nada, lirik dan petikan tali. Aku tak obses dengan muzik. Tapi setiap kali aku bersatu dengan melodi, aku rasa seolah terapung dalam dunia lain.

Mungkin masalah aku tak selesai dengan hanya main gitar. Tapi dengan mendengar alunan muzik indah saja boleh tenangkan minda aku yang serabut.

Macam sekarang. Aku tertekan dengan segala yang dah jadi. Dan, aku tak pasti, serabutkah aku dengan kehadiran...

Aku dongak memandang jam dinding. Dah tengah malam. Jari aku terhenti dari terus memetik.

Lia yang sudah terbaring lena, aku renung beberapa saat sebelum tunduk.

"Dah lama ke aku main?"

Wajah sendiri aku raup kasar. Guitar aku letak tepi kemudian bangun dari sofa dan aku duduk melutut atas lantai, di sebelah Lia yang tidur.

"You sleep like a baby."

Aku senyum nipis. Wajahnya direnung beberapa saat sebelum aku tundukkan kepala. Bingung.

Lia bergerak, mengiringkan tubuhnya. Tangan dia menggosok-gosok mata kemudian hidung sendiri dengan agresif. Betul-betul tidur ke dia ni?

Meluas mata aku bila tangan dia tiba-tiba terangkat. Bahu aku dirangkulnya, lembik. Aku tergamam.

Apa... aku nak buat sekarang?

Pandangan tertutup untuk seketika, memikirkan. Bibir diketap. Aku mendekatkan diri sehingga dapat aku dengar nafasnya berhembus perlahan.

Lengan kiri mula melingkar di pinggang Lia sementara lengan kanan di bawah lututnya. Aku berdiri, mengangkat Lia. Kepala dia tersandar di dada aku.

"This is crazy." Langkah kaki menuju ke bilik. Adrenalin aku menggila. Aku rasa aku terlampau cemas.

Seolah-olah bila-bila masa saja aku boleh terpatahkan tulang dia. Tak, cuma tubuh Lia agak ringan walaupun dia makan banyak sehingga aku rasa aku sedang bawa sesuatu yang fragile.

Aku letakkan Lia atas katil. Perlahan dan berhati-hati. Fuh, dia tidur mampus ke apa, macam Snow White?

"Kau buat apa?" Satu suara bergema di telinga aku. Bukan. Suara ini...

Aku pusingkan tubuh ke belakang. Jeda. Suara tadi... bergema dalam kepala aku. Terpempan, aku hanya merenung sekujur tubuh yang berdiri di sudut bilik.

Aku nampak figura aku sendiri.

"Perlu ke kau buat semua ni?" Munif itu menyoal aku. Ya, aku sedang bercakap dengan diri sendiri.

"Kau tak guna, Munif. Kau ini gila. Tolong, sedar diri."

Dia melangkahkan kaki ke arah aku. Aku pula masih beku di tempat sama. Mata mengerling Lia di atas katil.

"Tell the truth." Suara itu bergema lagi.

Aku pandang dia kembali.

PANG!

Lutut aku jatuh menyembah lantai. Tangan dia baru saja hinggap di pipi aku. Kuat. Namun rasa sakit itu tak kunjung tiba.

Mimpi.

Munif melangkah keluar dari bilik ini. Aku teguk liur payah. Pipi sendiri dipegang. Perlahan-lahan aku bangkit berdiri semula. Selimut ditarik sehingga paras bahu Lia.

Langkah kaki berjalan sendiri dan aku keluar, mencari Munif. Tiba saja aku di ruang sliding door yang menuju ke belakang rumah, muncul tubuh Munif yang tegap berdiri membelakangi aku.

Sliding door dibuka. Dia melangkah keluar. Aku ikut. Air kolam yang tampak bersinar dek pantulan cahaya menerangi pandangan aku.

"Aku rasa Lia tak buat semua tu." Kata aku. Nafas berombak.

"Well that went horribly brave. Kau fikir macam tu sebab tiada bukti, atau sebab kau dah jatuh cinta?"

Nada suara dia menyindir aku. Buku lima digenggam. Cinta... aku susah nak percaya.

"Kau buta, Munif." Dia mendepakan tangan. Kaki berdiri di tebing kolam.

"Apa jadi kalau kau mati?" Dia menyoal aku.

Mati.

"Takkan jadi sampai macam tu." Aku geleng kepala, berkali-kali.

"Huh, believe me. Believe me when I said you'll die. Kau boleh mati, Munif. Mungkin... macam ni?"

Sebelah kaki dia masuk ke dalam kolam.

Lenyap.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

41.9K 2.1K 73
Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita merupakan suatu tantangan bagi Adeeva. Mencintai dirinya merupakan hal yang sangat menyakitkan sekaligu...
66.1K 4.1K 31
[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa ke...
233K 7.8K 41
After years of abuse Anastasia has shut herself within emotionless walls. Even if the physical and mental abuse have broken her to the high extent, h...
39.5K 2.2K 20
✩♬ ₊˚.🎧⋆☾⋆⁺₊✧ ✩♬ ₊˚.🎧⋆☾⋆⁺₊✧ ✩ "Fight me, mismatched hair!" "Huh?! Who the hell are you calling mismatched, dumbass?!" "Shut up, Sumika and fight me...